Anda di halaman 1dari 10

Unit 6

Kepentingan Alat Pengekang


Tajuk 1 Kemahiran : Alat Pengekang dan Kepentingannya : Fokus Utama : 8.1 Aras 3 (i) Fokus Sampingan : 4.1 Aras 3 (i) PKJR : 6.2.5 : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

Tahun 3

Objektif

1) membina ayat tunggal dan ayat majmuk yang lengkap berdasarkan permerhatian langkah uji kaji yang dijalankan. 2) menghuraikan pandangan tentang kepentingan menggunakan alat pengekang dengan mengemukakan alasan yang munasabah. 3) menyatakan akibat daripada penggunaan alat pengekang dan akibat tidak menggunakan alat pengekang. Aktiviti Sistem Bahasa : ( Rujuk muka surat 66 ) : Tatabahasa kata nama Kosa kata kapsul bayi alat pengekang

Pengisian Kurikulum : Ilmu Pendidikan Moral Nilai bertanggungjawab KBT KB : membuat hipotesis TKP : interpersonal Media Pengajaran Buku Aktiviti Refleksi : Media 6.1 : Aktiviti 14 ( Kad Imbasan Gambar ) ( Menjelaskan proses uji kaji )

: ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran )

65

Unit 6
Kepentingan Alat Pengekang
Tajuk 1 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Alat Pengekang dan Kepentingannya 1. Guru membimbing murid memahami maksud alat pengekang dan jenis-jenisnya. 2. Guru mengemukakan soalan tentang alat pengekang dan mencatatkan jawapan murid pada papan tulis. Contoh: Apakah yang anda tahu tentang alat pengekang? Bolehkah anda nyatakan contoh alat pengekang? Jenis alat pengekang yang mana digunakan? Siapakah yang menggunakan alat pengekang tersebut? Di manakah alat pengekang itu digunakan? Bagaimanakah alat pengekang tersebut digunakan? 3. Murid memerhatikan uji kaji yang dijalankan oleh guru. Murid membina ayat tunggal dan ayat majmuk tentang proses uji kaji tersebut: Sediakan semua BBM di atas meja; letakkan 3 batang pensel di bahagian atas kotak pensel. Kemudian, tolak kotak pensel ke arah buku teks yang dipegang menegak 30cm di hadapan. Lakukan uji kaji ini sekali lagi dengan melekatkan pensel-pensel pada bahagian atas kotak pensel dengan menggunakan pita pelekat. 4. Murid berbincang dengan memberi pandangan tentang kepentingan memakai alat pengekang. Alat pengekang seperti tali pinggang keledar membantu menahan penumpang jika kenderaan berhenti secara tiba-tiba atau apabila berlaku kemalangan. Alat pengekang membantu mengurangkan tahap kecederaan. Alat pengekang meningkatkan keselamatan pemandu dan penumpang. Ingatkan murid bahawa pemakaian alat pengekang (contohnya tali pinggang keledar) merupakan undang-undang jalan raya. 5. Murid menghuraikan pandangan tentang kepentingan menggunakan alat pengekang dengan betul. 6. Murid membuat Aktiviti 14 dalam buku aktiviti.

Tahun 3
Catatan/Media/BBM

Media 6.1 Kad Imbasan Gambar

BBM kotak pensel 3 batang pensel sebuah buku teks pita pelekat (pilihan)

Buku Aktiviti ( Aktiviti 14 )

66

Unit 6
Kepentingan Alat Pengekang

Media 6.1 Kad Imbasan Gambar

Kapsul bayi

Kapsul ini pula diletakkan menghadap ke belakang dan dipasangkan di tempat duduk belakang menggunakan tali pinggang keledar. Kerusi jenis ini adalah untuk bayi yang baru lahir hingga lebih kurang sembilan bulan yang berat badannya adalah lebih kurang dua kilogram hingga lapan kilogram.

Tempat duduk kanak-kanak

Kerusi ini diletakkan menghadap ke hadapan dan mesti dipasang di tempat duduk belakang menggunakan tali keledar di dalam kereta. Kerusi ini digunakan oleh kanak-kanak yang berumur lebih kurang setahun hingga empat tahun dan berat badan kanak-kanak tersebut adalah lebih kurang lapan hingga 12 kilogram.

Tempat duduk booster

Kerusi ini diletakkan menghadap ke hadapan dan mesti dipasang di tempat duduk belakang menggunakan tali keledar di dalam kereta. Kerusi ini digunakan oleh kanak-kanak yang berumur lebih kurang empat hingga enam tahun yang mempunyai berat badan antara 12 hingga 20 kilogram.

Tali pinggang keledar

Tali pinggang keledar mesti dipakai dengan betul supaya alat pengekang ini boleh berfungsi dengan berkesan pada waktu kecemasan. Tali pinggang keledar mestilah dipakai merentasi dada dan pinggul bagi meningkatkan keselamatan penumpang.

Tali riba

Alat pengekang ini digunakan di bahagian tengah tempat duduk belakang. Tali keledar riba digunakan merentasi bahagian pinggang dan boleh diketat atau dilonggarkan mengikut kesesuaian dan keselesaan seperti tali pinggang keledar.

67

Unit 6
Kepentingan Alat Pengekang

Aktiviti 14
Alat Pengekang dan Kepentingannya

Aktiviti 14 Bina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan permerhatian. Uji kaji Kemalangan Tanpa tali keledar
Beberapa pensel diletakkan di dalam kotak pensel kotak pensel ditolak kuat arah buku teks dan
Beberapa batang pensel diletakkan di dalam kotak pensel dan kotak pensel ditolak kuat ke arah buku teks.

Pensel-pensel tercampak kotak pensel


dari Pensel-pensel tersebut tercampak keluar dari kotak pensel.

Pensel-pensel dilekatkan - pita pelekat - ditolak kuat - arah buku teks

lalu

Pensel-pensel dilekatkan dengan pita pelekat pada kotak pensel lalu ditolak kuat ke arah buku teks

Pensel-pensel - tidak tercampak - terkeluar - kotak pensel atau


Pensel-pensel tidak tercampak atau terkeluar dari kotak pensel.

Tulis kesimpulan daripada uji kaji tersebut.


Pemakaian tali pinggang keledar adalah penting kerana
tali pinggang keledar menahan pengguna daripada tercampak keluar atau terhantuk apabila berlaku nahas. tali pinggang keledar mengurangkan tahap kecederaan dalam sesuatu nahas. pemakaian tali pinggang keledar merupakan undang-undang yang perlu dipatuhi.

68

Unit 6
Kepentingan Alat Pengekang
Tajuk 2 Kemahiran : Alat Pengekang untuk Berlainan Orang : Fokus Utama : 6.5 Aras 1 (i) Fokus Sampingan : 9.1 Aras 2 (i) PKJR : 6.2.2 : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

Tahun 3

Objektif

1) membaca pantas kad situasi secara imbasan untuk menyatakan fakta situasi dengan betul. 2) mengambil imlak pernyataan yang diperdengarkan dengan ejaan dan tanda baca yang betul. 3) membincangkan tentang pelbagai alat pengekang untuk orang yang berlainan saiz dan ketinggian. Aktiviti Sistem Bahasa : ( Rujuk muka surat 70 ) : Tatabahasa Kosa kata kata majmuk ayat majmuk tali riba tali pinggang keledar

Pengisian Kurikulum : Ilmu Sains dan Teknologi Nilai mematuhi undang-undang KBT KB : mengitlak BCB : mencatat maklumat Media Pengajaran Buku Aktiviti : Media 6.1 ( Kad Imbasan Gambar ) Media 6.2 ( Kad Situasi ) : Aktiviti 15 ( Isikan tempat kosong untuk alat pengekang yang berlainan ) Aktiviti 16 ( Ambil imlak pernyataan ) Aktiviti 17 ( Buat ayat daripada perkataan yang diberi ) : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran )

Refleksi

69

Unit 6
Kepentingan Alat Pengekang
Tajuk 2 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Alat Pengekang untuk Berlainan Orang 1. Bersoal jawab dengan murid tentang jenis-jenis alat pengekang yang diketahui daripada aktiviti sebelumnya. 2. Murid membaca kad situasi dan membincangkan perkara-perkara yang berikut; cara adik-adiknya patut menaiki kenderaan. kedudukan adik-adik dan kedudukannya. jenis alat pengekang yang digunakan.
Nota guru:Berdasarkan kad situasi tersebut, jelaskan tentang kedudukan setiap ahli keluarga di dalam kereta; anak yang berumur 9 tahun duduk di tempat duduk hadapan ibu duduk di tempat duduk tengah di belakang adik Arif yang berumur 5 tahun menggunakan tempat duduk "booster" bayi berumur 8 bulan menggunakan kapsul bayi di tempat duduk belakang.

Tahun 3
Catatan/Media/BBM

Media 6.2 Kad Situasi

3. Jalankan simulasi dengan murid berdasarkan Media 6.2 yang menunjukkan seorang abang ( paling tinggi ) dan adik perempuannya ( rendah ) serta adik lelaki ( paling rendah ) akan menaiki kenderaan. Abang tersebut akan menyusun kedudukan adik perempuan dan lelakinya untuk duduk di tempat duduk belakang kereta.
Nota guru:Jelaskan kepada murid bahawa pemandu bertanggungjawab untuk memastikan semua penumpang memakai alat pengekang ( tali pinggang keledar ) sebelum kenderaan bergerak. Walau bagaimanapun, penumpang bertanggungjawab untuk memakai tali pinggang keledar dengan betul untuk keselamatan diri.

4. Guru membimbing murid menamakan dan menerangkan cara menggunakan alat pengekang yang berlainan yang digunakan untuk orang yang berbeza saiz dan berat badan. ( Sekiranya berkesempatan, beritahu murid-murid tentang alat pengalas atau booster bagi membantu penumpang yang belum cukup tinggi menggunakan tali keledar. ) 5. Murid membaca dan membuat Aktiviti 15 berdasarkan maklumat yang diambil daripada Media 6.1. 6. Murid mengambil imlak pernyataan yang diperdengarkan oleh guru dalam Aktiviti 16 berdasarkan gambar yang diberikan. 7. Murid membina ayat majmuk dan membaca ayat-ayat yang telah dibina. 70

Media 6.1 Kad Imbasan Gambar

Buku Aktiviti ( Aktiviti 15 ) Buku Aktiviti ( Aktiviti 16 )

Buku Aktiviti ( Aktiviti 17 )

Unit 6
Kepentingan Alat Pengekang

Media 6.2 Kad Situasi

Keluarga kami merancang untuk pergi ke Melaka. Ayah memberitahu bahawa perjalanan ke sana tidak mengambil masa yang lama iaitu lebih kurang dua jam untuk sampai ke destinasi. Terdapat lima orang dalam keluarga termasuk ibu dan ayah. Ayah menasihati kami agar memakai tali pinggang keledar dengan betul supaya kami sentiasa selamat. Di dalam kereta, ada ibu, ayah, saya, adik Arif yang berusia lima tahun serta adik bongsu yang berusia lapan bulan. Ayah mengingatkan saya supaya memakai tali pinggang keledar di tempat duduk hadapan. Arif duduk di belakang menggunakan tempat duduk "booster" dan adik bongsu pula duduk di dalam kapsul bayi di sebelah ibu. Ibu menggunakan tali pinggang riba. Ayah melaraskan tali pinggang keledar Arif supaya dipakai dengan betul dan kemas.

71

Unit 6
Kepentingan Alat Pengekang

Aktiviti 15
Alat Pengekang untuk Berlainan Orang

Aktiviti 15 Berdasarkan Media 6.1, isikan tempat kosong di bawah.


Alat keselamatan Kedudukan di dalam kereta
Di tempat duduk pemandu, penumpang di bahagian hadapan dan dua tempat duduk di belakang (di bahagian belakang).

Siapa yang menggunakannya


Penumpang kanak-kanak yang lebih besar, penumpang dewasa dan juga pemandu.

Di tempat duduk tengah, di bahagian belakang.

Penumpang kanak-kanak yang lebih besar dan penumpang dewasa.

Di tempat duduk belakang, menghadap ke hadapan.

Penumpang kanak-kanak berusia antara satu hingga empat tahun dan berat badannya antara lapan hingga 12 kilogram.

Di tempat duduk belakang, menghadap ke belakang.

Penumpang bayi berusia lebih kurang setahun ke bawah dan berat badannya dua hingga lapan kilogram.

Di tempat duduk belakang, menghadap ke hadapan.

Penumpang kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun dan berat badannya dalam lingkungan 12 hingga 20 kilogram.

72

Unit 6
Kepentingan Alat Pengekang

Aktiviti 16
Alat Pengekang untuk Berlainan Orang

Aktiviti 16 Murid mengambil imlak pernyataan yang dibaca oleh guru.

Cara pemakaian tali pinggang keledar ini adalah yang betul dan paling selamat. Cara ini membantu melindungi penumpang pada kedua-dua bahagian atas dan bawah badan sekiranya berlaku nahas.

Cara pemakaian tali pinggang riba ini dikenakan merentasi pinggul. Tali pinggang riba didapati di bahagian tengah tempat duduk belakang.

73

Unit 6
Kepentingan Alat Pengekang

Aktiviti 17
Alat Pengekang untuk Berlainan Orang

Aktiviti 17 Bina ayat majmuk dengan menggunakan perkataan dan frasa yang diberi.

Perkataan utama kampung

Ayat
Contoh: Saya dan keluarga menaiki kereta untuk melawat datuk dan nenek di kampung. Ayah memandu manakala ibu duduk di tempat duduk hadapan.

tempat duduk hadapan tempat duduk belakang tali pinggang keledar pakai dengan betul

Saya dan adik duduk di tempat duduk belakang.

Ibu dan ayah memakai tali pinggang keledar sebaik sahaja menaiki kereta.

Ayah mengingatkan kami supaya memakai tali pinggang keledar dengan betul.

penumpang

Semua pemandu dan penumpang kereta diwajibkan memakai tali pinggang keledar.

tanggungjawab

Pemandu bertanggungjawab untuk memastikan semua penumpang memakai tali pinggang keledar.

kemalangan

Penggunaan tali pinggang keledar dapat mengurangkan tahap kecederaan jika berlaku kemalangan.

alat pengekang

Alat pengekang pada tali pinggang keledar adalah untuk keselamatan.

selamat

Pemakaian tali pinggang keledar dengan betul sepanjang masa membantu penumpang agar lebih selamat.

74

Anda mungkin juga menyukai