Anda di halaman 1dari 12

2

ISI KANDUNGAN: MUKASURAT

Pengenalan 3

Definisi tamadun dan elemennya 4

Bagaimana al-Quran mempertanggungjawabkan 8


manusia membina tamadun

Penutup 12

Bibliografi 13
3

PENGENALAN:

Islam sebagai agama wahyu Allah s.w.t. mengajak manusia untuk mengubah taraf sosial
daripada taraf yang rendah kepada taraf yang lebih tinggi dengan cara yang beransur-
ansur. Perubahan yang beransur-ansur itu akan memberi ruang kepada manusia untuk
merubah sendiri baik dalam akidah, pemikiran, mahupun tingkah laku. Akhirnya
perubahan yang dilakukan itu beransur-ansur mencakupi seluruh potensi kemanusiaan.
Potensi kemanusiaan dalam ertikata segala tindak tanduk dan kemahuan manusia
dipengaruhi oleh prinsip-prinsip umum ajaran Islam yang memberikan garis panduan
hidup insaniah tersebut.

Perubahan taraf hidup sosial manusia ini, dikatakan sebagai tamadun yang
dasarnya mestilah mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. dan yang
disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. diutuskan sebagai penyampai
ajaran-ajaran Allah dan penyampai berita gembira serta pemberi peringatan kepada
seluruh umat manusia. Sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud,

“Dan tidaklah kami mengutus para rasul itu mrlainkan untuk memberi
khabar gembira dan memberi peringatan . Barangsiapa yang beriman
dan membuat kebaikan, maka tidak ada kebimbangan terhadap mereka,
dan tidak pula mereka bersedih hati” (surah al-Ancaam : 48).
4

PENGERTIAN TAMADUN DAN ELEMENNYA:

Menurut Kamus Dewan, perkataan tamadun dijelaskan sebagai berikut:


1) Keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf
kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yang
tinggi, atau peradaban.
2) Budaya atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu.
3) Keadaan pemikiran (budaya dan moral) yang halus.

Manakala di dalam kamus Atlas Al-Mausuciy: English-Arab pula, mengertikan


perkataan tamadun (civilization) dengan ‘hadharah’. Hadharah, sebagaimana yang
dijelaskan oleh kamus ini memberi maksud sebagai suatu keadaan atau suasana
kemajuan hidup sesebuah masyarakat bandar yang disertai dengan tatasusila, adab, dan
ilmu pengetahuan serta mewujudkan asas-asas kemasyarakatan dan politik.

Menurut kamus ini lagi, hadharah juga diertikan sebagai bentuk kebudayaan dan
bentuk masyarakat yang berkembang di sesuatu bahagian tertentu atau kebudayaan
yang muncul pada zaman yang tertentu.

Menurut kamus A Dictionary of Modern Writen Arabic, perkataan tamadun


bermaksud kemajuan yang diadakan atau dirancangkan.

Walau apa pun maksud yang diberikan terhadap perkataan tamadun, tetapi ia
bukanlah perkataan pertama yang digunakan bagi menghuraikan pencapaian manusia di
dalam pelbagai bidang kehidupan. Malah telah wujud beberapa perkataan lain
sebelumnya. Misalnya, Ibnu Khaldun pernah menggunakan perkataan ‘cumran’ di
dalam kitabnya al-Muqaddimah pada abad ke-14. Perkataan ini sama dan menepati
maksud kata tamadun. Perkataan ini terus dipergunakan sehingga abad ke-19 yang
membawa erti sekumpulan manusia yang mendiami sebidang tanah yang mempunyai
sumber ekonomi yang mencukupi, keselamatan nyawa dan harta terjamin dan
sebagainya yang memungkinkan mereka mencapai kemajuan di dalam pelbagai
bidang.
5

Daripada definisi-definisi yang dinyatakan, kita dapat perhatikan bahawa konsep


yang difahamkan daripada perkataan tamadun adalah sama iaitu sesuatu yang berkaitan
dengan perkembangan umat dalam pelbagai aspek kehidupan jasmani dan rohani.

Dr. Muhammad Sacid Ramadan Al-Buti di dalam buku beliau yang bertajuk
Manhaj Al-Hadarah Al-Insaniyyah Fi Al-Quran seolah-olah membuat satu kesimpulan
bahawa tamadun tidak lebih daripada hasil-hasil usaha yang dilakukan oleh manusia
untuk mengeksploitasi unit-unit alam yang berada di sekitarnya. Tujuannya ialah untuk
memenuhi segala keperluan dalam masyarakat manusia serta menyebar luas faktor-
faktor kebaikan dan kebahagiaan di kalangan manusia.

Oleh yang demikian, elemen atau unsur tamadun yang asasi kelihatan melalui
tiga punca utamanya iaitu manusia, kehidupan, dan alam semesta.

Elemen yang pertama iaitu manusia atau kewujudan manusia bermaksud akal,
pemikiran dan hati nuraninya. Menurut Dr. Muhammad Sacid Ramadan Al-Buti lagi,
manusia adalah elemen paling penting daripada ketiga-tiga elemen tamadun tersebut.
Ini adalah kerana manusia yang dianugerahkan akal fikiran dan hati adalah elemen yang
bertindak dan mempengaruhi dua elemen yang selepasnya. Manusia adalah sebagai
orang yang bertindak dan mempengaruhi kehidupan dan alam semesta. Dengan kata
lain kehidupan dan alam semesta akan menerima kesan hasil daripada tindakan
manusia.

Sebagai huraiannya, manusia adalah makhluk yang terbaik dengan pemberian


akal fikiran oleh Allah s.w.t. tidak harus menggunakannya kearah kemusnahan. Islam
menganjurkan umatnya kebebasan berfikir bahkan dianjurkan untuk selalu berfikir,
menggunakan akal kita untuk selalu berusaha sekuat tenaga dalam mencari rahsia ayat-
ayat Allah s.w.t. dan mengeksploitasi kekayaan Allah s.w.t., untuk kepentingan
manusia. Akan tetapi Islam menetapkan garis panduan yang sewajarnya untuk diikuti,
agar perbuatan dan tindakan manusia itu tidak terpesong daripada keredaan Allah s.w.t.
Akibatnya akan membahayakan manusia itu sendiri. Firman Allah s.w.t. di dalam yang
bermaksud,
6

“Telah nampak jelas timbulnya kerosakan, di darat dan di laut akibat


perbuatan manusia, agar sebahagian mereka merasakan akibat perbuatan
mereka, dan mudah-mudahan mereka sedar” (surah al-Rum : 41).

Jelaslah di sini bahawa manusia tidak boleh menggunakan akal fikiran dengan
sewenang-wenangnya di dalam proses membangun kehidupan dan alam semesta.

Kehidupan pula diertikan sebagai umur yang dimiliki oleh manusia. Penggunaan
perkataan umur atau kehidupan lebih mendalam pengertiannya berbanding dengan
perkataan ‘zaman’. Ini kerana zaman membawa maksud yang tersendiri iaitu masa yang
terbentang luas di mana manusia wujud dan menggunakan kehidupan dan pemikirannya
dalam jarak masa tersebut. Jarak masa tersebut diungkapkan sebagai kehidupan atau
umur.

Alam semesta ialah segala isi alam yang berbagai-bagai yang mampu
dipergunakan oleh manusia dalam membina tamadun. Alam semesta dikatogorikan
sebagai elemen sebab yang mempermudahkan manusia. Sebab adanya alam ini,
manusia telah mendapat pedoman untuk menjalankan misinya yang besar, iaitu
membina tamadun kehidupan dengan menggunakan sebab-sebab itu seterusnya bagi
mencapai impian dan matlamatnya.

Dr. Muhammad Sacid Ramadan Al-Buti juga mengemukakan persoalan adakah


terdapat suatu tamadun yang hanya mendatangkan keburukan kepada manusia atau,
adakah tamadun mendatangkan kebaikan kepada manusia hasil daripada
pengeksplotasian alam semesta? Sebagai jawapan bagi persoalan di atas, beliau
mengemukakan dua sebab mengapa timbulnya bencana hasil daripada tamadun iaitu:

1. Kebodohan jiwa dan hawa nafsu manusia yang biasanya mendorong manusia
melakukan kezaliman dan kejahatan.
2. Kegagalan manusia dalam mencari hakikat kebaikan dan kejahatan. Dalam
proses pencarian tersebut, manusia telah tersesat disebabkan oleh hal-hal yang
bersifat relatif.
7

Daripada dua sebab di atas, maka timbullah permasalahan tamadun dalam


sejarah kehidupan umat manusia sehingga dalam banyak period manusia telah
menanggung berbagai penderitaan hasil usaha yang bercorak tamadun dan ilmiah.
Masalah ini boleh diselesaikan oleh manusia sekiranya mereka kembali menerima
bimbingan Maha Pencipta yang menciptakan tiga elemen tamadun iaitu manusia,
kehidupan, dan alam.
8

BAGAIMANA AL-QURAN MEMPERTANGGUNGJAWABKAN


MANUSIA MEMBINA TAMADUN:

Al-Quran bukan semata-mata kitab agama dan ibadat, akan tetapi ia mengajak
manusia semuanya dengan tanggungjawab membina tamadun. Bagi membincangkan
persoalan ini , terlebih dahulu kita perlu memahami apakah tujuan ibadat.

Tujuan ibadat samada yang diwajibkan atau yang disunatkan oleh Allah s.w.t.
terhadap hamba-hambanya ialah untuk pembersihan jiwa manusia daripada kekotoran
batin dan keburukan yang terdapat dalam jiwa mereka. Firman Allah s.w.t. yang
bermaksud,

“Sesungguhnya berjayalah orang yang berusaha membersihkan dirinya


(dengan taat dan amal soleh)” (surah al-Acla : 14).

Firman-Nya lagi yang bermaksud,

“Dan sesiapa yang membersihkan dirinya (dari segala yang dilarang),


maka sesungguhnya dia melakukan pembersihan itu untuk kebaikan
dirinya sendiri dan (ingatlah), kepada Allah jualah tempat kembali”
(surah Faathir : 18).

Pembersihan jiwa merupakan syarat asasi yang melayakkan manusia memikul


tanggungjawab membina tamadun dengan penuh kesungguhan dan berjalan di atas jalan
yang betul. Islam mengajarkan agar setiap Muslim menjalankan dan menghayati
tindakan-tindakan serta kelakuan-kelakuan dengan akhlak dan budi pekerti yang mulia
dan tinggi sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Oleh sebab itu seseorang
yang bersih jiwanya, mulia akhlak dan budi pekertinya akan menunaikan pelbagai
kewajipan untuk kepentingan sesamanya dengan perasaan ikhlas serta bertindak atas
jalan yang betul.

Manusia hanya akan melakukan kerosakan di muka bumi ini mengikut sejauh
mana jiwanya bergelumang dengan sifat kotor dan buruk. Manusia akan melakukan
kemusnahan terhadap tumbuh-tumbuhan dan zuriat keturunan hanya kerana
mementingkan diri dan hawa nafsunya. Oleh itu manusia harus kembali mengamalkan
9

sifat-sifat terpuji dan akhlak yang mulia dengan harapan dapat menyelamatkan diri dan
persekitarannya.

Salah satu peranan yang dipertanggungjawabkan oleh Al-Quran kepada manusia


ialah memakmurkan muka bumi ini secara komprehensif. Usaha pemakmuran tersebut
merangkumi tanggungjawab membangunkan masyarakat manusia yang sejahtera serta
memperkuatkan tamadun manusia secara menyeluruh. Tujuannya supaya manusia
menjadi penzahir kepada keadilan dan hukum Allah di muka bumi dengan pengetahuan
dan rela hati. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud,

“Dialah yang menjadikan kamu daripada bahan-bahan bumi, serta


menghendaki kamu memakmurkannya” (surah Hud : 61).

Firman-Nya lagi yang bermaksud,

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: sesungguh


-nya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi” (surah
Al-Baqarah : 30).

Ertinya, Allah s.w.t. mentaklifkan manusia supaya memakmurkan muka bumi


ini. Untuk memakmurkan muka bumi ini, Allah s.w.t. telah melantik khalifah
(pengganti) sebagai pentadbir bumi untuk melaksanakan hukuman dengan adil di antara
makhluk-Nya. Khalifah di dalam ayat di atas ialah Nabi Adam a.s. dan orang-orang
yang memainkan peranan yang sama dengannya iaitu mentaati Allah dan menegakkan
hukum dengan adil di kalangan makhluk.

Khalifah merupakan gelaran yang diberikan oleh Allah s.w.t. adalah sebagai
penghormatan kepada makhluk manusia. Sebagai khalifah, manusia ditugaskan atau
dipertanggungjawabkan untuk membangun dan memakmurkan bumi berlandaskan
hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. Maha Pencipta. Firman Allah s.w.t.
yang bermaksud,

“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari


kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan mnjadikan
mereka kahalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi,
sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka,
khalifah-khalifah yang berkuasa” (surah al-Nur : 55).
10

Daripada maksud ayat di atas, jelaslah bahawa al-Quran telah memberitahu


kepada kita tentang misi utama manusia dipertanggungjawabkan dalam kehidupan
dunia ini. Misi tersebut ialah mewujudkan kelompok manusia yang benar-benar
memakmurkan bumi ini secara komprehensif yang mencakupi bidang material, ilmu
dan ekonomi.

Oleh kerana misi yang besar ini memerlukan keteguhan dan kejernihan jiwa
daripada segala keburukan akhlak, maka Allah s.w.t. telah menggariskan kepada
manusia jalan untuk latihan jiwanya serta pendidikan-pendidikan yang dapat menjamin
pembersihan jiwa daripada sebarang pencemaran yang melandanya. Pendidikan dan
latihan ini terpamer melalui prinsip-prinsip akidah yang diwajibkan oleh Allah s.w.t.
kepadanya. Melalui prinsip-prinsip akidah itu, Allah s.w.t. taklifkan kepadanya berbagai
jenis ibadat dan etika-etika akhlak yang mulia.

Dengan ini jelaslah bahawa Islam didatangkan adalah sebagai usaha untuk
memakmurkan bumi dengan cara yang paling baik. Untuk tujuan itu maka Allah s.w.t.
mensyariatkan beberapa hukum hakam akhlak atau kewajipan-kewajipan akidah demi
untuk memudahkan mereka menjalankan kewajipan suci ini iaitu memakmurkan bumi
sejajar dengan perintah Allah s.w.t.

Perbahasan tentang hal hukum, khilafah, kepimpinan tertinggi serta bai cah dan
perkara yang berkaitan dengannya merupakan perkara paling utama yang diambil berat
oleh syriat Islam. Ini kerana perkara tersebut merupakan kunci yang amat diperlukan
untuk menjamin pelaksanaan hukum-hukum yang disyariatkan oleh Allah s.w.t.

Kebanyakan hukum dalam syariat Islam menghala kearah membangunkan


masyarakat manusia dengan segala keperluan yang membantunya seperti prinsip-
prinsip kerjasama, jamin menjamin serta keselarasan hubungan dan tindakan. Hal yang
demikian tidak dapat dilaksanakan kecuali melalui pengawasan hukum yang bertindak
sebagai kuasa pemelihara dan pelaksana, di mana ia perlu dipatuhi dan ditaati
berdasarkan perintah Allah s.w.t.. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud,

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan


11

taatlah kamu kepada Rasulullah s.a.w. dan kepada Ulil-Amr (orang


-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu” (surah al-Nisaa’ “: 59)

Syariat Islam didatangkan dengan tujuan untuk membawa manusia


membangunkan masyarakat manusia yang kukuh yang ditunjangi oleh asas-asas ilmu
yang kuat serta asas-asas tamadun yang terperinci. Oleh sebab itulah terdapat di
dalamnya persoalan-persoalan hukum dan sistemnya.

Berdasarkan di atas, dapat kita fahami bahwa kedatangan al-Quran sebenarnya


ialah untuk meletakkan tanggungjawab kepada manusia supaya membina tamadun yang
unggul. Al-Quran bukanlah kitab agama dan ibadat melainkan apabila ia menjadi
sumber tamadun dan pendorong kebangkitan.

Apabila terdapat persoalan yang timbul: Adakah agama Islam dating kerana
tujuan dunia atau dunia itu ditegakkan disebabkan agama? Maka jawapannya, agama itu
datang demi kerana dunia dan pemeliharaannya. Sebagai buktinya, manusia yang tegak
di atas tamadun yang gemilang itu tidak lain sebagai satu penyataan contoh dunia yang
meliputi semua daya tarikannya dalam kehidupan, kebahagiaan, dan kemewahan.
Ditambah pula dengan hukum-hakam akhlak dan ibadat yang berbagai dalam Islam di
datangkan dengan tujuan membolehkan manusia mencapai apa yang dicitakan iaitu
membina keutuhan masyarakat dengan cara yang betul dan berfaedah.

Untuk membina keutuhan masyarakat dengan cara yang betul dan berfaedah,
Islam telah menyusun berbagai sistem yang bersangkutan dengan kemasyarakatan.
Sistem-sistem tersebut antaranya ialah sistem kerohanian, akhlak, sosial, ekonomi,
politik, hukum jenayah, pengadilan, dan pentadbiran dan pengurusan. Sistem-sistem ini
adalah bertujuan untuk menjamin kemaslahatan hidup manusia seluruhnya.
12

PENUTUP:

Daripada perbincangan di atas, dapat kita simpulkan bahawa tugas membina tamadun
atau membangun umat manusia merupakan tugas yang mesti dilakukan bersama. Setiap
umat manusia mesti bekerjasama dalam membangunkan sesebuah masyarakat dan
negara. Islam merupakan agama yang boleh diistilahkan sebagai ‘busy body’, yang
bermaksud setiap umat Islam sama ada individu atau masyarakat, pemimpin atau rakyat
mesti saling bekerjasama mengembeling tenaga ke arah membina tamadun umat.

Seolah-olah element yang kedua ini lebih menjurus kepada gerak kerja
membina ketamadunan material atau kebendaan yang dapat dilihat, dipegang dan dirasa
oleh pancaindera yang ada pada diri manusia itu sendiri. Potensi dalaman atau rohaniah
yang diusahakan oleh Nabi Muhammad s.a.w terhadap orang jahiliyah di Makah yang
terdiri daripada orang yang mengamalkan cara atau gaya hidup yang sesat dan
menyesatkan seperti mengamalkan interest dalam urusan jual beli, menanam anak
perempuan yang masih hidup sehingga mati bagi mengelakkan daripada mengalami
kehinaan dan kemaluan dalam komuniti, berperang sesama puak atau suku dengan
tanpa alasan yang konkrit sehingga ke tujuh generasi dan lain-lain kelakuan dan amalan
yang boleh memporak perandakan kesatuan dan keharmonian masyarakat selama lebih
kurang 23 tahun yang menghasilkan kepada keutuhan kerohanian dan kekuatan
keimanan yang diredai Allah s.w.t seperti mana yang tertera dalam ayat al-Zikr dan
sebagai sebaik-baik umat yang diterangkan dalam hadis Nabi Muhammad s.a.w
merupakan satu element penting yang perlu ada dalam sesuatu definisi atau pengkajian
mengenai tamadun. Dengan keutuhan keimanan dan keyakinan kepada Allah s.w.t
manusia mampu untuk mentadbir dan mengeksploitasikan unit dan sumber alam yang
terdapat di dalamnya.
13

BIBLIOGRAFI:

Dr. Teuku Iskandar. 2002. Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.

Ghassan Ad-Dib. 2002. Atlas Encyclopedic Dictionary : English-Arabic. Mesir: Atlas li


al-Nasyr Masyrucat Atlas Jarub li al-Tijarat.

Hans Wehr. 1974. A Dictionary Of Modern Writen Arabic. Beirut: Librairie Du Liban
dan London: Macdonald and Evan LTD.

Dr. Muhammad Sacid Ramadan Al-Buti. 1981M/1401H. Manhaj al-Hadarah


al-Insaniyyah fi al-Quran. Damsyik:

Baharuddin Yatim & Sulaiman Noordin. 1990. Islam, Al-Quran Dan Ideologi Masa
Kini. Bangi: Pusat Pengajian Umum, UKM.

Dr. Muhammad Al-Bahi. 1984. Kebangkitan Islam Di Bawah Bayang-bayang


Mendung. Penterjemah: Yusoff Zaky Yaacob. Jakarta: Pustaka al-Husna.

H.M. Joesdi Ghazali S.H. 1977. Islam Dan Dunia Moden. Semarang: Toko Kitab
al-Munawar.

Anda mungkin juga menyukai