Anda di halaman 1dari 4

PEMBELAJARAN PENGUASAAN (MASTERY LEARNING)

Pembelajaran masteri adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran alternatif


yang mendorongkan pelajar sampai kepada satu tahap penguasaan unit-unit pengajaran
tertentu sebelum mereka dibenarkan maju atau meneruskan pembelajaran ke unit yang
seterusnya. Pembelajaran masteri bukan satu konsep yang baru dan ia telah diperkenalkan
dalam sistem pendidikan di Amerika melebihi 70 tahun yang lalu. Ia adalah satu proses di
mana pelajar mencapai aras yang sama terhadap kandungan masteri tetapi pada tahap2
jarak jangka masa `interval` yang berlainan. Sistem sekolah yang melaksanakan
pembelajaran masteri mendapati ia sangat berkesan sebagai kaedah pengajaran dan
pembelajaran.

Satu perubahan asas dalam pemikiran tentang sifat semula jadi pengajaran telah
bermula pada tahun 1963 apabila John B. Carol berhujah tentang satu idea mengenai
pembelajaran penguasaan. Pembelajaran penguasaan mendakwa bahawa focus
pengajaran adalah masa yang diperlukan untuk pelajar-pelajar yang berbeza mempelajari
bahan-bahan yang sama. Ini berbeza dengan model-model klasik yang diasaskan kepada
teori-teori inteligensia. Di manasemua pelajar diberi peruntukan masa yang sama untuk
belajar dan berfokus kepada keupayaan yang berbeza-beza. Caroll berhujah bahawa
kecekapan adalah satu ukuran masa yang diperlukan untuk belajar.

Idea untuk pembejaran masteri bergerak kepada satu anjakan di tanggungjawab


pembelajaran adalah bergantung sepenuhnya kepada guru. Kegagalan dalam
pembelajaran terletak kepada pengajaran guru dan bukan kepada kurangnya keupayaan
kepada pihak pelajar. Dalam persekitaran pembelajaran masteri, cabaran adalah
memberi cukup masa dan menggunakan strategi-strategi pengajaran supaya semua
pelajar boleh mencapai satu aras pembelajaran yang sama(Levine. 1985, Bloom 1981).
Elemen penting bagi pembelajaran masteri adalah menentukan dengan jelas apa yang
akan dipelajari dan bagaimana ia akan dinilai, membenarkan pelajar belajar mengikut
keupayaan mereka, menilai kemajuan pelajar dan menyediakan pemulihan atau tindak
balas yang sesuai, dan menguji untuk melihat sama ada criteria pembelajaran telah dapat
dicapai atau tidak.

Strategi Pembelajaran Masteri

Berdasarkan penyelidikan terhadap pembelajaran, tidak ada strategi yang boleh


menghasilkan satu penemuan yang baik selain pembelajaran masteri. Dalam
pembelajaran ini, pelajar diperlukan untuk menguasai bahan-bahan sehingga ke satu
tahap yang khusus sebelum mereka boleh meneruskan pembelajaran yang baru.
Beberapa sistem sekolah telah cuba melaksanakan pembelajaran masteri. Terdapat
persetujuan yang `substantial` tentang kejayaan pembelajaran masteri, terutamanya dalam
reka bentuk pengajaran di maktab-maktab. Banyak program pembelajaran yang terancang
dan moden termasuk komponen-komponen pembelajaran masteri mendapat perhatian.
Pembelajaran masteri melibatkan pelajar menunjukkan penguasaan bahan-bahan
pada peringkat tertinggi, sebelum mereka meneruskan dengan bahan-bahan yang baru.
Dua elemen penting yang melibatkan strategi pengajaran ialah konsep boleh dibetulkan
(corrective) dan tindak balas pengayaan (enriching), dan kesepaduan komponen-
komponen pengajaran. Konsep pembelajaran masteri telah disemak dalam iplementing
mastery learning (Guskey,1996). Bloom (1984) menyarankan supaya diadakan tutorial
secara bersemuka kerana ini didapati sangat berkesan. Beliau seterusnya mencadangkan
supaya pendekatan pembelajaran masteri secara bersemuka ini digunakan sebagai satu
cara mengukur keupayaan pelajar. Apabila menggunakan self-regulatory didapati
hasilnya adalah positif dan ini telah mendorong kepada satu dapatan pembelajaran yang
cemerlang. Apabila penilaian objektif digunakan, pengetahuan terdahulu adalah peramal
yang baik bagi pembelajaran.

John B. Caroll menamakan pembelajaran mengikut masa sebagai kadar


pembelajaran LR yang memakai formula seperti berikut:

LR= f (time spent learning/time needed to learn)

Ia menerangkan bahawa kadar pembelajaran adalah satu fungsi masa yang


dimiliki oleh pelajar untuk belajar yang dapat memenuhi masa sebenar yang diperlukan
bagi satu-satu situasi atau pengajaran yang diberi. Teori baru Carroll telah diasaskan
kepada idea bahawa semua pelajar harus mempunyai potensi untuk belajar semua jenis
pengajaran yang telah diberi, dengan syarat mereka diberi masa yang masa yang berbeza-
beza untuk melaksanakannya. Tidak terdapat pelajar yang dianggap baik atau lemah atau
sebagai pelajar yang pantas atau perlahan. Carroll mengenal pasti dua faktor yang
memberi kesan kepada kadar pembelajaran pelajar, iaitu kesanggupan menunggu pelajar
dan peluang untuk belajar. Perkara pertama dikawal oleh pelajar, iaitu sebanyak mana
masa mereka gunakan untuk pembelajaran, dan kedua ialah masa diperuntukkan untuk
belajar dan menilai bahan-bahan di bilik darjah.

Berikut ialah beberapa perkara penting yang melibatkan bagaimana pelajaran masteri
dapat dilakukan:

a) nyatakan dengan jelas objektif yang mewakili tujuan-tujuan mengajar


b) kurikulum atau pengajaran dibahagikan kepada unit-unit pembelajaran yang
kecil yang setiap satunya memiliki objektif dan penilaian tersendiri.
c) Bahan-bahan pembelajaran dan strategi pembelajarn dikenal
pasti.pengajaran,membuat model, menjalani latihan, penilaian formatif,
mengajar semula,pengukuhan dan penilaian sumatif adalah dilibatkan sama.
d) Setiap unit didahukui dengan satu ujian diagnostik yang ringkas atau penilain
fomatif.
e) Keputusan ujian fomatif digunakan untuk menyediakan pengajaran tambahan
atau pembetulan untuk membantu pelejar mengatasi masalah mereka.
f) Masa untuk belajar mesti boleh diubah suai untuk dipadankan dengan
kecekapan. Tidak ada pelajar yang harus meneruskan pembelajaran bahan-
bahan baru sehingga bahan-bahan asas sebelumnya telah dapat dikuasai
sepenuhnya.

Pembelajaran masteri tidak berfokus pada kandungan, tetapi tertumpu kepada proses
menguasainya. Bahan-bahan kurikulum atau pengajaran boleh direka bentuk oleh
perancang pengajaran dalaman atau melalui pelbagai pasukan professional seperti
sekolah, industri, atau militari. Atau bahan-bahan pengajaran boleh didapati melalui
bahan-bahan yang telah disediakan oleh sumber komersil luar. Bagaimanapun, bahan-
bahan pengajaran yang dibangunkan sendiri atau didapati daripada sumber-sumberr lain
hendaklah terlebih dahulu dinilai oleh guru untuk memastikan ia benar-benar sesuai
dengan objektif pengajaran bagi sesuatu pengajaran yang diberi.

Pembelajaran masteri adalah satu strategi pengajaran yang berasaskan prinsip


yang menekankan bahawa semua pelajar boleh belajar satu set objektif yang munasabah
dengan pengajaran yang sesuai dan mempunyai masa yang cukup untuk belajar.
Pembelajaran masteri mengutamakan teknik-teknik tutorial dan pengajaran individu
dalam situasi pembelajaran berkumpulan dan mengetengahkan teori-teori pembelajaran
bagi pelajar yang berjaya bagi semua pelajar dalam kumpulan itu. Falsafah pembelajaran
masteri adalah penekanan kepada kurukulum yang terancang, model2 pengajaran yang
berpotensi, pensetaraan penilaian pelajar, dan pendekatan mengajar. Pembelajaran
masteri mempunyai beberapa kekuatan seperti yang berikut:

a) pelajar mempunyai kemahiran2 asas untuk meneruskan pembelajaran kepada


unit-unit seterusnya.
b) Ia memerlukan guru melaksanakan tugas-tugas menganalisis dan dengan itu ia
menjadi lebih baik bagi guru-guru untuk mengajarkan unit-unit pembelajaran.
c) Memerlukan guru menyatakan objektif sebelum mereka bentuk aktiviti. Boleh
memecahkan pusingan kegagalan (penting teerutamanya bagi kumpulan minority
pelajar yang tidak bernasib baik)

Selain kekuatannya yang tersendiri, pembelajaran masteri juga mempunya


kelemahannya iaitu:

a) bukan semua pelajar akan maju pada keupayaan dan tahap yang sama. Ia
memerlukan pelajar yang telah menunjukkan penguasaan menunggu mereka
yamg tidak berkeupayaan atau memerlukan pemhajaran individu.
b) Pengajaran memerlukan kepelbagaian bahan untuk pemulihan
c) Pembelajaran harus mempunyai beberapa ujian atau penilaian bagi setiap unit.
d) Sekiranya hanya ujian objektif yang digunakan, maka ini akan mendorongkan
kepada aktiviti menghafaz dan pembelajaran spesifik dan bukan mempelajari ras-
aras yang lebih tinggi.

Kaedah Pembelajaran Masteri

Kedah pembelajaran masteri membahagikan subjek kepada unit-unit yang


mempunyai objektif yang tersendiri. Pelajar secara bersendiri atau berkumpulan
bekerja melalui setiap unit dengan satu cara yang terancang. Pelajar mesti
menunjukkan penguasaan yang secara tipikalnya 80% sebelum bergerak kepada unit
yang seterusnya. Pelajar yang tidak dapat mencapai penguasaan menerima pemulihan
melalui tutorial, pengendalian rakan sebaya, perbincangan kumpulan kecil atau kerja-
kerja rumah sebagai tambahan. Masa tambahan utk pembelajaran diberi kepada
mereka untuk menguasai pemulihan. Pelajar menyambung pusingan pembelajaran
dan ujian sehinga penguasaan berlaku. Block (1971) menyatakan bahawa pelajar
dengan pengalaman-pengalaman terdahulu yang sedikit mempunyai pencapaian yang
lebih tingi melalui pembelajaran masteri daripada pengajaran yang mengunakan
kaedah-kaedah tradisional.
Pengembang2 pembelajaran masteri menegakkan bahawa kemahiran asas
adalah sangat berguna. Pengajaran bekumpulan selalunya diberi kepada kelas
sepenuhnya oleh pengajar dengan masa secara individu untuk pembelajaran dengan
syarat penguasaan berlaku. Matlamat pembelajaran masteri adalah kejayaan bagi
pelajar2 itu. Ia mwenegaskan bahawa kejayaan dalam pencapaian, sikap, dan
motivasi dalam persekitaran pengajaran dan pembelajaran menjadikan pembelajaran
lebih efektif.
Secara kseluruhannya, pembelajaran masteri seperti yang dinyatakan sebelum
ini bukanlah satu kaedah pengajaran yang baru. Ia diasaskan kepada satu konsep yng
menyebut pelajar boleh belajar apabila disediakan dengan suasana yang sesuai
dengan situasi. Pelajar mesti mencapai satu tahap penguasaan berdasarkan sesuatu
unit sebelum mereka dibenarkan maju ke unit yang lain.
Dalam suasana pembelajaran masteri, pelajar diberi maklum balas khusus tentang
kemajuan pembelajaran mereka pada setiap interval di sepanjang jangka masa
pengajaran. Maklum balas ini membantu pelajar mengenal apa yang telah mereka
pelajari dengan baik dan apa yang mereka tidak dapat pelajari dengan baik. Kawasan
pemmbelajaran yang tidak dipelajari dengan baik akan diberi banyak masa untuk
mencapai penguasaanya. Biasanya, hanya gred “A” dan “B” sahaja yang dibenarkan
kerana ini adalah peringkat pembelajaran masteri yang standard yang diterima.
Pengajaran secara tradisional menitikberatkan masa pembelajaran dan membenarkan
penguasaan berbeza-beza.
Dalam pembelajaran masteri, atau kadangkala disebut juga sebagai pengajaran
sistematik, ia menitikberatkan penguasaan dan membenarkan masa yang berbeza-
beza.

Kamarudin Hj. Husin, Siti Hajar Hj. Aabdul Aziz (2004), PEDAGOGI: Asas Pendidikan,
Selangor: Kayazano Enterprise