Anda di halaman 1dari 30

POLITEKNIK NILAI

KOMPLEKS PENDIDIKAN BANDAR ENSTEK 71760 BANDAR ENSTEK, NEGERI SEMBILAN TEL : FAKS : 06-7980400 06-7911269

http://www.polinilai.edu.my

buku panduan pendaftaran pelajar baharu

Buku ini terdiri daripada 3 (tiga) bahagian :a) b) c) d) Panduan Pendaftaran Pelajar Baru Maklumat Tambahan Lampiran Dokumen Borang Borang Pendaftaran

Arahan: 1. Baca dengan teliti semua maklumat yang terkandung dalam buku ini. Fahamkan dan ambil semua tindakan yang berkaitan dengan segera. Kegagalan mematuhi arahan akn mengakibatkan pendaftaran anda DITOLAK dan tidak dibenarkan MENDAFTAR. 2. Mematuhi arahan ketika membuat bayaran yuran pengajian / asrama / bayaran pendaftaran di bank. Pihak politeknik tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesilapan yang berlaku dalam proses pembayaran semua yuran.

PENGENALAN
POLITEKNIK NILAI NEGERI SEMBILAN

Politeknik Nilai Negeri Sembilan(PNS) adalah politeknik yang ke-23 ditubuhkan dibawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada 1 April 2007 dibawah Rancangan Malaysia Ke-9. PNS mula beroperasi di kampus sementara dengan pengambilan pertama pelajar pada Januari 2008. PNS berpindah ke kampus tetap di Kompleks Pendidikan Bandar Enstek, Negeri Sembilan pada September 2011 di atas tapak seluas 101.5 ekar yang memuatkan 37 blok bangunan pentadbiran, akademik,kamsis dan kediaman staf. Kampus ini mampu menampung pelajar seramai 2,400 orang pelajar dengan kapasiti penginapan di kamsis seramai 1,200 orang pelajar. PNS mempunyai jumlah kakitangan seramai 66 orang yang terdiri daripada 47 orang pensyarah dan 19 orang staf sokongan. Jumlah pelajar adalah seramai 661 orang pelajar yang sedang mengikuti program Diploma Pengajian perniagaan (E Dagang), Diploma Kewangan dan Perbankan Islam, Diploma Pengurusan Logistik dan rangkaian Bekalan, Diploma Landskap dan Hortikultur dan Diploma kejuruteraan Mekanikal. Dua Jabatan baru iaitu Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Agroteknologi dan Bio-industri mula menawarkan program baru masingmasing Diploma Kejuruteraan Mekanikal dan Diploma Hortikultur &Landskap bermula pada Sesi Jun 2012 dan Diploma Bioteknologi akan membuat pengambilan pertama pada Sesi Disember 2012.

VISI & MISI


POLITEKNIK NILAI NEGERI SEMBILAN

MISI MI SI
Politeknik Nilai Negeri Sembilan beriltizam memenuhi keperluan negara dalam bidang perdagangan dan teknologi serta melahirkan modal insan bernilai tinggi.

VISI
Menghasilkan keperluan modal insan yang bernilai dan berketrampilan melalui pendidikan terkamil dari aspek ilmu, kemahiran dan berakhlak mulia melalui pendidikan bersepadu dan berterusan.

ii

UNIT HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK NILAI NEGERI SEMBILAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahniah kepada semua pelajar baru PNS kerana terpilih mendapat tempat pengajian di Politeknik Nilai. Anda telah melangkah setapak lagi ke hadapan bagi meneruskan perjuangan menuntut ilmu dan kemahiran. Pelajar seharusnya perlu berasa bangga kerana anda adalah antara yang bertuah kerana terpilih daripada ratusan ribu calon yang memohon untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) khususnya ke PNS ini. Seluruh warga PNS mengalu-alukan kehadiran pelajar semua bagi merealisasikan impian dan citacita. Unit Hal ehwal pelajar amat berharap agar pelajar dapat menggunakan Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu ini sebagai panduan supaya sesi pendaftaran dapat berjalan dengan baik dan lancar. Kami juga berharap agar pelajar baru dapat meningkatkan profail diri dari semua aspek terutamanya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi mencapai misi dan visi PNS. Akhir kata, kami mengucapkan Tahniah dan Selamat Datang ke PNS kepada pelajarbaru dan harapan kami agar kita mampu untuk bekerjasama dan bergading bahu demi mencipta kecemerlangan dan penambahbaikan yang berterusan di PNS. Akhir bicara, kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam urusan pendaftaran pelajar baharu pada sesi ini.

Sekian, terima kasih. UNIT HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK NILAI NEGERI SEMBILAN
iii

SENARAI SEMAK DOKUMEN


ARAHAN :1. Semak dan tandakan (/ ) pada petak yang berkenaan sekiranya perkaraperkara berikut telah disediakan. 1. Susun dokumen-dokumen seperti senarai semakan di bawah. 2. Sila bawa borang ini pada hari pendaftaran. Nama:_______________________________________ (Gunakan HURUF BESAR seperti di KadPengenalan) No. K/P:_____________________________
Senarai Dokumen Yang Perlu Dibawa (Kegagalan membawa dokumen-dokumen akan mengakibatkan pendaftaran anda DITOLAK dan tidak dibenarkan MENDAFTAR) Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 Senarai Dokumen Kad Pengenalan / MyKad Surat Tawaran ke Politeknik KPT SPM/ Sijil Berhenti/Sijil Ko Kurikulum Salinan slip Pengesahan Pendaftaran Online melalui Sistem SPMP(Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar) Borang HEP 1- Maklumat Peribadi pelajar** Borang HEP 2- Laporan pemeriksaan Doktor** Borang HEP 3- Kebenaran Ibubapa/Penjaga untuk rawatan** Borang HEP 4-Ikrar Pelajar Dan Lepas Tanggung** Borang HEP 5- Akuan Pelajar** Borang HEP 6- Aku Janji pelajar** Surat Akujanji Asrama * Borang Pendaftaran Asrama* Borang Aku Janji Politeknik Nilai* Borang Kad Matrik Pelajar* Slip Bayaran Yuran Surat tajaan (Jika ada) Gambar warna terbaru ukuran Pasport (12 keping) Tandakan (/ )

*Dokumen ini boleh dimuat turun dan dicetak dilampiran di dalam Buku Pendaftaran Pelajar Baharu ini. **Dokumen ini boleh dimuat turun dan dicetak melalui web www.politeknik.edu.my perlu diisi dengan lengkap

iv

ISI KANDUNGAN
PENGENALAN PNS MISI & VISI PNS ALUAN UNIT HAL EHWAL PELAJAR SENARAI SEMAK DOKUMEN

MUKA SURAT
i ii iii iv

A. PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU


1.0Sebelum Pendaftaran 1.1.Penyediaan dokumen 1.2 Pembayaran Pendaftaran 2.0 Pendaftaran secara online 3.0Hari Pendaftaran 3.1 Masa Pendaftaran 3.2 Carta Alir Proses Pendaftaran 4.0 Minggu Suai Kenal (MSK) B. MAKLUMAT TAMBAHAN 1.0 Program Pengajian 2.0 Rupa Diri dan Etika Pakaian 3.0 Bantuan Kewangan 3.1 Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) 3.2 Penaja-Penaja Lain 4.0Kemudahan Asrama C. LAMPIRAN-Pelan Lokasi PNS D. BORANG PENDAFTARAN 1. 2. 3. 4. 5. Borang Pendaftaran Asrama Surat Aku Janji Asrama Surat Aku Janji Politeknik Nilai Borang Kad Matrik 12 12 15 6 7 4 4 5 (Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar) 1 1 3

A. PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU Anda dinasihatkan membaca maklumat dan arahan di bawah dengan teliti supaya urusan pada hari pendaftaran berjalan dengan lancar.Anda tidak akan didaftarkan sekiranya mana-mana perkara yang disebutkan dibawah tidak dipenuhi.

1.0 SEBELUM PENDAFTARAN 1.1 PENYEDIAAN DOKUMEN a. Pastikan semua dokumen yang dikehendaki dibawa pada hari pendaftaran untuk tujuan semakan. Pendaftaran anda akan ditolak sekiranya anda gagal mengemukakan dokumen-dokumen tersebut.

b. Tawaran pengajian ini adalah tertakluk kepada kesahihan maklumat dalam borang permohonan dengan dokumen asal yang dikemukakan. Jabatan Pengajian Politeknik KPT berhak menarik balik tawaran atau memberhentikan pengajian anda di PNS pada bila-bila masa sekiranya didapati percangahan maklumat dalam boring permohonan dengan dokumen asal.
1.2 PEMBAYARAN PENDAFTARAN

a. Semua bayaran perlu dijelaskan sebelum hari pendaftaran. Calon yang tidak menjelaskan pendaftaran TIDAK AKAN didaftarkan dahulu. b. SEMUA PEMBAYARAN YANG TELAH DIBUAT TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN sekiranya anda menarik diri atau berhenti daripada Politeknik Nilai. b. Calon yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta hendaklah membawa bersama semasa mendaftar salinan asal surat pengesahan penajaan. Calon perlu menjelaskan semua pembayaran walaupun mendapat tajaan.Pihak PNS akan membuat tuntutan kepada agensi berkenaan dan akan mengembalikan semua tuntutan yang diterima daripada agensi kepada pelajar. c. Bayaran melalui cek peribadi atau Cash Deposite Machine (CDM) dan tunai tidak di terima.

JUMLAH BAYARAN YANG PERLU DI JELASKAN. BIL 1 BUTIRAN YURAN PENGAJIAN JUMLAH (RM) 200.00 KAEDAH BAYARAN Bank-in di Bank Islam Malaysi Berhad (BIMB) dengan menggunakan slip bank slip di kaunter BIMB untuk pembayaran. (No. Akaun BIMB : 16018-01-0017541) (Atas nama : POLITEKNIK KPT) Bank-in di Bank Islam Malaysi Berhad (BIMB) dengan menggunakan slip bank slip di kaunter BIMB untuk pembayaran. (No. Akaun BIMB : 16018-01-0017541) (Atas nama : POLITEKNIK KPT) 3 PROGRAM* SISWA SISWI
LELAKI PEREMPUAN

YURAN ASRAMA (Bayaran tidak termasuk makan dan minum)

60.00

BAYARAN PELBAGAI

DLH DBT DKM DLS DIB DEC

Bank-in di Bank Islam Malaysi Berhad (BIMB) dengan menggunakan slip bank slip di kaunter BIMB untuk pembayaran. (No. Akaun BIMB : 05058-01-0013940) (Atas nama : KOPERASI POLITEKNIK NILAI BERHAD)

523.00

543.00

518.00

538.00

*PROGRAM: DLH DBT DKM DEC DIB DLS Diploma Hortikultur &Landskap Diploma Bioteknologi Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diploma Pengajian Perniagaan (E Dagang) Diploma Kewangan dan Perbankan Islam Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan

2.0 PENDAFTARAN SECARA on-line Melalui Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar Semua calon pelajar dikehendaki melaksanakan perkara berikut :a. Membuat pembayaran yuran di kaunter Bank Islam(BIMB) seperti jadual pembayaran yuran (rujuk 1.1.2 Pembayaran Pendaftaran). Bayaran boleh dibuat mulai 8 November 2012. b. Melaksanakan proses SPMP (Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar) mulai 36 jam selepas membuat pembayaran. Sistem SPMP akan diaktifkan mulai 28 November 2012 di laman web http://www.polinilai.edu.my. Cetakan pengesahan SPMP perlu dibawa pada hari pendaftaran. c. Memuat turun dan mencetak semua dokumen (BORANG BORANG PENDAFTARAN) melalui laman web rasmi Politeknik Nilai iaitu http://www.polinilai.edu.my. Di bawah tajuk PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI DISEMBER 2012.Semua borang ini perlu dicetak dan dilengkapkan dan dibawa semasa hari pendaftaran. d. Membawa gambar berwarna berukuran passport terbaru sebanyak 12 keping. Sila catatkan nama, no. kad pengenalan dan kod program anda dibelakang setiap gambar.

3.0 HARI PENDAFTARAN 3.1 Tarikh dan waktu pendaftaran a. Tarikh dan waktu pendaftaran di Politeknik Nilai adalah seperti yang dinyatakan dalam surat panggilan daftar daripada Politeknik Nilai yang telah dipos kepada calon pelajar setelah pihak Politeknik Nilai menerima Borang Jawapan Terima daripada calon pelajar b. Mematuhi rupadiri dan etika pakaian ( Rujuk m/s 7 ) semasa mendaftar.
3.2 Carta Alir Proses Pendaftaran MULA

Terima Surat Panggilan Mendaftar

Muat turun Buku Panduan Pendaftaran Pelajar (www.polinilai.edu.my)

Lengkapkan Dokumen /Borang Pendaftaran Dalam Buku Panduan Pendaftaran

Muat turun,cetak dan lengkapkan Borang HEP-HEP 6 (http://www.politeknik.edu.my)

Membuat Pembayaran Yuran di Bank seperti yang ditetapkan

Membuat PENDAFTARAN ONLINE (SPMP)

Mendaftar di Politeknik (Rujuk tatacara hari pendaftaran)

TAMAT

4.0 MINGGU SUAI KENAL (MSK) PELAJAR BARU

a. Semua pelajar baru diwajibkan mengikuti Program Minggu Suai Kenal (MSK) yang bermula pada sehari selepas hari pendaftaran. Minggu Suai kenal akan diadakan selama 5 hari. b. Tentatif/ Jadual MSK akan diberi kepada semua pelajar semasa hari pendaftaran. c. Anda dikehendaki menyediakan dan membawa keperluan berikut untuk kegunaan semasa MSK :Pelajar Lelaki a. b. c. d. e. Seluar track (track bottom) berwarna gelap. Kasut sukan Kasut hitam (kulit atau PVC) bersarung Stoking Baju kemeja (lengan panjang / lengan pendek) warna putih secukupnya.(untuk dipakai semasa MSK) f. Seluar panjang cotton atau slack berwarna hitam secukupnya.(untuk di pakai semasa MSK) g. Tali leher. Pelajar Perempuan a. b. c. d. e. Seluar track (track bottom) berwarna gelap. Kasut sukan Kasut hitam (kulit atau PVC) bersarung Baju kurung warna putih secukupnya.(untuk dipakai semasa MSK) Kain berwarna hitam dan juga baju berwarna putih (untuk di pakai semasa MSK) f. Kain tudung hitam (pelajar muslim)

Barang-barang keperluan peribadi yang lain hendaklah dibawa secukupnya.


5

B. MAKLUMAT TAMBAHAN

1.0 PROGRAM PENGAJIAN


Calon pelajar dinasihatkan untuk menyemak kod-kod program dan jabatan bagi memudahkan proses pendaftaran. JABATAN (KOD) JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL (JKM) PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL DIPLOMA BIOTEKNOLOGI JABATAN AGROTEKNOLOGI dan BIO-INDUSTRI DIPLOMA LANDSKAP & HORTIKULTUR DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN (E-DAGANG) DIPLOMA KEWANGAN DAN PERBANKAN ISLAM DIPLOMA PENGURUSAN LOGISTIK DAN RANGKAIAN BEKALAN KOD PROGRAM DKM

DBT DLH

DEC

DIB

JABATAN PERDAGANGAN

DLS

2.0

RUPA DIRI DAN ETIKA PAKAIAN


Pelajar-pelajar adalah tertakluk kepada semua peraturan bertulis di Politeknik KPT. Secara umunya pelajar-pelajar hendaklah sentiasa berpakaian menutup aurat (bagi pelajar islam), kemas, bersih, dan sopan ketika menghadiri kuliah dan aktiviti-aktiviti di politeknik. Semua jenis pakaian yang menjolok mata adalah dilarang. 2..1

Pakaian dan Rupa Diri PelajarLelaki

Baju
a. Baju kemeja berlengan panjang atau pendek yang sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in). b. Butang baju mestilah dikancing dengan sempurna. c. Pemakaian baju Melayu dibenarkan tetapi hendaklah lengkap sepasang beserta dengan sampin dan songkok hitam. d. Dilarang memakai kemeja-T jenis berkolar yang emepunyai tulisan atau gambar berunsur liar atau negatif. e. Dilarang memakai Baju kemeja-T tanpa kolar.

Seluar
a. Seluar panjang jenis cotton atau slack gelap. b. Dilarang memakai seluar jeans.

Kasut
a. Hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat dan sempurna berstokin. Kasut sukan dibenarkan. b.Dilarang memakai selipar, terompah, capal dan seumpamanya. c. Dilarang memakai kasut berladam logam yang berbunyi bising.

Rambut
a. Rambut sentiasa pendek dan kemas. Aras belakang tidak melebihi paras kolar baju, aras tepi tidak melebihi paras setengah telinga dan aras depan tidak melebihi dahi. b. Tidak botak kecuali yang disyariatkan agama. c. Rambut tidak dibenarkan gaya pacak atau berfesyan atau berwarna. 7

Perhiasan
Sebarang bentuk perhiasan dilarang.

2..2 Baju

Pakaian dan Rupa Diri Pelajar Perempuan

a. Pakaian yang tertib, bersih, kemas, sopan dan menutup aurat (bagi pelajar islam) b. Labuh baju sekurang-kurangnya menutupi paras punggung. c. Dilarang memakai pakaian yang menjolok mata (contohnya pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan seperti dada, bahu, dan belakang). d. Dilarang bagi pelajar bukan islammemakai skirt yang lebih pendek daripada paras lutut. e. Dilarang memakai Baju kemeja-T yang ketat atau tidak berkolar.

Sarung / Maxi
a. Labuh, longgar dan tidak jarang. b. Tidak lebih daripada 6 inci jika berbelah.

Seluar
a. Seluar panjang jenis cotton atau slack dan tidak ketat. b. Dilarang memakai seluar jeans.

Kasut
a. Hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat. Kasut sukan dibenarkan. b. Kasut bertumit (tidak melebihi 2 inci) yang bertutup penuh atau bertutup dihadapan & bertali di belakang. c. Dilarang memakai selipar, terompah, capal dan seumpamanya. d.Dilarang memakai kasut berladam logam yang berbunyi bising.

Rambut
Hendaklah kemas, beridentitikan seorang pelajar perempuan dan menutup aurat (bagi pelajar islam).

Perhiasan
a. Tidak digalakkan memakai barang kemas. b. Dilarang mencukur bulu kening dan solekan yang berlebihan. 8

JENIS PAKAIAN YANG DIBENARKAN (PAKAIAN HENDAKLAH SENTIASA KEMAS)

PAKAIAN BAGI PELAJAR LELAKI

RUPA DIRI PELAJAR LELAKI

RAMBUT HENDAKLAH SENTIASA KEMAS DAN PENDEK

TIDAK MELEBIHI KOLAR BAJU

TIDAK MENUTUPI TELINGA

TIDAK MENUTUPI DAHI

BUKAN BEGINI

MELEBIHI KOLAR BAJU

MENUTUPI TELINGA

MENUTUPI DAHI

10

PAKAIAN BAGI PELAJAR PEREMPUAN

11

2.0 BANTUAN KEWANGAN


PNS TIDAK menjamin sebarang bentuk bantuan biasiswa / kewangan kepada pelajar.Tawaran biasiswa / pinjaman adalah di luar bidang kuasa Politeknik KPT.Walaubagaimanapun terdapat beberapa pihak yang menawarkan bantuan kewangan kepada pelajar politeknik.Antara penaja ialah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Yayasan Negeri dan lain-lain. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar menyediakan wang perbelanjaan secukupnya untuk sara hidup, pengangkutan, alatan pembelajaran, buku dan lain-lain. Bagi pelajar yang berminat untuk mendapatkan tajaan daripada Yayasan Negeri atau penaja selain daripada PTPTN dan JPA, dinasihatkan supaya berusaha mendapatkan maklumat dan seterusnya memohon (sekiranya layak) biasiswa / pinjaman daripada penaja berkenaan sebelum mendaftar ke PNS. Pelajar boleh menggunakan surat tawaran melanjutkan pelajaran ke Politeknik KPT untuk tujuan tersebut.

3.1 PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN) PTPTN bersedia menawarkan pinjaman pendidikan kepada para calon yang akan melanjutkan pelajaran di peringkat diploma di Politeknik KPT.

1. Syarat Kelayakan Hanya calon yang memenuhi syarat berikut sahaja layak memohon. a. Warganegara Malaysia b. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian. c. Telah mendaftar untuk mengikuti program peringkat diploma. d. Tiada penajan lain.

2. Kaedah Permohonan Secara Online a. Permohonan boleh dibuat setelah pelajar mendapat Surat Tawaran Kemasukan ke Politeknik KPT. b. Pelajar perlu membeli nombor pin di BSN untuk tujuan pendaftaran secara online. c. Buku akaun bank di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) d. Buku akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) e. Pelajar yang ingin memohon pembiayaaan pendidikan PTPTN diwajibkan mempunyai akaun SSPN dengan simpanan minimum sebanyak RM 20.00

12

f. Pembukaan akaun SSPN melalui Maybank digalakkan untuk memudahkan dan mempercepatkan pembukaan akaun. Semakan baki akaun SSPN pada keesokan hari boleh dilakukan di laman web PTPTN bagi pembukaan akaun di Maybank sahaja. g. Pendaftaran pinjaman secara online di www.ptptn.gov.my/gateway/

3. Salinan Dokumen-dokumen Sokonagan

Bagi memastikan permohonan anda dapat diproses dengan segera, anda hendaklah menyediakan salinan dokumen-dokumen sokongan dalam SAIZ A4YANG TELAH DISAHKAN seperti berikut :a. 1 salinan MyKad Pelajar dan Penjamin (Ibu Bapa sahaja) (jika ibu / bapa telah meniggal dunia / bercerai, perlu dilampirkan bersama Sijil Kematian / Akuan Sumpah Bercerai) b. 1 salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Slip Keputusan Peperiksaan SPM (kelayakan minima untuk memohon pinjaman ialah 3 kepujian) c. 1 salinan surat tawaran kemasukan pelajar ke Politeknik KPT. d. 1 salinan buku akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atau salinan Inquiry Deposit yang mengandungi no. MyKad dan no. akaun bank pelajar. e. 1 salinan penyata pendapatan bapa atau ibu atau penjaga (salinan penyata pendapatan suami / isteri bagi pelajar yang telah berkahwin.) f. Atau slip gaji atau borang J (bagi yang bermajikan) g. Atau surat pengesahan pendapatan yang disahkan (bagi yang tiada majikan)-gunakan boring yang telah dilampirkan. h. Surat Akaun Sumpah yang ASAL sekiranya ibu/bapa kandung telah meninggal dunia atau tidak dapat dikesan.

4. Pengesahan Dokumen Semua salinan di atas mestilah disahkan oleh :a. Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional, atau b. Pengetua Sekolah Menengah, atau c. Penghulu, atau Pengerusi JKKK atau d. Ketua Kampung 5. Permohonan online PTPTN perlu dilakukan sebelum mendaftar di politeknik 13

6. Perkara penting perlu diberi perhatian semasa online : i. Permohonan kursus mesti sama dengan Surat Tawaran Kemasukan ke Politeknik KPT ii. Tempoh Pengajiandipilih dengan betul (Diploma sepenuh masa @ Integrasi) iii. Butiran peribadi diisi dengan tepat (cth: akaun bank pelajar, gaji ibu/bapa, penjamin wajib ibu dan bapa kandung sahaja).

Untuk Keterangan lanjut sila layari laman web www.ptptn.gov.myatau menghubungitalian 0320983731

14

3.2PENAJA-PENAJA LAIN Pelajar bebas memilih penaja lain untuk pinjaman atau biasiswa mengikut iklan tawaran Perbadanan Negeri masing-masing. Selain daripada pihak PTPTN, terdapat penaja lain yang turut menawarkan pinjaman/biasiswa kepada pelajar yang layak. Walaubagaimanapun permohonan pinjaman/biasiswa ini adalah terhad dan pelajar boleh mendapat maklumat lanjut dengan cara menghubungi atau melayari laman WEB penaja-penaja berkenaan seperti JPA, Yayasan Selangor, Kerajaan Negeri Selangor,Yayasan Perak Perak, ,Yayasan Pahang,Yayasan Pelajaran Johor,Yayasan Melaka,Yayasan Sarawak,Yayasan Sabah,Yayasan Wilayah Persekutuan,Yayasan Kelantan, ,Lembaga Biasiswa Negeri Kedah,Yayasan Negeri Sembilan dan sebagainya.

4.0KEMUDAHAN ASRAMA
4.1 Peraturan Asrama Semua pelajar yang tinggal di asrama adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan asrama dan politeknik.Sebarang pelanggaran peraturan asrama boleh menyebabkan pelajar dikenakan tindakan disiplin dan ditarik kemudahan asrama. SEMUA PELAJAR SEMESTER SATU (PELAJAR BARU) DIBERI KEMUDAHAN ASRAMA DAN WAJIB TINGGAL DI ASRAMA. 4.2 Pendaftaran Asrama Tarikh dan waktu pendaftaran asrama di Politeknik Nilai adalah seperti yang dinyatakan dalam surat iringan daripada Politeknik Nilai. Sila pastikan perkara berikut disediakan semasa pendaftaran asrama :i. ii. Borang Pendaftaran Asrama telah di isi dengan lengkap (lekatkan gambar) Aku Janji asrama telah di lengkapkan

15

LAMPIRAN

PELAN LOKASI PNS

Kordinat di Google maps: 2.721204, 101.788931

BORANG BORANG PENDAFTARAN (muat turun,cetak dan lengkapkan bawa semasa hari pendaftaran ) a) b) c) d) Borang Pendaftaran Asrama Borang Aku Janji Asrama Borang Aku Janji Politeknik Nilai Borang Kad Matrik

BORANG PERMOHONAN ASRAMA SESI DISEMBER 2012


* Sila baca arahan di bawah sebelum mengisiborangpermohonan. Borangpermohonan yang tidaklengkapakanditolak. BAHAGIAN A : BUTIR-BUTIR PERIBADI PEMOHON: NamaPenuh No. K/P No. Pendaftaran No. BilikSemasa AlamatTetap Semester Jantina Agama
(semasa) (disember 2012)

LEKATKAN FOTO TERKINI UKURAN PASSPORT

Lelaki

Perempuan

KeputusanPeperiksaanTerakhir No. Tel PekerjaanBapa / Penjaga PekerjaanIbu BilanganTanggungan JarakRumahdariPoliteknik Nyatakansebabmemohonkamsis Orang (R)

(kecualipelajar semester satu) (HP) Pendapatan Pendapatan Jumlah RM RM RM

(PelajarNegeri Sembilan dan Selangor shj)

BAHAGIAN B : KEGIATAN PEMOHON: Kegiatan / Jawatanpernahdipegang semester ini. Silasertakansalinansijil yang telahdisahkan. SenaraiJawatan(eg: JKKP,JPP,PRSP) 1) 2) 3) 4) 1) 2) 3) 4) SenaraiKegiatan(eg: Bola Sepak,Softball,Pingpong)

PERHATIAN: 1. Borang yang telahlengkapdiisihendaklahdiserahkankepada warden asramamengikuttarikh yang ditetapkan. 2. Segalakeputusanpermohonanadalahmuktamad.

PENGAKUAN PEMOHON : Sayamengakubahawasegalaketeranganataumaklumat yang diberikandalamboranginiadalahbenar.Permohonaniniterbatalsekiranyaterdapatmaklumatpalsu.Sayaberj anjiuntukmematuhisegalaperaturankamsissekiranyapermohonansayaberjaya.

. (TandatanganPemohon)

.. (Tarikh)

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT : Keputusan Berjaya Bersyarat Gagal (Ketua Warden) Ulasan: Tandatangan :

AKU JANJI PELAJAR ASRAMA POLITEKNIK NILAI, NEGERI SEMBILAN

Saya_________________________________________no. K/P__________________________________ Dengan sesungguhnya dan sebenarnya berjanji bahawa saya akan mematuhi semua undang-undang, peraturan-peraturan dan apa-apa arahan yang terpakai kepada penghuni asrama, Politeknik Nilai Negeri Sembilan. Maka dengan ini saya berjanji bahawa saya antara lain:a) b) c) d) Menjaga nama baik Politeknik Nilai Negeri Sembilan. Mematuhi dan akur terhadap apa jua arahan asrama. Menjaga keterampilan dan berpakaian sopan. Berdisiplin dan akan mengikuti semua program yang dianjurkan di asrama.

Saya sesungguhnya faham bahawa sekiranya saya tidak mematuhi mana-man undang-undang, peraturanperaturan, arahan dan melanggar janji-janji di atas, maka tindakan susulan seperti dibuang atau digantung daripada menghuni asrama Politeknik Nilai Negeri Sembilan boleh diambil ke atas saya oleh pihak politeknik.

Tarikh:

____________________

_____________________________
Tandatangan Pelajar

Disahkan Oleh: ______________________


Tandatangan ibu/bapa/penjaga *

Disaksikan :

______________________________

Tandatangan Saksi **

Nama:

____________________________

Nama:

___________________________________

No. K/P :___________________________ ____________________________________


Cop Jawatan

Tarikh : __________________________ *potong yang tidak berkenaan.

Tarikh: ___________________________

** Saksi hendaklah terdiri dari Pegawai Kerajaan Kumpulan A, Pengetua, Guru Besar, Penghulu, Penggawa, Ketua Kampung, Ketua Kaum, Tuai Rumah atau Pegawai starf dengannya.

No. Matriks :. Program :. Sesi Kemasukan:.

POLITEKNIK NILAI, NEGERI SEMBILAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA AKU JANJI PELAJAR Saya ________________________________________________No. K/P__________________________ Dengan sesungguhnya dan sebenarnya berjanji bahawa saya akan mematuhi semua undang-undang, kedah-kaedah, peraturan-peraturan dan apa-apa arahan yang terpakai kepada pelajar-pelajar Politeknik Nilai, Negeri Sembilan yang kemudian ini disebut sebagai institusi yang dibuat dari semasa ke semasa sepanjang saya menjadi seorang pelajar Politeknik Nilai, Negeri Sembilan. Maka dengan ini saya berjanji bahawa saya antara lain:1. Akan mematuhi subseksyen 10(1) Akta Institusi-Institusi. Pelajaran (Tatatertib) 1976 [Akta 174], untuk tidak menjadi ahli, atau dengan apa-apa cara bersekutu dengan, mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja atau mana-man jua pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang lain, sama ada atau tidak ianya ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang, sama ada ianya di dalam Institusi atau diluar Institusi, dan sama ada ianya di dalam Malaysia atau di luar Malaysia, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh atau di bawah Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976, atau kecuali sebagaimana yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, KPT.

2. Akan mematuhi subseksyen 10(3) Akta Istitusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 untuk tidak menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau sebagai menyatakan sokongan atau simpati dengan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang haram.

3. Akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatatertib am sebagaimana yang dinyatakan dalam Kaedah-kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976 termasuklah :a. Tidak akan melanggar peruntukan berhubung dengan larangan-larangan am, yang antara lain termasuklah:i. Tidak akan merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada kepentingan, kesentosaan dan nama baik Institusi, mana-mana pelajar, kakitangan, pegawai atau pekerja Institusi. ii. Tidak akan merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada ketenteraman atau keselamatan awam, akhlak, kesopanan, atau tatatertib. iii. Tidak akan melanggar mana-mana peruntukan mana-mana undang-undang bertulis samada di dalam atau di luar kampus.

b. Peruntukan berkenaan dengan kehadiran dalam kuliah, latihan amali, pakaian dan penampilan diri, menduduki peperiksaan, sekatan mengenai penggunaan teks kuliah. c. Peruntukan berkenaan dengan mengorganisasi perhimpunan, penggunaan pembesar suara, panji-panji dan plakad-plakad.

d. Peruntukan berkenaan dengan penerbitan, pembahagian dan pengedaran dokumendokumen. e. Peruntukan berkenaan dengan aktiviti pelajar di luar kampus dan penglibatan pelajar dalam apa-apa pekerjaan. f. Peruntukan berkenaan dengan larangan berjudi, minum atau memiliki minuman keras, memiliki bahan lucah, memiliki dan menggunakan dadah dan racun . g. Peruntukan berkenaan dengan kebersihan di dalam kampus, kawasan larangan dan kad pelajar.

4. Akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatatertib asrama sebagaimana yang dinyatakan dalam kaedah-kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976

5. Akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatatertib lalu lintas jalan sebagaimana yang dinyatakan dalam kaedah-kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976. Saya sesungguhnya faham bahawa sekiranya saya tidak mematuhi mana-mana peruntukan dalam undangundang, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan, atau arahan tersebut, maka tindakan boleh diambil ke atas saya menurut peruntukan undang-undang, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan atau arahan berkenaan, termasuklah disingkirkan daripada Institusi.

_____________________________
Tandatangan Pelajar

____________________________
Tandatangan Saksi Pelajar **

Nama Pelajar : ___________________________ Nama Saksi : _______________________________ No. Pendaftaran : __________________________ Jawatan Saksi:_____________________________ Kursus: ________________________________ Cop Jawatan : ______________________________ Tarikh : _________________________ Tarikh : _________________________________

** Saksi hendaklah terdiri dari Pegawai Kerajaan Kumpulan A, Pengetua, Guru Besar, Penghulu, Penggawa,

Ketua Kampung, Ketua Kaum, Tuai Rumah atau Pegawai setaraf dengannya

UNIT HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK NILAI NEGERI SEMBILAN BORANG MAKLUMAT KAD MATRIK PELAJAR ARAHAN : Untuk dilengkapkan oleh pelajar : 1. Sila lengkapkan Borang Maklumat Kad matrik dibawah. 2. Lekatkan sekeping gambar pada borang maklumat Kad Matrik yang menepati piawaian berikut: i) Gambar mestilah TERBARU berukuran PASPORT dan BERWARNA ii) Pelajar lelaki hendaklah berambut pendek yang tidak menutup telinga dan dahi. iii) Pelajar perempuan hendaklah berpakaian sopan dan berambut kemas bagi dan pelajar perempuan Islam hendaklah bertudung. iv) Pelajar dikehendaki memakai baju berkolar. Pemakaian baju berleher bulat tidak dibenarkan. 3. Contoh gambar seperti berikut:

Pelajar Lelaki

Pelajar Perempuan (Islam)

Pelajar Perempuan (Bukan Islam)

Nama (HURUF BESAR mengikut Kad Pengenalan)

No Kad Pengenalan : -

Sila lekatkan gambar terbaru berukuran pasport

Kursus : ___________________________________________ No. Matrik : (Hendaklah diisi selepas pembayaran pendaftaran)

Nama Di atas Kad : (Maksimum : 10 aksara )

Sesi pelajar menamatkan program pengajian : _______________________________ (dikosongkan untuk kegunaan pejabat) Yang benar, Tarikh : Tandatangan Pelajar Nota : * Borang Maklumat Kad Matrik ini hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran.

Disediakan oleh

Puan Hajah Nor Azlinda Bte Haji Md.Atan Pegawai Hal Ehwal pelajar Politeknik Nilai 15 Oktober 2012

Disediakan untuk

Unit Hal Ehwal pelajar Politeknik Nilai

Anda mungkin juga menyukai