Anda di halaman 1dari 3

KEMAHIRAN MENJAGA KESIHATAN DIRI Mencuci Tangan Mandi Memakai Kasut/Selipar Memotong Kuku Rambut Kebersihan Gigi STATUS

STATUS KESIHATAN DIRI Penilaian Status Kesihatan Murid Penilaian Status Pemakanan Penilaian Status Imunisasi Pengesanan Awal Penyakit Berjangkit Perkhidmatan Pergigian Sekolah TANDA MENGALAMI MASALAH MENTAL Kemurungan Tidak Hadir Ke Sekolah / Tidak Berkawan Memencilkan Diri Bersikap Menentang Atau Tidak Mematuhi Arahan Marah/ Panas Baran Masalah Menumpukan Perhatian P&P / Kerja Sekolah Kurang Rasa Keyakinan Diri

PANDUAN KE SEKOLAH DAN DI SEKOLAH

Bangun awal ke sekolah supaya tidak terlewat Mandi dan gosok gigi. Pakai pakaian seragam sekolah. Pakai lencana sekolah. Berambut pendek dan berpakaian kemas. Ikut jadual waktu supaya beg tidak berat. Jangan pakai barang-barang kemas / hiasan. Jangan membawa senjata tajam ke sekolah. Jangan bawa wang yang banyak ke sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa / guru. Jangan mencuri , mengejek dan menghina kawan. Amalkan sopan santun dan akhlak yang mulia. Bertolak ansur untuk mengelakkan pergaduhan. Gunakan masa lapang dengan membaca buku atau mengulang kaji pelajaran. Patuh kepada peraturan sekolah. Datang sekolah dengan niat untuk belajar,menuntut ilmu menjadi orang yang berguna pada masa hadapan. yang masuk tanpa kebenaran adalah PENCEROBOH dan boleh didakwa.

Orang

KETIKA NAIK KENDERAAN Naik kenderaan biasa dinaiki sahaja. Naik dan turun hanya setelah bas/van/kereta itu betul-betul telah berhenti. Beratur dan jangan berebut-rebut. Tunggu giliran dengan sabar. Kecuaian boleh menyebabkan kemalangan. Jika menggunakan kereta atau van,pastikan pintu kenderaan ditutup sempurna sebelum kenderaan bergerak. Pakai tali pinggang keledar/topi keledar. Sekiranya duduk,duduk dengan tertib.Jangan bermain-main,menghulurkan tangan atau menjengukkan kepala semasa bas sedang bergerak. Jika berdiri,berdirilah dengan memegang pemegang yang disediakan tetapi jangan berdiri di tangga. Jika perlu melintas jalan,pandang kanan,kiri dan kanan sebelum melintas.Lintas setelah tiada kenderaan di kiri dan kanan jalan. Guru bertugas hendaklah membantu mengawasi keselamatan murid semasa balik.

PANDUAN DI BANGUNAN SEKOLAH Murid hendaklah berjalan dalam barisan ketika hendak naik atau turun tangga. Dilarang bermain-main di atas tangga. Di larang berludah atau membuang sampah atau apa jua dari tingkat atas bangunan ke bawah. Jangan bermain,bergurau senda atau bertolak-tolak berdekatan tebing kaki lima.Anda mungkin terjatuh dari tingkat atas bangunan. Laporkan kepada pihak sekolah jika terjumpa kerosakan di bangunan sekolah seperti bangunan retak,pemegang besi tangga rosak dan tingkap yang pecah. Jangan cuba membaiki kerosakan sendiri. Jika terdapat pencerobohan atau kecurian , laporkan segera kepada guru. Jika kerosakan teruk,elakkan daripada menggunakan kawasan tersebut. Patuh arahan guru dari semasa ke semasa. PANDUAN DI DALAM KELAS Masuk / keluar ke kelas hendaklah beratur. Jangan bermain,bersenda gurau dan berlari di dalam kelas. Laporkan kepada guru,jika terdapat kerosakan di dalam kelas seperti cermin tingkap pecah,kerusi meja sudah rosak,suis lampu/kipas rosak atau tidak berfungsi. Jangan sentuh dan cuba memperbaiki bahagian yang pecah atau rosak itu. Jauhi tempat yang merbahaya. Dilarang makan atau minum di dalam kelas. Setiap murid hendaklah mematuhi jadual giliran bertugas.Jaga kebersihan kelas anda. Tutup suis lampu/kipas/alat elektrik sebelum meninggalkan kelas. Amalkan budi bahasa dan sopan santun dalam pergaulan dengan rakan-rakan.Jangan menggunakan bahasa yang kesat. Utamakan keselamatan anda dan peka dengan loceng kecemasan yang dibunyikan dengan panjang. Beratur tinggalkan kelas dengan segera bila loceng kecemasan dibunyikan. Bawa barang-barang yang penting sahaja. Ikut arahan guru dari semasa ke semasa. PANDUAN MENGGUNAKAN TANDAS DAN BILIK AIR Jaga kebersihan tandas anda. Bersihkan tandas selepas digunakan. Jangan menbazir air.Tutup paip air selepas digunakan. Gunakan air dengan cermat dan jimat setiapmasa. Gunakan tandas/bilik mandi dengan cermat dan mengikut pertauran. Jangan rosakkan kemudahan ini,kerena jika rosak anda juga yang susah. Jika perlu,adakan latihan kepada murid-murid baru ,cara menggunakan tandas yang betul. Jika ada kerosakan , laporkan kepada guru , pegawai bertugas atau pihak sekolah. PANDUAN DI KANTIN Berbaris semasa membeli makanan. Jangan berebut-rebut. Basuh tangan sebelum makan. Makan dengan senyap dan bersopan. Jangan berlari,bermain,bersenda gurau di kantin. Pinggan,mangkuk,piring dan cawan hendaklah dimasukkan ke dalam besen yang disediakan. Sisa makanan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah . Jangan makan makanan yang basi. Jika ceret-berit dan muntah-muntah , laporkan kepada guru. Pengusaha kantin tidak dibenarkan menjual makanan ringan dan minuman bergas. MENANGANI ISU JENAYAH PELAJAR SEKOLAH Kes jenayah berlaku disebabkan oleh sifat ingin tahu,pengaruh rakan dan desakan pihak lain. Jenayah kecil seperti gengterisme,pecah rumah,ragut,vandalisme dan judi. Jenayah besar seperti penyalahgunaan dadah,penderaan , pembunuhan , pergaduhan dan pelacuran. Disiplin yang buruk akan menjejaskan nama baik pelajar sehingga mendapat rekod buruk. Peluang pekerjaan menjadi sukar dan hidup jadi terumbang-ambing.Oleh kerana tiada pekerjaan berlakulah kes jenayah seperti peras ugut,mencuri,merompak dan penagihan dadah.

Jika hal ini berlaku anda mungkin ditangkap , dipenjarakan atau dimasukkan ke pusat pemulihan. Ibu bapa dan keluarga akan berasa malu dan hampa.Mereka akan dihina dan dicerca menyebabkan masyarakat kurang menerima kembali. Pihak sekolah perlu peka dan memastikan sistem disiplin supaya berkesan.Segala aduan pelajar hendaklah diterima dan dipertimbangkan. Unit kaunseling hendaklah memainkan peranan dalam hal ini supaya sikap buruk pelajar boleh diubah. Jawatankuasa Disiplin Sekolah hendaklah mengambil tindakan yang wajar dan adil terhadap pelajar yang melakukan salah laku tanpa mengira pangkat dan kedudukan.

********************************** 00 ********************************************

Anda mungkin juga menyukai