Anda di halaman 1dari 7

Inilah salah satu Maha Karya Al-Habib Abdulloh bin Alawy Al-Haddad ;

23 September 2012
Ayat Pengasih - Surah Yusuf Ayat 4

Penerangan: Ayat tersebut diatas mempunyai khasiat untuk menarik perhatian dan mendatangkan kecintaan pada orang yang melihat kita. Caranya adalah bacalah ayat diatas tiga kali sebelum bertemu orang yang ingin kita jumpa. Insya Allah orang tersebut akan menaruh rasa kecintaan pada kita. Kemudian sambung Surah Taha Ayat 39:

Penerangan: Setiap kali kita bertemu atau bersua dengan suami atau isteri, bacalah ayat ini. Untuk dapatkan kesan yg baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah sekadar dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali. Selanjutnya PM akan menerangkan khasiat dari Surat An Nisa ayat 84.

Sesuai dengan nama surahnya iaitu An Nisa artinya wanita maka khasiat ayat ini adalah untuk menarik perhatian para wanita khususnya calon isteri agar tetap setia. Caranya adalah bacalah ayat diatas sebanyak 41 kali dalam keadaan berwudhu lalu ditiupkan pada makanan tersebut dihidangkan pada wanita yang disukai. Insya-Allah pada jiwa wanita tersebut timbul rasa cinta dan kasih sayang kepada kita.

Yasin 7 Mubin: Pulangkan Sihir


Posted 27/01/2012 by Shafi-Q in Al-QUR'AN, PANDUAN, Tahukah Anda?, Tips. Tagged: Fadhilat Membaca Surah Yasin, Khafiat Yasin 7 Mubin, Khutwah / Langkah Bacaan Yaasin 7 Mubien, Yaasin 7 Mubien. 32 Comments

Jika anda mengalami sihir yang berulang-ulang dan tiada kesudahan, bolehlah mengamalkan ilmu ini dengan niat memberi kesedaran dan pengajaran supaya penyihir/tukang upah tersebut insaf dan tidak lagi mengganggu ketenteraman kehidupan kita sekeluarga serta bertawakal mereka berhenti dari melakukan kerja-kerja terkutuk itu. . .

Kaedah Pulang Sihir Yasin 7 Mubin


Kaedahnya adalah anda perlu melakukan: 1. Bangun pada waktu tengah malam, sucikan diri dan berwuduk. 2. Melakukan Solat Sunat Taubat 2 rakaat. 3. Mendirikan Solat Sunat Hajat 2 rakaat disudahi dengan doa dijauhi gangguan sihir. 4. Setelah selesai, baca Surah Yasin hingga bertemu perkataan Mubin ( )yang pertama, hendaklah wakaf (berhenti) dan berdoa minta dipulangkan sihir kepada penyihir. 5. Ulang lagi dari awal membaca Surah Yasin sehingga perkataan Mubin ( )kedua, berdoa macam tadi. 6. Lakukan semua langkah tadi iaitu mengulangi semula membaca dari awal Surah Yasin, setiap kali berjumpa perkataan Mubin ( )yang ke 3,4,5,6 dan ketujuh lalu berdoa lagi minta dipulangkan sihir kepada penyihir dengan niat untuk memberi pengajaran. 7. Kemudian teruskan membaca baki Surah Yasin tadi hingga selesai. 8. Selepas itu tidur dan bacalah Surah Al Kautsar 10 X dengan niat memohon petunjuk melalui mimpi.

Mengindar Sihir melalui kaedah Yassin


salam buat semua. Surah Yassin adalah satu surah yang banyak faedahnya bagi umat Islam.Aku ingin berkongsi bagaimana kita boleh gunakan surah ini sebagai pendinding diri. Caranya aku ambil dari seorang teman dan aku ubah sedikit serta berikan tambahan resepi untuk memberikan perlindungan diri kita.

Namun harus diingat.. bukan surah Yassin ini yang mempunyai kuasa magic... kerana yang menyembuhkan atau memberikan perlindungan kepada kita hanya Allah jua. Surah Yassin adalah satu bacaan atau doa kita kehadrat Allah jua. Yang meluluskan doa kita itu hanya Allah jua. Begini caranya : Sebelum itu sebaiknya lakukan solat hajat walaupun sekali... 1) Rakaat Pertama baca Surah Al-ikhlas 11x 2) Rakaat kedua baca Surah Al-Kafirun 11x. Niat didalam hati sebelum melakukan takbiratul ihram... Bacaan pada sujud seperti biasa tiada tasbih yunus sebagaimana biasa...kerana itu kaifiat solat hajat Nabi Yunus...tak usah campur aduk... Sesudah salam : istigfar 100x...bismillah 100x...dan surah al-Mulk ayat 14 sebanyak 33x... Selepas itu terus baca niat kita tadi...pastikan sama...dengan niat diawal...sebelum solat.... Kemudian baca lah Yasin 7 mubin...dengan dibacakan niatnya sebelum memulakan Yasin ...dan sesudah habis...dibacakan niat yang sama...Perlu diingat...ianya hendaklah sama niatnya dengan niat semasa solat hajat... Tidak dibenarkan berkata2... Terus tidur.... Petunjuk akan datang didalam mimpi..berapa lama perlu dilakukan... Semasa melakukan perkara2 diatas..sebaiknya sediakan air mineral dalam botol besar...sesudah dibaca...minum...sebagai ikhtiar penyembuhan dan perlindungan...Yg Penyihir dan pengupah tu lantakle depa...Air tu boleh juga di campur limau nipis sebiji....dan buat mandian setiap hari...selama yg boleh...( Sebiji sehari untuk setiap mangsa ) Mengikut pengalaman teman saya..biasanya satu kali Solat Hajat dan 21x Yasin 7 Mubin.....Case Settle.....Pesan Guru....dalam 40 hari....selepas the last 21 Yasin...atau mengikut petunjuk didalam mimpi...atau gambaran semasa membaca Yasin 7 Mubin.. cara baca Yassin banyak kaedah. 1) kaedah bacaan 7 mubin cara berulang(di ambil dari cara Uztaz Haron Din).

2) kaedah bacaan Yassin 7 mubin melalui nafas ( dari ilham)- 7 doa disetiap yassin. 3) kaedah Yassin 7 mubin dengan doa di awal dan akhir sahaja.(dari sahabat) namun semuanya sama aja khafiatnya. 1) kaedah ini dari Uztaz Haron Din. Dimana bacaan Yassin dibaca sehingga ke Mubin pertama dan diulang baca dari awal hingga ke mubin kedua.begitulah seterusnya dan apabila sampai yang ke 7 akan dibaca sehingga habis.Doa di setiap 7 mubin. 2) Kaedah ini dari ilham. Dimana Yassin dibaca dan berhenti di setiap mubin untuk ditarik nafas dalam2(tongkat lidah kelelangit).. hentikan nafas dan niat permintaan. setiap permintaan pastikan sama dan tidak berubah dari mubin pertama hinga ke tujuh. sampai ke perkataan 'kun fa yakun' tarik nafas lagi dan baca niat yang sama. lepas tu baca sampai habis. 3) Kaedah ini dari teman. Dimana Yassin dibaca mengikut kaedah Uztaz Haron Din namun niat hanya di baca di awal Yassin dan diakhir Yassin. selepas selesai semuanya.. baca surah AlFatehah 7x dan Ayatul Qursi 1x dan tiupkan kedalam air(jug).Masa baca fatehah di ayat 'iyya kanaqbudu wa iyya kanastain' tarik nafas dan niat seperti di yassin 7 mubin. tiup di air. Air Yassin ini boleh dibuat minum.. Niat yang aku syorkan ialah 'Wahai Zat Yang Wujud lagi Maujud..Matikanlah mereka yang menganiaya diri ku dan keluarga...' Maksud mati disini bukanlah mati zahir...maksudnya habis sudah ikhtiar...yang lain...mohon ALLAH aje yang matikan segala bentuk penganiayaan...No more...Apa yang ALLAH "kurniakan" kepada mereka..itu hak mutlak ALLAH...sesuai dengan apa yang dikata...semuanya dalam ILMUNYA...

Anda mungkin juga menyukai