Anda di halaman 1dari 4

Watak dan Perwatakan

Watak Utama

Amar
a) Penyayang dan bertanggungjawab
i. Amar seorang ayah yang penyayang sehingga dia tidak dapat menerima hakikat
kematian anaknya.
ii. Dia bertanggungjawab memastikan keselamatan penumpang.
b) Sering menghadapi konflik dan tekanan jiwa
Setelah kemalangan yang menyebabkan anaknya terkorban jiwanya tertekan.
c) Pandai menyembunyikan perasaan cemas
Ketika dia melihat bahagian bawah pesawat terbakar dia menyembunyikan perasaannya
daripada pengetahuan penumpang-penumpang dan anaknya.
d) Juru terbang yang berpengalaman.
Dia dapat mengendalikan pendaratan kecemasan daripada meletup di udara.
e) Kehilangan anak dalam kemalangan pesawat
Dia tidak sempat menyelamatkan anaknya ketika kapal terbang hampir meletup.

Watak Sampingan

Kapten Rashid
a) Rakan sejawat Amar.
b) Ketua juru terbang
c) Tenang menghadapi keadaan cemas
Dia tenang keadaan cemas ketika mengendali pesawat yang sudah mula terbakar
d) Berpengalaman
Dia dapat mengendalikan pesawat yang menghadapi masalah semasa dalam perjalanan ke
Bandar Tzon.
e) Bertanggungjawab dan gigih
Dia berusaha untuk menentukan pesawat dapat mendarat dengan selamat.

Zulfakar
a) Anak Amar dan Siti Zubaidah
b) Patuh kepada orang tua
Dia tidak membantah ketika Amar terpaksa ke ruang juru terbang pesawat dan
meninggalkannya di bawah pengawasan pramugari.
c) tidak sabar
dia tidak sabar untuk berjumpa dengan ibunya.

Plot

Permulaan
Seorang pembocor rahsia menceritakan rahsia orang yang bernama Amar
Perkembangan
 Dalam kisah tersebut,Amar berdiri di sebuah pondok kawalan lapangan terbang lama
sambil mengenang kembali peristiwa pahit dalam hidupnya
Perumitan
 Amar terkenang semasa dia dan anaknya,Zulfakar dalam sebuah pesawat yang sedang
menghadapi masalah teknikal.Amar diminta untuk membantu juruterbang pesawat
tersebut iaitu kapten Rashid .
Dalam kenangannya,Amar masih ingat kegawatan yang mereka hadapi apabila mereka
terpaksa membuat pendaratan cemas.
Puncak
 Amar dan Kepten Rashid berjaya mendarat di Lapangan Terbang Qu tetapi pesawat itu
meletup beberapa ketika selepas pendaratan tersebut.
Peleraian
Pembocor rahsia(kemungkinan Amar sendiri)
memberitahu bahawa lapangan terbang itu tidak berhantu seperti yang didakwa oleh
penduduk tempatan.Lembaga yang mereka sangka hantu itu sebenarnya ialah Amar
sendiri yang sering pergi ke tempat itu kerana merindui anaknya,Zulfakar.

Latar

Latar Tempat
• Lapangan Terbang QU.
• Pondok kawalan Lapangan Terbang QU.
• Di dalam pesawat Boeing 737.
• Ruangan kokpit pesawat.

Latar Masa
• Berlangsung dalam sehari.
• Bermula pada suatu hari apabila pengarang mula bercerita tentang kisah di sebalik
Lapangan Terbang QU.

Latar Masyarakat
• Masyarakat yang menderita kerana kehilangan orang yang tersayangi
• Masyarakat yang terpaksa akur dan tabah ketika berdepan dengan kemasan
• Segelintir masyarakat yang mempercayai sesuatu yang karut

Gaya Bahasa

a) Diksi
i. Bahasa Inggeris
Amar menggerakan control column ke kanan dan melihat heading indi cator 25 darjah
(hal 113)
ii. Bahasa Arab
Siapa ana? Nama ana? Tidak perlulah (hal 110)

b) Pengulangan
Panas
Tidak tahulah aqmar, panas oleh kebosanan atau panas oleh kerinduan (hal 110)
c) Pengunaan Ayat
i. Ayat Tanya
``Abi,mengapa Abi diam?Abi demamkah?(hal 110)
ii. Ayat seru
``Err… kita telah terputus hubungan dengan menara Kawalan di Lapangan Terbang Xu.
(hal 114)
iii. Ayat pendek
Lonceng pemindahan berdering (hal 119)
iv. Ayat panjang
Amar tidak tahu dalam ruang sekecil itu,yang berhenyak- henyak sesama mereka masih
manusia atau apa!Mereka telah melompat dari kerusi ke kerusi (hal 120)
d) Personafikasi
Cuma pada ruang yang agak tinggi masih kelihatan tiada rumput nan melintuk-lintuk
menjamah butir hujan (hal 110)

e) Simile
i. Ruang penumpang pesawat ini bagaikan tempat simpan mayat (hal 112)
ii. Pedihnya bagai disengat sekawan tembuan (hal 121)

f) Inversi
Dilantai pesawat terdapat lubang tidak tutup rapat (hal 116)

g) Metafora
Air kedukaan itu berbaur dengan manik-manik hujan (hal 112)

Nilai Murni
a) Kerjasama dan tolong-menolong
Amar dan Kaptan Rashid berkerjasama mengendalikan pesawat yang hendak mendarat
b) Kasih Sayang
Amar sangat sayang akan anaknya sehingga dia tidak dapat menerima hakikat kematian
anaknya.
c) Bertanggungjawab
Amar dan Kaptan Rashid bertanggungjawab memastikan pesawat mendarat dengan
selamat dan penumpang berada dalam keadaan tenang
d) Ketenangan dan ketabahan
Amar dan Kaptan Rashid bergitu tenang mengendalikan pesawat yang hampir meletup
itu
e) Bersyukur kepada tuhan
Amar bersyukur kerana semua penumpang terselamat walaupun anaknya terkorban

Pengajaran

a) Bersikap tenang ketika menghadapi suasana cemas


Kita perlulah tenang apabila menghadapi situasi yang cemas supaya setiap tindakan yang
kita lakukan tidak membahayakan orang lain
b) Menghidari sikap terburu-buru dan mementingkan diri sendiri
Jika diamalkan sikap tersebut akan merugikan diri sendiri kerana masyarakat tidak akan
kukuh jika anggotanya hanya bersikap begini.Cthnya penumpang pesawat yang terburu-
buru keluar tanpa memikirkan orang lain.
c) Bertawakal kpd tuhan
ketika menerima musibah atau dugaan.Cthnya Amar bertawakal kepada tuhan agar
mereka selamat setelah Amar dan Kaptan Rashid berusaha bersungguh-sungguh
mengendalikan pesawat itu.
d) Tidak mudah percaya kepada khabar angin atau cerita tentang hantu dan penunggu
Penduduk setempat membuat cerita bahawa ada hantu di padang itu yang mencari
anaknya yang hilang.

Anda mungkin juga menyukai