Anda di halaman 1dari 3

SET INDUKSI (5 minit) 1. Guru menunjukkan gambar makanan Cencalok yang terdapat di negeri Melaka. 2.

Berdasarkan gambar, guru menanyakan soalan kepada murid. Contoh soalan a) Pernahkah murid melihat gambar makanan ini? b) Pernahkan murid makan makanan yang terdapat dalam gambar ini? c) Di negeri manakah terkenal dengan makanan ini? 3. Guru mengaitkan topik pelajaran hari ini, iaitu pengasasan Melaka

LANGKAH 1 (15 minit) 1. Guru meminta murid merujuk buku teks KT Tahun 5 halaman 51-52. 2. Murid diminta membaca petikan Pengasasan Melaka yang terdapat pada halaman tersebut. 3. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid yang mengandungi soalan berkaitan latar belakang Parameswara dan sebab Parameswara melarikan diri dari Palembang. 4. Guru bersoal jawab dengan murid jawapan bagi lembaran kerja yang diberikan. 5. Guru membincangkan jawapan murid dan memberi penjelasan lanjut tentang latarbelakang Parameswara dan sebab-sebab Parameswara berhijrah.

Langkah 2 (15 minit) 1. Murid diminta merujuk petikan Pengasasan Melakadi dalam buku teks KT Tahun 5 ms 52 .

2. Secara berpasangan murid diminta menanda dan melabel perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka pada peta Asia Tenggara berdasarkan maklumat dalam petikan tersebut. 3. Guru memilih murid secara rawak untuk menanda peta perjalanan Parameswara di papan tulis. 4. Guru membincangkan jawapan murid dan menerangkan dengan lebih lanjut peta perjalanan Parameswara.

kawasan-kawasan Srivijaya termasuk Palembang dan Temasik dikuasai oleh Kerajaan Majapahit. Parameswara telah menentang penguasaan Majapahit dan berusaha membebaskan Palembang daripada kerajaan Majapahit. Raja Majapahit bertindak segera dengan menyerang Palembang. Parameswara bersama sama dengan pengikutnya terpaksa berundur ke Temasik. temasik pada ketika itu berada di bawah naungan Siam dan diperintah oleh Temagi. Ketibaan Parameswara dan pengikutnya di Temasik disambut baik oleh Temagi. Kedudukan Temasik yang strategik menarik minat Parameswara untuk memilikinya. Parameswara telah membunuh Temagi dan berusaha memajukan Temasik. Kerajaan Siam ingin menuntut bela atas pembunuhan Temagi oleh Parameswara.

Parameswara bersama-sama orang Laut berpindah meninggalkan Temasik untuk mengelakkan serangan kerajaan Siam. Parameswara dan pengikutnya menetap agak lama di Muar dan kemudiannya meneruskan perjalanan melalui Sening Ujung dan Bertam menuju ke utara.
LANGKAH 3 (20 minit) 1. Guru menayangkan sedutan animasi kepada semua murid. 2. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan. 3. Setiap kumpulan diagihkan satu tugasan iaitu melakonkan peristiwa pembukaan Melaka berdasarkan skrip yang diberi. 4.Murid perlu menggunakan kreativiti sendiri bagi melakonkan watak yang diberikan. 5. Pembentangan / persembahan hasil kerja kumpulan 6. Guru merumuskan hasil lakonan tadi dengan peristiwa pembukaan Melaka.

Anda mungkin juga menyukai