Anda di halaman 1dari 2

Selasa 18/2/2020

Aku Sebatang Gigi Kacip

Nama aku Sang Kacip. Aku adalah sebatang gigi kacip.


Badanku berbentuk pipih dan tajam. Tuanku seorang budak
lelaki yang comel. Namanya Lindan. Aku membesar bersama-
sama rakan-rakanku, Sang Taring, Sang Geraham dan Sang
Geraham Kecil di dalam rongga mulut Lindan.

Tugasku adalah menggigit dan memotong. Aku perlu


sentiasa dibersihkan sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Aku
perlu dijaga dengan cara yang betul. Aku menggigit dan
memotong apa sahaja yang dimakan oleh tuanku seperti roti,
buah-buahan dan sayur-sayuran.

Tuanku selalu membersihkanku. Tuanku


membersihkanku menggunakan berus gigi dan pencuci mulut
supaya gigi tuanku bersih. Penggunaan benang flos dapat
mengeluarkan sisa makanan yang terselit di celah-celah gigi
tuanku.
Selain dari menjaga kebersihanku, Lindan juga
mengambil makanan yang sihat agar kesihatanku baik.
Makanan seperti sayur-sayur dan buah-buahan dapat
menjaga kesihatanku dan tuanku. Minuman seperti susu juga
dapat menjaga kesihatan.

Aku disayangi oleh tuanku. Aku gembira kerana dapat


berkhidmat. Aku bangga kerana dijaga dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai