Anda di halaman 1dari 2

Pergaulilah manusia dengan pergaulan yang apabila kamu meninggal dunia mereka menangisi mu & jika kamu hidup

mereka menyayangimu (Ali Abu Talib) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi, Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa, Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu, Hidup ini indah jika segalanya kerana ALLAH. Al-Quran penyembuh luka hatiku, Hilang duniaku bila berjauhan dengannya, Jatuh air mataku bila terdengar amarannya, Terukir senyumku bila nampak nikmatnya. Sahabat-sahabat sekalian, Kita bukan pertubuhan kebajikan, Bukan pertubuhan politik, Bukan pertubuhan yang diasaskan dengan tujuan yang terbatas, Tetapi kita adalah satu roh baru yang mengalir dalam urat nadi umat ini, Lantas kita hadapkan ia dengan Al-Quran. Kita adalah satu cahaya baru yang memancarkan yang akan menghancurkan kegelapan fahaman kebendaan dengan mengenal Allah, menetapkan tarbiah, teguhkan ukhwah, teruskan jihad. Musibah itu hanya satu bala tetapi jika orang yang ditimpa musibah itu mengeluh, Mereka menjadi dua bala iaitu satu bala musibah dan yang kedua hilangnya pahala (sabar & redha) menanggung musibah itu. Itulah tempat tinggal akhirat yang kami (Allah) sediakan bagi orang-orang yang tiada menginginkan ketinggian (pangkat) di muka bumi & tiada pula melakukan kerosakan (al-Qashash: 83) Tidak ada tegukan yang lebih besar pahalanya selain dari tegukan kemarahan yang ditelan seseorang demi mengharapkan redha Allah. (Ibnu Majah) Sebaik-baik manusia adalah orang yang panjang umurnya dan baik amalannya. Seburuk-buruk manusia adalah orang yang panjang umurnya tetapi buruk amalannya. ( HR Ahmad, Tarmizi & hakim) Manusia boleh bercakap itu . ini bila ada ilmu, petah memberi pendapat & menyangkal apa yang tidak dipersetujui tetapi mereka ini kadang-kadang hanya pandai bercakap sahaja, buatnya tidak. Betul @ Tidak ??????? Tepuk dada tanya iman!!!!!!

Jika ada seseorang yang mencelamu dengan sesuatu yang ada pada dirimu, Maka janganlah kamu membalas mencelanya dengan apa yang ada pada dirinya. (HR Ahmad) Bolah jadi kamu membenci sesuatu, Padahal ia amat baik bagimu, Dan bolaeh jadi pula kamu menyukai sesuati, Padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah) Perkataan yang baik tidak akan muncul Di hati yang kotor, Sepertimana biji benih tidak akan tumbuh Ditanah yang gersang. . Kemudian apabila sampai ajal mereka tiadalah dapat mereka meminta dikemudiankan sesaat pun dan tidak pula mereka dapat meminta didahulukan. (An-Nahl :61) Kemarahan manusia itu bermacam-macam. Sesetengahnya, lekas marah, lekas hilang dan tenang, Sesetengahnya, lambat marah, lambat pula hilangnya, Sesetengahnya pula, Lambat marah tetapi lekas hilang, Yang terakhir inilah yang terpuji. (Iman Al-Ghazali) Akhlak yang baik dapat menghapuskan kesalahan bagaikan air yang menghancurkan tanah yang keras. Dan akhlak yang jahat merosakkan amal seperti cuka merosakkan manisnya madu. (Baihaqi) Bukanlah kemulian itu dengan memakai pakaian cantik & jelita, Tetapi ia adalah dengan ketenangan (sopan-santun) dan merendah diri. Kematian bukanlah satu kehilangan dalam hidup kerana kehilangan yang paling besar sebenarnya ialah matinya apa yang ada dalam diri kita semasa kita masih hidup. Allah ciptakan hamba-hambanya yang pintar. Mereka meninggalkan dunia dan menghindari fitnah. Mereka melihat dunia dan isinya. Takkala mereka tahu, mereka menggangap dunia ini bukanlah tempat tinggal yang abadi. Bagi mereka dunia tidak ubah seperti samudera yang sangat dalam dan bahteranya adalah amal soleh dan iman.

Tiga perkara apabila telah keluar tidaklah berguna lagi keimanan seseorang jika sebelum itu ia tidak beriman atau tidak pernah berbuat baik, pertama ialah matahari telah terbit dari barat, kedua pula ialah keluar dajjal dan yang ketiga ialah keluar dabbah bumi. (Sahih Muslim) Mengetahui kekurangan diri adalah tangga bagi mencapai cita-cita, Berusaha teras untuk mengisi kekurangan adlah keberanian luar bias -HamkaOrang pintar ialah orang yang merendahkan dirinya dan beramal untuk bekal sesudah mati. Dan orang bodoh ialah orang yang memperturutkan hawa nafsunya dan mengharapkan kepada Allah dengan berbagai harapan dan angan-angan. (Bukhari) Seseorang akan ingat dirinya sendiri di 3 tempat: ketika ditimbang amalannya, ketika dibuka buku amalannya & ketika meniti titian siratul mustaqim Orang yang ikhlas ialah orang yang tersenyum dalam kecelaan, Tenang ketika dapat keuntungan, Sopan-santun ketika dalam amanah, Lurus dalam kemiskinan, Penolong dalam pekerjaan. Air mata kerana kekasih adalah penyesalan, Air mata kerana sahabat adalah pengorbanan, Air mata kerana ibubapa adalah penghormatan, Air mata kerana Allah adalah tanda kehambaan. Jangan putus asa jika otak tumpul dan akal kurang cerdas.Kadang-kadang seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak putus asa lebih maju daripada seseorang yang cerdas tetapi pemalas -HamkaIlmu itu di dapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir -Abdullah Ibnu Al-AbbasSyair tulisan Iman As-Syafie : Wahai pelajar zaman sekarang, Menuntut ilmu bukanlah senang, Enam syarat mesti dipegang, Kalau nak jadi pelajar cemerlang Akal yang sihat paling utama, Tamak haloba mesti bersama, Tabah dan sabar, wang pun ada, Petunjuk guru, masa yang lama.

Bila kita berseorangan bukan bermakna kita tidak berteman tapi akal yang sejengkal itu teman, ilmu didada itu kawan,iman yang kukuh itu sahabat. Orang-orang yang beriman itu hati mereka menjadi tenang kerana mengingati (berzikir) kepada Allah. Ingatlah bahawa dengan mengingati Allah itu lah hati akan menjadi tenang. <al-Raad : 28> Rasulullah saw bersabda : Barang siapa yang membaca 10 ayat dari surah Al-Baqarah di awal pagi, nescaya ia tidak didekati oleh syaitan sampai ke petang. Jika dibaca pada waktu malam maka syaitan tidak mendekatinya sampai pagi. Tidak akan dilihatnya apa-pap yang buruk menimpa keluarganya atau hartanya. -Riwayat al-Darami & BaihaqiTaqwa adalah takut kepada Allah, mengamalkan isi kitab Allah, merasa puas dengan pemberian Allah & berkemas-kemas untuk menjelang hari berangkat menuju Allah - Saidina Ali k.w.jBarang siapa yang niatnya ke akhirat,maka Allah akan menghimpun baginya & dijadikan kaya hati & dating dunia padanya dengan merendah diri. Hadis-

Berkata Iman Syafie : Setiap orang mempunyai yang dikasihi & yang dibenci. Apabila ada, maka hendaklah engkau bersama golongan yang taat kepada Allah swt. Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan kami beriman, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta:. -Surah Al-Ankabut 2-3wahai Mujahid/ mujahidah Bangkitlah kamu daripada kealpaan, kelalaian, hasad dengki, amarah Penuhilah hatimu dengan Nur Islam dan ketaqwaan kapadanya agar gerak kerja kita diberkati Nya. Pandangan itu adalah anak panah beracun dari anak panah iblis, siapa yang menghindarinya kerana takut kepada Allah, dia akan dikurniakan oleh Allah keimanan yang terasa manisdiahtinya -Hadis riwayat tarmizi-

Anda mungkin juga menyukai