Anda di halaman 1dari 4

NEXUS VISTA BAHASA MALAYSIA UPSR TAHUN 4 , 5, & 6 Muka Surat 8 (Soalan Klon UPSR 2008)

Bahan-bahan Suplemen

BAHAGIAN B: SISTEM BAHASA


Soalan Klon UPSR 2008 Penggolongan Kata Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Pergerakan pemain penyerang bola sepak yang __________ itu sukar dikawal oleh pihak lawan. A gopoh B lincah C goyah D ligat Jawapan: B Nenek sudah berusia 82 tahun. _____________, dia masih berupaya untuk membaca surat khabar tanpa memakai cermin mata. A Namun demikian B Di samping itu C Sekalipun D Walhal Jawapan: A

Menurut rakan Razlan yang juga mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR, antara faktor kejayaan ___________ adalah sering bertanya kepada guru apa-apa yang tidak difahami. A kita B saya C kamu D mereka Jawapan: D Elina memberitahu keluarganya tentang ____________ dirinya yang pertama kali berhari raya di perantauan. A perihal B peribadi C peribumi D peribahasa Jawapan: A

Sasbadi Sdn. Bhd.

NEXUS VISTA BAHASA MALAYSIA UPSR TAHUN 4, 5, & 6 Muka Surat 8 (Soalan Klon UPSR 2008)

Bahan-bahan Suplemen

Penggandaan Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Beberapa pelajar dari Institut Perubatan Malaysia telah menjalankan kajian tentang _____________ tradisional masyarakat Melayu. A tumbuh-tumbuhan B ulam-ulaman C kayu-kayuan D ubat-ubatan Jawapan: D
han-bahan Suplemen

Simpulan Bahasa Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Hari ini kita terpaksa ____________ kerana bekalan makanan semakin berkurangan, kata ketua perkhemahan itu. A alas perut B ikat perut C makan hati Jawapan: B D makan garam

Sinonim Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Ayah selalu menasihati kami adik-beradik supaya menjauhi persengketaan. Kata seerti bagi persengketaan ialah A persaingan. B perdebatan. C perbalahan. D pertarungan. Jawapan: C

Antonim Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Hanya insan yang berjiwa kental akan berjaya mencapai impian mereka. Kata berlawan bagi kental ialah A lesu. B lembut. C longlai. D lemah.

Jawapan: D

Sasbadi Sdn. Bhd.

ii

NEXUS VISTA BAHASA MALAYSIA UPSR TAHUN 4, 5, & 6 Muka Surat 8 (Soalan Klon UPSR 2008)

Bahan-bahan Suplemen

Kata Banyak Makna Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata yang bergaris dengan betul. I II III IV A B C D Zamri cuba mencungkil rahsia daripada kawannya itu. Kapal korek itu sedang mencungkil bijih timah. Kabir sedang mencungkil batu-batu kecil di halaman rumahnya. Perlawanan bola sepak tujuh sebelah untuk mencungkil bakat baru akan diadakan bulan depan. I dan IV sahaja II dan III sahaja I, III, dan IV sahaja I, II, III, dan IV Jawapan: C

Membina Jawapan Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah ini. Mengapakah jari kamu berdarah? A Saya tidak nampak pisau itu tadi. B Saya terpijak pisau itu tadi. C Jari saya terkena pisau semasa menghiris bawang. D Saya kurang memberikan perhatian. Membina Soalan Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah ini. Murid-murid itu sedang bersenam di padang. A Bagaimanakah murid-murid itu bersenam? B Siapakah yang berada di padang? C Berapakah jumlah murid-murid di padang itu? D Apakah yang dilakukan oleh murid-murid itu? Ayat yang Sama Maksudnya Pilih ayat yang sama maksudnya dengan ayat yang diberikan. Puan Suria melarang anak-anaknya bermain di tepi jalan raya itu. A Kita tidak dibenarkan bermain di tepi jalan raya ini, kata Puan Suria kepada anakanaknya. B Jangan bermain di tepi jalan raya itu, kata Puan Suria kepada anak-anaknya. C Ibu tidak dibenarkan bermain di tepi jalan raya itu, kata anak-anak Puan Suria kepada beliau. D Mereka bermain di tepi jalan raya itu, kata Puan Suria kepada anak-anaknya.
Jawapan: B

Jawapan: C

Jawapan: D

Sasbadi Sdn. Bhd.

iii

NEXUS VISTA BAHASA MALAYSIA UPSR TAHUN 4, 5, & 6 Muka Surat 8 (Soalan Klon UPSR 2008)

Bahan-bahan Suplemen

Kesalahan Umum Tatabahasa Pilih ayat yang betul. I II III IV A B C D Baju Ceongsam itu dibuat daripada kain sutera. Adik suka bermain dengan arnabnya di waktu petang. Pelumba-pelumba motosikal itu saling potong-memotong. Senaskhah surat khabar dibeli oleh ayah setiap hari. I dan IV sahaja II dan III sahaja I, II, dan III sahaja II, III, dan IV sahaja

Jawapan: A

Sasbadi Sdn. Bhd.

iv

Anda mungkin juga menyukai