Anda di halaman 1dari 43

LRK 4013 __________________________________________ Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan Sekolah Rendah

1. Bincangkan model Pembelajaran Masteri dengan lengkap. Berdasarkan model pembelajaran berkenaan, bina satu cadangan Rancangan Pelajaran Harian yang memperuntukan masa selama 40 minit yang lengkap.

KONSEP PEMBELAJARAN MASTERI Konsep ini diperkenalkan oleh B.S. Bloom pada tahun 60an dengan berasaskan kepada satu prinsip atau falsafah iaitu semua pelajar boleh menguasai sesuatu perkara yang diajar sekiranya ada masa yang cukup untuk pelajar menguasainya dan pengajaran pembelajaran adalah berkualiti. Antara pernyataan Bloom (1998) tentang pembelajaran masteri adalah seperti berikut:

.merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokus penguasaan pelajar dalam sesuatu yang diajar.

.berasaskan kepada falsafah bahawa semua atau hamper semua pelajar boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai dan masa yang mencukupi disediakan untuk pelajar itu menguasai

pembelajarannya.

Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran

LRK 4013 __________________________________________ Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan Sekolah Rendah

yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran setersnya. Pendekatan ini berpegang kepada prinsip bahawa setiap murid mampu belajar jika diberi peluang mengikut kadarnya. Tindakan pengayaan dan pemulihan perlu dijadikan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi, proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Menurut Bloom (1998), Pembelajaran Masteri adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memberi tumpuan kepada keperluan pembelajaran individu secara berterusan dengan membantu murid belajar secara berkesan, cepat dan yakin terhadap diri sendiri. Proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara sistematik dan berurutan berdasarkan topik, subtopik dan tajuk bagi membantu murid-murid menguasai sesuatu pengetahuan dan kemahiran.

Pembelajaran Masteri adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran alternatif yang mendorong pelajar sampai kepada satu tahap penguasaan unitunit pengajaran tertentu sebelum mereka dibenarkan maju atau meneruskan pembelajaran ke unit yang seterusnya. Ia adalah satu proses di mana pelajar mencapai aras yang sama terhadap kandungan masteri tetapi pada tahap-tahap jarak jangka masa interval yang berlainan. Sistem sekolah yang melaksanakan pembelajaran masteri mendapati ia sangat berkesan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran. Idea untuk pembelajaran masteri bergerak kepada satu anjakan di mana tanggungjawab pembelajaran adalah bergantung sepenuhnya kepada guru. Kegagalan dalam pembelajaran terletak kepada pengajaran guru

LRK 4013 __________________________________________ Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan Sekolah Rendah

dan bukan kepada kurangnya

keupayaan

pada pihak pelajar. Dalam

persekitaran pembelajaran masteri, cabaran adalah memberi masa yang cukup dan menggunakan strategi-strategi pengajaran supaya semua pelajar boleh mencapai satu aras pembelajaran yang sama ( Levine, 1985 ). Elemen penting bagi pembelajaran masteri adalah menentukan dengan jelas apa yang akan dipelajari dan bagaimana ia akan dinilai, membenarkan pelajar belajar mengikut keupayaan mereka, menilai kemajuan pelajar dan menyediakan pemulihan atau tindak balas yang sesuai serta menguji untuk menilai sama ada kriteria pembelajaran telah dapat dicapai atau disebaliknya.

Pembelajaran

masteri

merupakan

satu

strategi

atau

pendekatan

pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan kepada penguasaan murid dalam satu perkara yang diajarkan kepada mereka. Melalui strategi ini perkaraperkara yang harus dipelajari ditentukan dan dibahagikan kepada unit-unit pembelajaran yang lebih kecil mengikut satu turutan atau hierarki. Pelajar-pelajar perlu menguasai kemahiran seperti dalam objektif pembelajaran dengan memperoleh skor 80% ke atas dalam penialian/ ujian.

Dalam proses pembelajaran masteri, guru harus memastikan semua pelajar dapat menguasai perkara-perkara yang diajar dalam satu unit pembelajaran atau tajuk sebelum ke unit pembelajaran atau tajuk yang lain. Guru memulakan dengan satu unit pembelajaran dan mengajar murid dengan menggunakan kaedah-kaedah pengajaran pembelajaran yang berkesan dan alat

LRK 4013 __________________________________________ Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan Sekolah Rendah

bantuan mengajar yang sesuai. Selepas itu satu ujian penguasaan bersifat diagnostic diberi bagi menentukan tindakan susulan. Hasil pencapaian ujian murid tersebut ditentukan sama ada telah menguasai perkara yang dipelajari dan boleh bergerak ke unit pembelajaran baru atau boleh menjalankan tugasan tetapi masih memerlukan aktiviti pengukuhan atau belum menguasai dan memerlukan pengajaran pemulihan. Proses pengajaran masteri ini boleh digambarkan seperti Rajah 1. Rajah 1: Model Pembelajaran Masteri UNIT PEMBELAJARAN 1

PENENTUAN HASIL PEMBELAJARAN

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENILAIAN

TIDAK AKTIVITI PENGAYAAN

Sama ada murid sudah menguasai

YA AKTIVITI PEMULIHAN

YA

TERUSKAN

UNIT PEMBELAJARAN 2

LRK 4013 __________________________________________ Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan Sekolah Rendah

Kejayaan pelaksanaan pembelajaran masteri di dalam bilik darjah bergantung kepada lima perkara seperti berikut:

a)

Ketekunan (Perseverence)

Ketekunan ialah masa yang seseorang murid ingin menggunakan untuk belajar. Murid perlu mempunyai tekunan dan ketabahan untuk menguasai sesuatu yang dipelajari walaupun mereka perlu mengambil masa yang panjang.

b)

Peluang Untuk Belajar (Opportunity to Learn)

Peluang untuk belajar adalah masa yang diperuntukkan dalam bilik darjah untuk murid belajar. Murid memerlukan masa yang mencukupi untuk menguasai sesuatu yang dipelajari. Setiap murid mempunyai tahap kebolehan yang berbeza, bergantung kepada factor kebolehan setiap orang yang memerlukan masa yang mencukupi untuk menguasai perkara yang dipelajari.

c)

Kadar Pembelajaran

Kadar pembelajaran adalah masa yang diperlukan untuk seseorang murid belajar sesuatu perkara. Kadar pembelajaran berbeza untuk

LRK 4013 __________________________________________ Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan Sekolah Rendah

murid yang berlainan dan ia juga bergantung kepada mutu penyampaian guru dan kebolehannya memahami sesuatu perkara yang diajar.

d)

Mutu Penyampaian (Quality of Instruction)

Penyampaian yang berkesan adalah perlu untuk membolehkan mereka menguasai sesuatu perkara. Penyampaian pelajaran adalah bermutu sekiranya persembahan, penerangan dan susunan tugasan yang dipelajari sampai ke tahap optimum untuk seseorang murid.

e)

Kebolehan Memahami

Kemampuan

murid

memahami

perkara

yang

perlu

dipelajari

bergantung kepada mutu penyampaian. Penerangan guru yang jelas dan bahan pembelajaran yang tepat dapat meningkatkan lagi tahap kefahaman murid.

Secara ringkasnya, Pembelajaran Masteri ini adalah suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memastikan murid menguasai sesuatu Hasil Pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya. Keberkesanan pelaksanaannya ditentukan

LRK 4013 __________________________________________ Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan Sekolah Rendah

oleh masa yang mencukupi bagi murid menguasai pembelajarannya dan pengajaran yang berkualiti.

PRINSIP ASAS PEMBELAJARAN MASTERI

Pembelajaran Masteri wajar dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana guru perlu menyedari bahawa setiap murid mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza, murid memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan dan setiap murid mesti menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diajarkan.

Pembelajaran Masteri mempunyai prinsip asas di mana setiap murid normal boleh mempelajari apa yang diajarkan oleh guru. Selain itu, konsep pembelajaran dalam pembelajaran masteri ialah pembelajaran perlu dipecahkan kepada beberapa unit kecil supaya mudah dikuasai. Murid-murid juga memerlukan masa yang mencukupi untuk menguasai sesuatu hasil

pembelajaran yang ditentukan dan arahan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran mestilah jelas.

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN MASTERI

Ciri-ciri Pembelajaran Masteri adalah seperti yang berikut 1. Pelaksanaannya berasaskan tahap kemajuan seseorang murid

LRK 4013 __________________________________________ Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan Sekolah Rendah

2.

Bahan pembelajaran dipecahkan dan dibahagikan kepada beberapa segmen kecil yang dikenali sebagai unit pembelajaran

3.

Setiap unit pembelajaran dinyatakan dalam bentuk Hasil Pembelajaran. Hasil pembelajaran disusun mengikut hierarki atau unit pembelajaran.

4. 5.

Aras masteri bagi setiap Hasil Pembelajaran ditetapkan pada aras 80% Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakna, berkesan, menarik dan menggembirakan

6.

Proses pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran dijalankan dengan menggunakan pelbagai strategi dan kaedah serta bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai secara kelas, kumpulan besar, kumpulan kecil, berpasangan atau secara individu.

7.

Menggunakan ujian formatif bersifat diagnostik untuk mengesan kemajuan pembelajaran murid

8.

Menggunakan ujian formatif bersifat diagnostik untuk mengesan kemajuan pembelajaran murid. Penilaian berasaskan Ujian Rujukan Kriteria (URK)

9.

Melaksanakan aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan mengikut tahap penguasaan setiap murid. Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai aras masteri manakala aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid yang telah mencapai aras masteri.

LRK 4013 __________________________________________ Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan Sekolah Rendah

KOMPONEN PEMBELAJARAN MASTERI Pembelajaran Masteri mempunyai beberapa komponen yang tertentu. Bagi melaksanakan Pembelajaran Masteri langkah-langkah seperti berikut perlulah diikuti: Penentuan Hasil Pembelajaran Pengajaran dan pembelajaran Penilaian Tindakan susulan Penentuan hasil pembelajaran Hasil pembelajaran merupakan objektif pembelajaran yang perlu/ mesti dikuasai oleh murid-murid pada akhir sesuatu unit pembelajaran. Hasil pembelajaran perlu ditentukan bagi mengenal pasti apa yang perlu dikuasai oleh murid, memberi tumpuan dalam penguasaan hasil pembelajaran, merancang pelbagai kaedah dan bahan bantu mengajar dan membantu membina ujian formatif dan ujian sumatif. Bagaimana sesuatu hasil pembelajaran dapat dinyatakan? Hasil pembelajaran dapat dinyatakan berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran, dalam bentuk tingkah laku yang boleh diperhatikan dan diukur, secara eksplisit, jelas dan terperinci, dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor dan mengikut aras pembelajaran dari mudah ke sukar.

LRK 4013 __________________________________________ Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan Sekolah Rendah

Pengajaran dan pembelajaran Semasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru harus mengambil kira perkara-perkara berikut iaitu kebolehan dan keupayaan murid adalah berbeza-beza, kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran, kemudahan yang sedia ada dan masa yang diperuntukkan. Sahsiah seseorang mempengaruhi gaya pembelajaran. Justeru, guru perlu mengenal pasti sahsiah murid bagi merancang kaedah dan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Untuk itu, guru perlu melihat Gaya Pembelajaran mengikut Sistem 4 MAT dan Gaya Pembelajaran Modul Dunn dan Dunn.

Model Sistem 4 MAT Dalam model Sistem 4 MAT ini, gaya pembelajaran bergantung kepada kombinasi cara mengamati (konkrit-abstrak) dan cara memproses (reflektif-aktif) sesuatu maklumat dan pengalaman. Kombinasi cara mengamati dan cara memproses ini menghasilkan empat jenis gaya pembelajaran iaitu:a. Jenis 1- Pelajar Imaginatif Kumpulan jenis ini adalah imaginatif dan kreatif. Mereka mengamati maklumat secara konkrit dan memprosesnya secara reflektif. Mereka suka mencari makna dan sebab musabab mempelajari sesuatu maklumat atau ilmu. Mereka belajar

10

LRK 4013 __________________________________________ Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan Sekolah Rendah

dengan mendengar dan berkongsi idea-idea. Mereka juga melibatkan diri dan suka berinteraksi dengan orang lain dan selalu mengemukakan persoalan mengapa? b. Jenis 2- Pelajar Analitik Kumpulan ini bersifat teori dan analitik. Mereka mengamati maklumat secara abstrak dan memprosesnya secara reflektif. Pelajar-pelajar ini suka mencari fakta-fakta untuk menjelaskan konsep-konsep dan mereka belajar dengan memikir tentang idea-idea lama dan baru. Mereka selalunya percaya kepada pendapat pakar-pakar dan suka membuat analisis tentang sesuatu maklumat atau ilmu. Mereka selalunya suka menyoal apa dia? c. Jenis 3- Pelajar Praktik Kumpulan jenis ini bersifat praktik. Mereka mengamati

maklumat secara abstrak dan memprosesnya secara aktif. Pelajar jenis ini selalu mencari tentang kegunaan maklumat dan belajar dengan menguji teori untuk mengetahui kegunaannya. Mereka perlu tahu bagaiman sesuatu benda berfungsi dan suka membuat atau mencuba melalui pengalaman sendiri untuk menambahkan pengalamannya. Mereka suka menyoal

bagaimanakah ia berfungsi?

11

LRK 4013 __________________________________________ Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan Sekolah Rendah

d. Jenis 4- Pelajar Dinamik Kumpulan ini bersifat dinamik dan intuitif. Mereka mengamati maklumat secara konkrit dan memprosesnya secara aktif. Mereka suka mecuba jaya dan penemuan sendiri. Pelajarpelajar ini perlu tahu apa yang boleh direka bentuk dengan maklumat yang ada dan suka berinteraksi dengan orang lain. Mereka selalu mengemukakan persoalan apakah kegunaan baru yang boleh saya ciptakan? Jadual 1 : Gaya Pembelajaran Model Sistem 4 MATT
Jenis Pelajar Ciri Pelajar Imaginatif Mencari makna Matlamat dan sebab mempelajari maklumat Menggunakan Cara belajar semua idea & berkongsi idea Berinteraksi Suka dengan orang lain dan berkongsi idea Inovasi dan idea Mengapa? Pelajar Analitik Mencari fakta yang menjelaskan konsep Berfikir tentang idea Pendapat pakar dan menganalisis sesuatu maklumat Membina konsep Apa dia? Mengaplikasikan idea yang praktikal Bagaiman teori atau maklumat itu Tahu bagaimana sesuatu berfungsi Pelajar Praktik Mencari kegunaan maklumat Menguji teori & menaakul Pelajar Dinamik

Mencari sesuatu yang baru Cuba jaya dan penemuan secara sendiri Mencipta atau mengaplikasikan maklumat itu dan berinteraksi dengan orang lain Tindakan dan menyudahkan Apakah boleh dicipta oleh saya

Kekuatan Suka menyoal

12

LRK 4013 __________________________________________ Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan Sekolah Rendah

dipraktikkan Gunakan benda atau pengalaman Cara mengajar maujud. Beri peluang untuk perbincangan dan pengeluar idea Terangkan (guru atau pelajar) dan galakan pelajar membuat analisis maklumat Beri latihan, kerja amali, kuiz, eksperimen untuk pelajar mencuba dengan sendiri Beri projek, tugasan atau masalah dan galakkan pelajar berkongsi hasilnya

Gaya Pembelajaran Modul Dunn dan Dunn Di dalam model pembelajaran Dunn dan Dunn yang dicipta oleh Dr, Rita Dunn dan Dr. Kenneth Dunn, gaya pembelajaran seseorang bergantung kepada unsur-unsur yang disukainya di bawah lima stimulus yang ditunjukkan di dalam Jadual 2. Sebagai seorang guru, kita perlulah memberi peluang kepada pelajar dengan unsurunsur yang disukainya. Jadual 2 : Gaya Pembelajaran Modul Dunn dan Dunn

Stimulus Alam Sekitar

Unsur Bunyi Cahaya Suhu Pola

Ciri Suka belajar tanpa bising atau dengan bunyi latar belakang seperti muzik Suka belajar di tempat yang cerah atau di tempat yang kurang cahaya Suka belajar di tempat yang sejuk atau di tempat yang panas Suka belajar di tempat formal yang ada kerusi dan meja atau di tempat tidak formal seperti berbaring atau duduk

13

LRK 4013 __________________________________________ Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan Sekolah Rendah

di lantai Motivasi Ketabahan Emosi Tanggungjawab Struktur Sendiri Pasangan Rakan sebaya Pasukan Guru Pelbagai cara Persepsi Makan Waktu Gerakan Global atau Analitik Otak Kiri atau Otak Kasnan Boleh merangsang diri untuk belajar atau perlu dirangsang oleh guru Boleh belajar dalam masa yang panjang atau boleh belajar dalam masa yang pendek Bertanggungjawab untuk belajar atau perlu bimbingan oleh guru Suka belajar mengikut jadual waktu atau suka belajar sekiranya lebih masa diberi untuk sesuatu mata pelajaran atau perkara Suka belajar dengan sendiri Suka berlajar secara pasangan Suka belajar dengan rakan sebaya Suka belajar dalam pasukan Suka belajar dengan guru di sebelahnya Boleh belajar dengan mana cara tersebut di atas Suka belajar dengan benda atau pengalaman maujud atau dengan perkara abstrak Suka atau tidak suka makan dan minum semasa belajar Suka belajar sesuatu mata pelajaran pada waktu yang sesuai atau pada bila-bila masa Suka atau tidak suka bergerak semasa belajar Pelajar global suka belajar secara menyeluruh; pelajar analitik suka belajar mengikut urutan dan membuat analisis Pelajar yang lebih memproses maklumat di otak kiri suka belajar bahagian-bahagian, bahasa, dan membuat pengiraan dan analisis; pelajar yang lebih memproses maklumat di otak kanan suka belajar secara keseluruhan, membuat sintesis, melukis, membuat gerakan dan mencipta sesuatu Pelajar yang impulsif bertindak secara spontan manakala pelajar yang reflektif berfikir sebelum bertindak

Sosiologi

Fizikal

Psikologi

Impulsif atau Reflektif

14

LRK 4013 __________________________________________ Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan Sekolah Rendah

Dalam proses menentukan pengajaran dan pembelajaran, guru perlu mempelbagaikan kaedah dan bahan supaya pelajar lebih mudah memahami dan menghayati kandungan pelajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik, bermakna dan menyeronokan. Terdapat dua pendekatan yang boleh digunakan iaitu pendekatan berpusatkan guru dan pendekatan berpusatkan murid. Berpusatkan Guru Berpusatkan Murid

penerangan penjelasan berserita huraian memberi nota syarahan demonstrasi pembacaan

bercerita bacaan laith tubi pembelajaran akses kendiri inkuiri penemuan soal jawab main peranan demonstrasi penyelesaian masalah sumbang saran projek pembelajaran koperatif amali

Penilaian Penilaian adalah suatu proses untuk mengesan perkembangan,

kebolehan, keupayaan dan pencapaian murid. Penilaian juga adalah

15

LRK 4013 __________________________________________ Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan Sekolah Rendah

sebahagian

daripada

proses

pengajaran

dan

pembelajaran

yang

dilaksanakan secara berterusan. Penilaian dalam Pembelajaran Masteri adalah bertujuan untuk mengesan pencapaian murid, setakat murid berkeupayaan menguasai sesuatu tajuk yang dipelajari sebelum

melangkah ke topik yang seterusnya. Selain itu, ianya bertujuan mengenal pasti murid yang cerdas, sederhana dan lemah, mengenal pasti sama ada hasil pembelajaran sudah atau belum dikuasai, mengenal pasti sebab kelemahan murid dalam sesuatu unit pembelajaran, menentukan aktiviti pemulihan dan pengayaan yang perlu dijalankan dan akhir sekali menentukan keberkesanan kaedah, bahan atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penilaian dalam Pembelajaran Masteri perlu dirancang, dibina, dikendali dan ditadbir oleh guru. Penilaian ini berbentuk formatif dan sumatif yang berasaskan Ujian Rujukan Kriteria. Kedua-dua penilaian ini bersifat diagnostik. Penilaian mestilah berdasarkan kepada Hasil Pembelajaran yang telah ditetapkan. Penilaian Pembelajaran Masteri boleh dijalankan mengikut masa yang difikirkan sesuai sama ada semasa pengajaran dan pembelajaran ataupun selepas sesuatu unit pembelajaran dilaksanakan. Tindakan susulan Tindakan susulan dalam Pembelajaran Masteri dijalankan setelah kelemahan dan kekuatan pembelajaran murid dikenal pasti. Aktiviti

16

LRK 4013 __________________________________________ Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan Sekolah Rendah

tindakan susulan bertujuan memastikan kelemahan murid tidak terhimpun sehingga menjejaskan pembelajaran seterusnya. Tindakan ini juga bertujuan memperkukuhkan dan mempertingkatkan pengetahuab,

kemahiran dan nilai yang telah dikuasai. Tindakan susulan boleh dilakukan melalui aktiviti pemulihan dan pengayaan (pengukuhan dan pengembangan).

Aktiviti pemulihan merupakan aktiviti yang dirancang untuk membantu murid yang belum melepasi aras masteri. Pemulihan dijalankan untuk memperbaiki kelemahan pembelajaran yang telah dikenal pasti. Pengajaran dan pembelajaran diubah suai dan

dipelbagaikan mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid. Contoh aktiviti pemulihan yang boleh dijalankan seperti:a. mengajar semula menggunakan kaedah atau bahan yang lain b. c. d. e. f. membetulkan perlakuan yang salah mengajar cara yang memudahkan untuk mengingat semula menggunakan bahan visual melatih murid mengenal pasti idea utama membimbing murid menyusun maklumat dalam bentuk

ringkas seperti rajah, carta atau peta minda g. h. memotivasikan murid untuk belajar bersungguh-sungguh menggalakkan pembelajaran melalui rakan sebaya

17

LRK 4013 __________________________________________ Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan Sekolah Rendah

i. j.

menjalankan latih tubi mempermudah dan mempelbagaikan latihan

Aktiviti pengayaan dijalankan untuk murid yang telah menguasai aras masteri. Aktiviti pengayaan dirancang bagi memberi peluang kepada murid menjalankan aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar dan menarik, memperluaskan pengalaman dan memperkukuhkan kefahaman murid, menambah sifat ingin tahu dan meningkatkan kemahiran berfikir dan meningkatkan semangat berdikari dalam pembelajaran.

Aktiviti pengukuhan bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid dalam unit pembelajaran yang sama. Contoh aktiviti pengukuhan yang boleh dijalankan adalah seperti :a. memberi latihan yang lebih mencabar b. memberi banyak latihan dalam pelbagai bentuk c. melatih murid menyampaikan maklumat dalam pelbagai bentuk grafik seperti peta minda, carta organisasi dan rajah d. melatih murid membuat nota e. melatih murid mengenal pasti idea utama f. mengakses maklumat dari laman web

18

LRK 4013 __________________________________________ Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan Sekolah Rendah

Aktiviti

pengembangan

bertujuan

untuk

mempertingkatkan

pengetahuan dan kemahiran murid dalam unit pembelajaran yang sama. Aktiviti pengembangan ini lebih mencabar dan boleh dijalankan oleh murid secara terarah kendiri. Contoh aktiviti pengembangan adalah membuat projek, membuat tugasan dan membuat kajian. Dalam menjalankan aktiviti pengembangan, kemahiran yang berikut boleh dipertingkatkan dengan membuat pemerhatian, mengumpul data, mengakses maklumat, menyelesaikan masalah, melapor, menganalisis, membuat andaian, membuat keputusan, mentafsir, merekod, meringkas, mengklasifikasi dan membanding.

STRATEGI PEMBELAJARAN MASTERI

Model pembelajaran masteri adalah selaras dengan penggunaan objektif pengajaran dan reka bentuk yang sistematik terhadap program pengajaran. Pembelajaran masteri melibatkan pelajar menunjukkan penguasaan bahanbahan pada peringkat tertinggi sebelum meneruskan dengan bahan-bahan yang baru. Dua elemen yang penting melibatkan strategi pengajaran ialah konsep boleh dibetulkan ( corrective ) dan tindak balas pengayaan ( enriching ), dan kesepaduan komponen-komponen pengajaran. Konsep pembelajaran masteri telah disemak dalam Implementing Mastery Learning (Guskey, 1997

menyarankan supaya diadakan tutorial secara bersemuka kerana ini didapati sangat berkesan. Beliau juga seterusnya mencadangkan supaya pendekatan

19

LRK 4013 __________________________________________ Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan Sekolah Rendah

pembelajaran masteri secara bersemuka ini digunakan sebagai satu cara mengukur keupayaan pelajar. Apabila pelajar menggunakan strategi selfregulatory didapati hasilnya adalah positif dan ini telah mendorong kepada satu dapatan pembelajaran yang cemerlang. Manakala penilaian objektif digunakan, pengetahuan terdahulu adalah peramal yang baik bagi pembelajaran.

Teori pembelajaran masteri berkesudahan dengan satu peralihan yang radikal dalam tanggungjawab guru. Pembelajaran masteri tidak berfokus kepada kandungan tetapi lebih tertumpu kepada proses menguasainya. Bahan-bahan kurikulum atau pengajaran dalaman atau melalui pasukan profesional seperti sekolah, industri atau militari. Bahan-bahan pengajaran boleh didapati melalui bahan-bahan yang telah disediakan oleh sumber komersial luar disamping bahan-bahan pengajaran yang dibangunkan sendiri atau didapati daripada sumber-sumber lain tetapi hendaklah terlebih dahulu dinilai oleh guru untuk memastikan ia benar-benar sesuai dengan objektif pengajaran bagi sesuatu pengajaran yang diberi. Pembelajaran masteri adalah satu strategi pengajaran yang berasaskan prinsip yang menekankan bahawa semua pelajar boleh belajar satu set objektif yang munasabah dengan pengajaran yang sesuai dan mempunyai masa yang cukup untuk belajar. Pembelajaran masteri

mengutamakan teknik-teknik tutorial dan pengajaran individu dalam situasi pembelajaran berkumpulan dan mengetengahkan teori-teori pembelajaran bagi pelajar yang berjaya bagi semua pelajar dalam kumpulan itu. Falsafah pembelajaran masteri adalah penekanan kepada kurikulum yang terancang,

20

LRK 4013 __________________________________________ Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan Sekolah Rendah

model-model pengajaran yang berpotensi, pensetaraan penilaian pelajar dan pendekatan mengajar.

KAEDAH PEMBELAJARAN MASTERI

Kaedah pembelajaran masteri membahagikan subjek kepada unit-unit yang mempunyai objektif yang tersendiri yang mana pembelajaran ini menyatakan dengan jelas objektif yang mewakili tujuan-tujuan mengajar. Pelajar secara bersendirian atau berkumpulan bekerja melalui setiap unit dengan satu cara yang terancang. Pelajar mesti menunjukkan penguasaan yang secara tipikalnya 80% sebelum berpindah ke unit seterusnya. Pelajar yang tidak dapat mencapai penguasaan menerima melalui tutorial, pengendalian rakan sebaya,

perbincangan kumpulan kecil atau kerja rumah sebagai tambahan. Masa tambahan untuk pembelajaran diberi kepada mereka untuk menguasai pemulihan dan menyambung pusingan pembelajaran serta ujian sehingga penguasaan berlaku. Menurut Block (1971) dalam bukunya yang bertajuk Mastery learning: Theory and Practice menyatakan bahawa pelajar dengan pengalaman-pengalaman terdahulu yang sedikit mempunyai pencapaian yang lebih tinggi melalui pembelajaran masteri daripada pengajaran yang

menggunakan kaedah-kaedah tradisional. Pengembangan pembelajaran masteri menegaskan bahawa kemahiran asas adalah sangat berguna. Pengajaran berkumpulan selalunya diberi kepada kelas sepenuhnya oleh pengajar dengan masa yang secara individu untuk

21

LRK 4013 __________________________________________ Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan Sekolah Rendah

pembelajaran dengan syarat penguasaan berlaku. Matlamat pembelajaran masteri adalah kejayaan bagi pelajar-pelajar itu, hal ini menegaskan bahawa kejayaan dalam pencapaian, sikap dan motivasi dalam persekitaran pengajaran dan pembelajaran menjadikan ianya lebih efektif.

KEPENTINGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Guru harus menggunakan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran dalam masa yang pendek. Untuk memastikan kejayaan pembelajaran masteri, guru harus mengambil kira perkara berikut dalam pengajaran dan pembelajaran seperti ciri-ciri guru, gaya pembelajaran pelajar, kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pengajaran dan pembelajaran, nilai-nilai murni dan pengurusan bilik darjah serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Perkara lain yang harus juga diajar atau diserap dalam p&p seperti lapan kecerdasan, kemahiran berfikir, kemahiran belajar, unsur-unsur patriotisme, pendidikan alam sekitar, pendidikan pencegahan dadah dan penyakit AIDS, kemahiran

keibubapaan dalam kekeluargaan dan pendidikan keselamatan di jalan raya akan dihuraikan dalam laman lain. Ciri-ciri Guru 1. Dalam p&p ke arah pembelajaran masteri, guru harus: a. Menyayangi semua pelajar

22

LRK 4013 __________________________________________ Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan Sekolah Rendah

b. Yakin mereka semua boleh belajar dengan berjaya dan menguasai sesuatu hasil pembelajaran jika diberi masa yang cukup dan p&p adalah berkualiti c. Mencintai mata pelajaan yang diajar d. Merangsang diri untuk merancang dan menggunakan pelbagai cara bagi memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran e. Merangsang dan mendorong pelajar anda untuk belajar sehingga mereka dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran f. Bersikap proaktif dan boleh menyelesaikan masalah 2. Guru boleh menambah senarai dengan ciri-ciri yang lain, tetapi yang penting ialah guru harus mengamalkannya dalam p&p. Gaya Pembelajaran Pelajar 1. Guru harus tahu bahawa pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dan sebab itulah tiada satu kaedah mengajar yang terbaik untuk semua pelajar. a. Jadi, guru harus menggunakan berbagai-bagai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar yang berbeza dalam gaya pembelajaran itu dapat belajar dengan berkesan dan menguasai hasil pembelajaran. Pada asasnya, terdapat tiga gaya pembelajaran iaitu pelajar visual yang mana pelajar dalam golongan ini suka belajar dengan melihat huruf atau perkataan,

23

LRK 4013 __________________________________________ Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan Sekolah Rendah

benda, gambar atau gambar rajah dan demostrasi, tindakan atau lakonan. Pelajar audio pula merujuk kepada pelajar dalam kumpulan ini suka belajar dengan mendengar atau bercakap seperti mendengar cerita, penerangan, syarahan, huraian oleh guru atau pelajar lain dan menerangkan, berbual, memberi pendapatnya, bercerita atau menghuraikan. Manakala pelajar

kinestetik adalah pelajar dalam kumpulan ini suka belajar dengan membuat atau melakukan sesuatu seperti menulis atau melukis sesuatu serta membuat latihan, kerja amali, eksperimen, lakonan, simulasi, atau projek. Untuk menentukan semua pelajar dapat belajar dengan berkesan, guru harus menggunakan kaedah-kadah mengajar yang melibatkan visual, lisan, dan kinestetik.

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Kejayaan pembelajaran masteri juga bergantung kepada kebolehan dan kemahiran guru untuk menguruskan kelas dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan bijak. 2. Dalam hal ini, guru harus berkebolehan dan mahir dalam perkara berikut: a. Tahu nama, sifat peribadi, minat, gaya pembelajaran dan kebolehan setiap pelajar. b. Menjadikan bilik darjah menarik dan kondusif untuk pembelajaran masteri.

24

LRK 4013 __________________________________________ Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan Sekolah Rendah

c. Menyedia, mengguna dan menyimpan pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran. d. Menyusun dan menggunakan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk sesuatu pelajaran supaya ada hubungkait dengan isi kandungan dan pelajar dapat diransang sepanjang waktu pelajaran. e. Menggunakan aktiviti secara kelas, kumpulan, pasangan dan perseorangan dengan bijak dalam sesuatu pelajaran. f. Mengumpul pelajar yang sesuai dalam kumpulan dan pasangan yang dikehendaki. g. Menggunakan kadar mengajar (pacing) yang sesuai mengikut kebolehan pelajar dalam kelas itu. h. Membina, menyimpan dan membuat analisis ujian formatif atau dianostik dan ujian sumatif. i. Menjalankan ujian formatif atau dianostik dan ujian sumatif pada masa yang sesuai. j. Membina dan menyimpan aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan. k. Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan pada masa yang sesuai dan menggunakan kaedah yang berkesan. l. Menggunakan masa dengan bijak untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu pelajaran. m. Menyimpan rekod secara sisitematik tentang sifat peribadi dan pencapaian pelajar.

25

LRK 4013 __________________________________________ Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan Sekolah Rendah

LANGKAH PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MASTERI DALAM BILIK DARJAH Guskey (1997), mengemukakan cadangan bagaimana pembelajaran masteri boleh dilaksanakan. Menurutnya, tiga langkah perlu dilaksanakan dengan merancang untuk pembelajaran masteri. Langkah ini melibatkan penentuan objektif-objektif pembelajaran, membina ujian-ujian formatif, menyediakan aktiviti-aktiviti pengayaan dan membina peperiksaan-peperiksaan sumatif. Seterusnya guru perlu mengurus pembelajaran masteri di dalam bilik darjah. Langkah ini melibatkan proses memaklumkan kepada pelajar tentang tujuan dan prosedur mengenai pembelajaran Masteri bagi sesuatu perkara yang perlu dikuasai oleh mereka. Pelaksanaan pembelajaran Masteri dimulakan dengan guru mengajar menggunakan kaedah-kaedah yang berkesan dan alat bantuan mengajar yang sesuai, menjalankan diagnostik (formatif) untuk menentukan sama ada murid telah menguasai perkara yang telah diajar, kemudian menjalankan ujian diagnostik (formatif) untuk murid yang telah diberi aktiviti pembetulan atau pemulihan , menjalankan aktiviti pengayaan untuk murid yang telah menguasai perkara yang telah diajar dan aktiviti pembetulan atau pemulihan, menjalankan aktiviti pengayaan untuk murid yang telah menguasai perkara yang telah diajar dan aktiviti pembetulan atau pemulihan bagi murid yang belum menguasai apa yang telah diajar.

26

LRK 4013 __________________________________________ Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan Sekolah Rendah

Seterusnya guru perlu menilai prestasi murid untuk pembelajaran masteri. Selepas beberapa unit pembelajaran telah diajar, satu peperiksaan sumatif diberi untuk menilai prestasi murid dan untuk mereflek tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, guru perlu mahir dalam menentukan kelemahan murid melalui ujian diagnostik dan mahir menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan. Sasaran pencapaian dalam pembelajaran masteri ialah semua pelajar harus mendapat sekurang-kurangya markah 80%. Walau bagaimanapun, guru boleh memulakan sasarannya dengan pencapaian markah 50% dan markah sasaran tersebut harus dinaikkan beransur-ansur kepada markah pencapaian 80%.

PERANAN DAN TUGAS GURU DALAM PEMBELAJARAN MASTERI

Dalam pelaksanaan pembelajaran masteri melibatkan tiga tugas utama iaitu merancang pengajaran. Perancangan pengajaran pembelajaran masteri ini adalah mengenal pasti tajuk-tajuk pelajaran yang akan diajar, mengenal pasti unit-unit pembelajaran untuk setiap tajuk pelajaran, menentukan objektif pengajaran untuk setiap tajuk pelajaran, menyusun unit-unit pelajaran mengikut urutan yang bersesuaian dengan objektif dan memastikan yang perkara-perkara asas diajar di peringkat awal dan menentukan objektif bagi setiap unit pelajaran.

27

LRK 4013 __________________________________________ Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan Sekolah Rendah

Seterusnya

mengurus

pembelajaran.

Pengurusan

pembelajaran

berfokuskan kepada mengurus pembelajaran dan bukannya mengurus pelajar. Peranan guru adalah menentukan apakah yang perlu dipelajari, memotivasikan pelajar untuk belajar, membekalkan bahan pembelajaran yang mencukupi, memantau bahan-bahan pembelajaran supaya mengikut kebolehan pelajar, memantau perkembangan pencapaian pelajar, mengdianostik masalah

pembelajaran murid, menyediakan program pemulihan yang mantap, memberi ganjaran bagi peningkatan pencapaian dan memberi ulangkaji sepanjang masa untuk mengekalkan pembelajaran dalam tempoh yang lama. Guru

mempelbagaikan penggunaan bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menarik termasuk penggunaan multi media, lembaran kerja, buku teks, majalah, akhbar dan modul pembelajaran kendiri.

Kemudian tugas guru adalah mengukur pembelajaran. Guru merancang dan membina item ujian formatif dan sumatif serta membuat analisis item ujian dan respons murid bagi tujuan mendapatkan maklumat tentang tahap penguasaan setiap murid. Pengukuran boleh dibuat dengan menjalankan ujian formatif (diagnostik). Penilaian formatif bagi proses pengajaran dan

pembelajaran adalah bersifat diagnostik. Ujian formatif ini dijalankan bagi membekalkan maklumbalas secara berterusan semasa pembelajaran berlaku dan ujian diagnostik pula bagi mengenal pasti kekuatan serta kelemahan dalam sesuatu unit. Guru menganalisis dan mentafsirkan hasil ujian bagi mengenal

28

LRK 4013 __________________________________________ Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan Sekolah Rendah

pasti pelajar yang telah menguasai Hasil Pembelajaran dan murid yang belum lagi menguasainya. Pelajar yang menguasai kemahiran dengan baik diberi aktiviti-aktiviti pengayaan atau membantu guru dalam mengajar rakan-rakan sekelas yang belum menguasai unit tersebut. Guru membenarkan murid yang telah menguasai Hasil Pembelajaran menjalani aktiviti pengayaan atau menjadi tutor kepada rakan se kelas atau ke unit pembelajaran seterusnya. Peranan dan tugas guru seperti yang dinyatakan memerlukan guru mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran supaya lebih bersedia melaksanakan pendekatan Pembelajaran Masteri di sekolah. Manakala ujian sumatif pula bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang penguasaan pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai berdasarkan kriteria prestasi yang ditetapkan bagi menentukan gred pencapaian seperti ujian akhir unit pelajaran/ penggal/semester dan peperiksaan akhir tahun.

PERANAN DAN TUGAS PELAJAR DALAM PEMBELAJARAN MASTERI Dalam pembelajaran masteri seseorang pelajar harus belajar dan bukan bertanding di antara satu sama lain dan ini dapat dilakukan melalui pembelajaran koperatif dengan rakan-rakan sekelas dalam kumpulan. Murid seharusnya

29

LRK 4013 __________________________________________ Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan Sekolah Rendah

bertanggungjawab dalam pembelajaran mereka dan sememangnya mempunyai peranan dalam menjayakan Pembelajaran Masteri. Dalam pembelajaran Masteri pelajar harus belajar dan bukan bertanding dengan rakan yang lain. Ini adalah kerana penguasaan Hasil Pembelajaran dinilai bagi setiap individu dan bukannya dibandingkan pencapaiannya dengan murid lain. Selain itu, pelajar perlu mempunyai sifat berdikari. Oleh itu mereka harus menguasai kemahiran berfikir dan kemahiaran belajar. Sifat berdikari ini membolehkan mereka menjalani pembelajaran secara kendiri khususnya semasa menjalankan aktiviti pengayaan.

Di samping itu, tugas dan peranan pelajar adalah mengetahui akan hasil pembelajaran yang dikuasai. Dengan mengetahui Hasil Pembelajaran yang perlu dikuasai, ia akan membolehkan mereka memfokuskan pembelajaran ke arah penguasaan dan pencapaian Hasil Pembelajaran yang telah diketahui itu. Peranan lain antaranya, pelajar perlu memberitahu kepada guru tentang perkara atau topik yang belum menguasai dan memahami pembelajaran. Dengan memberitahu guru terlebih dahulu, ini membolehkan guru merancang program pemulihan untuk membantu pelajar-pelajar yang belum menguasai sesuatu unit pembelajaran.

Seterusnya, pelajar haruslah bermotivasi, terarah kendiri dan tekun dalam menghadapi pembelajaran. Pembelajaran Masteri memberi peluang kepada murid memperbaiki prestasi diri. Oleh itu, murid haruslah bersungguh-sungguh

30

LRK 4013 __________________________________________ Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan Sekolah Rendah

dalam memainkan peranan seperti yang dinyatakan di samping memiliki keyakinan diri, tidak mudah putus asa, boleh mengubahsuai cara berfikir dan bekerjasama dengan murid lain. KEKUATAN DAN KELEMAHAN Pembelajaran Masteri mempunyai beberapa kekuatan seperti pelajar

mempunyai kemahiran-kemahiran asas untuk meneruskan unit-unit yang seterusnya. Ianya juga memerlukan guru melaksanakan tugas-tugas

menganalisis dan dengan itu ia menjadi lebih baik bagi guru-guru untuk mengajarkan unit-unit pembelajaran. Di samping itu, Pembelajaran Masteri memerlukan guru menyatakan objektif sebelum mereka bentuk aktiviti. Manakala kelemahan dalam pelaksanaan pembelajaran Masteri adalah

pengajaran memerlukan kepelbagaian bahan untuk pemulihan, pembelajaran harus mempunyai beberapa ujian atau penilaian bagi setiap unit. Bukan semua pelajar akan maju pada keupayaan dan tahap yang sama. Ia memerlukan pelajar yang telah menujukkan penguasaan menunggu mereka yang tidak

berkeupayaan untuk memerlukan pengajaran individu.

KESIMPULAN

Secara

keseluruhannya,

pembelajaran

masteri

bukanlah

satu

kaedah

pengajaran yang baru. Ia diasaskan kepada satu konsep yang menyebut pelajar

31

LRK 4013 __________________________________________ Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan Sekolah Rendah

boleh belajar apabila disediakan dengan suasana yang sesuai dengan situasi. Pelajar mesti mencapai satu tahap penguasaan berdasarkan sesuatu unit sebelum mereka dibenarkan maju ke unit yang lain. Dalam suasana pembelajaran masteri pelajar diberi maklum balas khusus tentang kemajuan pembelajaran mereka pada setiap interval di sepanjang jangka masa pengajaran. Maklum balas ini membantu pelajar mengenal apa yang telah mereka pelajari dengan baik dan apa yang apa yang mereka tidak dapat pelajari dengan baik. Dalam pembelajaran masteri atau kadangkala disebut sebagai pengajaran sistematik, ia menitikberatkan penguasaan dan membenarkan masa yang berbeza-beza.

Penggunaan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai adalah penting dalam pembelajaran masteri. Untuk menjayakan pembelajaran masteri, guru harus menyayangi pelajar, mencintai mata pelajaran yang guru mengajar, merasa yakin tentang kebolehan pelajar, selalu merangsang mereka,

mempunyai sikap proaktif dan menyelesaikan masalah. Guru perlu mengenal pasti ciri-ciri pelajar di mana setiap pelajar adalah berbeza dalam gaya pembelajaran seperti pelajar visual, lisan atau kinestetik dan guru harus menggunakan kaedah yang melibatkan visual, lisan dan kinestetik. Bagi melicinkan proses pelaksanaan pembelajaran Masteri guru harus mengambil kira unsur-unsur gaya pembelajaran yang terdapat dalam pelbagai

32

LRK 4013 __________________________________________ Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan Sekolah Rendah

model gaya pembelajaran seperti Sistem 4MAT dan Model Dunn dan Dunn. Seterusnya terdapat banyak kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada guru dan berpusatkan kepada pelajar dan setiap kaedah atau aktiviti itu mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Walau bagaimanapun, tiada satu kaedah atau aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang berbaik tetapi yang dicadangkan untuk pembelajaran masteri ialah yang menarik serta menyeronokkan dan yang berpusatkan kepada pelajar.

Guru harus juga menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dengan memberi tugasan, projek atau masalah untuk pelajar belajar secara pasangan, kumpulan atau kelas, di samping menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai supaya pembelajaran lebih berkesan. Guru boleh menerapkan nilai-nilai murni walaupun penguasaanya mengambil masa yang panjang. Dalam pembelajaran masteri guru digalakkan mencuba pelbagai kaedah mengajar, langkah-langkah pengajaran dan bahan p&p yang akan membantu pelajar menguasai apa yang mereka belajar.

Rancangan Pelajaran Harian (RPH) Nama Guru: Zaidah Bt. Mohamed D20031016278 Maraini Binti Sariman D20031016183 Tahun : 4 Bestari Bil.Murid : 30 Orang Tarikh : 8 Mei 2006 Bidang/Tema: Sekolah Kita

33

LRK 4013 __________________________________________ Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan Sekolah Rendah

Tajuk: Perihal Sekolah e) Peraturan dan Keselamatan Ringkasan Pelajaran:

Masa: 8.00-8.40 pagi (40 minit)

Setiap sekolah mempunyai peraturan. Antaranya ialah peraturan am, peraturan di bilik darjah, peraturan di kantin, peraturan di perpustakaan atau pusat sumber dan peraturan di surau. Pendekatan yang digunakan ialah pendekatan masteri yang mana ianya mementingkan penguasaan murid sebelum berpindah ke topik seterusnya. Aktiviti yang dilakukan lebih berpusatkan kepada murid dengan mengadakan pelbagai aktiviti berkumpulan dan perbincangan lebih kepada peraturan serta langkah mengatasi kemalangan di sekolah.

Hasil Pembelajaran: i. Menyatakan peraturan bilik darjah. ii.Menyatakan peraturan tempattempat khas di sekolah. iii. Memberi beberapa contoh peraturan sekolah. iv. Menyatakan langkah mencegah berlakunya kemalangan di sekolah.

Aras (1)

Objektif: Di akhir pelajaran murid dapat: i. Menyenaraikan 5 peraturan Bilik Darjah ii.Mengenalpasti peraturan khas di sekolah iii. Menulis 4 contoh peraturan sekolah iv. Menyenaraikan langkah mencegah kemalangan di sekolah Pengetahuan Sedia Ada: Murid telah mengetahui bagaimana mengaplikasikan sesuatu peraturan di dalam kehidupan seharian melalui pembelajaran yang lepas. Isi Kandungan:

34

LRK 4013 __________________________________________ Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan Sekolah Rendah

i. Peraturan sekolah ii.Peraturan Bilik Darjah iii. Peraturan di tempat-tempat khas di sekolah seperti makmal, perpustakaan dan kantin. iv. Langkah keselamatan jika berlaku kecemasan seperti kebakaran, kecederaan, kerosakan, kecurian dan peras ugut. Nilai Murni: Patriotisme i. Kesedaran pentingnya mematuhi dan mentaati peraturan sekolah. ii.Bersama bertanggungjawab menjaga keselamatan sekolah.

Bahan Bantu Mengajar: i. Lembaran Kerja ii.Tanda-tanda keselamatan jalan raya iii. Komputer (Video) iv. Kad manila

Elemen Pengurusan Pembelajaran Bestari: i. Ciri pelajar (Interpersonal, kemahiran Seni-visual, Verbal-linguistik) ii.Pendekatan pembelajaran (berpusatkan pelajar, berbantukan teknologi) iii. Strategi p&p (koperatif, kolaboratif) iv. Kemahiran Generik (Kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kemahiran Teknologi dan Komunikasi)

Prosedur Pelaksanaan:

Elemen Pembelajaran Bestari

Catatan

35

LRK 4013 __________________________________________ Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan Sekolah Rendah

Set Induksi ( 8 minit): 1. Guru menayangkan tayangan video beberapa orang yang sedang melintas jalan raya. 2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang aktiviti yang dijalankan. - Bagaimana orang dalam tayangan video tadi melintas jalan raya? - Apa akan berlaku jika kita melintas jalan tanpa melihat kiri dan kanan? Jangkaan Jawapan: - Mereka memandang kiri dan kanan sebelum melintas. - Berlaku kemalangan Aktiviti 1 (15 minit): 1. Guru berbincang dengan murid tentang beberapa peraturan sekolah dan kepentingannya. 2. Guru memberi tugasan kepada murid mengikut kumpulan yang telah dibentuk. Kumpulan 1: Senaraikan peraturan di bilik darjah Kumpulan 2: Senaraikan peraturan di Pusat Sumber Kumpulan 3: Kemahiran Belajar cara belajar Pembelajaran Koperatif Aras Pengetahuan Kemahiran Teknologi dan Komunikasi Kemahiran Berfikir Aras kefahaman

BBM: Komputer Video Tanda-tanda keselamatan jalan raya (rujuk lampiran A) Nilai Murni: Berdikari

BBM; Lembaran kerja, Kad manila Nilai Murni: Kerjasama Semangat bermasyarakat

36

LRK 4013 __________________________________________ Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan Sekolah Rendah

Senaraikan peraturan di Makmal Sains Kumpulan 4: Senaraikan langkah mencegah berlakunya kemalangan di sekolah Berpusatkan pelajar

Akitiviti 2 (10 minit): 1. Wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan. 2. Guru berbincang dengan murid bagi meneguhkan maklumat. Penutup (7 minit): 1. Murid bersama guru merumuskan isi pelajaran dan melakukan aktiviti pengukuhan. 2. Aktiviti Pengayaan (murid melengkapkan tugasan di rumah). 3. Guru mengarahkan murid melukis gambar tanda-tanda keselamatan jalan raya sebagai kerja rumah. Refleksi: Rancangan Mengajar ini memberi kesan yang positif terhadap guru dan murid yang mana ianya dapat membantu murid untuk mengetahui peraturan-peraturan yang terdapat di sekolah sekaligus melatih guru untuk menyemai nilai-nilai murni dikalangan murid. Kemahiran Interpersonal Nilai murni: Kebersihan fizikal dan mental Kemahiran Interpersonal Verbal-lingusitik BBM: Kad Manila

Kemahiran SeniVisual

37

LRK 4013 __________________________________________ Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan Sekolah Rendah

LAMPIRAN A

38

LRK 4013 __________________________________________ Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan Sekolah Rendah

LEMBARAN KERJA (LAMPIRAN B) 1. Nyatakan peraturan-peraturan yang terdaat di bilik darjah a) ____ b) ____ c) ____ d) ____ 2. Senaraikan peraturan-peraturan di Pusat Sumber Sekolah anda. a) ____ b) ____ c) ____ d) ____ 3. Senaraikan peraturan-peraturan di Makmal Sains. a) ____ b) ____ c) ____ _____________________________________________________ _____________________________________________________ _____________________________________________________ _____________________________________________________ _____________________________________________________ _____________________________________________________ _____________________________________________________ _____________________________________________________ _____________________________________________________ _____________________________________________________ _____________________________________________________

39

LRK 4013 __________________________________________ Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan Sekolah Rendah

d) ____

_____________________________________________________

4. Apakah langkah-langkah keselamatan yang diambil oleh pihak sekolah bagi mencegah berlakunya kemalangan di sekolah? ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________

LAMPIRAN C

40

LRK 4013 __________________________________________ Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan Sekolah Rendah

Penilaian untuk memperoleh maklumat tentang tahap penguasaan dan kelemahan murid terhadap hasil Pembelajaran Masteri yang telah ditentukan (Formatif). Penilaian untuk menentukan prestasi keseluruhan murid selepas satu tempoh pembelajaran atau selepas beberapa unit pembelajaran tertentu (Sumatif). Aktiviti yang dirancangkan untuk membantu murid mengatasi masalah pembelajaran (Pemulihan). Proses dalam aktiviti pengajaran pembelajaran yang dilalui oleh murid dalam usaha memperoleh sesuatu pengetahuan dan kemahiran yang dihasratkan (Proses pengajaran). Aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk mengukuhkan dan memperkembangkan pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni bagi sesuatu unit pembelajaran (pengayaan). Objektif pembelajaran yang dihasratkan dikuasai oleh murid di akhir tempoh pembelajaran. Aktiviti pembelajaran yang dilalui oleh murid dalam usaha memperoleh pengetahuan dan kemahiran.Aktiviti ini disediakan oleh guru untuk murid bersesuaian dengan tahap kecerdasan murid dalam tempoh masa yang diperlukan oleh murid tersebut.

41

LRK 4013 __________________________________________ Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan Sekolah Rendah

BAHAN RUJUKAN

Block, J.H (1971). Mastery learning: Theory and Practice. Holt, Rinehart & Winston: New York.

Bloom S.Benjamin (1998). Taksonomi Objektif Pendidikan, Buku Pedoman 1: Domain Kognitif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka..

Gary, D.Borich (2002). Effective Teaching Methods. Prentice Hall: New Jersey.

Guskey, Thomas R (1997). Implementing Mastery Learning (2nd ed.). Wadeswoth Publishing:

42

LRK 4013 __________________________________________ Kaedah Pengajaran Kajian Tempatan Sekolah Rendah

Joyce, B.Weil, M & Calhoun, E (2002). Models of Teaching 6th edition. Allyn Bacon: Bouston.

Kamarudin Hj. Husin, Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (2004). Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur: Kayazano Enterprise

Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM (2002). Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan Tahun 5, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Levine, D. (1985). Improving Student Achievement Through Mastery Learning Programs. Jossey-Bass: San Francisco.

http://www.teachersrock.net/masteri3.htm#kepentingan http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pNp/pm/ms3.htm http://akademik.ukm.my/eda/projekge6553/psikologi.htm http://www.mark-ed.org/model/Mastery_learning.htm http://cstl.semo.edu/parette/homepage/mastery_learning.htm http://www.oit.sfasu.edu/faculty/rrumph/eps380/unit6slides/tsld014.htm http://www.geocities.com/smkcliffordkl/pansuanmendiagnosis.html

43

Anda mungkin juga menyukai