Anda di halaman 1dari 4

MODEL PEMBELAJARAN BERASASKAN MEMBUAT KEPUTUSAN Tahun : 2 Amanah Tema : Sains Hayat Bidang : 3.Tumbuhan Standard Kandungan : 3.

1 Memahami keperluan asas tumbuhan. Standard Pembelajaran : Murid berupaya: 3.1.1 Mengenalpasti keperluan asas tumbuhan iaitu air, udara dan cahaya matahari. Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi Apakah yang dapat anda perhatikan terhadap keadaan kedua dua tumbuhan ini? Mengapa pokok A subur berbanding pokok B?

1. Persediaan: Mengumpul maklumat Guru menunjukkan dua buah pasu bunga: tentang tumbuhan perlukan air untuk a. Pasu A(Tumbuhan yang subur) hidup subur. 1.2. Pemerhatian Indikator Amalan: 1.1.1 Penggunaan deria penglihatan dan sentuhan. 1.1.2 Pemerhatian menyeluruh 1.2 Analisis Indikator Amalan: 1.2.1 Membuat banding beza. 1.2.2 Mengumpul maklumat. 1.2.5 Mengesan sebab.

b. Pasu B(Tumbuhan yang layu)

|Fasa 2. Imaginasi: Meramal Penyusunan alternatif Pemilihan alternatif 2.1 Penjanaan Idea Indikator Amalan: 2.1.3 Menghasilkan idea baru yang bermakna

Cadangan Aktiviti Guru menunjukkan gambar tumbuhan yang layu di hadapan kelas. Murid menyatakan sebab tumbuhan itu layu.

Cadangan Komunikasi Perhatikan gambar ini dengan teliti, cuba cari sebab kenapatumbuhan ini layu? Bagaimana caranya kita mahu jadikan tumbuhan ini hidup segar? Adakah minyak masak boleh digunakan untuk menyiram tumbuhan ini? atau adakah air lebih sesuai digunakan?

Murid meramal apa yang perlu mereka lakukan agar tumbuhan tersebut dapat tumbuh dengan subur. Guru bersoal jawab dengan murid bagaimana hendak menyuburkan tumbuhan tersebut.

3. Perkembangan Menilai alternatif yang dipilih. 3.1 Penambaikan Indikator Amalan: 3.1.3 Memberi penerangan yang rasional tentang idea. 3.2 Menilai Indikator Amalan: 3.2.4 Membuat pilihan berdasarkan fakta tanpa prasangka 3.2.1 Memberi alasan yang tepat untuk menerima dan menolak idea Tindakan 4.1 Pelaksanaan: Indikator Amalan 4.1.1 Menghuraikan ideadengan terperinci.

Guru menayangkan video yang sesuai kepada murid. Sila rujuk halaman. Murid membuat pemerhatian dan berbincang didalam kumpulan dengan bimbingan guru . Murid mencatat hasil pemerhatian dan perbincangan.

Lihat tayangan video ini dan perhatikan kesan air terhadap biji benih dan tumbuhan. Apa yang terjadi kepada biji benih tersebut? Adakah tumbuhan boleh hidup tanpa air? Mengapa? Bincangkan dalam kumpulan.

Murid membentang hasil perbincangan mereka Murid membuat keputusan yang telah mereka pilih untuk menyuburkan tumbuhan tersebut dengan sebab yang rasional Guru membimbing murid untuk membuat kesimpulan akhir Cuba berikan jawapan yang anda pilih Beri sebab mengapa anda memilih jawapan tersebut ? Seandainya pokok bunga di rumah kamu layu apa yang patut kamu lakukan? Adakah tumbuhan boleh hidup subur tanpa air? Kenapa? Ramalan jawapan: Tidak.Tumbuhan tidak boleh hidup subur tanpa air kerana air ialah

keperluan asas tumbuhan.

Pentaksiran

Murid-murid berkeupayaan membuat pilihan dengan penjelasan yang betul. KPS : Memerhati Membuat inferens Berkomunikasi

Nilai dan sikap

- Minat dan sifat ingin tahu. - Bekerjasama. - menyedari bahawa sains merupakan satu daripada cara untuk memahami alam.