Anda di halaman 1dari 11

Kekurangan buku dan tiada dalam senarai. Perbanyakkan buku mengenai development bandar/ senibina dan keperluan awam.

Che Zaliha Shahsum Taib

Terima kasih atas cadangan saudari. Pihak kami akan mempertingkatkan koleksi buku perpustakaan di PPAS dari masa ke semasa mengikut keperluan dan peruntukan.

Sebagai pengunjung PPAS, saya ingin mencadangkan supaya suhu pendingin hawa di Arbaayah bt Kasim @ Mohamed Mashuri PPAS dinaikkan kepada tahap yang selesa. Untuk makluman pihak tuan, memakai stoking dan sweater paling lama dapat bertahan adalah selama 2 jam sahaja. Cadangan suhu adalah bersamaan dengan suhu di Diamond Building.
Intan Nurul Hidayu

Bilik perbincangan tidak sistematik kerana tidak berdinding batu dan tidak kedap bunyi.
Amira

Untuk memecahkan dinding yang sedia ada dan digantikan kepada dinding batu memerlukan major renovation dan memakan perbelanjaan yang tinggi. Pihak kami mencadangkan kepada semua pengguna yang menggunakan bilik perbincangan agar mengawal kadar suara kumpulan masingmasing.

Dimaklumkan bahawa suhu perpustakaan telah ditetapkan kepada 23C. Kadar sejuk pendingin hawa mengambil faktor jumlah pengguna semasa dan cuaca di luar bangunan. Diharap pengguna dapat membawa baju tambahan apabila datang ke perpustakaan.

Semoga PPAS bertambah maju dan moden.


Irawanti Md Zain

Tiada tempat letak/simpan beg di depan pintu bahagian remaja tingkat 1. Memandangkan zon 1 tidak dibenarkan bawa masuk beg, mohon disediakan rak untuk simpanan beg di luar pintu.
Rohana Hassan

Sangat berpuas hati dengan layanan staf, dapat melawat semua bahagian di perpustakaan.
Noor Liley Bt Abd Ghani, Guru

Terima kasih atas cadangan saudari. Pihak kami telah mengambil maklum terhadap permasalahan ini. Berkenaan larangan membawa masuk beg, peraturan ini masih perlu dikuatkuasakan kerana berlaku kehilangan peralatan dan buku perpustakaan.

Im really dissapointed that the forth floor study area is always noisy, we coming to library to study because of the peaceful environment, but here the student was making noise, playing and chit chat, if made complaints to receptionist at 4th floor she will reply here students can talk discuss all.
Kovela

Perlu sediakan sterilizer untuk bukubuku dan alat permainan untuk basmi kuman. Ramai kanak-kanak di sini.
Analiz b. Alias

Buka window blind untuk dapatkan natural light dan beautiful view.
Mohamad Azman Theeran

Thank you for your comment about the noise issue at the Raja Tun Uda Library Shah Alam. We are aware of the situation, and we are still finding the best solution to curb this issue. Apart from constant reminder, the most recent step we implement is by displaying various messages (about library rules) at reading table of each floor.

Terima kasih atas cadangan tuan. Pihak pengurusan PPAS akan berusaha memenuhi keperluan ini secepat mungkin.

baru print sampai pg 4.

Edisi buku rujukan bagi pelajar sekolah menengah kebanyakannya sudah ketinggalan. Mata pelajaran yang didapati ketinggalan: Bahasa Malaysia. Pastikan edisi buku rujukan sentiasa terkini, sebaikbaiknya untuk tempoh 2 tahun kerana sukatan pelajaran berubah-ubah.
Hawa Azlen bt. Abd. Jalil

Terima kasih atas cadangan tuan. Untuk makluman pihak tuan, penggunaan Window Blind bertujuan untuk mengekalkan suhu di dalam bangunan supaya tidak panas dan dapat memenuhi keselesaan pengunjung perpustakaan. Walau bagaimanapun, pengunjung perpustakaan boleh membuka Window Blind jika membaca di bahagian tepi koridor ruang bacaan.

Beg laptop seharusnya boleh dibawa masuk ke dalam kerana ia berat dan pelbagai wayar perlu dibawa. Penambahan plug adalah perlu kerana extension wire tidak dibenarkan. Amat susah untuk membuat kerja menggunakan laptop.
NurFazilla

Terima kasih atas maklum balas dan cadangan saudari. 1) Berkenaan larangan membawa masuk beg, peraturan ini masih perlu dikuatkuasakan kerana berlaku kehilangan peralatan dan buku perpustakaan. 2) Untuk makluman, penggunaan dan pembekalan elektrik dalam bangunan perpustakaan ini telah mencapai tahap maksimum. Oleh itu pihak pengurusan belum bercadang untuk menambah bilangan plug kerana ia melibatkan kerja-kerja pengubahsuaian secara besarbesaran yang juga memerlukan peruntukan yang tinggi.

Bilik perbincangan tidak sistematik kerana tidak berdinding dan tidak kedap bunyi Mencadangkan agar membaik pulih dinding
Amira

Area sejuk please up the temperature to 27C or 27.5C. Please allow us to bring mineral water this is necessary for our body while studying. We should be allow to brings bags inside if library has enough tracing facility. This can prevent lost cases
Mothar Shah

Thank you for your opinion. For your information, the temperature is set to 23C by taking into account the number of users and the temperature outside the library building. We have to maintain it as this is the ideal temperature for the library. We are aware that lockers are not enough for the library users, but we also have to enforce the no-bags rule to prevent loss of library items.

Terima kasih atas cadangan dari saudari. Untuk menjadikan bilik perbincangan sebagai bilik kedap bunyi memerlukan pengubahsuaian dan peruntukan yang besar. Pemantauan tidak boleh dilakukan sekiranya bilik tersebut dalam keadaan kedap bunyi atas tujuan keselamatan.

Terima kasih atas cadangan saudari. Cadangan tersebut akan dititikberatkan dan diambil maklum.

Tidak dibenarkan membuat bising di ground floor sedangkan bilik perbincangan terlalu sikit. Pengguna terpaksa menunggu untuk menggunakan bilik perbincangan. Mencadangkan agar ground floor sebagai sebuah discussion zone
Siti Haniza Bt Mohd Noor

Terima kasih atas cadangan saudari. Cadangan tersebut akan dititikberatkan dan diambil maklum.

Pengguna tidak dibenarkan membuat bising di ground floor sedangkan bilik perbincangan yang sedia ada terhad. Kami terpaksa menunggu untuk menggunakan bilik perbincangan. Mencadangkan agar ground floor sebagai discussion zone
Noor Fadhilah Bt Mohd Zahdi

Terima kasih atas cadangan saudari. Cadangan tersebut akan dititikberatkan dan diambil maklum.

Ruangan tingkat bawah mengalami masalah gangguan bunyi atau bising. Menjadikan ground floor sebagai ruang perbincangan atau ruang yang lebih santai. Ruangan selain ground floor dijadikan sebagai ruangan bacaan dan menghadkan penggunaan bilik pembincangan.

Terima kasih atas cadangan saudara. Cadangan tersebut akan dititikberatkan dan diambil maklum. Kami masih di dalam perbincangan untuk menjadikan ruangan ground floor sebagai ruangan berbincang dgn kadar suara yang terkawal manakala tingkat 3 dan 4 dijadikan sebagai Silent zone.

Faizal Kamaruddin

Pembantu perpustakaan tidak menjalankan tanggungjawab, tidak membantu pengunjung, sangat mendukacitakan, tidak mesra pelanggan, kasar, dan tidak berkomunikasi dengan baik. Pembantu Perpustakaan perlu lebih mesra pelanggan/pengunjung, dan menggunakan sistem yang lebih sistematik bagi memudahkan pengunjung.
Nor Suhana Bt Susah

Terima kasih atas aduan tersebut. Pihak kami telah memberi teguran dan tindakan kepada kakitangan yang terlibat.

Pegawai di tingkat 4 pegawai pembantu perpustakaan bermain permainan komputer sewaktu bertugas, bersikap kurang ajar terhadap pelajar. Tidak membantu dan kasar. Ubah kualiti perkhidmatan dan ganti pekerja baru keutama pelajar yang lebih berkelayakan yang masih menganggur di luar sana.
Mohamad Sufian

Kepada staff aras 4 pegawai/penolong perpustakaan di tingkat 4 tidak membantu dan agak kurang sopan apabila berkomunikasi dengan saya. Tolong latih pakcik tersebut dalam cara berkomunikasi dengan sopan . Budi bahasa budaya kita.
Haziq Hasifi

Terima kasih atas aduan tersebut. Pihak kami telah memberi teguran dan tindakan kepada kakitangan yang terlibat. Untuk makluman tuan, pihak kami amat mementingkan layanan mesra terhadap pengunjung perpustakaan. Pihak kami memohon maaf terhadap kejadian ini.

Salwa. Who manned trout desk for her helpfullness and politeness afforded to the visitor of library. On a daily basis and her presence is most helpfull. Please consider pn salwa for promotion and salary renew. She may also be considered for training as a librarian
Aisha A.Bakar

Ruangan bincang tidak boleh bincang sedangkan ia ruang bincang bukan ruang perpustakaan yang mana ianya sepatutnya senyap. Terima kasih atas aduan dari saudari. Mengharap agar pihak tuan mempraktikkan ruang bawah Pihak perpustakaan akan mengambil sebagai zon bincang ruangbuku-buku atas sebagai silent zone. Harap langkah supaya keluaran pihak tuan meletakkan pelekat di suis elektrik agar pengguna akademik sentiasa diperbaharui boleh tampalarus resit. mengikut pendidikan semasa sebagai sumber rujukan pelajarpelajar yang datang ke PPAS.
Fauziah Zaubul

Terima kasih atas aduan tersebut. Pihak perpustakaan memohon maaf terhadap perilaku pegawai bertugas kami. Pihak kami telah memberi teguran dan tindakan kepada kakitangan yang terlibat.

Anda mungkin juga menyukai