Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI MOHD HAZIEM BIN MOHD BASERI 910915-02-5525

Sepanjang saya dan rakan sekumpulan berusaha untuk menyiapkan tugasan kerja kursus bagi mata pelajaran Sumber Pengajaran dan Pembelajaran dalam Pengajian Sosial yang telah dipertanggungjawabkan ke atas kami ini, saya dapati bahawa terdapat banyak kelebihan yang telah saya perolehi. Antara kelebihan dan kebaikan yang telah saya kutip ialah saya dapat menambahkan kefahaman saya dalam memahami setiap tajuk dalam mata pelajaran ini. Antaranya ialah saya dapat memahami dengan lebih mendalam tentang cara menghasilkan dan memilih bahan sumber yang menarik dan sesuai mengikut bentuk pengajaran mengikut sukatan pelajaran.Antara kebaikan lain yang telah saya dapat semasa membuat tugasan ini ialah saya dapat memupuk semangat kerjasama dan cuba untuk menerima pendapat orang lain dalam membuat sesuatu kerja. Hubungan saya dan rakan juga semakin erat. Selain itu, saya juga dapat mendalami serba sedikit mengenai isi kandungan pengajaran dan pembelajaran,sukatan matapelajaran,sumber pengajaran,pemilihan sumber bahan pengajaran dan cara menulis Rancangan Pengajaran Harian.

Tidak ketinggalan juga beberapa kelemahan dapat dilihat semasa proses menyiapkan tugasan ini. Saya merasa kelemahan itu datangnya dari diri saya sendiri. Antara kelemahan yang dapat saya lihat semasa menyiapkan tugasan ini ialah pada mulanya saya sendiri kurang memberi komitmen kerana tidak begitu memahami soalan tugasan. Namun setelah berbincang dan berjumpa dengan pensyarah pembimbing saya dan ahli kumpulan memulakan tugasan dengan semangat yang baru. Saya juga sukar untuk memahami setiap langkah yang perlu dijalankan untuk melengkapkan tugasan ini. Kami juga mengalami masalah dalam mendapatkan maklumat yang tepat tentang cara penulisan tentang teori-teori pembelajaran yang perlu mengikut RPH yang telah dilaksanakan dan sebagainya.

Banyak penambahbaikkan yang boleh dibuat dalam tugasan ini. Misalnya dalam membuat tugasan yang betul mengikut format yang ditetapkan. Pada awalnya kami tidak membuat mengikut format ini.Kerjasama dan komitmen daripada pelajar juga harus dipertingkatkan untuk menghasilkan tugasan yang terbaik dan memuaskan serta menepati kehendak soalan tugasan yang telah ditetapkan. Kekemasan dan kepadatan isi tugasan juga masih boleh diperbaiki lagi jika terdapat kekurangan. Saya berharap hasil tugasan kumpulan saya ini memberangsangkan dan jika terdapat kesilapan harap masih boleh diperbaiki lagi pada masa hadapan dalam tugasan yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai