1.0 PENGENALAN
Pendidikan juga merupakan suatu proses komunikasi dan interaksi di antara manusia
dengan persekitarannya seperti sekolah, media massa, tempat tinggal, pekerjaan dan
tempat bekerja serta institusi masyarakat lainnya.
Oleh kerana pendidikan adalah suatu proses penerimaan dan penyebaran maklumat, maka
ilmu dan budaya yang tersebar secara langsung dan tidak langsung akan mempengaruhi
perkembangan fizikal, sosial dan rohani manusia. Proses ini berlaku sehingga manusia
mencapai keserasian dalam kehidupannya yang perlu berinteraksi dengan individu dan
masyarakat serta alam dan dalam keperluan perhubungan beribadah kepada Tuhan (Allah
s.w.t.)(Ab. Rahman Abu Bakar, 1992).
Al Quran telah memberi beberapa garis panduan sebagai asas bagi mewujudkan
perhubungan atau interaksi yang berkesan di antara seseorang dengan seseorang insan
yang lain. Di antara ayat-ayat Al Quran yang menjelaskan tentang perkara di atas ialah :
"Perkataan yang baik dan perbuatan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik
daripada memberi sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan)
menyakitkan hati. Dan (ingatlah) Allah maha kaya dan maha penyantun".
(Al-Baqarah: 263)
"Dan kalaulah engkau terpaksa berpaling daripada mereka untuk tidak melayani mereka
kerana menuntut Rahmat Tuhan kamu yang kamu mengharapkannya, maka katakanlah
kepada mereka kata-kata yang baik menyenangkan hati". (Al-Isra' : 28)
"Maka rahmat Allah yang menyebabkan kamu berlemah lembut terhadap mereka.
Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari
sekelilingmu".
(Al-'Imran : 159)
"Serulah (manusia) ke jalan (agama) Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat
yang baik dan berbahasalah dengan mereka dengan cara yang sebaik-baiknya….." (An-
Nahl : 125)
ISU 1
Dalam proses komunikasi, salah satu bidang yang mempunyai pengaruh yang paling kuat
ke atas tingkah laku seseorang ialah persepsi diri seseorang atau konsep kendirinya.
Keberkesanan berkomunikasi interpersonal berkait rapat dengan persepsi diri. Brooks dan
Emmert (1976), menyatakan konsep kendiri ialah suatu faktor penting dalam komunikasi
interpersonal. Hamachek (1990), berpendapat konsep kendiri dan personaliti sebagai
sinonim.
Jelas di sini, individu yang mempunyai konsep kendiri positif biasanya dapat berinteraksi
dengan orang lain dengan cara yang lebih baik. Kurang kemahiran berkomunikasi dan
konsep kendiri di sekolah boleh menyebabkan pelajar sukar membuat penyesuaian diri
dan sukar menyelesaikan masalah.
ISU 2
Pembinaan minda merentas kurikulum yang diajar di sekolah rendah dan menengah
diperhebatkan lagi dengan pelancaran Program Gerak Gempur Minda 1997 bagi
melahirkan pelajar yang berkemahiran berfikir secara lebih kritis dan kreatif.
Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin berkata, aspek
tersebut masih kurang menonjol walaupun ia merupakan matlamat yang perlu ditekankan
dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Baru Sekolah
Rendah (KBSR).
Daripada dua isu yang telah dikemukakan tersebut menunjukkan bahawa usaha ke arah
mengutamakan aspek kemahiran dan keupayaan berkomunukasi perlu dipertingkatkan
untuk kepentingan pelajar menyesuaikan diri di dalam masyarakat pada masa akan
datang. Oleh itu kami telah memilih tajuk ini dengan membincangkan dari beberapa
aspek seperti :
Mengikut kamus Oxford (1969) menyatakan bahawa sekolah merupakan institusi untuk
memberi pendidikan kepada para pelajar. Ia berlaku di mana ada masa dan ruang yang
ditetapkan untuk melakukan pengajaran dan pembelajaran. Interaksi sosial pelajar dalam
sistem pendidikan formal di sekolah berlaku dalam bilik darjah dan aktiviti ko-
kurikulum. Bilik darjah merupakan unit interaksi sosial yang paling berpengaruh di
sekolah (Syarifah Alawiah Al-Sagoff, 1988). Ini adalah kerana guru-guru berinteraksi
dengan pelajar secara individu hampir setiap hari. Dalam keadaan persekolahan sekarang
ini, kebanyakan proses pengajaran dan pembelajaran mencorakkan tingkah laku dan
perbendaharaan kata pelajar (Syarifah Alawiah Al-Sagoff, 1988).
4.1 Kepentingannya
Setiap orang guru perlu mahir dalam berkomunikasi, khususnya dalam bilik darjah.
Sekiranya guru tidak faham serta mahir dalam berkomunikasi dengan murid-murid
semasa mengajar sudah pasti sukar bagi seseorang guru itu untuk menjadikan
pengajarannya berkesan dan bermutu.
Dengan komunikasi yang berkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran, ilmu
pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat kepada murid-murid dengan baik
dan tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan, kekaburan dan salah faham.
Kegagalan guru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja akan menyebabkan murid-
murid menjadi kecewa, malah lebih buruk lagi ialah objektif yang dirancang bagi sesuatu
sesi pengajaran itu tidak akan tercapai, serta sesi pengajaran pembelajaran menjadi
hambar dan membosankan.
Guru juga perlu bijaksana menyusun strategi agar suasana berinteraksi di antara murid
sesama murid berlaku secara harmonis, saling bantu membantu serta hormat
menghormati supaya pembelajaran berlaku secara bermakna dan berkesan.
Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-murid begitu
terhad. Oleh itu segala maklum balas yang berlaku di antara kedua belah pihak bukan
sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera, malah ianya seolah-olah tidak langsung
memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir. Oleh kerana itu, apabila berhadapan
dengan murid-murid, guru bukan sahaja perlu kreatif dan inovatif, tetapi mesti sabar,
bijaksana, cekap dan optimis dalam menghadapi sesuatu situasi serta
cabaran.("Classroom Life : Some Dimensions of Parallel Universes", 1994).
Komunikasi merupakan proses penyampaian mesej, samada lisan atau bertulis. Sekiranya
mesej yang dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya oleh penerima, maka
komunikasi berkesan telah pun berlaku. Sebagai seorang guru, komunikasi lisan berlaku
apabila guru sedang menyampaikan pelajaran atau arahan untuk menjalankan sesuatu
tugas amali. Ketika guru menulis sesuatu di papan hitam atau lutsinar untuk kegunaan
murid-murid, maka komunikasi secara bertulis telah diamalkan. Dalam situasi berkenaan,
nyata bahawa kemahiran berkomunikasi amat penting bagi seorang guru untuk
mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.(Ee Ah Meng, 1996).
Ini bermakna komunikasi atau interaksi bilik darjah boleh berlaku secara lisan dan bukan
lisan. Semasa waktu mengajar, guru berinteraksi dengan murid dengan bercakap,
memberi penjelasan, menyoal soalan-soalan, berbincang, meneguh dan menegur,
mengarah, memberi isyarat, menghampiri dan mendampingi murid, mengenakan denda
dan sebagainya.
Flanders, 1970 (Edward dan Westergate, 1987) dalam kajiannya terhadap interaksi bilik
darjah dikenali dengan Sistem Analisis Interaksi Flanders) telah merumuskan bahawa
dalam sesuatu proses pengajaran yang berlaku dalam bilik darjah, seseorang guru
bercakap dua pertiga daripada keseluruhan waktu mengajar. Percakapan guru itu secara
langsung mempengaruhi murid-murid seperti dalam menyampai, memberi arahan dan
mengkritik. Flanders meletakkan tanggungjawab utama mencorakkan interaksi bilik
darjah itu adalah terletak di tangan guru.
Anderson dan Brewer's, 1946 (Dalam Amir Sharifudin, 1986) dalam kajiannya
menunjukkan bahawa terdapat dua jenis tingkah laku guru apabila berinteraksi dengan
murid-murid sewaktu mengajar dalam bilik darjah, iaitu jenis dominatif dan intergratif.
Guru-guru yang bersifat dominatif menunjukkan ciri-ciri berkomunikasi dengan murid-
murid seperti berikut :
Mengatur aktiviti murid tanpa mengkaji hubungan sesama mereka atau di antara murid
dengan persekitaran bilik darjah
Guru-guru yang bersifat intergratif pula mempunyai ciri-ciri tingkahlaku seperti berikut :
Dapatan tersebut terbukti memang berasas apabila kajian yang dibuat oleh beberapa
orang pengkaji terkemudian seperti Taylor, 1962; Evan, 1962 dan Hollis, 1975 (dalam
Noran Fauziah dan Ahmad Mahzan, 1990) telah menyenaraikan antara tingkahlaku guru
yang disukai murid semasa berinteraksi dalam bilik darjah ialah :
Membenarkan murid-murid melakukan banyak aktiviti dan dalam masa yang sama dapat
mengekal ketenteraman dan disiplin kelas
Hamachek (1974) (dalam Noran Fauziah dan Ahmad Mahzan, 1990), mempercayai guru
yang berkesan mempunyai unsur-unsur "kemanusiaan" iaitu guru yang mempunyai
kualiti seperti suka berseloroh, bersikap adil, peramah dan baik hati. Hamachek juga
menyebut tentang kajian-kajian lain yang menyatakan guru-guru sekolah menengah yang
peramah dan bertimbang rasa, banyak menerima tulisan puisi dan lukisan daripada
pelajar-pelajar mereka.
4.3 Ciri-ciri Interaksi Guru dan Pelajar di dalam Bilik Darjah yang berkesan
Motivasi pelajar untuk belajar adalah sangat berkaitan dengan sikap, perasaan dan
kehendak mereka yang mana ianya bergantung kepada kualiti perhubungan dan interaksi
di dalam suasana pembelajaran.(Wlodkowski, 1984) (dalam Classroom Life, 1994).
Sebagai seorang pemimpin di dalam kelas, guru mempunyai tanggungjawab yang besar
untuk mengenalpasti keperluan pelajar dan untuk menggalakkan interaksi bilik darjah
yang positif dan berkesan. Wlodkowski mencadangkan beberapa strategi untuk
menghasilkan interaksi yang berkesan antara guru dan murid. Antaranya ialah :
Gunakan "direct" dan "spontaneous communication" iaitu menerangkan dengan jelas apa
yang hendak disampaikan oleh guru dan cuba menerima pendapat pelajar terutama di
dalam menyelesaikan masalah dan merancang aktiviti.
Rancangan KBSR dan KBSM telah digubal dengan menekankan pengajaran yang
berpusatkan murid. Bagi mempastikan sesuatu pengajaran pembelajaran itu berhasil
dengan baik, beberapa ciri tingkahlaku berkomunikasi dalam interaksi bilik darjah telah
disarankan, antaranya :
Guru menggalakkan murid berinteraksi secara teratur sesama murid, antara murid dengan
guru dan antara murid dengan bahan-bahan
Abdul Hamid Mahmood, 1990 (Prof. Dr.) telah menggariskan beberapa ciri komunikasi
guru dan murid yang boleh menghasilkan pengajaran yang berkesan, antaranya ialah :
Mempunyai sifat penyabar, penyayang serta suka akan murid-muridnya. Sifat ini dapat
melahirkan kemesraan antara guru dengan murid
Pandai menghargai dan memuji murid-murid. Penghargaan dan pujian yang diberikan
hendaklah ikhlas dan jujur
Sentiasa bersikap positif dan bercakap tentang perkara yang baik dan benar. Elakkan
daripada bersikap angkuh atau suka melemparkan kritik yang tidak beralasan
Air muka, pertuturan dan tindakan guru harus mencerminkan perhatian guru dan
kejujurannya hendaklah membantu dan mendidik murid-murid
Menggunakan bahasa badan atau gerak geri yang sesuai dalam pengajaran
Sentiasa bertolak ansur dengan murid-murid dalam memberi maklumat atau pengajaran
Sentiasa memberi peluang kepada murid-murid untuk mengemukakan soalan atau
maklum balas
"Sesiapa yang tidak menyayangi kanak-kanak dan tidak menghormati hak orang yang
lebih tua maka ia bukan dari golongan kami"
(Riwayat Al-Bakhari)
(Riwayat Al-Bakhari)
"Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi
salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu
majlis serta panggillah ia dengan nama yang paling disenanginya"
(Riwayat Al-Tabrani)
Menurut Mohd Amir Sharifudin Hashim (1986), terdapat juga halangan-halangan yang
menyebabkan interaksi bilik darjah tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan iaitu :
Faktor fizikal
Seperti peraturan-peraturan yang dilaksanakan dan faktor dalaman diri seseorang atau
faktor psikologi seperti rasa takut, marah, ragu-ragu, malu dan sebagainya serta faktor
masa.
Sistem KBSR telah mengemukakan beberapa cadangan sebagai garis panduan bagi
mengatasi masalah tersebut, antaranya ialah :
Melalui sistem pengaliran dan pengumpulan murid dengan mengecilkan bilangan murid
dalam satu kelas
Pendekatan individu
Walaubagaimanapun, menurut Ab. Rahman Abu Bakar (1992), ternyata bahawa saranan-
saranan tersebut ada yang terlalu ideal dan sehingga sekarang tidak dapat dilaksanakan
secara menyeluruh kerana kekangan infrastruktur dan tenaga guru, seperti pengecilan
jumlah murid dalam satu bilik darjah. Rata-rata kebanyakan sekolah terpaksa
menempatkan dalam lingkungan 40 orang murid dalam satu darjah.
Apa yang penting kepada kita ialah untuk meroboh halangan tersebut dengan memberi
perhatian kepada situasi dalam setiap episod sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran,
dari permulaan hingga penutup. Sebagai contoh, hasil kajian Wlodkowski, 1984
(classroom Life, 1994) mendapati permulaan sesuatu sesi pengajaran adalah detik yang
paling penting dalam mencorak situasi pembelajaran seterusnya.
Sebenarnya permulaan bagi sesuatu sesi pengajaran itu berlaku sebaik-baik sahaja guru
mula melangkah masuk ke dalam bilik darjah. Murid-murid dalam kelas terus memberi
perhatian dan mula membuat tanggapan yang tersendiri serta membina sikap tertentu
terhadap guru melalui sifat dan perawakan zahir yang diperlihatkan. (Wlodkowski,
1984)(dalam Classroom Life, 1994).
Guru yang masuk ke kelas dengan penuh ceria dan senyum , dengan mudah mendapat
respon yang positif daripada murid. Dengan senyuman, ketegangan dapat dikendurkan
dan kebuntuan dapat diatasi, lebih-lebih lagi apabila disusuli dengan sapaan yang
bermakna seperti salam atau ucap selamat. (Ab. Rahman Abu Bakar, 1992).
Dalam sesuatu sesi pengajaran, apabila salam atau ucap selamat dilafazkan, dengan
sendirinya tabir yang menghalang interaksi guru dengan murid mula tersingkap dan
seterusnya mencorak situasi perhubungan guru murid dalam proses pengajaran
pembelajaran yang selanjutnya.(Ab. Rahman Abu Bakar, 1992).
Di dalam Islam, saling memberi dan menjawab salam merupakan satu aspek ibadah yang
menjadi faktor kepada hubungan kasih sayang, kesefahaman dan kemesraan di antara
sesama insan kerana salam adalah doa dan harapan yang dirujuk kepada Allah (swt),
manakala doa adalah pendidikan, ketenangan dan penguatan rohaniah yang berkait mesra
dengan fitrah insan itu sendiri (Uthman Muhammady, 1991) (dalam Rosli Abd.
Rahman,1997).
Kajian oleh Theodore Coladarci (1991) juga menunjukkan bahawa faktor percakapan dan
panggilan murid juga memudahkan berlaku jalinan hubungan dan interaksi guru murid
dalam bilik darjah. Guru yang bercakap dengan penuh bertenaga, sebutan yang tepat,
jelas, berintonasi serta suara yang menarik lebih cepat menerima respon daripada murid,
lebih-lebih lagi apabila diucap dengan tata bahasa yang betul dan tersusun.
Dialog-dialog bilik darjah yang kemas dan teratur, yang diselit dengan unsur-unsur
berseloroh serta mesra dapat memurnikan lagi suasana interaksi bilik darjah. Begitu juga
dengan menyebut nama atau singkatan nama atau panggilan khusus yang selalu diucap
oleh keluarga dalam berinteraksi dengan murid lebih bermakna daripada penggunaan
ungkapan panggilan umum seperti 'awak', 'kamu', 'anda' dan sebagainya.(Ab. Rahman
Abu Bakar, 1992).
Menurut Ab. Rahman Abu Bakar (1992) faktor-faktor umum yang lain seperti motivasi,
penggunaan sumber, aktiviti kumpulan dan lain-lain juga merangsang ke arah
mewujudkan interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Namun
demikian, satu perkara yang tidak kurang pentingnya bagi mencapai matlamat yang
dibincangkan ialah dari aspek kesedaran dan kesediaan guru sendiri dalam beberapa
perkara yang disarankan di bawah :
Guru benar-benar mengenali serta faham akan masalah setiap orang murid secara
individu
Guru sentiasa bermuhasabah untuk menilai pengajaran sendiri secara ikhlas setiap masa
8.0 KESIMPULAN
Maka jelaslah di sini bahawa interaksi antara pelajar dan guru memainkan peranan yang
sangat penting di dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
menarik. Untuk mewujudkan suasana interaksi sosial yang baik, guru dan pelajar perlu
mengetahui peranan yang sebenarnya yang perlu dimainkan oleh setiap individu. Ini
kerana dalam usaha menyesuaikan diri dalam masyarakat, pelajar dipengaruhi oleh
berbagai-bagai egen sosialisasi termasuk keluarga, sekolah, rakan sebaya dan media
massa. Sekolah sebagai institusi sosial bertanggungjawab mewujudkan interaksi sosial
dan pembentukan sikap kepimpinan di kalangan pelajar dengan menekankan
keberkesanan interaksi di dalam bilik darjah.
BIBLIOGRAFI
Abdullah Yusuf Ali (1991), Al Quranul Karim, Terjemahan Dan Huraian Maksud,
Terjemahan Uthman El-Muhammady, KL., DBP.
Ab. Rahman Abu Bakar (1992), Kearah Melahirkan Pengajaran Berkesan, Jurnal Dewan
Bahasa, KL., DBP.
Edward, A.D. and Westergate (1987), Investigating Classroom Talk, London and
Philadepia: The Falmer Press.
Mohd Amir Sharifudin Hashim (1986), Pengurusan Bilik darjah: Interaksi Guru-Murid
Dalam Bilik darjah, Kertas Kerja Ikhtisas Guru-Guru agama Islam, KPM: Bahagian
Agama Islam.
Mok Soon Sang, (1996), Pendidikan Di Malaysia, Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Kuala
Lumpur.
Noran Fauziah Yaakob dan Ahmad Mahzan Ayob (1990), Guru dan Perguruan, Kuala
Lumpur, DBP.
Rosli Abd. Rahman (1997), Kesan Latihan Kemahiran Berkomunikasi Terhadap Konsep
Kendiri Pelajar Di Sebuah sekolah Menengah, Jurnal Pendidikan Malaysia.
Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, , 4 April 1997, Gerak Gempur Minda Lahir
Pelajar Kritis, Utusan Melayu.