Anda di halaman 1dari 6

FOLIO PJK

TAJUK : KONFLIK DAN STRES NAMA : ZAMHAIZI BIN ZAINAL ALAM

NO. MAKTAB : 13087

KELAS

: 1 YALE

GURU

: MOHD ZAFFI BIN ZAINI

ISI KANDUNGAN
BIL. TAJUK M/S

PENGENALAN & KONFLIK

2. 3. 4.

KONFLIK STRES CARA MENGATASI KONFLIK DAN STRES

2 3 4

KONFLIK & STRES

Konflik yang dihadapi boleh menyebabkan stres. Stres ialah respons yang dihasilkan oleh tubuh apabila seseorang itu berhadapan dengan konflik atau berbagai situasi lain yang menyebabkan tekanan. Stres yang dialami lazimnya mendatangkan kesan kepada emosi. Rasa marah, kecewa, sedih atau murung yang terhasil daripada stres akan mendatangkan kesan negative kepada seseorang. Akibatnya, seseorang itu tidak dapat memberikan tumpuan kepada pelajaran dan tidak dapat menjalani kehidupan dengan normal, kerana sentiasa berada dalam keadaan yang tertekan.

PUNCA KONFLIK

Konflik timbul apabila seseorang itu terpaksa berhadapan dengan masalah sukar membuat pilihan antara dua perkara yang bertentangan matlamat. Terdapat beberapa faktor yang menjadi punca kepada konflik, misalnya: 1. Perceraian ibu bapa 2. Perbezaan pendapat atau pandangan 3. Perbezaan nilai dan budaya

PUNCA STRES

Stres yang dialami oleh seseorang itu mungkin berpunca daripada konflik yang dihadapinya. Selain konflik, faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami stres termasuklah masalah keluarga dan persekitaran. 1. Konflik 2. Terlalu bimbang, risau atau takut 3. Tekanan menghadapi peperiksaan 4. Cuaca terlalu panas 5. Pertelingkahan dalam keluarga 6. Tiada keyakinan diri 7. Kematian ahli keluarga 8. Pergaduhan dengan rakan sebaya 9. Persekitaran yang tidak selesa

CARA MENGATASI KONFLIK DAN STRES Stres boleh dielakkan dengan menetapkan keperluan yang penting untuk dilakukan telebih dahulu. Kerja kerja yang penting perlu dijadikan keutamaan agar tekanan akibat tidak dapat menyiapkan kerja yang sangat penting tidak timbul. Dalam hal ini, penyediaan jadual kerja dapat membantu. Dalam jadual ini, kerja kerja yang penting diletakkan sebagai kerja utama. Penangguhan kerja adalah perkara yang sangat ditegah. Ini kerana penangguhan kerja ini akan menyebabkan tekanan akibat beban kerja yang terlalu banyak timbul. Oleh itu, melalui penetapan keperluan yang dilakukan melalui penyediaan jadual kerja, stress akibat tidak dapat menyediakan kerja yang penting dan stress akibat penangguhan kerja dapat dielakkan.

Selain itu, stres dan konflik juga boleh diatasi melalui teknik relaksasi. Teknik ini adalah sangat efisen dan boleh dilakukan di mana mana sahaja tanpa mengira masa dan tempat. Teknik ini dapat membantu mengembalikan kelancaran peredaran darah dan menyebabkan tubuh individu kembali berasa segar. Kesannya, stres dapat dikurangkan. Teknik relaksasi ini bukan sahaja membantu individu dalam mengawal stress tetapi juga dapat menambahbaik kesihatan individu dari segi fizikal, mental, dan emosi. Ini kerana relaksasi berkait rapat dengan aktiviti senaman yang dapat meningkatkan kesihatan individu. Relaksasi otot secara progresif dan sistematik dapat dilakukan ketika waktu rehat. Ia dapat dilakukan dengan merenggangkan otot otot pada bahagian Yng sering menerima tekanan seperti tangan, lengan, muka, kepala, leher, bahu, dada, lambung, punggung bawah, dan seterusnya daerah kaki. Otot otot ini ditegangkan selama 5 7 saat dan kemudiannya dikendurkan untuk 12 15 saat. Prosedur ini boleh diulang sebanyak 5 kali untuk membantu meredakan stress yang dialami. Kesannya, stres bukan sahaja dapat dikurangkan malah dapat membantu individu tersebut memulihkan peredaran darahnya.

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai