Anda di halaman 1dari 4

CERPEN : RAHSIA

SINOPSIS

Amar menceritakan rahsia yang disimpannya selama sepuluh tahun lalu.


Pesawat Boieng 737 terpaksa mendarat di Lapangan Terbang Qu kerana
tidak stabil sebagai akibat dipanah petir. Amar dan anaknya, Zulfakar turut
berada dalam pesawat itu untuk menemui isterinya di Bandar Tzon. Amar
diminta membantu Kapten Rashid untuk mengendalikan pesawat tersebut.
Semasa membuat pendaratan kecemasan, tayar pesawat telah terbakar.
Akhirnya, pesawat itu mendarat di atas landasan yang becak. Para
penumpang berpusu-pusu menyelamatkan diri. Amar berusaha membantu
Zulfakar, tetapi gagal kerana Zulfakar terperangkap di dalam pesawat itu.
Tiba-tiba, pesawat itu meletup. Sejak kejadian itu, Amar sentiasa berada di
landasan tersebut. Setiap kali hujan turun, dia berharap agar Zulfakar yang
terkorban akan kembali. Ekoran daripada kejadian itu, hubungan Amar
dengan isterinya terputus. Kesudahannya, Amar terpaksa menerima hakikat
bahawa anaknya telah mati.

TEMA

Ketenangan dan kebijaksanaan juruterbang sewaktu melakukan pendaratan


cemas. Kapten Rashid dan Amar berusaha mendaratkan pesawat ketika
cuaca buruk dan keadaan pesawat hampir meletup. Dengan tenang mereka
mengendalikan pesawat yang sukar dikawal itu. Secara bijaksana mereka
mematikan enjin supaya pesawat dapat turun dengan cepat.

PERSOALAN

- Bijak bertindak.
- Berfikiran rasional dan tidak mudah panik.
- Kesyukuran kepada tuhan.
- Ketentuan tuhan.
- Ketabahan.
- Kasih sayang.
WATAK DAN PERWATAKAN

WATAK

- Watak utama dalam cerpen ini ialah Amar.


- Watak sampingan terdiri daripada Kapten Rashid dan Zulfakar.

PERWATAKAN

AMAR
- Isterinya bernama Siti Zubaidah.
- Anaknya bernama Zulfakar.
- Berpengalaman dalam mengendalikan kapal terbang.
- Penyayang.
- Sentiasa tenang.
- Bijak bertindak.
- Suka membantu.

KAPTEN RASHID
- Ketua juruterbang.
- Bijak bertindak.
- Tegas mengeluarkan arahan.
- Tenang.
- Bertanggungjawab.

ZULFAKAR
- Anak kepada Amar dan Siti Zubaidah.
- Masih kecil.
- Rindu akan ibunya.
- Meniggal dunia dalam peristiwa kapal terbang meletup semasa
pendaratan cemas di Lapangan Terbang Qu.
PLOT

PERMULAAN
- Amar menceritakan peristiwa yang berlaku sepuluh tahun yang lalu.
Amar dan anaknya, Zulfakar menaiki pesawat untuk pulang menemui
isterinya, Siti Zubaidah di Bandar Tzon.

PERTENGAHAN
- Selepas penolong juruterbang terkana kejutan elektrik, Kapten Rashid
meminta bantuan Amar untuk mengendalikan pesawat itu. Tiba-tiba
hubungan dengan menara kawalan terputus kerana cuaca buruk.
Mereka terpaksa melakukan pendaratan cemas di sebuah lapangan
terbang lama. Akhirnya dengan kebijaksanaan serta pengalaman
Kapten Rashid dan Amar, mereka berjaya melakukan pendaratan. Para
penumpang berebut-rebut untuk keluar dari pesawat. Hal ini
menyebabkan Amar dipijak dan tercedera lalu terjatuh ke dalam
sungai.

KLIMAKS
- Tiba-tiba, kapal terbang itu meletup. Anak Amar, Zulfakar turut
terkorban dalam nahas tersebut.

PELERAIAN
- Hantu yang dikatakan berkeliaran di padang rumput di Lapangan
Terbang Qu itu ialah Amar yang mencari anaknya.

GAYA BAHASA

SIMILE – bagai tempat simpan mayat; bagai disengat sekawan tebuan.


METAFORA – air kedukaan; ribut perasaan.
PERSONIFIKASI – gelap lagi peristiwa yang berarak di ingatan Amar;
kakinya dipanjat kesejukan.
BAHASA ARAB – Assalamualaiku; insya-Allah.
BAHASA INGGERIS – head-set; control column; heading indicator;
diverter strips.
NILAI

- Kasih sayang.
- Tanggungjawab.
- Kesabaran.
- Rasional.
- Keberanian.
- Kesyukuran.
- Berserah kepada tuhan.

PENGAJARAN

- Kita hendaklah bersabar dalam menghadapi sebarang bahaya.


- Janganlah mudah panik atau cemas apabila berhadapan dengan
sebarang masalah.
- Janganlah terlalu mempercayai hantu atau kepercayaan yang karut-
marut.
- Kita hendaklah berserah kepada tuhan setelah berusaha sedaya upaya.

Anda mungkin juga menyukai