Anda di halaman 1dari 11

BMB

Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu Tajuk: Membincangkan Aspek Seni Berbahasa & Peribahasa Melayu Dalam Pendidikan Sekolah Rendah
Dibentangkan Oleh; Dorina Anak Ngalang

Aspek Seni Berbahasa


Aspek seni bahasa merujuk keupayaan murid memahami, mengungkap dan menghargai bahasa yang indah melalui pembelajaran yang menyeronokkan secara didik hibur. Murid memperoleh bahasa yang indah secara didik hibur daripada teknik nyanyian, bercerita, berlakon dan berpuisi. Seni bahasa juga menampakkan keindahan bahasa dari segi pembentukan ayat yang menggunakan simile, peribahasa, bahasa kiasan dan personifikasi yang terdapat dalam puisi dan prosa kreatif. Idea yang kreatif dapat dilahirkan oleh murid melalui lisan dan penulisan. Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2011

Objektif Aspek Seni Bahasa dalam Pendidikan Di Sekolah Rendah ialah:


Memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan: i.Menyebut dan memahami seni kata lagu melalui nyanyian dengan gerak laku secara didik hibur;

ii.Mengujarkan ayat menggunakan bahasa yang indah dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul serta menggunakan bahasa badan secara kreatif melalui penceritaan secara didik hibur;

iii. Mengujarkan ayat menggunakan bahasa yang indah

dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul serta menggunakan bahasa badan secara kreatif melalui penceritaan secara didik hibur; iv. Mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara menggunakan bahasa badan secara kreatif melalui lakonan secara didik hibur; dan v. Melafazkan pantun dua kerat menggunakan bahasa yang indah dengan intonasi yang betul dan memahami maksud pantun secara didik hibur.

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia, 2011

Prinsip Pengajaran Seni Bahasa di Sekolah Rendah


i. Pengajaran Seni Bahasa mementingkan kehalusan dan keindahan bahasa.

ii. Pemilihan bahan mesti sesuai dan menarik. iii. Penglibatan murid secara aktif dan menyeluruh

iv. Guru bertindak sebagai penggerak atau pembimbing yang sentiasa kreatif dan imaginatif.

Aspek Seni Berbahasa Dalam Pendidikan Sekolah Rendah


Guru perlu menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini secara didik hibur supaya dapat menarik minat murid dan membantu murid lebih berketrampilan serta menghayati kandungan seni bahasa itu. Seni bahasa memberi penekanan kepada keindahan bahasa yang dipelajari oleh murid melalui teknik penyampaian yang menarik dan menyeronokkan seperti bernyanyi, bercerita, berlakon dan berpuisi.

Kepentingan
Membentuk murid untuk memiliki keseimbangan dalam kemahiran-kemahiran bahasa seperti mendengar,bertutur, membaca, menulis, secara efektif melalui pelbagai kaedah pengajaran dan strategi Meningkatkan penghayatan nilai dan seni dalam . bahasa

Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2011

Peribahasa Dalam Pendidikan Sekolah Rendah


Terdapat beberapa jenis peribahasa Melayu iaitu pepatah, bidalan, simpulan bahasa, kata bandingan dan kata hikmat yang turut diajar di sekolah rendah

Peribahasa Melayu
Peribahasa Melayu ialah istilah generik untuk bidalan, pepatah, perumpamaan, perbilangan, simpulan bahasa dan ungkapan (Noor Zila Md.Yusuf, 2012) Dalam kamus Tatabahasa Bahasa Melayu, peribahasa ditakrifkan sebagai ayat atau urutan kata yang mempunyai susunan yang tetap dan makna tertentu. Zaba menakrifkan peribahasa sebagai susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya

Kepentingan Pengajaran Peribahasa Di Sekolah Rendah


Peribahasa dalam sesuatu bahasa mempunyai peranannya yang istimewa, bukan sahaja memperkaya khazanah bahasa bahkan lebih penting daripada itu memancarkan pandangan hidup, nilai, sikap, cara berfikir atau keperluan akal budi masyarakat pengguna bahasa itu Fungsi peribahasa dalam kehidupan masyarakat seharian iaitu memberi pengajaran, teguran dan sebagai gambaran kepelbagaian kehidupan manusia

Anda mungkin juga menyukai