Anda di halaman 1dari 22

BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

KEMAHIRAN MENULIS
Kemahiran Mengarang Mencari isi-menggunakan Bahan Rangsangan Mengaitkan isi dengan Tajuk, kohesi, koheren dan pemerengganan Penggunaan Penanda Wacana dan peta minda

KEMAHIRAN MENULIS Matlamat dan Peringkat

Objektif Mengarang Objektif mengarang bagi sekolah rendah pada umumnya adalah untuk melatih murid: melahirkan idea menghujah dan mengembangkan idea mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan yang betul.

menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu. menggunakan format karangan yang betul menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar seharian

Mencari isi menggunakan bahan rangsangan Penggunaan bahan rangsangan dalam penulisan juga boleh disamakan dengan kemahiran penulisan berpandu. Bahan rangsangan dapat membantu murid untuk menulis karangan.

Guru boleh memberikan kad-kad gambar bersiri ataupun gambar tunggal untuk membantu murid menulis ayat mudah berdasarkan gambar-gambar yang ditunjukkan. Pada tahap ini berkemungkinan murid telah boleh menulis ayat-ayat mudah.

Mengaitkan isi dengan tajuk, kohesi, koheren dan pemerengganan Terdapat empat aspek utama yang perlu dititik beratkan dan diambil perhatian iaitu tajuk, kohesi, koheren dan pemerengganan. Keempat-empat ini saling berkait antara satu sama lain. Merupakan tunjang utama dalam menghasilkan sesebuah karangan yang baik.

Dalam sesebuah penulisan, perenggan pertama merupakan pengenalan kepada tajuk. Isi yang ditulis dalam perenggan pertama menjurus kepada isi karangan yang hendak disampaikan dan dapat menarik minat untuk pembaca membaca isi-isi yang seterusnya.
Setiap isi dipisahkan dalam satu perenggan yang berasingan supaya pembaca dapat memahami apa yang

Setiap perenggan isi kohesi dan koheren tersendiri.

mempunyai nya yang

Kohesi bermaksud tautan, manakala koheren pula bermaksud rentetan. Kedua-dua aspek ini boleh dilihat di dalam isi karangan tersebut. Bagi sebuah karangan yang baik setiap isi dalam sesuatu perenggan yang diasingkan tersebut mestilah mempunyai kohesi serta koheren

Susunan isi-isi dalam sesebuah karangan juga hendaklah mengikut keutamaan dan kepentingannya.

Penggunaan Penanda Wacana


Amat perlu, khasnya untuk menyambung ayat dengan ayat dan menghubungkan perenggan dengan perenggan.

Penggunaan penanda wacana dengan bijak dan berhati-hati akan melahirkan ayat-ayat dan perenggan yang berkesinambungan, gramatis dan bermakna.

Contoh Jenis Fungsi dan Penggunaan Penanda Wacana

Penggunaan peta minda


Peta Minda dan penyoalan ialah teknik yang boleh digunakan untuk mempertingkat kemahiran menulis. Kedua-dua teknik ini boleh dipasangkan dengan pendekatan proses, iaitu suatu pendekatan yang berdasarkan proses penulisan itu sendiri.

Teknik peta minda digunakan untuk memandu pelajar ke arah penghasilan isi yang bernas dan tersusun dalam penulisan. Dalam teknik ini guru akan menyenaraikan isi-isi serta huraian yang dihasilkan melalui perbincangan dengan pelajar dalam bentuk peta minda di papan tulis.

Penggunaan peta minda ini akan memudahkan pelajar melihat kesinambungan isi-isi dan perkaraperkara yang berkaitan dengan sesuatu tajuk.

SEKIAN

MOHD NOR HAMZAH IPG KAMPUS PERLIS

Anda mungkin juga menyukai