Anda di halaman 1dari 12

ENJIN PENCARI

Anda juga boleh menggunakan enjin pencari untuk mendapatkan maklumat yang lebih spesifik. Terdapat beberapa jenis enjin pencari antaranya ialah :

AltaVista http://www.altavista.com Google http://www.google.com All the web http://www.alltheweb.com Lycos http://www.lycos.com Overture http://www.overture.com Ebay http://www.ebay.com

Memudahkan Pencarian dengan menggunakan Program Pencari

Anda juga boleh menggunakan programprogram pencari yang boleh didapati di internet dan installkan didalam komputer peribadi bagi membantu untuk mencari maklumat dengan lebih cepat lagi contohnya; Carponic Pro

Memudahkan Pencarian dengan menggunakan Boolean Logic

Untuk mencari maklumat dengan cepat anda boleh menggunakan kaedah Boolean logic. Kaedah ini menggunakan tanda + (tanda tambah) sebelum perkataan utama dan tanda (tanda tolak) sebelum perkataan yang tidak perlu.

Contohnya : Anda ingin mencari maklumat mengenai sejarah olahraga di seluruh dunia kecuali di Malaysia. Pada ruangan carian, taipkan begini : +sejarah+olahraga-Malaysia

Bagaimana Memuat Turun Fail Dari Laman Web

Halaman web bukan satu-satunya bahan yang dudapati dalam internet. Anda akan menemui pelbagai jenis fail seperti fail teks, fail grafik, fail program, fail multimedia dan banyak lagi. Apabila anda terjumpa fail yang dikehendaki langkah seterusnya ialah memindah satu salinan fail dari tapak internet yang menyimpannya ke dalam komputer anda. Proses ini dinamakan muat turun (download).

Langkah Memuat Turun (Download)

1. Cari fail yang dikehendaki Peringatan sebarang fail diperolehi dari internet mungkin mengandungi virus komputer. Untuk melindungi komputer anda daripada serangan virus, dapatkan program antivirus seperti McAfee VirusScan, Norton Antivirus atau Kaspersky Antivirus.

2. Klik pautan fail untuk memulakan proses muat turun. 3. Simpan fail dalam cakera keras. Dalam kotak dialog File Download, klik Save this program to disk dan klik OK. 4. Pilih lokasi cakera keras. Apabila proses muat turun bersedia dimulakan, kata dialog Save As akan muncul. Carikan folder yang hendak disimpan fail itu dan klik Save.

5. Tunggu. Ketika proses muat turun dijalankan, kota dialog yang muncul akan memberi maklumat terperinci tentang saiz fail, masa yang tinggal untuk muat turun dan sebagainya. Klik Cancel untuk menghentikan proses ini.

6. Muat turun sudah lengkap. Apabila proses muat turun telah lengkap, klik Close untuk menutup kotak dialog. Anda boleh memilih opsyen Open (yang memulakan proses pemasangan fail yang dimuat turun itu) atau Open Folder (yang memaparkan kandungan folder yang menyimpan fail yang telah dimuat turun).

Maklumat 1 Sesetengah fail yang besar di internet adalah dalam format yang berbeza seperti zip, rar, winamp,war,ace,arj dll. Untuk membuka fail-fail ini anda memerlukan program seperti WinZip, Power Archiver atau WinAce.

WinZip http://www.winzip.com WinAce http://www.winace.com PowerArchiver http://www.powerarchiver.com

Maklumat 2 Proses memuat turun memakan masa yang lama sekiranya fail yang dikehendaki itu besar. Kalau anda melangani perkhidmatan internet biasa seperti Tmnet atau Jaring ia bergantung kepada kuasa moderm anda dan kesesakan talian. Sekiranya perkhidmatan internet anda menggunakan broadband wireless, kabel, DSL atau sambungan T1, masa muat turun boleh disingkatkan.

Maklumat 3 Anda juga boleh menggunakan program yang boleh membantu untuk mempercepatkan proses muat turun seperti : Download Accelerator Plus: http://www.speedbit.com Internet Download Accelerator http://www.westbyte.com/ida

Anda mungkin juga menyukai