Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum

: Ke -1 : Pertama

Tarikh Peristiwa/Kejadian : 14 Julai 18 Julai 2013 Tajuk Jurnal : Minggu Pertama di SK Guar Lobak

Pada hari pertama, saya bersama pasangan praktikum melaporkan diri di pejabat sekolah. Kami dikehendaki pergi ke perhimpunan rasmi sekolah dan telah diperkenalkan kepada warga SK Guar Lobak. Setelah perhimpunan, kami telah diberi taklimat oleh Guru Besar, Tn. Hj. Abu Bakar b. Meh berkaitan dengan sekolah termasuklah : Budaya dan persekitaran sekolah Struktur organisasi sekolah Selepas itu, kami telah berjumpa dengan Penolong Kanan Pentadbiran, En. Abdul Rahman untuk mengetahui tentang jadual pengajaran kami. Saya dan pasangan saya telah mendapat sesi pagi manakala dua lagi guru pelatih mendapat sesi petang. Pada hari ini kami masih belum dapat masuk ke kelas memandangkan jadual waktu kami belum diberikan lagi. Pada keesokan harinya, kami telah mendapat jadual waktu dan telah boleh memulakan pengajaran kami. Kelas pertama yang saya perlu kendalikan adalah untuk subjek minor, iaitu Pendidikan Jasmani. Saya telah memasuki kelas 4 Alfa tersebut dan memperkenalkan diri sebelum memulakan sesi pengajaran. Oleh kerana ketika ini adalah bulan puasa, maka kelas Pendidikan Jasmani hanya dijalankan di dalam kelas sahaja. Saya telah melakukan beberapa aktiviti di dalam kelas berdasarkan topik yang dipelajari kerana saya telah membuat sedikit perancangan sebelum masuk mengajar di kelas tersebut. Pada hari-hari berikutnya juga, bagi kelas yang pertama kali saya masuki, saya telah memperkenalkan diri sebelum memulakan pengajaran. Minggu ini merupakan tinjauan bagi saya untuk memastikan bagaimana tahap pembelajaran bagi sesebuah

kelas itu agar segala aktiviti, ataupun latihan dapat dirancang dengan baik mengikut tahap kesesuaian murid-murid. Apabila berada di kelas yang cemerlang, aktiviti dan latihan yang disediakan haruslah berbeza berbanding dengan kelas yang agak lemah. Ini adalah untuk memastikan objektif pengajaran dapat dicapai dengan jayanya. Justeru, saya telah dapati bahawa saya perlu lebih peka dan berusaha untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang terbaik agar murid-murid saya dapat memahami pengajaran yang dijalankan.

Disemak oleh Guru Pembimbing :

Disemak oleh Pensyarah Penyelia :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Anda mungkin juga menyukai