Anda di halaman 1dari 12

Nama : _____________________________________

Tarikh : ______________

SULIT 011 Bahasa Melayu Set 3 50 minit

JABATAN PELAJARAN PERAK KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


_____________________________________________

MODUL LATIH BIMBING TAHUN 4

BAHASA MELAYU
Kertas 1 Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. 2. 3. 4.

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan . Jawab dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan. Bagi setiap soalan, hitamkan satu ruangan sahaja. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak

011 2009 Hak Cipta Unit Kurikulum JPN Perak

SULIT

Arahan Am Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A , B , C dan D. Antaranya, ada satu jawapan yang betul. Pilih jawapan kamu, hitamkan ruangan yang mempunyai huruf yang sama dengan jawapan yang telah kamu pilih. Soalan 1 hingga Soalan 21 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. 1. ____________ , cantik sungguh pemandangan yang dapat dilihat dari atas Gunung Mat Chincang ini! A B C D Hai Wah Ohl Wahai

2.

____________ saya sudah tidak sanggup mendaki bukit ini lagi! A B C D Aduh Amboi Nah Eh

3.

Sebelum kita meninggalkan pulau ini, marilah kita ______________selera di restoran makanan laut yang terkenal itu. A B C D memakan menjamah merasa menjamu

4.

________________ tidak putus-putus datang melawat Makam Mahsuri yang terdapat di Pulau Langkawi. A B C D Pelanggan Pelayan Pelawat Pemandu

5.

Aiman telah memenangi ___________ acara yang disertainya sukan yang diadakan di sekolahnya. A B C D segala semua seluruh sekalian

semasa

temasya

6.

Semua murid diminta berkumpul mengikut rumah sukan ______________ sebelum acara perbarisan dimulakan. A B C D setiap sekalian masing-masing semua

7.

Fatin telah membeli cenderahati dihadiahkan __________ ibunya. A B C D dari untuk pada kepada

semasa berkunjung ke Pulau

Pinang untuk

8.

Badrul menerima tawaran _______________ Majlis Sukan Negara untuk belajar di Sekolah Sukan Bukit Jalil. A B C D dari daripada kepada untuk

9.

Sekolah kami akan mengadakan _____________ Pontian, Johor. A B C D pelawat lawatan lawatkan dilawati 3

ke kilang mengetin nenas di

10.

Semasa acara lumba lari berlangsung masa para peserta. A B C D catatkan catatan catitkan mencatat

Cikgu Rahman

membuat _____________

11.

Seseorang yang menceburi bidang _______________ tabah dan sabar. A B C D perniagaan persatuan persilatan permainan

perlu berlatih dengan gigih,

12.

Selain memperolehi ________________ yang baik dalam bidang akademik kita juga perlu mengambil bahagian yang aktif dalam bidang sukan dan persatuan. A B C D percubaan pelajaran perubahan pencapaian

13.

Perlawanan badminton akan berlangsung di _________ yang telah disediakan oleh pihak penganjur. A B C D taman padang gelanggang sekolah

14.

Emak membuat kuih untuk __________ bagi menambah pendapat keluarga. dibawa A B C D dijual dibeli diminta 4

15.

Pokok kelapa sawit yang tua _____________ bermutu. A B C D ditebang dipotong dicantas dihiris

untuk diproses menjadi papan yang

16.

Pasukan bola jaring itu dibarisi pemain _______________. A B C D muda-mudi muda-muda belia-belia kanak-kanak

17

_________________ peliharaan Pak Samad telah dihalau masuk ke kandang. A B C D Jentik-jentik Pijat-pijat Umang-umang Biri-biri

18

Dayang sungguh gembira kerana dapat memerhatikan ______________ berkerlipan di langit. A B C D lampu-lampu kelip-kelip bayang-bayang bintang-bintang

yang

19

Encik Amran merupakan penternak ayam yang berjaya. ____________, dia juga melibatkan diri dalam penternakan lembu untuk menambah pendapatan. A B C D Di samping itu Tambahan pula Oleh itu Namun demikian 5

20

Perjalanan dengan kereta api dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas. __________, tambangnya pula agak murah. A B C D Selain itu Oleh itu Namun begitu Padahal

21

Hasil tani itu patut kita simpan untuk kegunaan semasa susah. Bak kata pepatah __________. A B C D bagai kambing diseret ke air menangguk di air keruh sediakan payung sebelum hujan bagai isi dengan kuku

22

Pemuda itu tercengang-cengang apabila pertama kali sampai ke Kuala Lumpur. Pilih peribahasa yang paling sesuai dengan frasa ini. A B C D Seperti rusa masuk kampung Seperti kumbang putus tali Seperti kucing kehilangan anak Seperti kera mendapat bunga

Soalan 23 hingga Soalan 25 Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris. 23 Perkampungan di sepanjang Sungai Kinabatangan dan Pulau Penyu penting dalam pemuliharaan penyu di Asia Tenggara. A B C D berenang berharap bermain berfungsi berperanan

24

Setiap peserta yang bertanding dalam acara perahu layar perlu mematuhi peraturan keselamatan yang telah ditetapkan. A B C D bersaing berlumba berkayuh berentap

25

Pokok durian yang yang bermutu. A B C D berhasil bermanfaat berkualiti berguna

baru berbunga dijaga dengan baik supaya menghasilkan buah

Soalan 26 hingga Soalan 27 Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris. 26 Pada mulanya kami bercadang untuk berbasikal mengelilingi Pulau Pangkor pada cuti sekolah nanti. A B C D awalnya asalnya hujungnya akhirnya

27

Buah-buahan tempatan amat digemari oleh rakyat negara. A B C D disukai dibenci diminta dilupai

Malaysia dan pelancong luar

Soalan 28 hingga Soalan 30 Pilih ayat yang sama maksud bagi ayat yang bergaris. 28 Anda hendaklah membuat kerja itu dengan teliti. A B C D Kerja itu hendaklah anda buat dengan teliti. Kerja itu dengan teliti hendaklah dibuat anda. Kerja itu hendaklah dibuat dengan teliti oleh anda. Kerja itu teliti hendaklah anda buat.

29

Azhan mengajak Amran ke dusun datuknya di kampung. A B C D Azhan diajak Amran ke dusun datuknya di kampung. Azhan ke dusun Amran diajak datuknya di kampung. Azhan ke dusun datuknya di kampung Amran diajak. Amran diajak oleh Azhan ke kampung datuknya.

30

Sampah dipungut oleh murid-murid selepas acara sukan tamat. A B C D Sampah dipungut oleh murid-murid yang tamat sekolah pada hari sukan. Sampah dipungut oleh murid-murid di kawasan sekolah semasa acara sukan tamat. Sampah di kawasan sekolah dipungut oleh murid-murid setelah acara sukan tamat. Murid-murid memungut sampah selepas acara sukan tamat.

Soalan 31 hingga Soalan 35 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Di Malaysia terdapat banyak tempat pelancongan yang menarik. Antara tempat yang sering dikunjungi ialah hutan rekreasi, bukit peranginan, pulau-pulau, tasik-tasik dan tempattempat bersejarah. Kita dapat mengenali keindahan flora dan fauna serta cara hidup masyarakat setempat dengan lebih dekat. Selain itu, dengan melancong ke tempat yang bersejarah,kita dapat mengetahui sejarah negara kita sendiri. Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan industri pelancongan, rakyat digalakkan melancong dalam negeri. Selain menyeronokkan, melancong dalam negeri lebih menjimatkan. Dengan mengeluarkan perbelanjaan yang sedikit sahaja kita dapat melancong bersama-sama keluarga ke tempat-tempat yang menarik. Melalui pelancongan, kita dapat mengenali budaya, pakaian dan cara hidup pelbagai kaum. Aktiviti pelancongan juga dapat membantu pengusaha kraf tangan meningkatkan pendapatan. Pelancong-pelancong boleh membeli hasil kraf tangan seperti anyaman tikar, tembikar, hiasan dinding dan tenunan kain di gerai-gerai yang disediakan. Dengan melancong ke luar negara pula, kita berpeluang melihat keindahan negara lain yang mempunyai pelbagai cuaca. Kita juga dapat melihat cara masyarakat setempat menyesuaikan diri dengan perubahan cuaca di negara mereka. Melancong boleh menimbulkan perasaan cinta akan alam semula jadi dan melihat kesan-kesan sejarah. Justeru, melancong juga dapat menambah ilmu pengetahuan.

31

Apakah faedah melancong dalam negeri? A B C D Merapatkan hubungan pelbagai kaum Membeli kraf tangan tempatan Meningkatkan perbelanjaan harian Mengenali budaya pelbagai kaum

32

Pelancong-pelancong boleh membantu kemajuan perusahaan kraf tangan sekiranya A B C D membeli hasil kraf tangan. membeli-belah sambil melancong. melancong ke gerai-gerai kraft tangan. melancong bersama-sama keluarga

33

Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan. A B C D Pelancongan membantu meningkatkan pendapatan pekebun kecil. Melancong dapat mengetahui pelbagai perkara. Melancong bersama-sama keluarga dapat menjimatkan wang. Melancong dapat mewujudkan perasaan cinta akan alam semula jadi.

34

Yang berikut ialah tempat-tempat yang menjadi tumpuan pelancong di negara kita, kecuali A B C D hutan rekreasi pulau dan tasik bukit- bukau tempat bersejarah

35

Rangkai kata masyarakat setempat dalam petikan bermaksud A B C D orang yang tinggal sebentar di sesuatu tempat. orang yang akan tinggal tetap di sesuatu tempat. orang yang tinggal di sesuatu tempat. orang yang pernah tinggal di sesuatu tempat.

10

Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Faiz! Faiz! Faiz! Bangun. Dah lewat ni. Malam tadi cakap nak bangun awal. Faiz terdengar suara ibunya memanggil dari luar sambil mengetuk-ngetuk pintu biliknya. Faiz bangun lalu mencapai tuala. Dia bergegas ke bilik air. Suku jam kemudian, Faiz sudah siap ke sekolah. Dia turun ke bawah lalu menuju ke pintu depan rumahnya. Faiz, marilah bersarapan dulu, kata ibunya. Tak apalah ibu, sudah lewat. Bimbang ketinggalan bas sekolah lagi. Lagi pun hari ini ada ujian. Nanti Faiz makan di kantin. Duit yang ayah beri semalam masih ada, jawab Faiz. Semasa Faiz berjalan ke perhentian bas, dia teringat kata-kata ayahnya supaya belajar bersungguh-sungguh dan pandai berjimat cermat. Ayahnya pemandu bas ekspres dan membawa penumpang dari bandar kediaman mereka di Taiping ke Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban dan Johor Bahru. Ibunya pula mengurus rumah dan menjaga Faiz serta dua orang adiknya yang belum bersekolah. Pada hari itu, Faiz menaiki bas awam kerana ketinggalan bas sekolah sekali lagi. Mujur dia mendapat tempat duduk walaupun terpaksa bersesak-sesak dengan penumpang yang hendak ke tempat kerja. Di pertengahan jalan, seorang nenek menaiki bas itu. Faiz segera memberikan tempat duduknya kepada orang tua tersebut. Walaupun Faiz lewat, namun semangatnya yang ingin mencapai kejayaan menyebabkan dia terus juga ke sekolah. Dia sentiasa mengingati nasihat Cikgu Rostam supaya rajin belajar. Pelajaran penting untuk masa depan kamu. Itulah kata-kata yang sering didengarinya. Sampai di sekolah, Faiz cepat-cepat mengatur langkah menuruti kawan-kawannya yang lain masuk ke kelas.

36

Faiz tidak mahu bersarapan pagi kerana A B C D dia ada ujian di sekolahnya. dia masih ada duit. dia akan makan di kantin. dia sudah lewat.

11

37

Di manakah Faiz sekeluarga tinggal? A B C D Ipoh Taiping Johor Bahru Kuala Lumpur

38

Sifat yang berikut tidak terdapat pada diri Faiz. A B C D Berjimat-cermat Menepati masa Bertimbang rasa Mendengar nasihat

39

Semua pernyataan berikut adalah benar kecuali A B C D Faiz menaiki bas sekolah pada hari itu. Faiz selalu mendengar nasihat Cikgu Rostam. Faiz mengambil masa lima belas minit untuk bersiap. Faiz masih mempunyai wang yang diberi oleh ayahnya.

40

Rangkai kata terpaksa bersesak-sesak dalam petikan bermaksud A B C D mesti berebut-rebut perlu berhimpit-himpit kena berduyun-duyun harus bertolak-tolak

12

Anda mungkin juga menyukai