Anda di halaman 1dari 1

11 September 2012

Sesiapa Yang Berkenaan, PROTON TANJUNG MALIM SDN BHD Tanjung Malim Plant Mukim Hulu Bernam Timur 35950 Behrang Daerah Padang Batang Perak Darul Ridzuan

Tuan, MEMOHON KEBENARAN MEMBUAT LAWATAN KE KILANG PROTON TANJUNG MALIM DARIPADA KELAB PROTON PERSONA OWNER CLUB (PPOC) . Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Saya selaku setiausaha proton persona owner club, ingin memohon kebenaran pihak tuan untuk mangadakan lawatan ke kilang proton tanjung malim bagi mengetahui lbh lanjut tentang bidang pembuatan proton terutamanya proton persona. Dengan lawatan ini juga diharap dapat menambah ilmu pengetahuan berkaitan bidang automotif di Malaysia. 3. Maklumat lanjut berkaitan lawatan tersebut adalah seperti berikut: i. Tarikh: 29 November 2012 ii. Masa: 11.00 03.00 petang. iii. Bilangan peserta: 60 orang ahli kelab 4. Saya memohon agar tuan dapat menghubungi saya Mohd Sharif (0173422746) sekiranya pihak tuan memerlukan keterangan lebih lanjut mengenai program lawatan tersebut. Saya amat berharap agar permohonan ini mendapat persetujuan daripada pihak tuan. Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan didahui dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian. Yang Benar,

MOHD SHARIF Setiausaha kelab proton persona owner club

Anda mungkin juga menyukai