Anda di halaman 1dari 8

PERMOHONAN KELULUSAN PEROLEHAN RENEWAL DOMAIN DAN

HOSTING KOPIESATU BAGI KEGUNAAN PORTAL WWW.KOPIESATU.COM

PUSAT MEMPROSES MAKANAN FAMA (PMMF) PUCHONG JAYA


TUJUAN

Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk mendapatkan perakuan dan kelulusan
daripada Jawatankuasa Perolehan ICT (JPICT) FAMA bagi Kelulusan perolehan
Renewal Domain dan Hosting Website bagi kegunaan portal Agrobazaar Online.
LATAR BELAKANG
1) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah melaksanakan
menaiktaraf Portal Kopiesatu (www.kopiesatu.com) semenjak 2001

2) Perolehan website ini bagi melancarkan operasi portal Kopiesatu

3) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan menjalankan promosi


secara berterusan untuk memperluaskan portal kopiesatu dan permudahkan pihak
pengguna mendapatkan kopiesatu secara online dengan lebih berkesan dan efisyen.

4) Pihak Kopiesatu akan menambahbaik website yang sedia ada bagi tujuan
memperkasakan penggunaan website kopiesatu dikalangan pengguna di Malaysia ini
termasuklah memperkenalkan ecommerce Kopiesatu kepada pengguna.
PERNYATAAN MASALAH

1) Pembaharuan domain dan hosting Kopiesatu ini amat penting kerana ini website
ini menyediakan informasi tentang servis dan produk Kopiesatu dan menjadi platform
untuk berkomunikasi serta juga digunakan sebagai alat pemasaran dan juga promosi.
JUSTIFIKASI

1) Ia bertujuan untuk pengoperasian portal Kopiesatu yang lebih efisyen dan


mengikut trend teknologi semasa.

2) Dengan menambahbaik website sedia ada ini dapat menjamin tahap operasi
portal yang lebih efisyen. lancar dan lebih selamat
IMPLIKASI KEWANGAN

1) Anggaran kos perolehan ini adalah sebanyak RM1,200 dengan


menggunakan Vot Urusniaga Kopiesatu.
LAMPIRAN
PENUTUP

Perolehan ini amat penting untuk memastikan tiada sebarang


gangguan/masalah ketika website ini sedang Go-Live dan agar trafik pengguna terus
meningkat. Oleh itu, memohon Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) untuk
meluluskan/memperakukan permohonan ini.

Anda mungkin juga menyukai