Anda di halaman 1dari 4

Item 1.

Definisi

Data Vektor Model ini digunakan dalam analisis seperti Model Data Spageti, Model Arc-node, Model Topologi dan Model Rupa bumi berdigit. Fenomena dunia sebenar diwakilkan oleh titik-titik dan garisan-garisan yang mendefinisi sempadannya. Cara persembahan ini hampir sama seperti dilukis di atas peta. Pendekatan ini juga dikenali sebagai perwakilan berasakan objek. Perletakan setiap entiti didefinisikan oleh kedudukannya dalam ruang peta yang disusun oleh satu sistem koordinat rujukan. Setiap kedudukan dalam ruang peta mempunyai nilai koordinat yang unik. Setiap entiti cuba diwakilkan dengan setepat yang mungkin dengan dunia sebenar. ) Sebuah titik yang posisinya digambarkan dengan koordinat x & Y.

Data Raster Ruang dibahagikan dengan sekata kepada sel-sel dalam bentuk segi empat tepat. Di dalam pendekatan raster, ruang dipenuhi oleh sejumlah sel-sel yang sekata di mana setiap satunya mempunyai nilai yang berbeza. Dalam model raster, ruang dipecahkan kepada unitunit poligon ruangan (atau sel-sel) yang disusun dalam bentuk matriks yang juga dikenali sebagai jaringan, kekisi atau susunan. Unit-unit ruangan ini biasanya mempunyai saiz, bentuk atau orientasi yang seragam seperti segi empat, segi tiga atau heksagon (Ruslan et al, 1998).

2. Titik (

Sebuah pixel (resolusi) dengan nilai tertentu yang lokasinya digambarkan dalam posisi latitud dan longitud. Sekumpulan pixel (resolusi) yang mempunyai nilai sama dan membentuk garis. Sekumpulan pixel (resolusi) yang nilai sama dan membentuk polygon.

3. Garis (

Sekumpulan titik yang saling berhubungan sehingga membentuk garis. ) Sekumpulan titik yang saling berhubungan membentuk polygon.

4. Poligon (

Item 5. Resolusi/pixel gambar

Data Vektor Pixel gambar yang tinggi membolehkan gamabar dilihat lebih dekat dan jelas apabila dibesarkan. Sesuai digunakan untuk koleksi data, pemetaan dan penerapan yang memelukan ketepatan tinggi. Hanya memerlukan ruangan yang kecil untuk menyimpan data. Boleh dimasukkan elemen-elemen topologi. Persembahan data grafik yang menarik.

Data Raster Pixel gambar adalah rendah dan akan menyebabkan gambar pecah dan kabur apabila dibesarkan. Sesuai untuk analisi dan paparan data yang kompleks serta dalam skop wilayah geografi yang luas. Mempunyai struktur yang lebih mudah untuk dikendalikan. Data ini mudah diperoleh seperti imej satelit yang kadangkala percuma. Banyak proses penindanan GIS boleh dilakukan dan ia amat berkesan. Tidak mempunyai unsure topografi dan agak susah untuk memasukkan unsure ini jika dikehendaki. Ia memerlukan ruang yang banyak untuk penyimpanan dalam computer. Tidak semua fenomena bumi boleh dipersembahkan dalam bentuk grid raster. Sumber data diperoleh dari pengimbasan dan imej satelit.

6. Fungsi/Kegunaan

7. Kelebihan

8. Kelemahan

Operasi penindanan tidak efisien. Mempunyai strukttur data yang kompleks.

Kepentingan data dalam GIS 1. Untuk memastikan kejelasan, ketepatan dan kebolehpercayaan terhadapa analisis yang dihasilkan. 2. Ketidaktepatan data akan menyebabkan keseluruhan proses menjadi salah. 3. Data merupakan kompenan yang paling mahal dalam menghasilkan sesuatu analisis GIS dan juga merupakan komponen paling penting. 4. Data GIS terdiri daripada data reruang yang terbahagi kepada dua iaitu data ruangan dan data atribut. 5. Data ruangan ialah data asas yang senang diperolehi berbanding dengan data atribut yang memerlukan pencarian daripada pelbagai sumber bagi menjalankan analisis data GIS. 6. Data adalah penting untuk menghasilkan data dalam pelbagai format bagi tujuan perkongsian dengan sistem yang lain supaya data tersebut lebih bermakna. Data Atribut: Definisi:

Fungsi: Pengurusan:

Adalah salah satu cara untuk menyimpan maklumat-maklumat berkaitan dengan fenomena permukaan bumi melalui perhubungan antara grafik dan data. Cara untuk menerangkan ciri-ciri objek ruangan yang didapati dalam sesuatu data. Data Atribut dalam ArcGISTM berada dalam satu jadual yang berbeza tetapi dihubungkan melalui kaedah relational database. Jadual attribute ini diuruskan melalui adanya row dan column. Setiap row = objek permukaan bumi yang diwakili. Setiap column = maklumat-maklumat yang diwakili oleh objek. Jadual atribut dalam sesuatu pangkalan data mestilah direka untuk memudahkan kemasukan data, membuat pencarian, mencari balik data, senang dimanipulasi dan membuat hasilan. Dua elemen asas dalam mereka pangkalan data secara relational adalah kunci (key) dan jenis perhubungan data terbabit. Key = membolehkan perhubungan di antara satu rekod dalam satu jadual dengan rekod atau rekod-rekod yang berada dalam jahual yang lain. Jenis Hubungan = memberikan cara bagaimana jadual-jadual boleh dibuat join atau link.

Langkah-langkah yang perlu dilakukan dalam menghasilkan peta dengan mengunakan perisian ArcGis ialah dengan mengikuti proses berikut: 1. Mendapatkan data mengenai penduduk di Mukim Negeri Sembilan melalui sumber sekunder iaitu daripada Banci penduduk tahun 1991, 2000 dan 2010. 2. Mendapatkan peta asas untuk mukim Negeri Sembilan dan masukkan data yang diperlukan ke dalam perisian ArcGis. 3. Kaedah pertama yang dilakukan ialah tekan add data pada perisisan dan pilih fail petas asas mukim Negeri Sembilan . 4. Seterusnya, right click dan klik Open Attribube Table di dalam perisian. 5. Selepas itu, tunggu jadual yang mengandungi nama mukim itu keluar dan kemudian klikoption yang berada di bahagian bawah dan tekan Add Field. 6. Editkan pada ruangan nama jadual (Cth: TOTPOP91)dan pada jenisnya pilih Double. 7. Setelah itu tekan start edit pada editor tool dan masukkan data yang diperlukan. 8. Apabila semua data syudah dimasukkan, klik save editing. 9. Setelah semua data dimasukkan, right click dan klik Properties di dalam perisian dan pilih jenis peta yang ingin dihasilkan. 10. Analisis tentang penduduk dapat dilakukan melalui peta-peta yang terhasil.

Anda mungkin juga menyukai