Anda di halaman 1dari 1

Arnab Dan Kura-Kura Arnab seekor haiwan yang sombong, dia selalu mengejek kura-kura.

Oleh kerana kura-kura berjalan lambat. Sang kura-kura amat marah,sang kura-kura mencabar arnab berlari, arnab berasa geli hati kerana kura-kura yang kecil serta berjalan lambat itu mengajaknya berlumba lari.sang arnab menerima cabaran sang kura -kura . Pada waktu pertandingan arnab berlari laju sementara kura-kura berlari secepat mungkin .di persimpangan jalan arnab terjumpa kebun lobak .arnab makan sehingga kenyang oleh kerana terlalu penat ,arnab pun tertidur .kura-kura ternampak arnab sedang tidur ,kura-kura pun berjalan perlahan-lahan supaya arnab tidak terjaga ,apabila arnab bangun kura-kura telah menang.arnab berasa sangat malu lalu dia pun meminta maaf kepada kurakura,sejak peristiwa itu arnab pun menjadi kawan baik kura-kura.
Burung Tiung Menyelamatkan Tikus
Pada suatu hari, Michael iaitu seekor tikus berjalan-jalan di dalam hutan. Ia dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Ia berjalan sambil menyanyi-nyanyi riang. Michael tidak menyedari yang Larry sedang memerhatikannya. Larry ialah seekor kucing. Ia sedang bersembunyi di sebalik pokok. Larry ingin menangkap Michael. Ia ada idea untuk memerangkap Michael . Larry berbaring di atas jalan yang akan dilalui oleh Michael. Ia berpura-pura mati. Ketika itu, Mary iaitu seekor burung tiung sedang berehat di atas dahan berhampiran tempat itu. Dari situ ia melihat tikus dan kucing itu. Aku mesti beri amaran kepada Michael, kata Mary. Michael tidak menyedari bahaya yang sedang menantinya. Ia terus berjalan dengan riangnya. Ia semakin menghampiri bangkai kucing itu. Tiba-tiba Mary muncul. Berhenti! Jangan hampiri kucing itu! kata Mary. Kenapa? Tanya Michael dengan hairan. Ia sedang menunggu untuk membaham kamu! kata Mary lagi. Mana mungkin! Kucing itu sudah mati! kata Michael. Ia hanya berpura-pura mati, kata Mary. Saya akan buktikannya, Kemudia Mary menjerit, Hei, kucing yang mati itu, buka mulut kamu sekarang! Larry segera membuka mulutnya. Ia menyangka tikus itu sudah menghampirinya. Betul cakap awak. Terima kasih kerana telah menyelamatkan nyawa saya, kata Michael.

Anda mungkin juga menyukai