Anda di halaman 1dari 1

Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Perlis, 01000 Kangar, Perlis. ____________________________________________________________________________ Dr.

Ismail Bin Said, Jabatan Sains Sosial, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Perlis, 01000 Kangar, Perlis. Tuan, Surat Tunjuk Sebab Tidak Hadir Kuliah Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Pada 15 Ogos 2011, Saya ..tidak hadir kuliah Perkembangan Sejarah Negara. Hal ini demikian kerana selepas solat subuh saya berasa pening dan mengambil keputusan untuk tidur sekejap, namun terlajak masa tidur. Oleh sebab itu saya tidak hadir kuliah. 3. Saya sebagai pelajar PISMP Pengajian Sosial Semester 2 dengan penuh rasa rendah diri ingin memohon maaf kepada pihak tuan atas kesilapan yang telah saya lakukan. Saya juga memohon agar tidak dikenakan tindakan disiplin kerana ini adalah kesalahan saya yang pertama. Saya berjanji perkara ini tidak akan berulang lagi pada masa hadapan. 4. Harapan saya agar permohonan ini dapat dipertimbangkan oleh pihak tuan. Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian. Wassalam.

16 Ogos 2011

Yang benar,

....................................................... PISMP Pengajian Sosial, Semester 2, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Perlis.

Anda mungkin juga menyukai