Anda di halaman 1dari 127

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG.

KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

TAJUK 1 Pengenalan kepada Seni Dalam Pendidikan

1.1 Sinopsis

Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan. Seni Dalam Pendidikan peringkat Sarjana Muda Keguruan ini lebih menegaskan kepada aspek pemahaman, penghayatan dan proses kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Murid akan menjalani aktiviti penerokaan, mengalami dan mengekspresi citarasa melalui sensitiviti pancaindera. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti dan daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Mata pelajaran ini dilaksanakan dalam bentuk teori dan amali. Tumpuan diberi kepada aktiviti yang mendorong murid-murid menggunakan imaginasi, ekspresi. Inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Aspek penglibatan secara aktif dan

menyeronokan

serta pembelajaran dan pemindahan pembelajaran yang

berkesan untuk meningkatkan perkembangan individu yang menyeluruh.

1.2 Hasil Pembelajaran

1.2.1

Menyatakan konsep, matlamat dan objektif Seni Dalam Pendidikan.

1.2.2 Menjelaskan hubungan kanak-kanak dengan seni. 1.2.3 Menerangkan konsep asas Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan dengan meneroka, mengalami dan mengekspresi dalam pengajaran dan pembelajaran. 1.2.4 Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam bidang Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan yang

diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran. 1

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

1.2.5 Bekerjasama dan menghargai hasil ciptaan individu dan kumpulan melalui pelbagai aktiviti seni dalam bilik kuliah. 1.3 Matlamat Seni Dalam Pendidikan Matlamat Seni Dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Seni

Dalam

Pendidikan

yang

mengintegrasikan

tiga

komponen

akan

melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. Bertitik tolak daripada pengintegrasian inilah perkembangan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek akan berlaku.

1.4 Konsep, latar belakang dan kepentingan Seni Dalam Pendidikan Setiap insan berhak menerima pendidikan dan pemahaman tentang seni tanpa mengira latar belakang, bakat dan kebolehan. Integrasi Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan meningkatkan perkembangan insan dan minda secara holistik. Seni Dalam Pendidikan penting kerana dapat membantu meningkatkan kreativiti dan ekspresi kendiri sesorang.

1.4.1 Teori pembelajaran yang menyokong Seni Dalam Pendidikan

(a)

Teori Konstruktivisme

Konstruktivisme ialah perspektif psikologi dan falsafah yang menyatakan individu membentuk atau mengkonstruk tentang apa yang dipelajari dan difahami oleh mereka. Ia menekankan tentang kepentingan interaksi sosial individu dalam pemerolehan kemahiran dan pengetahuan. Konstruktivisme merupakan teori pembelajaran 2 deskriptif iaitu cara seseorang belajar dan bukan teori

pembelajaran preskriptif iaitu cara yang sepatutnya seseorang individu belajar. Ia

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

juga menegakkan fahaman bahawa pembelajaran merupakan proses membina makna daripada pengalaman yang dilalui. Konstruktivisme pembelajaran berbeza lebih dengan pandangan tentang behavioris yang melihat terhadap

menekankan

pengaruh

suasana

seseorang. Andaian asas konstruktivisme menyatakan bahawa seseorang merupakan pelajar aktif dan boleh mengkonstruk pengetahuan untuk diri mereka (Gery 1995). Pengajaran konstruktivis lebih melibatkan pemusatan pelajar, pengalaman pembelajaran aktif, lebih kepada interaksi pelajar-pelajar dan gurupelajar, lebih bekerja dengan bahan konkrit dan penyelesaian masalah realistik (Shuell 1996). Ciri-ciri lain: Murid berpeluang mengemukakan pandangan tentang sesuatu konsep. Murid berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain. Murid menghormati pandangan alternatif rakan-rakan sebaya. Berpusatkan murid. Hands-on dan minds-on. Pentingkan dan aplikasikan kemahiran saintifik dan berfikir. Renungan kembali proses pembelajaran. Galakkan mengemukakan hipotesis dan bukan guru yang menerangkan teori. Hubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina. Murid mengaplikasikan idea yang baru dibina dengan kehidupan seharian. Perihatin kepada keperluan kebolehan dan minat guru. Murid selalunya bekerja secara kumpulan Konstruktivisme bukanlah satu konsep baru. Ia berasal daripada bidang falsafah dan telah digunakan dalam bidang sosiologi, antropologi dan psikologi kognitif serta pendidikan. Pada tahun 1710, ahli falsafah konstruktivis yang pertama, iaitu Giambatista Vico, mengatakan one only knows something if one can explain it (Yager, 1999). Immanuel Kant menyokong pendapat ini dan mengatakan

bahawa manusia bukanlah penerima maklumat yang pasif. Misalnya, pelajar menerima maklumat dengan aktif, menghubungkannya dengan maklumat 3

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

terdahulu yang telah diasimilasinya, dan menjadikan maklumat itu miliknya dengan membina kefahaman atau membuat interpretasi ke atas maklumat tersebut (Cheek, 1992). Seterusnya, perspektif konstruktivisme ini terhasil daripada kajian Piaget, Vygotsky, ahli psikologi gestalt, Bartlett, Bruner, Von Glaserfeld, Anderson, Dewey, Papert dan Confrey. Pembelajaran bermakna (meaningful learning), mengikut John Dewey (1966), melibatkan belajar dengan membuat (learning by doing), yang kemudiannya dapat membantu pelajar berfikir dan membentuk kefahaman tentang masalah yang cuba dihuraikan. Dewey mempelopori gerakan progresivisme dalam pendidikan. Dalam keadaan yang sama, kita menyaksikan Jean Piaget (1951) lebih awal mengutarakan tentang perkembangan kognitif dalam karya terjemahan, Play, Dreams and Imitation in Childhood dan Vygotsky (1978) dalam Mind in Society yang dikaitkan dengan perspektif konstruktivisme dalam perkembangan minda kanak-kanak. Sejak satu setengah dekad yang lampau, di Amerika Syarikat pengajaran dan buku teks telah diolah agar lebih menjurus kepada penggalakan proses berfikir, menyelesaikan masalah dan membina keupayaan untuk belajar. Inilah gerakan konstruktivisme yang sudah dilaksanakan di Amerika Syarikat, yang juga mengambil kira pemikiran Dewey dan Bruner. Dalam konteks tempatan, kita menyaksikan gerakan ini sudah bermula dalam pembelajaran Sains dan Matematik yang cuba menyemarakkan perspektif konstruktivisme. (b) Teori Kecerdasan Manusia

Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner mengesyorkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya

disuburkan di kalangan murid melalui pengenalan pelbagai mata pelajaran di sekolah. Realitinya, kebanyakan sekolah hanya memberi penekanan terhadap kecerdasan linguistik dan matematik logik sahaja. Secara tidak langsung, kecerdasan lain akan hilang. Teori Kecerdasan Manusia ini menyokong kesepaduan subjek yang digabung seperti dalam matapelajaran Seni Dalam Pendidikan. Penggabungan ini dapat menangani masalah penyuburan

kecerdasan minda kanak-kanak. Selain daripada itu, ia dapat menjana 4

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

kecerdasan minda murid dengan lebih menyeluruh, terutamanya apabila strategi pembelajaran dan pengajaran yang dirancang dapat dilaksana dengan baik dan berkesan. Howard Gardne, (1983) menyatakan bahawa jika hanya satu sahaja pendekatan digunakan di dalam pengajaran, murid tertentu sahaja akan mendapat bahan yang disampaikan. Ini disebabkan murid mempunyai kebolehan menaakul dan menanggap dalam keadaan yang berbeza. Pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif. Latar belakang Teori Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences) - diasaskan oleh Howard Gardner (1983) menyatakan bahawa manusia mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan (intelligences): merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud secara semulajadi.

Gardner menjelaskan bahawa setiap kecerdasan adalah berasingan dan tidak saling bergantung - seseorang mungkin lemah dalam sesuatu bidang kemahiran tetapi cemerlang dalam domain (bidang kecerdasan) yang lain. Menurut beliau lagi, setiap individu mempunyai kelapan-lapan kecerdasan tetapi pada darjah atau kadar yang berbeza-beza dari segi kekuatan dan kemahiran. Kecerdasan 5

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

tersebut

boleh

dikembangkan

menerusi

pendidikan,

pengalaman

dan

persekitaran.

MENGAPA TEORI HOWARD GARDNER PENTING DALAM SDP ? Menyokong pembelajaran bersepadu mengikut JERI selaras dengan FPN Menerima hakikat bahawa individu mempunyai kecerdasan yang pelbagai Membentuk kepelbagaian untuk menilai Meningkatkan profesionalisme guru dan menggalakkan penyelidikan dalam P&P Meningkatkan kualiti diri dan motivasi diri Meningkatkan kecerdasan melalui kefahaman yang seterusnya meningkatkan potensi diri.

inovasi

pelbagai dan

(c)

Teori Otak Kanan dan Otak Kiri

Hermann (1991) di dalam Quadrant Concep yang mengkaji perkembangan otak kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu. Terdapat dua bahagian / hemisfera otak iaitu otak kanan dan otak kiri. Kedua-dua hemisfera otak kanan dan kiri ini amat berpengaruh terhadap gaya pemikiran setiap manusia. Terdapat individu-individu yang pemikirannya lebih dipengaruhi oleh otak kanan dan terdapat juga individuindividu yang pemikirannya lebih dipengaruhi oleh otak kiri. Gaya pemikiran otak 6

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

kanan adalah lebih bebas dan rawak, lebih menyeluruh (holistik), intuisi, subjektif, sintesis dan abstrak.

Gaya pemikiran otak kiri pula lebih kepada logik, rasional, analitik, objektif, berturutan dan spesifik. Ilmu yang mudah dilihat banyak menggunakan otak kiri contohnya ialah ilmu matematik dan ilmu yang berkaitan dengan otak kanan ialah ilmu Seni Muzik, Sastera dan Seni Visual. Walau bagaimanapun, terdapat juga ilmu-ilmu yang menggabungkan pemikiran otak kiri dan kanan seperti ilmuilmu Sains, Fizik, Kimia, Astronomi dan Falsafah.

Jika dilihat daripada sudut pendidikan, kebanyakan sistem pendidikan yang terdapat di dunia lebih menjurus kepada aliran pemikiran otak kiri. Para pelajar di seluruh dunia dilatih untuk membuat keputusan dan melakukan satu-satu tindakan berdasarkan logik, rasional dan yang mendapat pulangan materi semata-mata. Ciri-ciri pemikiran otak kiri lebih ketara apabila pelajar memasuki gerbang universiti. Jika dikategorikan dalam ilmu teknik berfikir, gaya berfikir menggunakan otak kiri ini bolehlah dikelaskan sebagai gaya pemikiran vertikal. Gaya berfikir seperti ini amat memerlukan sebab-sebab rasional dan logik; segala keputusan mesti berdasarkan sebab dan akibat, pengalaman-

pengalaman yang lalu dan mesti mempunyai rujukan; setiap idea mesti berasaskan logik dahulu kemudian baru boleh dilaksanakan.

Ringkasnya, segala idea dan imaginasi akan dikongkong oleh logik dan rasional. Para pelajar tidak akan bebas berfikir, tidak mampu dan tidak berani melahirkan idea-idea baru apatah lagi idea-idea yang amat bertentangan dan dianggap pelik oleh individu-individu yang berfikiran konvensional. Fikiran konvensional adalah fikiran yang berasaskan pendapat-pendapat lama yang telah kukuh dan diterima ramai sebelum ini. Jika ada idea-idea baru yang dilahirkan pun hanyalah berbentuk inovatif atau improvement daripada idea -idea sebelum ini, bukan berbentuk kreatif.

Seni Dalam Pendidikan akan menjadikan mata pelajaran yang dipelajari oleh murid di sekolah menjadi lebih seronok. Selain itu ia membantu guru 7 untuk

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

memahami diri sendiri. Ia juga membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah, memotivasikan guru untuk menjadi lebih kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Seni Dalam Pendidikan juga membantu perkembangan insan secara seimbang dan menyeluruh.

Leonardo da Vinci merupakan model manusia dalam kajian Seni Dalam Pendidikan. Beliau adalah seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis. Beliau menggabungkan bidang-bidang ilmu tersebut untuk membentuk

keunggulan diri dalam kehidupannya. Dilahirkan pada tahun 1452 di kota Vinci, propinsi Firenze, Itali. Beliau anak pasangan Ser Piero da Vinci dan Caterina. Nama lengkapnya ialah Leonardo di Ser Piero da Vinci yang bererti Leonardo Putera Ser Piero Dari kota Vinci. Leonardo da Vinci adalah salah seorang pelukis zaman Renaisans di Itali. Beliau dianggap tokoh (archetype) kepada "lelaki Renaissanse" dan sejagat sebagai pintar. Leonardo termashyur kerana lukisannya yang mengagumkan, seperti The Last Supper dan Mona Lisa. Leonardo membesar bersama bapanya di Florence dan merupakan vegetarian sepanjang hidupnya. Beliau anak murid kepada pelukis Andrea del Verrocchio sekitar tahun 1466 dan kemudiannya menjadi pelukis bebas di Florence. Beliau dikenali kerana banyak mencipta lukisan design teknologi moden yang tidak ada semasa zamannya. Selain itu, beliau turut memajukan ilmu anatomi, astronomi dan kejuruteraan awam. Leonardo pada zamanya dianggap Seniman Gila kerana suka membongkar kuburan, mengambil dan membedah mayat hampir busuk pada yang waktu tidak dikenali, dan

membedahnya

malam

semasa

mempelajari lakaran anatomi.

Kadang kala beliau

melakukannya di hospital yang memberi keizinan. Beliau benar-benar ingin tahu organ-organ yang terdapat dalam tubuh badan manusia dan cuba melakarnya dalam bentuk lukisan. Leonardo banyak menghasilkan karya seni dan berbagai design yang menakjubkan sebelum meninggal pada 2 Mei 1519.

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Einstein dan Isaac Newton sehingga sekarang masih menyamai kegeniusan atau kepintaran Leonardo da Vinci.

dianggap tidak dapat

1.5 Kepentingan imaginasi, emosi, ekspresi dan kreativiti.


Seni Dalam Pendidikan melibatkan imaginasi, emosi dan ekspresi.

1.5.1 Peranan Imaginasi

Imaginasi bermaksud daya khayal, daya atau kemampuan menggambarkan sesuatu dalam angan-angan atau mencipta sesuatu secara khayalan.

Proses kreativiti dan imaginasi boleh melibatkan: (i) Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti. (ii) Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil. (iii) Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah. Menurut Russel (1968), matlamat guru-guru sekolah rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati serta mempunyai kesedaran dan arif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstur dan irama. Melalui aktiviti seni, daya estetik kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Contohnya, menggunakan lagu untuk memperkenalkan konsep lebah. Semasa kanak-kanak menyanyi lagu, mereka bergerak mengikut irama seperti lebah yang sedang terbang. Seterusnya, kanak-kanak

menghasilkan gambar lebah. Ini membantu pembelajaran tentang konsep tersebut.

Semasa belajar bersama-sama, mereka membina konsep kendiri dalam kumpulan rakan sebaya dan masyarakat umum. Kebolehan kanak-kanak adalah selari dengan perkembangan diri mereka. Untuk mencipta sesuatu yang baru, kanak-kanak akan bergantung kepada pengalaman dan kreativiti dalam memanipulasi alatan dan bahan yang mereka gunakan.

1.5.2 Peranan Emosi 9

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Emosi merupakan perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan geli. Emosi yang mempengaruhi ingatan boleh digolongkan kepada dua jenis iaitu: (i) Seronok dan tenang (ii) Kurang seronok dan cemas. Menurut Mahmood Nazar Mohamad (1991), emosi itu satu keadaan yang dialami oleh manusia yang melibatkan perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi. Steq pula menyatakan seseorang yang memiliki IQ (Intelligence Quotient) dan EQ (Emotional Quotient) yang tinggi, lebih mampu menguasai keadaan dan merebut setiap peluang yang ada tanpa membuat masalah yang baru.

(i) Kecerdasan Emosi - Konsep IQ dan EQ Intelligence dikaitkan dengan keupayaan mental melakukan proses kognitif seperti membaca, menulis, mengira dan menyelesaikan masalah. Alfred Binet dan Theodore Simon memperkenalkan ujian kecerdasan yang masih digunakan sehingga sekarang. IQ dikaitkan dengan kejayaan, namun tidak semua yang mempunyai IQ tinggi berjaya dalam kehidupan. Perkembangan pesat dalam bidang sains otak (neurologi) mendapati bahawa emosi dapat mempengaruhi kecerdasan (EQ). Ujian IQ tidak menjadi ukuran mutlak untuk meramalkan masa depan seseorang. Menurut Coleman (pakar Sains Otak dan Psikologi), peringkat terbaik IQ hanya menyumbang 20% kejayaan seseorang manakala 80% lagi dipengaruhi faktorfaktor lain.

(ii) Membina Emosi yang Sihat Guru yang penyayang dan ceria. Tahap EQ guru yang membina EQ murid. Angkubah EQ guru dapat menangani emosi negatif secara tulen, benar dan sihat. Murid membina kemahiran emosi untuk memperoleh keputusan ujian atau peperiksaan. Terdapat perhubungan yang rapat diantara EQ dengan tingkah laku. Murid yang menguasai kemahiran emosi lebih terhindar dari gejala sosial. 10

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Lebih bekerjasama, suka menolong, boleh diharap dan berempati. Lebih fokus, tekal, boleh menangani kekecewaan dan sabar. (iii) Cara Mengintegrasi Kecerdasan Emosi dalam Bilik Darjah Setiap guru mengamalkan EQ semasa berinteraksi dengan murid. Bercakap tentang kepentingan emosi dalam setiap interaksi guru murid. Pengintegrasian secara menyeluruh dalam setiap organisasi pengurusan. Menguasai kemahiran mengajar EQ. Menggunakan perasaan. perkataan-perkataan yang berkaitan dengan

Menggunakan lagu-lagu yang berkaitan dengan perasaan. Menggunakan unsur puisi seperti sajak, pantun, syair dan cerita. Ada unsur kecindan. Menggunakan unsur biografi untuk perkara yang berkaitan. Mengucapkan perasaan terutamanya nilai murni dalam setiap interaksi.

1.5.3 Peranan Ekspresi Seni Dalam Pendidikan menyarankan pelbagai aktiviti melalui perasaan, pernyataan emosi, idea dan manifestasi pemikiran. Aktiviti Seni Dalam Pendidikan memberi peluang murid membina keyakinan menajamkan persepsi, meningkatkan kreativiti dan meningkatkan nilai estetik. menunjukkan bentuk ekspresi. Carta di bawah

11

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Bentuk ekspresi

Peranan Ekspresi

RUMUSAN Topik ini memberi penekanan kepada konsep asas yang membawa kepada pengenalan Seni Dalam Pendidikan, matlamat, objektif dan hubungkaitannya 12

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

TAJUK 3

IRAMA , WARNA DAN RUANG


Maklumat yang sedemikian juga penting

dengan pembentukan insan murid.

sebagai persiapan bakal guru. Di samping itu, anda juga didedahkan kepada beberapa teori pembelajaran yang berkaitan dengan minda dan kepentingan seni secara global. Sikap kendiri dalam proses pembelajaran seperti ekspresi diri, emosi, imaginasi, persepsi dan pengamatan menjadi intipati penting untuk pemantapan seorang murid dan bakal guru dalam mata pelajaran ini.

KANAK-KANAK DAN SENI - EN JOHAN. Bahan bermasalah

3.1 Sinopsis

Tajuk ini menerangkan tentang tiga komponen seni iaitu irama , warna dan ruang. Topik-topik kursus meliputi pengenalan secara terperinci, kesepaduan irama, warna dan ruang dalam seni, aktiviti kreatif yang menggunakan irama, warna dan ruang untuk ekspresi diri, penyampaian idea dan maklumat .

3.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk anda seharusnya dapat; 1. Menyatakan konsep irama , warna dan ruang dalam kehidupan seharian anda. 2. Meneroka, mengalami dan menyatupadukan irama , warna dan ruang dalam seni 3. Menjalankan aktiviti kreatif yang mengaplikasikan irama , warna dan ruang secara bersepadu 4. Menjalankan aktiviti kreatif yang menggunakan irama , warna dan ruang untuk tujuan ekspresi dan penyampaian idea serta maklumat 13

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

3.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

KOMPONEN SENI

IRAMA

WARNA

RUANG

KESEPADUAN

AKTIVITI KREATIF

3.4 Kandungan Pengenalan Tiga komponen seni yang terdiri daripada irama , warna dan ruang membentuk keindahan estetik dalam kehidupan seharian kita. Bayangkan irama denyutan jantung, warna pakaian yang mempamerkan personaliti dan pergerakan aktiviti seharian anda dapat mewujudkan keharmonian kepada kehidupan kita.

Memahami tiga komponen asas ini dapat memperkayakan proses pembelajaran anda yang dapat membantu meluahkan pengetahuan asas seni. Contohnya irama pergerakan hidup anda dan warna- warni yang dikaitkan dengan pelbagai pilihan yang boleh dibuat dalam kehidupan anda. Manusia saling bersosial dan bergerak. Apabila diberi pengetahuan tentang irama, warna dan ruang , mereka akan lebih memahami bahawa kehidupan ini dipenuhi dengan nilai estetika dan kreativiti serta mempunyai pelbagai pilihan.

Tajuk ini bertujuan untuk membantu anda melihat kepentingan komponen seni tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila komponen ini disepadukan secara berkesan dalam aktiviti bilik darjah, pembelajaran akan 14

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

menjadi lebih bermakna dan menyeronokkan. Komponen tersebut merupakan alat yang berkesan untuk memberi pemahaman yang lebih jelas tentang konsep disamping mencetuskan kreativiti dalam kalangan pelajar.

3.5 IRAMA Apa sahaja dalam kehidupan kita, boleh dikaitkan dengan irama. Contohnya irama denyutan jantung, irama penafasan dan irama semasa berjalan. Irama merujuk kepada sesuatu bunyi atau rentak berulang. Biasanya irama boleh dinikmati apabila kita mendengar muzik. Ketika anda mendengar muzik, adakah anda sedar bahawa ia dimainkan dalam suatu rentak yang khusus?.Contohnya bunyi tapak kasut orang berjalan, bunyi keretapi dan sebagainya. Kanak-kanak juga selalu menghasilkan irama dalam permainan mereka seperti bertepuk, berkawad, mengetuk meja dan sebagainya. Dalam Pendidikan Seni Visual, irama dikaitkan dengan susunan sesuatu corak yang berulang-ulang, susunan sekata yang menampakkan pergerakan. Anda juga boleh bergerak dan menari secara berirama di sekitar ruang. Cuba anda lakukan aktiviti berikut: DENGAR : Bunyi kenderaan Tepuk tangan Detik jam Kicauan burung Hujan LIHAT : Susunan batu-bata Corak pada pagar Percikan air Corak tikar / permaidani 15

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Anda akan melihat, mendengar, merasa dan menyentuh banyak perkara berulang kali dalam kehidupan seharian. Contohnya anda dapat melihat corak berulang pada sehelai kain atau semasa mendengar irama muzik. Malah dalam kegiatan harian anda seperti berjalan, makan dan tidur juga merupakan suatu corak irama. Ia menggambarkan gaya kehidupan yang dilalui sepanjang masa.

Kanak-kanak memperolehi kemahiran dalam irama, seperti semasa belajar mengira, melukis corak dan melakukan aktiviti pergerakan. Irama dapat mempertingkatkan tahap tumpuan, penglibatan diri secara bersemangat dan seterusnya mempertingkatkan potensi dan keseronokan mereka. Kanak-kanak gembira apabila mereka bergerak mengikut irama. Ini akan menjana pergerakan ekspresif apabila mereka bergerakbalas terhadap idea-idea yang boleh dicontohi.

AKTIVITI CUBA ANDA LAKUKAN AKTIVITI BERIKUT

1. Aktiviti Detik: Ekspresi Diri Rasa dan kira denyutan nadi anda dalam masa 10 saat. Berapakah bilangan denyutan nadi anda dalam masa 10 saat? Tepuk tangan anda mengikut denyutan nadi Gambarkan secara visual denyutan nadi anda.

2. Aktiviti irama panjang dan pendek

16

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Sila berjalan 10 langkah ke hadapan Sekarang anda dikehendaki melompat sebanyak 10 kali Antara aktiviti - aktiviti yang anda lakukan tadi, yang manakah mengambil masa yang panjang? Cuba pula gambarkan kelajuan pergerakan tadi dalam bentuk visual.

3. Aktiviti corak berulang Pilih satu rupa, contohnya rupa bintang Ulang rupa itu memenuhi kertas lukisan anda Tahukah anda apabila rupa berulang, anda akan menghasilkan corak?

Cuba hasilkan corak yang berlainan pula dengan mengulang rupa yang sama tetapi berlainan arah.

Pilih rupa yang lain dan ciptalah corak-corak melalui pengulangan rupa dan lihatlah hasil kreativiti anda itu.

3.6 WARNA Pengenalan Warna merupakan unsur seni yang terdapat dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual. Warna terdiri daripada warna asas, warna sekunder dan warna 17

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

tertier. Semua warna ini wujud dalam persekitaran kita. Contohnya warna daun, warna pelangi, warna bangunan dan sebagainya. Alam semulajadi kita dipenuhi dengan warna. Warna memainkan peranan penting dalam kehidupan kita dari segi personaliti, kebudayaan dan psikologi. Biasanya orang yang memakai pakaian yang berwarna terang menggambarkan personaliti cergas dan aktif. Warna merah melambangkan kemeriahan dalam budaya masyarakat Cina, manakala warna hijau memberi kesan psikologi segar dan tenang kepada emosi kita Kita mendapat warna daripada cahaya. Tanpa cahaya warna tidak akan wujud. Warna dihasilkan apabila cahaya dibalikkan dari permukaan sesuatu objek. Warna menjadikan komunikasi visual lebih menarik, berkesan dan ekspresif. Bayangkan alam semula jadi tanpa warna! Pemahaman tentang warna membolehkan pelajar mengetahui ciri-ciri dan seterusnya tahu mengaplikasikan pengetahuan ini dalam Seni Dalam

Pendidikan. Contohnya mencampur warna dan menyapukan warna ke permukaan sesuatu objek. Ini akan menghasilkan sesuatu ciptaan yang menarik dan kreatif. Marilah kita meneroka keindahan dan kehebatan kreativiti warna dalam kehidupan seharian kita. Berikut disediakan beberapa aktiviti yang dapat membantu anda memahami warna agar peranan anda sebagai guru lebih bermakna dan kreatif. AKTIVITI : SILA BUAT CATATAN Perhati dan senaraikan warna-warna yang anda lihat di dalam bilik darjah Bayangkan suasana di tepi pantai dan senaraikan warna-warnanya

WARNA Bilik Darjah Tepi Pantai

18

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Bandingkan warna yang terdapat di tepi pantai dengan warna yang dilihat di dalam bilik darjah Bagaimanakah anda boleh mengubahsuai warna dalam bilk darjah agar suasana lebih menarik untuk belajar

Latihan amali Anda dikehendaki menggunakan cat air untuk meneroka dan mendapat hasil campuran warna melalui eksperimen. Cuba anda mulakan dengan warna asas Campur: Merah + biru Merah + Kuning Biru + Kuning = = = ------------------------------------------------------------------

Campuran warna-warna asas itu akan menghasilkan warna sekunder Sekarang cuba anda meneroka campuran warna sekunder dengan warna asas untuk menghasilkan warna tertier pula Campur : Unggu + Merah Jingga + Kuning Hijau + Biru = = = -------------------------------------------------------------------------

Berikut disediakan satu aktiviti yang dapat membantu anda mengaitkan warna dengan objek, emosi ,muzik dan pegerakan. Merujuk pada contoh pertama yang diberikan, isikan maklumbalas anda pada tempat kosong yang disediakan

WARNA MERAH

OBJEK Api

EMOSI Marah

MUD MUZIK Pantas dan kuat

PERGERAKAN Menghentak kaki

BIRU HIJAU KUNING 19

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

HITAM PERANG

Interpretasi anda

Selepas anda meneroka

warna melalui ketiga-tiga aktiviti di atas, hasilkan

refleksi tentang peranan warna dalam kehidupan anda.

3.7 RUANG Pengenalan Semua pergerakan kita adalah di dalam ruang. Ruang ada di sekeliling kita contohnya di dalam bilik darjah, di padang, di dalam kereta dan juga pada sekeping kertas yang kosong. Dengan itu kita mesti memahami bagaimana untuk bergerak di dalam ruang dengan selamat dan mahir. Apabila kita memahami konsep ruang, kita akan lebih peka tentang pergerakan kita.

Kanak-kanak mula memahami dan mempelajari sesuatu kemahiran dalam irama semasa mereka menjalankan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari, melukis corak dan sebagainya. Irama dapat meransang minda kanak-kanak untuk memberikan lebih tumpuan terhadap aktiviti yang dijalankan, dapat menarik minat kanak-kanak untuk menyertai aktiviti dengan bersemangat dan meningkatkan potensi serta keseronokan mereka. Mereka akan meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif apabila mereka bertindak balas dengan irama yang dimainkan.

Menurut Howard Gardner dalam teori Kecerdasan Manusia (1983), kecerdasan ruang melibatkan kebolehan melihat dunia visual spatial dengan lebih tepat. Kecerdasan ini termasuklah untuk menjadi lebih peka terhadap warna, garisan, rupa, bentuk, ruang dan perkaitan diantaranya. Sebagaimana seorang arkitek menunjukkan kecerdasan ruang dalam rekacipta bangunan begitu juga seorang 20

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

guru

menunjukkan

kecerdasan

ruang

dalam

kemahiran

pedagogi

dan

pengurusan. Bilik darjah perlulah disusun dengan menarik dan berkesan agar pergerakan guru dan pelajar selamat. Ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dalam meningkatkan proses pengajaran afektif. Kanak-kanak di sekolah belajar dalam suasana aktif. Menurut ahli psikologi kognitif dan ahli teori konstruktivisme, kanak-kanak tidak memperoleh dan pembelajaran yang

pengetahuan secara pasif. Mereka membina pengetahuan secara aktif. Pembelajaran secara aktif dan interaksi sosial digalakkan. Kanak-kanak akan dapat pengalaman baharu melalui aktiviti meneroka, mengeksperimen dan mengolah objek atau bahan. Teori konstruktivisme berhubung rapat dengan perkembangan kreatif dan keperluan untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, melalui aktiviti seni kanak-kanak boleh meluahkan idea secara bebas dan kreatif. AKTIVITI Mari kita cuba memaksimumkan penggunaan ruang dalam bilik darjah melalui aktiviti-aktiviti berikut I. Tempat ku di dalam ruang Anda dan rakan-rakan duduk bersila di dalam bulatan Letakkan tangan anda di atas riba Teroka ruang di sekeliling anda sambil meregangkan tangan ke hadapan, ke belakang dan ke atas. Berdiri dalam bulatan . Ulangi aktiviti-aktiviti di atas. Apakah perbezaan penggunaan ruang semasa anda duduk dan berdiri Ulangi latihan itu dengan iringan muzik Sekarang bergerak mengikut irama muzik dan ruang di sekeliling anda Luahkan pengalaman pergerakan anda itu dengan melukis garisan

II. Membuat bentuk dengan anggota badan anda 21

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Berdiri tegak dan buat bentuk dengan badan anda, contohnya regangkan tangan anda ke atas seperti bentuk Y.

Ulangi aktiviti ini dengan membuat bentuk-bentuk lain pada aras yang berbeza, tinggi, sederhana dan rendah

Ulangi aktiviti tersebut dengan iringan muzik sambil meregangkan diri anda mengikut irama muzik

Adakah aktiviti ini menyeronokkan? Anda boleh mengesan keindahan ciptaan bentuk yang anda lakukan dengan iringan muzik dan pergerakan menggunakan kamera atau membuat lakaran.

1. Ekspresi pergerakan dalam ruang Alat bantu mengajar: Pilih gambar- contohnya ladang ternakan Perhatikan gambar tersebut dan nyatakan apa yang anda lihat berpandukan arahan berikut: Tiru aksi-aksi haiwan yang terdapat dalam gambar. Perhatikan bentuk dan corak yang anda tiru. Luahkan corak-corak ini dalam bentuk lukisan. Dengan iringan lagu contohnya Old Mac Donald Had a Farm lakukan pergerakan berirama dan bunyi haiwan itu secara aktif sambil menyanyi.

Tulis satu refleksi ringkas pengalaman pembelajaran anda melalui aktiviti tadi

22

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

RUMUSAN Tajuk ini membantu anda memahami ketiga-tiga komponen seni tentang irama,warna dan ruang dalam kehidupan seharian. Aktiviti-aktiviti dalam tajuk ini bertujuan meningkatkan kefahaman anda. Melalui komponen-komponen asas ini dapat meningkatkan kreativiti anda di samping menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan.

Herbert Edward Read Nama penuh Tarikh Lahir Tempat Lahir Pekerjaan : : : : Herbert Edward Read 4 Disember 1893 Kirkbymoorside, North Yorkshire. Penyajak, Sejarawan Seni Moden, Pengkritik Seni dan Sastera. Bangsa Meninggal dunia : : Inggeris 12 Jun 1968

Sejarah awal Read dalam bidang seni Read lebih dikenali sebagai pengkritik seni. Aktif dalam membincangkan tentang seni moden British bersama dengan Paul Nash, Ben Nicholson, Henry Moore dan Barbara Hepworth. Menjadi rakan kongsi kepada Kumpulan Seni Moden Unit One milik Nash. Menjadi seorang professor Seni Halus di University of Edinburgh (1931 1933). Salah seorang penganjur London International Surrealist Exhibition pada 1936 dan editor majalah Surrealism.

Latar belakang keadaan masyarakat dan sistem pendidikan kreatif pada zaman 1920an-1930an di UK Peranan National Society of Art Masters (NSAM) dan Art Teacher Guild (ATG) NSAM: disiplin akademik lukisan dan reka bentuk, pengikhtirafan kompetensi akademik untuk tujuan ekonomi kebangsaan. 23

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

ATG: Lukisan kanak-kanak untuk keperluan pendidikan dan perkembangan Kanak-kanak. Mengalakkan kreativiti individual kanak-kanak. Kreativiti

berpusatkan kanak-kanak, kebebasan kreativiti dan kespontanan. Mengikut Frank Cizek setiap kanak-kanak mempunyai kreativiti tersendiri dan patut diberi perluang untuk meluahkan pengutaraan tampak atau ekspresi diri. Seperti Cizek, Read memberi hujahan bahawa sistem pendidikan

menyebabkan kehilangan kebebasan kreativiti dan kespontanan kanak-kanak pada umur 10 tahun. Ini adalah kerana sistem pendidikan pada zaman itu melibatkan kanak-kanak berumur 10 tahun dalam pendidikan yang berfokuskan intelek dan mengabaikan kespontanan dan kreativiti kanak-kanak. Read

menyarankan bahawa kebebasan kreativiti dan kespontanan seharusnya dilanjutkan sehingga ke peringkat dewasa. Maka Read menggunakan rujukan seni advant gard. Terdapat tekanan jurang perbezaan sosial politik antara golongan kaya dan golongan petani. Seni menjadi sesuatu kepunyaan golongan kaya. Read terus mencadangkan kepentingan kreativiti yang tersirat pada setiap individu yang secara kolektif akan membawa kepada kehendak sosial masyarakat. menulis tentang Pendidikan Melalui Seni. Read Persamaan simbol dan imej

universal dalam lukisan digunakan sebagai alat untuk komunikasi dan seterusnya pendidikan kepada semua dalam komuniti.

Peringkat Perkembangan Lukisan Kanak-Kanak Minat Read terhadap seni kanak-kanak merupakan tugasan beriringan pertamanya, semasa membuat penafsiran mengenai kepentingan avantgarde. Subjek seni kanak-kanak pada asalnya merupakan perkara yang kurang penting; hujah mengenai intisari pra-logikal dalam kreativiti avant-garde

boleh disokong dengan rujukan kepada keadaan yang nyata dalam seni purba dan lukisan kanak-kanak. Mengikut Read, kreativiti individu kanak-kanak boleh dilanjutkan ke peringkat selepas 10 tahun sehingga ke dewasa. Mengabungkan falsafah ahli

Psykologi Freud dan Carl Jung, Read telah menulis tentang kepentingan meluahkan imej yang tersirat dalam minda individu. 24 Maka Read

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

membantahkan sistem Pendidikan Seni yang merupakan replikasi kepada realiti. Menurut Read yang lebih penting adalah untuk mengeluarkan saranan baru dan bukan mengulangi atau meniru apa yang sedia ada. Pengalaman sedia ada memberi perhatian istimewa yang tepat pada masanya teori kepada nilai kebudayaan, dan lebih serius dalam menguruskan kanak-kanak sangat berpadanan dengan semangat

kreativiti

perjuangannya terhadap avant-garde.

Bincangkan bagaimanakah pengalaman persekitaran dan sosial budaya seseorang kanak-kanak itu dapat membantu perkembangan lukisan mereka? ( 60 minit ) Seni kanak-kanak adalah kuasa tarikan kepada sesuatu falsafah Tugasan yang sangat mencabar dalam pendidikan adalah untuk mencegah kanak-kanak daripada kehilangan jalan masuk kepada zaman purba, alam yang asing dan pengalaman terhadap sesuatu budaya yang mana mereka mampu untuk memperlihatkannnya dalam perlambangan.

"Art is an attempt to create pleasing forms"

Sumber: Mazlan Mohamad. (1996). Pendidikan Seni 1. Subang Jaya: Kumpulan Budiman

Read berpendapat bahawa kanak-kanak tidak dapat membezakan antara yang ideal (unggul) dengan yang sebenar. Seni kanak-kanak merupakan

25

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

persepsi kanak-kanak terhadap realiti.

Imej simbolic lukisan-kanak-kanak

berasal dari simbol primitif yang telah tersirat pada setiap orang kanak-kanak Beliau kemudiannya menyedari suatu kualiti tetap yang memberangsangkan dalam seni kanak-kanak mempunyai perkaitan dengan kestabilan komuniti, dan beliau juga menemuinya dengan lengkap pada catan dan arca avantgarde orang dewasa. Seni kanak-kanak telah dilihat sebagai sesuatu persepsi asas kanak-kanak terhadap realiti dunia sekelilingnya, di mana Read mengambilkira tujuan avant-garde yang menghasilkan imej yang terdapat dalam minda setiap individu Read mendapati kandungan imitasi seni kanak-kanak memerlukan analisis bagi maksud yang tersirat.

26

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Sumber: Mazlan Mohamad. (1996). Pendidikan Seni 1. Subang Jaya: Kumpulan Budiman

Sumber: Mazlan Mohamad. (1996). Pendidikan Seni 1. Subang Jaya: Kumpulan Budiman

Berdasarkan tiga lukisan kanak-kanak di atas nyatakan kenapa kanak-kanak tidak dapat membezakan antara yang ideal (unggul) dengan yang sebenar. 60 minit ) Cuba anda fahamkan pandangan Vicktor Lowenfeld mengenai peringkat perkembangan artistik kanak-kanak . VIKTOR LOWENFELD Lowenfeld dan Britain (1987) telah memperkenalkan teori perkembangan pengutaraan tampak kanak-kanak yang mengikuti peringkat-peringkat perkembagan fizikal, mental, sosial, intellek, dan estetik, kanak-kanak. 27 (

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Peringkat perkembangan pengutaraan tampak mereka merangkumi peringkat scribbling , peringkat preschematic, peringkat schematic,

dawning realism, peringkat pseudonaturalistic) dan peringkat adolescent art. Pada setiap peringkat, kanak-kanak mempunyai keperluan dan keinginan asas dari segi fizikal, mental, emosi, sosial, intellek dan estetik. Memenuhi keperluan dan keinginan asas mengikut peringkat dari segi fizikal, mental, emosi, sosial, intellek dan estetik akan membawa ke perkembangan yang sihat dan menyeluruh. Pengetahuan yang sedia ada tetapi dalam keadaan pasif boleh diaktifkan melalui cara-cara yang mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Apabila pengetahuan pasif diaktifkan, persepsi, kognisi dan pembelajaran berlaku secar serentak. Aksi kanak-kanak,objek yang knokrit, tajuk/isikandungan yang sesuai akan menggalakkan lukisan, pengutaraan tampak,

pembelajaran,perkembangan dan tumbesaran. Faktor faktor luaran seperti sosial budaya, alam persekitaran, latar belakang keluarga juga akan memberi kesan terhadap pengutaraan kanak-kanak

Peringkat Scribbling (2-4 tahun) Kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal Proses menconteng menyebabkan pergerakan otot dan membangunkan koordinasi otot motor tangan. Apabila kanak-kanak telah mampu menguasai pergerakan tangan dan badan, mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada melukis garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan.

Peringkat Preschematic (4 - 7 tahun) Memperlihatkan percubaan peningkatan untuk daripada melukis contengan bulatan kepada dengan

pertama

objek

disekelilingnya

menggunakan garisan 28

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Contoh : Ibu bapa dan orang yang rapat dengan mereka dilukis dengan mempunyai karakter tangan dan kaki dan dilukis seolah-olah terapung dan dengan saiz imej yang berbeza-beza.

Peringkat Schematic (7 - 9 tahun) Kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek berbanding pada peringkat awal tadi. Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Objek diualang-ulangkan dengan cara yang sama. Penekanan lebih diberikan pada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat disekelilingnya. Contoh :Kanak-kanak mula membuat percubaan dengan membahagikan ruang pada kertas lukisan kepada 2 bahagian iaitu satah udara dan tanah. Bagi pemandangan satah bawah objek disusun secara melintang dan sama manakala objek udara pula dibiarkan kosong. Selain itu, lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar. Tidak peka dengan karya mereka sendiri dan tidak kisah dengan lukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dan gemar untuk berkongsi

Peringkat Drawing Realism / The Gang Age (9 - 12 tahun) Kanak-kanak melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis secara realistik dan teliti dengan butir-butiran. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri

29

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit kompetitif serta menitik beratkan kualiti karya yang dihasilkan

Peringkat Pseudonaturalistic / Reasoning (12 - 14 tahun) Kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik dalam menghasilkan lukisan Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej Mereka lebih gemar melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata dengan lukisan menerusi imaginasi Lukisan yang dihasilkan jarang dikongsi bersama dengan rakan sebaya dan perasaan malu dan rendah diri akan timbul sekiranya lukisan yang dihasilkan tidak menarik

Peringkat Period If Decision / Adolescent Art In High School (14 - 17 tahun) Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses

penghasilan karya seni dan penciptaan objek Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni

Cuba anda buat catatan ringkas mengenai ciri-ciri lukisan kanak-kanak mengikut enam peringkat umur berdasarkan kajian yang dibuat oleh Vicktor Lowenfeld. ) ( 60 minit

Peringkat Umur 2 4 tahun 4 7 tahun 7 9 tahun 9 12 tahun 12 14 tahun 14 17 tahun 30

Ciri-Ciri Lukisan

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Contengan Tidak Terkawal (20 bulan) oleh Mohd Shazlee Amir


Sumber: Mazlan Mohamad. (1996). Pendidikan Seni 1. Subang Jaya: Kumpulan Budiman

Lukisan Kanak-kanak Usia 4-7 tahun oleh Mohd Shazlee Azam

31

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Lukisan Kanak-kanak Usia 7- 9 tahun oleh Nur Aliffah Shazelee

Lukisan Kanak-kanak Usia 4-7 tahun oleh Mohd Shazlee Ariff

Lukisan Kanak-kanak Usia 12-14 tahun oleh Mohd Shazlee Amin 32


Sumber: Mazlan Mohamad. (1996). Pendidikan Seni 1. Subang Jaya: Kumpulan Budiman

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

1. Nyatakan

dua

sebab

yang

menyekat

proses

perkembangan kreativiti kanak-kanak mengikut Vicktor Lowenfeld.

2. Bincangkan bagaimana guru Pendidikan Seni Visual dapat membantu perkembangan kreativiti dan artistik murid tahap satu dan tahap dua di sekolah rendah. ( 60 minit )

LAURA H. CHAPMAN

Sumber : The Department of Art Education, The College of the Arts, The Ohio State University http://arted.osu.edu/departmentNews/?q=node/47

Laura H. Chapman ialah seorang perunding dan penulis dalam bidang Pendidikan Seni di Cincinnati, Ohio. Berpengalaman mengajar prasekolah serta kelas dewasa, di kawasan luar bandar, pinggir bandar dan sekolahsekolah di pusat bandar. Beliau pernah mengajar mahasiswa dan program program ijazah pendidikan seni di Indiana University, The Ohio State University, University of Illinois dan University of Cincinnati.

Peringkat Perkembangan Lukisan Kanak-kanak oleh Laura H.Chapman Perkembangan Artistik (perkembangan penghasilan karya) 33

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Pelbagai model perkembangan telah dikemukakan dan dapat membantu memperjelaskan perkembangan artistik kanak-kanak. Model yang telah diformulasikan oleh Lowenfeld (1975) dan Chapman (1972) mempunyai corak perkembangan yang lebih kurang sama. Antara persamaan yang

ketara ialah transisi perkembangan daripada peringkat scribbling ke representasi. Antara persamaan-persamaan yang lain ialah: Faktor sosio-ekonomi mempunyai pengaruh yang amat terbatas dalam peringkat awal pertumbuhan kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki dan perempuan didapati melukis dengan cara yang sama di peringkat awal pertumbuhan. Lukisan kanak-kanak dapat memberi lebih banyak maklumat tentang perkembangan mereka daripada catan kerana ianya menggunakan krayon, pensil dan pen. Alatan ini lebih mudah dikawal oleh kanak-kanak daripada berus dan warna. Terdapat pertindihan yang agak ketara di antara peringkat-peringkat perkembangan. Lukisan kanak-kanak mungkin mempunyai elemen dua peringkat serentak dan tidak semestinya elemen satu peringkat

perkembangan sahaja. Tahap Perkembangan Kreativiti

Laura H. Chapman di dalam bukunya bertajuk Approches in Art Education (1978) menjelaskan bahawa proses kreativiti mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir sama dengan proses penghasilan karya ataupun dikenali sebagai artistik. Menurut beliau, proses artistik ini digunakan oleh penggiat seni dalam penghasilan karya. Proses artistik yang dijelaskan oleh Chapman tidak bersifat statik, bersifat boleh ubah dan berulang-ulang. Menurut Chapman lagi, 3 disiplin ini tidak menjadi keutamaan asalkan objektif menghasilkan karya seni tercapai. Terdapat 3 fasa dalam kaedah yang diperkenalkan oleh Chapman bagi menghasilkan karya seni, iaitu:

1. Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea) 34

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Di dalam menjana idea , pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya. Di dalam konteks pendidikan seni visual, guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju

penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea. Sekiranya diabaikan, adalah dikhuatiri murid mungkin tidak mampu menghasilkan karya.

2. Pengolahan dan Pemurnian (Elaboration and Refinement) Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun. Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan. Dalam penghasilan karya di peringkat kanak-kanak, proses ini dianggap signifikan kerana proses pengolahan dan pemurnian biasanya diulang beberapa kali bagi

mendapatkan hasil terbaik.

3. Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium) Pemilihan bahan bagi menghasilkan karya sangat bergantung kepada pemilihan yang dilakukan oleh pengkarya. Sesetengah pengkarya akan terus menggunakan bahan yang sama bagi menghasilkan karya dan tidak kurang juga yang gemar membuat eksperimentasi bagi melihat kesan-kesan tertentu. Jelasnya, pemilihan bahan yang dipilih memberikan kesan terhadap masa yang diambil bagi menyiapkan sesuatu karya dan persediaan yang perlu dilakukan sebelum murid serta menghasilkan. melalui Oleh yang demikian, bahan guru dan perlu teknik melalui

membimbing penggunaan

pengenalan Guru

terhadap perlu

penghasilan.

menjelaskan

demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri. (Sumber: Perkembangan Seni Dan Kanak-kanak OUM ) Dalam siri buku Discover Art, Chapman telah memberi contoh setiap pelajaran yang mengikut lankah berikut: 1. Pemerhatian 2. Penerokaan 35

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

3. Penghasilan 4. Apresiasi Bincangkan persamaan dan kelainan langkah-lankah ini dengan yang disarankan dalam organisasi sukatan pelajaran KBSR Terangkan dengan contoh bagaimana seorang guru dapat mereka aktiviti kelas untuk tujuan berikut 1. Untuk murid-murid membuat pemerhatian secara aktif dalam masa yang singkat. 2. Untuk murid-murid membuat penerokaan yang melibatkan kreativiti 3. Untuk murid menggunakan unsur seni dalam menghasilkan karya dengan tertib kerja dan tata cara berkerja. 4. Untuk murid membuat apresiasi secara mudah.

Cuba anda buat perbandingan secara terperinci peringkatperingkat perkembangan lukisan kanak-kanak mengikut

pandangan Herbert Read,Vicktor Lowenfeld dan Laura H. Chapman. ( 60 minit )

Tahap Perkembangan Kreativiti ( Proses Artistik ) Laura H. Chapman Terbahagi kepada 2 fasa, iaitu: 1. Pewujudan idea 2. Perkembangan dan penghalusan idea Bincangkan tahap perkembangan kreativiti (Proses Artistik) (

lukisan kanak-kanak menurut pandangan Laura H. Chapman. 60 minit ) Rumusan: Dalam tajuk ini anda telah didedahkan dengan

latarbelakang teori

perkembangan pengutaraan tampak kanak-kanak, tokoh-tokoh pendidik dan pengkaji lukisan kanak-kanak.Maklumat mengenai mengapa kanak-kanak melukis dan memahami lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak selalunya mempunyai interpretasi dan makna yang tertentu.Lukisan yang dihasilkan 36

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

oleh kanak-kanak juga kebiasaannya merupakan satu cara untuk kita mengenalpasti proses perkembangan minda dan kreativiti mereka.

Pengetahuan ini boleh dijadikan panduan kita untuk mengadakan aktiviti untuk menggalakkan perkembangan artistik kanak-kanak dan kita boleh juga memberi peluang kepada kanak-kanak untuk bercerita dan berkongsi pengalaman mereka dengan rakan yang sebaya supaya pengalaman mereka dapat dijadikan sebahagian daripada proses pengajaran yang berfaedah.

Latihan 1.1 Kumpulkan lukisan kanak-kanak tahap satu dan tahap dua dari sekolah anda. Huraikan ciri-ciri lukisan tersebut. Adakah lukisan yang menunjukkan ciri Terangkan,

seperti yang dinyatakan oleh Viktor Lowenfeld dan Brittain.

dengan contoh lukisan tersebut, faktor-faktor yang memberi kesan kepada lukisan kanak-kanak tersebut. visual, jelaskan dengan Sebagai seorang guru pendididikan seni rujukan, bagaimana anda dapat

sokongan

memenuhi keperluan fizikal, mental, emosi, intellek dan estetik untuk menggalakkan lukisan murid tahap satu dan tahap dua. Dengan rujukan

kepada Lowenfeld dan Brittain, beri tumpuan anda kepada tema/kandungan, alat dan bahan, olahan ruang. Cuba hubungkaitkan tumpuan anda dengan faktor budaya, sosial dan persekitaran. Bincangkan bagaimana anda menghadapi cabaran yang anda temui disekolah. ...................................................................................................................... .............................................................................................................. ........ ...................................................................................................................... ...................................................................................................................... ...................................................................................................................... ...................................................................................................................... ...................................................................................................................... ...................................................................................................................... ...................................................................................................................... ......................................................................................................................

37

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

...................................................................................................................... ............................................. ( 60 minit ) Latihan 1.2 Reka satu aktiviti untuk murid membuat pemerhatian secara aktif dalam masa yang sengkat bagi sesi Menggambar. Nyatakan pertimbangan-

pertimbangan yang diperlukan untuk reka bentuk aktiviti tersebut.

Anda boleh meluaskan pengetahuan anda tentang Peringkat Perkembangan Lukisan Kanak-Kanak dengan melayari internet serta membuat bacaan lanjut terhadap sumber-sumber rujukan lain serta mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan. ( 1 jam ) Contoh: Dapatkan bahan bukti hasil daripada sumber internet dan sediakan satu peta minda sebagai pengukuhan berdasarkan pandangan dan pandapat tokoh-tokoh pendidik dan pengkaji lukisan kanak-kanak.

TAJUK 4 Deria dan Seni


SINOPSIS Topik ini adalah tentang kesedaran dan kepentingan deria yang dianugerahkan Tuhan kepada setiap insan untuk mengetahui, memahami dan mengenalpasti 38

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

apa yang terdapat di sekelilingnya. Dengan menggunakan deria, pelajar akan mendapat kefahaman yang jelas tentang sesuatu perkara atau aktiviti yang dilakukannya. Untuk itu, kefahaman tentang deria adalah penting. Deria terdiri daripada pancaindera lihat, dengar, sentuh, rasa dan hidu. Kelima-lima deria ini adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual.

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenalpasti perkembangan keperluan deria 2. Menjelaskan kepentingan deria dalam proses pengajaran dan pembelajaran 3. Membincangkan penggabungjalinan aktiviti berdasarkan kepada penggunaan kemahiran deria. KERANGKA TAJUK-TAJUK Perkembangan Kepekaan Deria Kanak-Kanak

Lima Deria :Sentuh, Dengar, Lihat, Rasa dan Hidu

Kepentingan Kepekaan Deria ; Aspek Fizikal, Aspek Emosi dan Aspek Sosial

Pengabungjalinan Aktiviti kepada Kepekaan Deria

KANDUNGAN ISI PERKEMBANGAN KEPEKAAN DERIA Perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan. Faktor-faktor perkembangan manusia banyak dipengaruhi oleh baka dan persekitaran yang berada di sekeliling mereka. Untuk 39

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

itu, perkembangan kematangan deria adalah penting dalam mempertingkatkan lagi perkembangan diri setiap individu.

Pelajar mula mendapat kematangan dalam perkembangan kepekaan deria semasa ia masih bayi lagi iaitu ketika berumur 0-2 tahun. Ketika ini, kanak-kanak telah mula memperoleh koordinasi dan kawalan otot. Mereka mula mengenal objek dalam alam sekitar melalui organ deria dan tangan. Penglihatan dan pendengaran mula berkembang secara perlahan-lahan dan mula matang ketika berumur 6-12 tahun. Ketika inilah pelajar mula mendapat perkembangan kepekaan derianya.

Deria dan seni membolehkan individu meneroka alam sekelilingnya dan ini merupakan satu proses yang berterusan. Aktiviti-aktiviti seni dapat membantu naluri ingin tahu seseorang melalui eksplorasi dan eksperimentasi dengan menggunakan deria.

Melalui aktiviti-aktiviti seni, pelajar boleh berinteraksi secara langsung dengan persekitaran dan belajar mengembangkan kebolehan mereka untuk membuat pertimbangan yang baik melalui pengalaman yang diperolehi.

1.Sentuhan Sentuhan biasanya dilakukan dengan menggunakan jari. Ini merupakan aspek perkembangan psikomotor yang mula-mula diperolehi oleh kanak-kanak sebelum kanak-kanak itu mula berbahasa. Melalui sentuhan, pelajar akan dapat melaksanakan pelbagai aktiviti. Contohnya, dalam aktiviti seni visual, pelajar akan menggunakan jarinya untuk melukis gambar di atas kertas atau kanvas. Manakala di dalam muzik, pelajar akan cuba mencipta satu corak irama yang berbeza apabila mendengar sesebuah lagu. Ini adalah kerana pelajar (terutamanya kanak-kanak) suka membuat improvisasi atau mengubahsuai suatu perkara baru. Manakala di dalam pergerakan pula, mereka akan dapat mengetahui aras atau ruang, sama ada tinggi, rendah, sederhana, dekat atau jauh.

40

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Deria sentuh mula berkembang ketika masih bayi lagi. Melalui sentuhan ibu, kanak-kanak akan berhenti menangis dan melalui sentuhan juga kanak-kanak akan berasa selamat.

1.Dengar Mendengar melibatkan deria telinga. Aktiviti yang dijalankan untuk deria ini lebih tertumpu kepada persoalan: apa yang mereka dengar? Contohnya, aktiviti seni visual yang dilakukan adalah berdasarkan apa yang telah didengarnya ketika dia melukis. Begitulah juga dalam aktiviti muzik. Contohnya, mereka akan cuba mencipta bunyi berdasarkan apa yang didengar. Dalam bidang pergerakan, pelajar akan tahu dan dapat membuat interpretasi dan bergerak sama ada cepat atau lambat.

2.Lihat Melihat menggunakan deria mata melibatkan pengamatan dan pemerhatian. Berdasarkan maklumat yang datang melalui deria mata, seseorang akan dapat mengalami pelbagai jenis warna, bentuk, ruang dan jalinan. Manakala bagi orang buta, dia hanya melihat dengan melatih otaknya untuk membuat tafsiran berdasarkan pengalaman seni tampak yang telah dialaminya. Pemahaman tentang warna membolehkan pelajar mengetahui ciri-cirinya dan seterusnya tahu untuk mengaplikasikan pengetahuan dalam pendidikan seni visual. Dengan melihat juga, pelajar dapat meningkatkan lagi kecerdasan ruang iaitu melihat dunia visual-spatial dengan lebih tepat.

3. Rasa Rasa merupakan gerak hati atau kata hati pelajar. Dengan menggunakan deria ini, pelajar akan dapat membuat sesuatu persepsi dengan tepat. Persepsi bermaksud seseorang membuat interpretasi atau memberi makna kepada rangsangan yang diterima oleh derianya. Seterusnya, apabila maklumat itu dirasakan penting, individu akan membentuk konsep daripadanya. Ahli psikologi gestalt merumuskan bahawa dalam persepsi, manusia akan cenderung mempersepsi sesuatu secara keseluruhan daripada bahagian-bahagian yang menjadi keseluruhan. Segala apa yang dilakukannya adalah mengikut 41

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

pengalaman ekspresinya. Di dalam seni visual, pelajar akan dapat meluahkan perasaan melalui pengalaman yang telah diperolehinya apabila membuat sesuatu aktiviti seni. Apabila mendengar muzik, secara tidak langsung kakinya akan bergoyang. Ini adalah disebabkan oleh rangsangan daripada jenis mud muzik tersebut. Begitu juga dalam aktiviti pergerakan. Terdapat rangsangan apabila mendengar muzik dan secara tidak sedar kita akan melakukan pergerakan.

Terdapat dua prasyarat bagi pembelajaran jenis ini: (a) Pelajar mesti mempunyai sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti pembelajaran. (b) Dalam proses pembelajaran, pengetahuan yang sedia ada dalam struktur kognitif pelajar harus digunakan untuk mengaitkannya dengan pelajaran baru.

4.Hidu Hidu lebih menekankan aspek penanggapan. Penanggapan tidak berlaku secara semulajadi. Sebaliknya, guru harus merancang strategi untuk menyerapkan unsur ini dalam pengajarannya. Ini boleh dilakukan dengan cara-cara berikut:

(a) Kebolehan Mental Pelajar Faktor ini penting untuk memastikan setiap pelajar mendapat pembelajaran optimum mengenai konsep yang diajar oleh guru.

(b) Pendekatan Pengajaran Guru perlu merancang strategi pengajaran yang hendak digunakan olehnya untuk membentuk penanggapan yang baik. Antaranya ialah: (i) Pendekatan Inkuiri Penemuan Pelajar mencari maklumat sendiri mengenai konsep melalui situasi penyelesaian masalah. Pelajar akan berfikir dan menaakul secara mental dengan menggunakan organ deria untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan bukan sebagai pemberi jawapan yang sebenar. 42

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

(ii) Pendekatan Resepsi Guru menyampaikan maklumat mengenai konsep secara langsung dengan bergantung kepada pelajar. (iii) Pendekatan Deduktif Guru menghuraikan prinsip dan ciri-ciri penting dalam sesuatu konsep dengan diikuti contoh-contoh spesifik yang mengukuhkan konsep tersebut. KEPENTINGAN KEPEKAAN DERIA Kepekaan deria adalah penting kerana ia dapat membantu kita membentuk satu persepsi menyeluruh. Persepsi ini juga dipanggil pengamatan. Untuk itu, pancaindera manusia yang mengandungi mata, telinga, hidung, lidah dan kulit akan menerima maklumat daripada rangsangan-rangsangan dalam

persekitarannya

Persekitaran Persekitaran memainkan peranan penting dalam meningkatkan lagi

perkembangan deria pelajar. Pelajar yang dikelilingi persekitaran sosial yang mendorong akan menjadi seorang pelajar yang sentiasa bermotivasi. Jika tidak, yang sebaliknya akan berlaku. Untuk itu, guru bertanggungjawab untuk menyediakan sebuah bilik khas untuk pendidikan seni visual sebagai usaha untuk menyediakan persekitaran yang menarik di sekolah.

Pengurusan bilik seni merupakan satu perkara utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Guru Pendidikan Seni Visual hendaklah memainkan peranan penting dalam perkara ini. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa bekerjasama dengan guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai dalam Bilik Seni.

Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar, guru seni hendaklah cuba mendapatkan contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk dipamerkan dalam bilik seni. 43

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Mewujudkan iklim bilik pendidikan seni visual yang kondusif merupakan tanggungjawab guru demi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan tugas harian. Aspek-aspek keselamatan dalam pengajaran dan pembelajaran juga perlu dititikberatkan. Selain daripada itu, guru juga dikehendaki mengenalpasti sumber pengajaran dan pembelajaran dengan memberi pertimbangan terhadap pengutaraan tampak kanak-kanak.

Pengetahuan tentang pengurusan bilik Pendidikan Seni Visual adalah penting kerana ia dapat membantu meningkatkan tahap kecemerlangan kanak-kanak. Antaranya ialah:

(a) Aspek Fizikal (i) Cahaya Bilik hendaklah mendapat cahaya yang sesuai, sama ada cahaya semula jadi atau cahaya daripada lampu. Cahaya juga seharusnya dapat menerangi ruang bilik darjah.

(ii) Peredaran Udara Bilik darjah harus mempunyai peredaran udara yang baik untuk menimbulkan suasana pembelajaran dan keselesaan pelajar.

(iii) Stor Bilik darjah perlu ada tempat penyimpanan alat, bahan dan hasil kerja murid, sama ada dalam bilik stor atau almari.

(iv) Panel dan Rak Pameran Setiap bilik disediakan dengan kelengkapan dan ruang pameran untuk tujuan mempamerkan hasil kerja murid.

(v) Perabot Kerusi dan meja yang dilengkapkan dalam bilik darjah hendaklah sesuai dengan semua aktiviti pendidikan seni yang dijalankan dari segi saiz dan 44

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

jumlah murid.

(vi) Kemudahan Asas Sinki dan punca elektrik diubahsuai agar dipasang pada tempat yang sesuai di mana banyak aktiviti pendidikan seni visual dilakukan.

(b) Aspek Emosi (i) Hiasan Dalaman Susun atur perabot, peralatan dan hiasan yang sesuai dalam bilik darjah dapat membantu suasana pengajaran dan pembelajaran serta menggalakkan lagi interaksi pelajar.

(ii) Ruang Jumlah perabot dan peralatan yang bersesuaian dengan ruang bilik darjah dapat menimbulkan suasana pengajaran pembelajaran yang selesa dan kondusif supaya dapat merangsangkan pembelajaran pelajar.

(iii) Peragaan Hasil Kerja Menyediakan ruang dan kelengkapan yang sesuai untuk memperagakan hasil kerja pelajar. Langkah ini dapat membina keyakinan dan kepuasan pelajar dalam menghasilkan kerja seni.

(a) Aspek Sosial (i) Interaksi Murid Murid dapat bergerak secara bebas dalam bilik darjah. Ruang yang disediakan dalam bilik darjah dapat menggalakkan interaksi antara muridmurid serta interaksi antara murid dan guru.

(ii) Kemudahan Aktiviti Kumpulan Menyediakan ruang dalam bilik darjah supaya aktiviti kumpulan dapat dijalankan dengan berkesan.

45

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya seperti: Unsur Seni Menggambar/Melukis Warna Lukisan Alam Semula Jadi Seni huruf dan sebagainya

Di dalam pengurusan bilik seni, aspek-aspek berikut harus diberi perhatian sewajarnya: Keselamatan Kebersihan Susunan perabot Pameran hasil kerja Kelengkapan bilik seni Pengagihan tugas Pengumpulan alat/bahan Jadual waktu penggunaan bilik seni

Pengurusan bilik seni haruslah melibatkan pelajar dengan tujuan memupuk sikap bertanggungjawab dan berdisiplin.

Faktor yang Mempengaruhi Kebolehan Kepekaan Deria dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran, ialah: (a) Jangkaan (b) Hubungan latar depan dan belakang (c) Penumpuan (d) Tempoh masa 46

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

(e) Tugasan jelas (f) Pengalaman (g) Susunan objek

Perkembangan Nilai Estetika

Proses estetik dan daya kreativiti pelajar dapat dibahagikan kepada empat iaitu: (a) Daya Intuisi Merupakan proses individu melalui penajaman daya intuisi.

(b) Persepsi Persepsi merupakan satu proses kesedaran dan reaksi individu terhadap rangsangan dalam alam persekitaran. Ia juga merupakan proses menginterpretasi maklumat yang diterima oleh organ-organ deria manusia. Contohnya, apabila anda terhidu minyak wangi, otak anda akan membuat persepsi dan mengaitkannya dengan seorang wanita atau bunga. Pada peringkat ini, pancaindera manusia (mata, telinga, hidung, lidah dan kulit) akan menerima maklumat daripada rangsangan-rangsangan dalam persekitaran. Kemudian, semua utusan dan rangsangan ini dihantar ke otak melalui sistem saraf. Contohnya, apabila seseorang individu mendapat rangsangan dalam bentuk bunyi siren ambulan, bunyi ini diamati melalui deria dengar dan dihantar ke otak untuk diproses. Faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi: (i) Jangkaan (ii) Hubungan latar depan dan belakang (iii) Penumpuan

47

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

(a) Imaginasi

Merupakan daya khayalan atau kemampuan menggambarkan sesuatu di dalam angan-angan atau mencipta sesuatu secara khayalan atau bayangan.

(b) Konsepsi Pelajar

Proses

konsepsi

pelajar

atau

pembentukan

konsep

adalah

untuk

menyesuaikan maklumat dalam rangsangan untuk membina perhubungan yang mempunyai perkaitan dalam bentuk konsep. Konsep boleh dihuraikan sebagai satu idea yang spesifik tentang peristiwa atau fenomena, sama ada maujud atau abstrak yang mempunyai ciri-ciri yang khusus. Contohnya, konsep reptilia merujuk kepada sekumpulan haiwan yang mempunyai ciriciri berikut: (i) Berkulit keras (ii) Hidup di air atau di darat (iii) Menetas telur

Dengan ini, pelajar diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan. Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional. Murid dilatih untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas, sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid dapat diterapkan dengan penghayatan warisan seni visual dan

mengamalkannya dalam kehidupan, terutama dalam meningkatkan nilai hidup. Murid akan didedahkan dengan ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama. 48

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

AKTIVITI

Untuk memastikan bahawa deria dapat berfungsi dengan baik dalam kelas Seni dalam Pendidikan, aktiviti-aktiviti hendaklah selalu dijalankan untuk memastikan kefahaman tentang seni itu meningkat.

Jadual 1 menyenaraikan beberapa aktiviti berdasarkan kepekaan deria:

Jadual 1: Contoh Aktiviti Kepekaan Deria Sentuh EKSPRESI MELALUI SENI Masa Subuh Tengahari Malam

Deria

Sentuh (Apa yang anda sentuh)

Seni Visual (lukis gambar)

Gambar macam biasa, terdapat banyak idea

Gambar macam biasa, idea kurang

Gambar macam biasa, idea banyak

Muzik (Cipta irama yang berbeza)

Corak irama yang menyegarkan

Corak irama yang segar

Corak irama yang lembut

Pergerakan (Aras: Tinggi, sederhana dan rendah)

Pergerakan aras sederhana dan ruang yang dekat

Pergerakan aras tinggi dan ruang yang jauh atau luas

Pergerakan yang rendah ruang yang dekat

Huraian Aktiviti di atas: 49

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Untuk ekpresi melalui seni visual gambar yang dilukis, ia tetap sama tidak mengira waktu. Perbezaan yang ada cuma dari segi kreativiti atau luahan perasaan ketika melukis. Melukis pada waktu subuh dan malam memungkinkan banyak idea datang kerana keadaannya sunyi. Ini berbeza dengan waktu tengah hari kerana keadaan bising dan aktiviti sibuk menyebabkan kurangnya tumpuan.

Di dalam muzik pula, corak irama yang dilakukan pada waktu subuh sebolehbolehnya biarlah corak irama yang menyegarkan atau aktif. Ini kerana pada awal pagi, pelajar akan dirangsang dengan muzik yang aktif supaya mindanya menjadi aktif. Untuk itu, corak irama yang sesuai adalah seperti rentak march. Berbanding dengan waktu malam, pelajar mula mengantuk dan bersedia untuk tidur. Maka corak irama yang sesuai adalah seperti asli, masri, slow rock dan sebagainya. Lagu yang sesuai pula adalah lagu yang mendayu-dayu atau lagu yang mempunyai mud yang lembut.

Manakala dalam pergerakan pula, pada masa subuh pergerakan yang dilakukan adalah bercorak sederhana kerana baru bangun dari tidur. Berbanding dengan masa tengah hari, pergerakan yang dilakukan berada pada aras tinggi iaitu masa yang aktif.

Mengalami Melalui Deria

Semua aktiviti yang dilaksanakan perlulah diolah untuk menajamkan lagi pengalaman deria pelajar. Untuk itu, aktiviti-aktiviti hendaklah dilakukan seberapa kerap yang boleh bagi memastikan deria semakin matang.

Penggabungjalinan

Penggabungjalinan

bermaksud

proses

mengintegrasikan

berbagai-bagai

kemahiran untuk menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh. Melalui penggabungjalinan ini, pelbagai kemahiran dalam sesuatu pelajaran dapat disampaikan secara harmoni dan bersepadu. Penggunaan

50

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

penggabungjalinan ini dapat mengelakkan kebosanan terhadap sesuatu pelajaran berbanding jika hanya satu kemahiran sahaja yang diajarkan.

Di samping itu, pelajar akan dapat menguasai kemahiran secara bersepadu seperti yang dialami dalam kehidupan mereka. Misalnya, dalam aktiviti mewarna, mereka perlu menggunakan kemahiran mendengar, melihat, menyentuh dan sebagainya. Melalui strategi penggabungjalinan ini, pelbagai kemahiran dapat saling memperkukuhkan antara satu sama lain.

Ciri-ciri Penggabungjalinan

Beberapa ciri penggabungjalinan dapat dikenalpasti dan dinyatakan seperti berikut:

(a) Ia merupakan integrasi beberapa kemahiran yang terdapat dalam satu-satu kemahiran.

Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu kemahiran melibatkan kemahiran lisan atau pertuturan, membaca, menulis, mengira, melukis, mewarna dan kemahiran asas yang lain. Dengan ini, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih bermakna, menyeronokkan, meningkatkan motivasi pelajar serta lebih berkesan. Di samping itu, kemahiran-kemahiran ini boleh dikategorikan kepada dua kategori iaitu:

(i) Kemahiran Fokus Kemahiran utama yang hendak disampaikan sebagai yang terdapat dalam objektif pengajaran dan pembelajaran.

(ii) Kemahiran Sampingan

Kemahiran yang digabungjalinkan dipilih berdasarkan kaitannya dengan kemahiran fokus. Kemahiran ini dapat membantu meningkatkan lagi penguasaan 51

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

kemahiran fokus di samping menjadikan pengajaran guru lebih bererti dan menarik.

(b) Proses penggabungjalinan berlaku di antara kemahiran yang berkaitan secara bersepadu dan menyeluruh. (i) Penggabungjalinan Kemahiran Secara Merentas Kurikulum Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum adalah melibatkan

kemahiran-kemahiran seperti berikut: Kemahiran belajar untuk belajar Kemahiran membaca pantas, mencari dan memilih maklumat, merujuk, membuat nota, menulis ringkasan, berkomunikasi di khalayak ramai dan sebagainya diberi penekanan dan disepadukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis Pelajar akan berupaya untuk mengenal pasti fakta, andaian serta idea yang berkemungkinan membawa kepada perubahan positif. Pemikiran kritis juga membolehkan pelajar menganalisa sesuatu persoalan dan seterusnya mencari jalan untuk membuat penyelesaian yang tepat. Pelajar juga akan berfikiran kreatif dan mampu untuk menjana idea atau pemikiran baru, mengeluarkan cadangan, membina jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah dan

membolehkan seseorang untuk menghasilkan satu produk atau inovasi baru. Kemahiran pelbagai kecerdasan

Bagi kemahiran pelbagai kecerdasan, Howard Gardner telah menyenaraikan lapan kecerdasan yang pelbagai: 52

Kecerdasan bahasa Kecerdasan logik-matematik Kecerdasan muzik Kecerdasan ruang Kecerdasan kinestetik

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Kecerdasan interpersonal Kecerdasan intrapersonal Kecerdasan naturalistik

Jika usaha memperkembangkan pelbagai kecerdasan yang ada pada pelajar berjaya dilaksanakan, ia akan dapat melahirkan individu yang holistik, seimbang dan harmonis.

Kemahiran generik

Ini termasuklah kemahiran berkomunikasi dengan berkesan, mahir dalam penggunaan teknologi, kebolehan membuat perancangan dan mengelolakan aktiviti, mampu melakukan kerja dalam kumpulan, berupaya untuk

menyelesaikan masalah, berkebolehan mengurus, memilih dan menganalisis maklumat, berkebolehan menggunakan idea dan teknik matematik, kebolehan memahami budaya, dan mempunyai literasi maklumat.

Ini mampu untuk menyediakan satu generasi yang akan menjadi pekerja yang cekap, mahir dan berketrampilan di tempat kerja dan alam pekerjaan di samping mengekalkan budaya dan etika yang baik.

(ii) Kebaikan Penggabungjalinan dalam Pengajaran Terdapat beberapa kelebihan jika penggabungjalinan dalam proses pengajaran dan pembelajaran terlaksana.

Antara kebaikan tersebut ialah: Sebagai pengukuhan kepada kemahiran yang telah diperolehi daripada mata pelajaran lain. Kemahiran sampingan yang terdapat dalam penggabungjalinan dapat membantu penguasaan kemahiran fokus seperti yang dikehendaki dalam objektif

pengajaran dan pembelajaran. 53

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Pelajar berpeluang untuk menyepadukan kemahiran-kemahiran yang perlu dalam kehidupan. Penggabungjalinan berupaya menimbulkan suasana pembelajaran yang menarik dan mengelakkan kebosanan. Menggalakkan proses pertumbuhan dan perkembangan pelajar secara

seimbang, harmonis dan bersepadu.

Rumusan

Deria dan seni lebih tertumpu kepada kepekaan deria terhadap perkembangannya.

Di samping itu, pengaruh persekitaran dan pengalaman juga dapat mempertingkatkan lagi ketajaman sesuatu deria dan

perkembangannya terhadap nilai-nilai estetika. Aktiviti-aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan secara tidak langsung melatih deria mengalami pelbagai peristiwa. Dengan mengadakan penggabungjalinan aktiviti, kefahaman terhadap bidang Seni dalam Pendidikan dapat dipertingkatkan lagi.

MMMMMMM

54

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

TAJUK 2

KREATIVITI, ESTETIKA DAN EKSPRESI VISUAL

2.1 Sinopsis Tajuk ini memberi pendedahan tentang huraian konsep-konsep kreativiti, estetika, ekspresi visual kanak-kanak dari beberapa tokoh dan pengkaji lukisan kanakkanak. Perhatian diberi kepada aspek kajian kepada konsep-konsep yang diketengahkan. 2.2 Hasil Pembelajaran

1.2.1 Menjelaskan konsep kreativiti, estetika dan ekspresi visual 1.2.2 Menghurai ciri-ciri kreativiti, estetika dan ekpresi visual dan faktor yang menghalang kreativiti kanak-kanak 1.2.3 Menjelaskan kepentingan proses kreativiti dan artistik 1.2.4 Membandingkan pendapat beberap tokoh tentang kreativiti, estetika dan ekspresi

2.3

Kerangka konsep tajuk modul ini.

KREATIVITI, ESTETIKA DAN EKSPRESI VISUAL

KOH KONSEP
KREATIVITI

KONSEP ESTETIKA ESTETIKA

KONSEP EKSPRESI VISUAL

PROSES KREATIVITI DAN ARTISTIK

TOKOHTOKOH

KREATIVIT I55

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

2.4

Kandungan

Pengenalan Tajuk Kreativiti, Estetika dan Ekspresi Visual merupakan kesinambungan dari tajuk 6 Imaginasi dan Kreativiti kanak-Kanak. Semasa sesi interaksi

bersemuka, anda telah didedahkan dengan pelbagai ragam gaya lukisan kanakkanak merangkumi ciri lukisan kanak-kanak, watak-watak dan gaya bahasa

kanak-kanak menerusi analisis lukisan yang telah anda laksanakan. Apa yang anda perolehi itu kesemuanya adalah petunjuk kepada ekspresi visual kanakkanak berdasarkan imaginasi serta daya kreativiti kanak-kanak. Hasil lukisan kanak-kanak itu mempunyai nilai estetiknya tersendiri. Kesinambungan daripada tajuk itu kita akan menumpu secara lebih spesifik kepada konsep seperti kreativiti, estetika dan ekspresi visual seperti yang dinyatakan.

Kreativiti (Senario Guru di Sekolah Pendalaman) : Dalam sebuah artikel mengatakan; Ada sebuah sekolah di pendalaman negeri Sabah, guru menggunakan daun keladi sebagai menggantikan kertas lukisan semasa menjalankan kelas seni . Ini berikutan kesukaran guru mendapatkan sumber bekalan kertas lukisan kerana kedudukan sekolah agak jauh dari pekan. Guru berkenaan terpaksa berkorban masa saban minggu untuk mengumpul helaian daun keladi di sekitar kampung untuk dibawa ke sekolah. Merujuk kepada senario di atas, adakah anda pernah mengambil tindakan yang serupa bila berhadapan dengan masalah ? Bolehkah kita mengatakan guru berkenaan sebagai guru yang kreatif ? Bagaimana pula jika anda mendapati pelajar di sekolah anda suka mencipta roket kertas ? Bolehkah anda mengatakan pelajar anda pelajar yang kreatif ?

56

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Terminologi kreatif berasal dari perkataan Latin creare yang bermaksud membuat/ mencipta/ mereka cipta. Manakala Greek memenuhi. creare bermaksud Sehubungan itu dapat dirumuskan bahawa kreativiti melibatkan

daya berfikir dan kemahiran berfikir yang menerbitkan idea manakala pemikiran kritis adalah pemikiran yang menilai ke atas sesuatu idea. Oleh itu pemikiran kreatif mestilah berasaskan manipulasi dari pengalaman serta pengetahuan yang sedia ada bagi membolehkan seseorang itu dapat mencetuskan idea atau hasil ciptaan yang baru dan lebih baik daripada yang sebelumnya. Jika anda boleh mendefinisikan kreatif dengan cara metafora, apa yang boleh anda kata dan mengapa ? Contoh : Kreativiti seperti kucing mengejar ekornya.

Dalam tindakan kita mencipta atau menyelesaikan masalah cara kreatif kita sering memusing keliling seperti dalam bulatan yang tiada penghujungnya bagi mendapatkan idea. Kadang kala jawapan atau penyelesaian itu betul sebelum kita sedar tapi sayang kita tidak melihatnya. Jadi untuk mendapatkan penyelesaian, himpunkan cebisan-cebisan yang tertinggal, selesaikan masalah. Apa yang perlu, kita harus melihat sesuatu yang sering kita lihat itu dengan cara baru dan berlainan. http://www.uwsp.edu/education/lwilson/creativ/define.htmDikeluarkan pada 28/8/09

Kreativiti berfikir di

bersangkut dengan pemikiran kreatif. Berfikiran kreatif bermaksud luar kotak. Ia juga berkait dengan keupayaan seseorang

Kreativiti pada dasarnya ialah satu bentuk penyelesaian masalah. Tapi ia adalah sejenis penyelesaian masalah yang istemewa suatu yang melibatkan masalah yang mana tiada jawapan mudah : iaitu masalah yang popular atau biasa tapi sukar untuk diselesaikan. Kreativiti melibatkan penyesuaian dan kemudahlenturan/fkelsibeliti pemikiran. Inilah satusatunya kemahiran yang banyak dalam laporan pendidikan.(Contoh : 57 Laporan Carnegie 1986) yang dicadangkan dan kritikal bagi pelajar. Sumber : http://www.kidsource.com/kidsource/content2/Creativity_in_kids.htmlDikeluarkan pada 28/8/09

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

menyelesaikan

masalah.

Kathy

Goff,

dalam. itu

http://www.creativitycentre.com/Ret.2001, mengatakan pemikiran kreatif

melewati imaginasi kita untuk mencipta idea-idea baru. Ia adalah gaya hidup, sifat personaliti seseorang, cara melihat dunia dan cara kita berinteraksi dengan sesuatu. Dalam sebuah laporan 'All our futures: Creativity, Culture and Education', the National Advisory Committee's report (DfEE, 1999).

Definisi kreativiti dirungkaikan kepada empat ciri ; pertama yang melibatkan pemikiran dan tingkahlaku imaginatif. Kedua ialah aktiviti imaginatif

(penghayalan) yang bertujuan, iaitu terarah bagi mencapai satu-satu objektif. Ketiga proses ini mesti menjana sesuatu yang asli (original). Keempat ialah nilai yang berkait dengan objektif yang dikhayalkan itu. Laporan ini juga mengatakan bahawa darjah kreativiti seseorang boleh jadi berkurang atau lebih jika diberi peluang.

Aktiviti 1 : Beri satu contoh anda berfikir di luar kotak bila mana sesuatu masalah tidak dapat diselesaikan di bilik darjah ? ( 30 minit )

Menurut Muhamad Tamyez Bajuri (1996), kreativiti adalah berkait dengan aspek penerokaan, sama ada melalui mental atau fizikal. Daya inilah yang membawa kita kepada satu cara pemikiran di luar pemikiran biasa (berfikir diluar kotak). Sesungguhnya kreativiti melibatkan daya berfikir dan kemahiran berfikir seseorang , maka itu ia dapat dibentuk, dilatih menerusi ransangan tertentu.
Creativity

has been considered in terms of process, product or person (Barron and Harrington, 1981) and has been defined as the interpersonal and intrapersonal process by means of which original, high quality, and genuinely significant products are developed. Dipetik Aktiviti dari 2 : sumber :http://www.kidsource.com/kidsource/content2/Creativity_in_kids.html- dikeluarkan pada 28/8/2009,
David Peat Creativity and Education dalam http://www.paricenter.com /library/paper/peat19.php, mengatakan : I would argue that there can be no program, no system of training or education for creativity. Whatever definition or boundry we draw around it, something else that is totally 58 creative will emerge in a different place. Creativity is not a skill, it is not a sort of muscle of the brain, or a technology of the mind. Creativity makes use of knowledge and skill but that is not where its roots lie.

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Uji pemikiran kreatif anda, cuba sambungkan kesemua sembilan titik hitam yang terdapat dalam rajah di bawah ini dengan tidak melebihi empat garis lurus tanpa mengangkat pensil. ( 30 minit )

Setelah anda menyambung titik tersebut , adakah anda menyedari tindakan kreatif anda itu? Tahukah anda apakah ciri-ciri individu kreatif tersebut ?

Berikut adalah antara ciri-ciri individu kreatif. Seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam apa-apa keadaan.

Bersifat fleksibel

Sensitif dan peka

Sensitif menggunakan deria dan alam sekeliling Cetusan idea yang asli , membuat kerja mengikut cetusan rasa bukan cedokan.

Idea asli / Tulen

Mengambil perhatian, membuat pertimbangan, 59

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Bersifat terbuka

menganalisis, menerima pandangan dan pendapat orang lain. Berfikir secara logik dan rasional.

Logik

Berfikiran bebas

Mempunyai daya fikir yang tidak terkongkong

Bandingkan idea / pandangan pakar-pakar berikut mengenai kreativiti ; E. Paul Torrance Pencipta kepada Torrence Test of Creative Thinking iaitu satu kaedah penanda aras dalam mengukur tahap kreativiti seseorang. Menganjurkan tujuh kaedah utama dalam proses penjanaan kreativiti seseorang individu : Penyoalan, Penemuan, Pemerhatian, Percubaan, Penerokaan, Memanipulasi, Aktiviti bermain

June King McFee

Melihat bahawa kreativiti seseorang mampu dirobah bagi melahirkan satu idea yang baru.

Carl Rogers

Melihat bahawa faktor kesihatan adalah menjadi asas kepada menjadi manusia kreatif: keterbukaan kepada pengalaman, menikmati keindahan, Menghargai diri, Mengamalkan kebebasan

Victor Lowenfeld

Pakar ini percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Melihat kreativiti pada seorang murid boleh diukur melalui empat komponen utama iaitu kelancaran, fleksibel, keaslian dan kepekaan

Guilford

Pengatur kepada Teori Struktur Intelek (SI) terdiri daripada 180 kebolehan (termasuk kreativiti) dalam dimensi operasi, kandungan dan hasilan http://www.en.wikipedia.org/wiki/jpguildford#bibliography

Alexander Osborne

Pengasas kepada Creative Problem Solving (CPS). Banyak mengutarakan model-model pemikiran produktif. Menganjurkan sesuatu masalah boleh diselesaikan secara kreatif melalui model CPS. Perluasan Kaedah kreatif: Membesarkan, mengecilkan, membanyakkan,

60

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

mengurangkan,mengubahsuaikan menukar kedudukan. Kaedah kreatif Alexander Osborne akan disentuh dengan lebih terperinci dalam kursus yang akan datang

Aktiviti 3 :

Pada pandangan anda apakah yang menjadi penghalang kepada kreativiti kanak-kanak ? ( 30 minit ) Meransang Kreativiti Cuba anda ikuti keterangan di bawah : Antara strategi yang dapat dilakukan untuk merangsang ke arah pemikiran kreatif ialah melalui kaedah sumbangsaran (Brainstorming). John Baer (1997) menggariskan 4 panduan utama semasa menjalankan sesi sumbangsaran . Cuba anda teliti 4 strategi di bawah ini. Strategi Pertama. Elakkan daripada membuat penilaian awal terhadap pemikiran muridmurid semasa proses awal sumbangsaran. Tindakan ini boleh membantutkan keyakinan dan usaha murid-murid untuk menyalurkan idea-idea kreatif mereka.
Strategi Kedua. Elakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu. Ini kerana, apabila idea dan saranan dihakimi oleh individu atau kumpulan ianya akan menerbitkan perasaan ego maka kerjasama dalam kalangan murid akan berkurang. Sekiranya keadaan sebegini berlaku, biasanya akan wujud suasana tegang dalam kalangan murid kerana mereka akan cuba mempertahankan idea mereka dan secara tidak langsung akan berlaku kesukaran pada guru untuk memperbaiki idea

tersebut. Strategi Ketiga. Main peranan sebagai guru untuk menjelaskan kepada murid-murid bahawa tidak menjadi kesalahan untuk meminjam idea dan meniru cara yang telah sedia ada bagi tujuan penambahbaikan dalam proses seterusnya. Strategi Keempat. Menggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa daripada murid walau pun terkeluar idea yang tidak masuk akal. Galakan sebegini dapat merangsang murid berfikir di luar daripada kemampuan. Ini supaya murid dapat melahirkan idea yang menarik, jika tidak, idea hanya bersifat konvesional / biasa sahaja. 61

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Aktiviti 4 :

Pada fikiran anda apakah bentuk ransangan yang boleh anda lakukan untuk murid-murid anda di sekolah, khasnya murid-murid di tahap 1 dan 2? ( 30 minit ) Fisher,R(2006) soalan untuk merangsang kreativiti boleh dirangkum dalam kumpulan huruf CREATE seperti: Combine/Connect Terangkan bagaimana anda boleh mengaplikasikan rujukan ini dalam merangsang kreativiti kanak-kanak Rearrange semasa membuat corak. Eleminate Adapt Try another use Extend Sumber:http//www.teach thinking.net Proses Kreativiti dan Artistik Seperkara yang sangat signifikan dalam konteks pembelajaran seni, khususnya dalam aktiviti melukis ialah proses artistik. Proses artistik ialah proses penghasilan karya. Proses artistik memberi kuasa tujuk kepada guru pendidikan seni bagaimana pelajar menjana serta mengembangkan idea

(proses kreativiti) berdasarkan pemerhatian dan pengamatan mereka. Laura H. Chapman di dalam bukunya Approach in Art Education (1978), menjelaskan bahawa proses kreativiti mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir sama dalam proses penghasilan karya (proses artistik). Chapman juga menjelaskan bahawa proses artistik itu adalah tidak rigid dan bersifat boleh ubah dari segi kaedah dan tekniknya. Bagaimana pun beliau menyarankan prosesnya melalui tiga langkah seperti di bawah :

I Penjanaan Idea (Inception of Idea)

Pengkarya/Pelukis menetapkan objektif dan hala tuju menghasilkan karya. Ini bergantung kepada idea / sumber idea yang datang kepada pelukis. Kadang kala prosesnya mengambil masa yang agak lama.

II 62

Peringkat penghalusan atau pemurnian idea. Ini

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Pengolahan/Pemurnian Idea (Elaboration & Refinement)

dibuat bagi menentukan imej yang dihasilkan benar-benar menepati tema atau tujuan dan untuk memperolehi hasil terbaik. Peringkat ini biasanya diulang beberapa kali.

III Kemahiran Mengguna Bahan (Execution in a Medium)

Pengkarya menentukan bahan yang sesuai untuk berkarya. Pemilihan bahan memberi kesan kepada hasilan karya dan jangkamasa menyiapkan karya.

Dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah proses artistik adalah merujuk kepada aturan berikut :

1 Pemerhatian 2 Penerokaan 3 Penghasilan 4 Apresiasi

Proses artistik sebenarnya bermula dari memilih suatu pandangan menarik umpamanya, atau memberi fokus kepada keunikan sesuatu objek hinggalah kepada siapnya sebuah hasil karya. Dalam hal ini pelajar sebenarnya telah melalui satu proses di mana mereka membuat pemerhatian , meneroka, menganalisa, menilai secara kritis serta menghasilkan karya , kemudian menghargai hasil kerja seni mereka sendiri. Secara tidak langsung ini dapat meningkatkan kefahaman mereka tentang nilai-nilai artistik/estetika pada sesebuah karya.

Aktiviti 5 :

Perlukah anda membimbing pelajar anda dalam menjana idea? Mengapa ? Bincangkan bersama rakan anda. Beri contoh bagaimana guru memudahcara supaya murid dapat menjana idea. ( 60 minit ) 63

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

i) Rakan A :______________________________________________________ ii) Rakan B : _____________________________________________________ iii) Rakan C : _____________________________________________________

Konsep Estetika Perkataan estetika diambil dari perkataan Greek iaitu aisthetikos yang merujuk kepada perkara yang berkaitan dengan pancaindera atau deria. Estetika sering dikaitkan dengan hasil karya seni, atau pada sesuatu yang ada nilai seninya. Bagi sebahagian besar kita menyatakan sebagai indah atau cantik. Dalam Bahasa Inggeris disebut beautiful. Mampukah untuk kita mengukur keindahan atau kecantikan itu ?. Cuba anda amati hasil karya di bawah :

64

Reformasi Series 1999 Karya Catan Zulkifli Yusoff . Sumber: The Art Gallery Penang

Lukisan Dayang Ai Bt Hamzah Umur : 6 Tahun/2009 Sumber : Tadika Sri Murni IPGM Kampus TawauIPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU JABATAN KAJIAN SOSIAL,

Sumber : Student Art Gallery http://azarted.org/gallery.asp.dikeluarkan pada.26/07/08

Aktiviti 6 :

Berdasarkan pengamatan anda kepada empat hasil karya di atas, cuba jawab soalan di bawah. ( 60 minit ) i) ii) Pada pandangan anda karya manakah yang lebih menarik ? Adakah karya itu mempunyai nilai estetika?

iii) Beri justifikasi kepada jawapan anda.

Ikuti keterangan seterusnya ; Secara lebih lanjut, dalam memahami konsep estetika, usahawan seni Rahimie Harun (2004) mendefinisikan estetika dengan rumusan berikut:

Unique + A2 = Value Aesthetics Asimillation

65

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Menurut beliau setiap hasil kerja seni mempunyai nilai seninya tersendiri . Nilai itu terbit daripada gabungan keunikan beserta pelbagai elemen seni visual lain seperti rupa, bentuk, jalinan (estetik) disertai dengan asimilasi idea, konteks, sejarah, antropologi, emosi dan sebagainya. Dapatkah kita menentukan nilai hasil kerja seni murid-murid kita ?

Aktiviti 7: Cuba anda perhatikan karya di bawah. Dapatkah anda mengesan aspek estetika bagi kedua-dua karya ini? ( 60 minit )

66

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

A painting by artist Miquel Barcelo at the Spanish pavilion Picture: AFP/GETTY Sumber : http://www.telegraph.co.uk/culture/culturepicturegalleries

Sumber : Gambarfoto Laman Arca UPSI Tahun 2002

Konsep estetika dalam seni seperti pendapat ahli kaji purba Jerman, Winckleman, dianalisis oleh Rasilan Johnny @ Roslan (1999), Winckleman menggabungkan pemerhati dan objek yang diperhatikan untuk tujuan mengenal atau menyedari keindahan. Walau bagaimana pun Winckleman lebih

memberikan tumpuan kepada pemerhati kerana menurutnya jika tidak ada pemerhati, objek atau sesuatu benda itu tidak indah. Oleh itu apa yang indah adalah apa yang difikirkan , diberi reka bentuk dan diusahakan. (Sila rujuk Teks Pendidikan Seni Visual dan Muzik Editor Mohd Johari Ab Hamid, 2004) Menurut pandangan Al Ghazali, keindahan ialah nikmat yang tersendiri, yang dihayati keranaNya dan bukan kerana tujuan yang lain. Keindahan tiap-tiap satu benda itu terletak pada kesempurnaannya yang disedari melalui sifatnya. Justeru itu, cetusan rasa keindahan yang diamati secara luaran adalah pada tahap yang dialami oleh kanak-kanak dan haiwan manakala rasa keindahan yang timbul dari dalam diamati oleh mata hati dan cahaya penglihatan batin manusia terdiri dari mereka yang dewasa. 67

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Beauty is not something that "exists" objectively but something that "is felt." Some element existing in the object gives the subject an emotional stimulation that is felt by the subject as beauty. Then, what is this element that stimulates the subject emotionally, in other words, what is the element of beauty? It is the combination of the purpose for which the object was created (the purpose of creation) and the harmony of the physical elements within the object. That is to say, when the physical elements, such as lines, shapes, sounds, colors, space are well harmonized centering on the purpose of creation, they give to the subject an emotional stimulation that is felt as beauty. When beauty is recognized as such by the subject, it becomes actual beauty. Theory of Art
http://www.messagesfromspiritworld.info/UTW/Unification%20Tho ughta8.html Dikeluarkan 26/6/2005

Pengalaman estetik adalah hasil interaksi pemerhati dengan objek tersebut. Ia tidak akan berlaku sekiranya salah satu antaranya tidak berinteraksi. Keadaan ini berlaku apabila seseorang itu bersifat sedia menerima dengan mengamati dan memahami beberapa aspek atau pengalaman yang

membolehkannya membuat pentafsiran. Menurut kajian terdapat dua cara untuk melihat sifat kecantikan iaitu konsep relativist dan konsep objektivist. Bagi yang menginterpretasi sesuatu objek seni itu melalui konsep relativist ialah mereka yang dipengaruhi oleh pengalaman, persekitaran individu, budaya dan cara hidup. Maka sudah tentu wujud perbezaan persepsi dan pendapat tentang nilai keindahan terhadap sesuatu objek seni. Misalnya mereka yang tinggal di daerah Kalabakan, Tawau dimana masyarakatnya hidup serba kekurangan dalam persekitaran pertanian kepala sawit jauh dari bandar akan berbeza persepsi rasa keindahan atau nilai estetik berbanding masyarakat yang tinggal di Petaling Jaya. Konsep objektivist percaya bahawa kecantikan itu sudah ada bersama objek seni dan bukan terletak pada persepsi seseorang. Maka untuk mentakrif kecantikan pada sesebuah karya adalah dilihat dari aspek formalistik yang berkaitan dengan kandungan atau isi (subjek) dan bentuk (form) iaitu merujuk 68

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

kepada elemen-elemen seni (garisan ,rupa, jalinan, bentuk, ruang dan warna) dan prinsip-prinsip seni (imbangan, kontra, penegasan, irama, pergerakan, harmoni, kepelbagaian, kesatuan) pada karya. Dengan itu seseorang harus

menguasai pengetahuan formalistik atau aturan dalam bidang seni terlebih dahulu sebelum ia dapat merakamkan pengalaman estetikanya terhadap objekobjek seni di sekelilingnya. Aktiviti 8 :

Berdasarkan dua buah karya catan di bawah, cuba anda tafsirkan karya tersebut menurut kedua-dua konsep yang dijelaskan. Adakah terdapat perbezaan tafsiran ? ( 60 minit )

Karya 1 : Siri Tari


Pelukis : Yusof Ghani Sumber : Balai Seni Lukis Negara

Karya 2 : Pelukis Tan Choon Ghee Sumber: Balai Seni Lukis Negara

Aktiviti 9 : 3 tinggal dalam dua zaman Bincangkan bagaimana dua orang yang yang berbeza memberi tafsiran tentang1keindahan sesuatu objek seni yang sama secara berbeza? Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kedua-dua orang tersebut? ( 60 minit ) Konsep Ekspresi Visual 69

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Sejak dari zaman batu hingga ke hari ini manusia adalah dikatakan sebagai pembuat imej. Contohnya imej yang terdapat di gua Laucaux , Perancis atau gua Niah di Sarawak. Tujuan utama menghasilkan imej ini adalah sebagai sumber komunikasi. Hal yang sama pada kanak-kanak, seawal umur dua atau tiga tahun sudah membuat contengan bagi tujuan pernyataan dan komunikasi berdasarkan gaya mereka sendiri. Representasi imej yang dijelmakan itu adalah ekspresi visual yang tidak sama bagi setiap individu. Ekspresi visual seseorang pelukis terhadap sesuatu objek yang dilukis misalnya merupakan manifestasi rasa dalaman yang dianggap sebagai pernyataan perasaan.

the expressionist uses the term expression simply to record the obvious fact that art has something to do with human emotions and feelings. But by articulating this in term of expression a special and by no means obvious slant is placed on this intuitively obvious assumption which suggests that art is the venting or exhibition of emotion. And this slant is largely determined by ordinary meaning of the term expression H.Gene Bloker dalam (Philosophy of Art: Expression : http://www.ebookrate.com/pal.htm)

Berdasarkan teori ekspresi seperti yang diutarakan oleh Tolstoy, ekspresi datang daripada peranan yang dimainkan oleh seni dalam masyarakat dan

perkembangan sejarah manusia. Seni muncul dalam segenap kehidupan dan mempunyai keupayaan menyatukan manusia sebagai satu komuniti. Ekspresi dalam seni menurutnya ialah satu bentuk komunikasi, seumpama bahasa. Berdasarkan konsep ekspresi visual ini, setiap orang melukis atau mencipta imej sesuai dengan tanggapan daripada apa yang mereka tahu dan lihat. Ini adalah tertakluk kepada persepsi dan daya tafsir yang berbeza. Dalam erti kata lain sebarang ungkapan yang terpancar melalui imej yang diciptakan ialah apa yang dirasai oleh pelukis itu sebagai satu ekspresi dalaman yang mempengaruhi ekspresi visualnya. Dengan sebab itulah terdapatnya pelbagai rupa dan corak hasil lukisan dan ini merupakan gagasan yang diekspresikan oleh seseorang pelukis. (The Expression Theory. http://www.david-

closs.com/express.html)

70

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Bagi Collingwood pula melihat ekspresi sebagai perhubungan yang rapat antara perasaan pelukis dan hasil kerjanya. Pelukis tidak perlu meluahkan perasaannya untuk khalayak. Collingwood mempunyai teorinya sendiri yang dinamakannya sebagai Korupsi Kesedaran (Corruption's of Consciousness).

Emosi sebegini tidak jujur dan telah difahami sebagai pernyataan pelukis. Khalayak pula tidak berhajat untuk mengalami perasaan itu. Bagi Collingwood karya seni yang sama memiliki kualiti ekspresi yang berlainan. Contohnya kerja seni yang sama boleh berkongsi kualiti ekspresi tentang keriangan, kemurungan dan kebimbangan juga boleh menggambarkan ketenangan. Collingwood melihat perasaan yang sebenarnya adalah bersifat individual dan kontekstual. Menurut Chapman (1985), ada tiga aspek yang menentukan perbezaan ekspresi iaitu daya intuisi, persepsi dan konsepsi. Ketiga-tiga aspek ini mempunyai pengertian yang berlainan dan ada pelbagai faktor pula yang akan membawa kepada perbezaan bentuk ekspresinya. Konsep ekspresi visual pada sebuah lukisan umpamanya boleh membawa pelbagai pengertian bergantung kepada si pelukis itu. Sebenarnya terdapat pelbagai pendekatan yang digunakan oleh manusia bagi tujuan ekspresi antaranya melalui lisan,

perasaan dan emosi , tulisan dan bahasa, penciptaan dan penghasilan Yang paling lazim dan pergerakan. ialah

tradisional

membuat penggambaran visual. Bagi kanakkanak melalui aktiviti seni merupakan jalan yang paling mudah bagi mereka memperkembangkan daya kreativiti serta membuat ekspresi visual (pernyataan hasrat diri atau ekspresi diri). Cuba anda perhatikan ekspresi visual kanak-kanak di bawah ini :

71

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Sumber : http://shakk.us

Aktiviti 10 : Perhatikan gerak geri murid anda, pilih satu daripada karya murid anda. Dengan merujuk kepada pandangan tiga orang tokoh tentang ekspresi visual, huraikan ekspresi visual dalam karya murid anda . ( 60 minit )

Rumusan Anda telah didedahkan dengan konsep-konsep kreativiti, estetik dan ekspresi visual. Anda juga telah dijelaskan dengan proses kreatif dan artistik. Menurut G.Perry (1970), dalam Metodologi Pendidikan Seni, oleh Hj. Iberah im Hassan (2000), guru perlu mengambilkira tentang perkembangan individu seperti kreativiti, idea, persepsi dan perasaan seseorang pelajar. Laura Chapman (1978) dan Effland (1977) pula mencadangkan pelajaran Pendidikan Seni harus boleh memberi latihan kepada pelajar untuk membuat pernyataan seni (ekspresi visual). Menerusi pendekatan pengajaran seperti yang disarankan oleh Effland (1977) pula terdapat enam pendekatan yang melibatkan ekspresi di mana wujud 72

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

aktiviti penerokaan, pengolahan dan penghasilan seni. Pelajar terlibat dalam penemuan idea sendiri secara kreatif dan membentuk diri mereka bekerja dengan media. Ketiga-tiga aktiviti ini menjadi proses kesenian yang dipelajari oleh pelajar dalam aktiviti studio di sekolah. Micheal (1983) pula menyatakan pengalaman seni akan membantu pelajar dalam pembelajaran dan perkembangan mereka dari peringkat paling asas seperti mengenali diri mereka, mengenali seni dan kebudayaan mereka, perasaan, konsepsi dan ekspresi diri mereka melalui media. Dalam hal ini secara tidak langsung ia membabitkan proses pengajaran dan pembelajaran,

bagaimana seseorang guru seni mengendalikan pengajarannya. Dalam konteks melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, seorang guru seni harus berfikiran kreatif dan hendaklah sentiasa meransang serta membimbing murid-muridnya agar sentiasa berfikiran kreatif dan fleksibel. Dengan demikian murid-murid akan lebih mudah menjana idea dalam proses berkarya.

Latihan 1 : Aspek manakah yang mempengaruhi kreativiti anda, budaya, latar belakang atau persekitaran ? Hasilkan sebuah kolaj, lukisan atau catan, sebagai mewakili idea anda.

( 120 minit ) Latihan 2 : Setelah anda mengetahui strategi meransang kreativiti , cuba anda senaraikan apakah perkara-perkara yang boleh menjadi penghalang kepada kreativiti kanak-kanak. ( 30 minit ) i)_______________________________________________________________ ___ 73

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

ii)_______________________________________________________________ ___ iii)______________________________________________________________ ____ iv)______________________________________________________________ ____

Latihan 3 : Terdapat perbezaan ekspresi diri pada setiap seseorang. Bincangkan apakah faktor yang mempengaruhi gaya dan cara seseorang itu membuat ekspresi diri? ( 30 minit ) ________________________________________________________________ _________ Anda boleh meluaskan pengetahuan anda tentang kreativiti estetika dan ekspresi visual dengan melayari internet serta membuat bacaan lanjut terhadap sumbersumber rujukan lain serta mengadakan perbincangan dengan rakanrakan. ( 60 minit ) Contoh: Dapatkan bahan bukti hasil daripada sumber internet dan sediakan satu peta minda sebagai pengukuhan berdasarkan pandangan dan pandapat tokoh pendidik dan pengkaji lukisan kanak-kanak.

74

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

PENDEDAHAN KEPADA PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN ASAS SENI DALAM PENDIDIKAN PERINGKAT SEKOLAH RENDAH
SINOPSIS Mata Pelajaran ini mengandungi konsep serta latar belakang dan kepentingan Seni Dalam Pendidikan bagi memperkemas proses pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar, membantu guru-guru atau peserta kursus mengetahui dan memahami latar belakang Seni Dalam Pendidikan sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Mata Pelajaran ini menjusus ke arah pengetahuan asas tentang Seni Visual,Seni Muzik dan Pergerakan. Gabungan ketiga-tiga aspek ini akan mengembangkan proses pembelajaran di peringkat kanak-kanak yang menyeronokan.

HASIL PEMBELAJARAN 1. Memahami dan menghuraikan konsep, latar belakang, matlamat dan objektif Seni Dalam Pendidikan.

2. Membuat hubungkait teori konstruktivisme dengan Seni Dalam Pendidikan serta membanding beza pendapat beberapa tokoh-tokoh pendidik .

3. Mengaplikasi pelbagai kaedah dalam aktiviti penerokaan.

75

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

KERANGKA TAJUK

SENI VISUAL

PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS SENI VISUAL

PENGENALAN KEPADA ASAS SENI REKA

PENGENALAN KEPADA BIDANG SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH

SENI MUZIK

PENGENALAN KEPADA PENGETAHUAN ASAS SENI MUZIK

PENGENALAN KEPADA KEMAHIRAN MUZIK ASAS MELALUI AKTIVITI

PENGENALAN KEPADA KEPENTINGAN MUZIK SEKOLAH RENDAH

76

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

PERGERAKAN

PENGENALAN KEPADA KONSEP PERGERAKAN

PENDEDAHAN KEPADA KEMAHIRAN ASAS PERGERAKAN

PENGENALAN KEPADA ASAS PERGERAKAN DI SEKOLAH RENDAH

TAJUK 1 PENDEDAHAN KEPADA PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN ASAS SENI VISUAL


1. SENI VISUAL

1.1 Pengenalan Kepada Konsep Asas Seni Visual

Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak. Subjek ini lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui imaginasi dan konsepsi murid. Murid penajaman daya intuisi, persepsi, diharapkan dapat mengamalkan

pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan.

Kurikulum Pendidikan Seni sekolah rendah merangkumi empat

bidang iaitu

menggambar, membuat rekaan dan mencorak, membentuk dan membuat binaan, dan kraf tradisional. Murid diajar untuk melihat subjek ini daripada perspektif yang lebih luas, sama ada dari aspek keindahan mahupun gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid akan dapat memahami mengenai pelbagai khazanah dalam konteks seni warisan bangsa.

77

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

HASIL PEMBELAJARAN 1. Membuat huraian tentang Asas Seni Reka serta mengenali bidang- bidang kegiatan Seni Visual. 2. Menggunakan kemahiran akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri untuk kecemerlangan diri yang berterusan.

1.2. Pengenalan kepada asas Seni Reka Topik ini akan membincangkan beberapa aspek dalam Asas Seni Reka. 1.2.1 Unsur Seni Unsur seni terdiri daripada enam elemen asas yang penting dalam penggubahan sesuatu karya seni visual:

1.2.1.1

Garisan

i.

Cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan jarak tertentu. Aplikasi berbagai

mempunyai jarak-

jenis garisan dapat mencipta rupa, dan

jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang gerakan dalam seni visual.

Garisan boleh jadi dalam bentuk tebal, tipis, berbulu putus-putus, bergerigi, beralun, zig-zag dan lain-lain lagi. Garisan merupakan cantuman satu siri titik

i.

Merupakan unsur yang terpenting dalam kerja melukis dan menggambar

ii.

Melalui garisan kita boleh menulis, melakar, membuat jalinan gambar, membuat rupa dan

78

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

membentuk.

iii.

Garisan boleh dihasilkan melalui pelbagai teknik seperti; Teknik koyakan,Teknik tampalan , Teknik kolaj, Teknik gosokan, Teknik cetakan Teknik capan

Rajah 1 : Garisan

1.2.1.2

Rupa Mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan mengelilinginya. Rupa ialah sesuatu kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak berjisim). Merupakan pertemuan antara penghujung garisan dan permulaannya. Ia hanya sekadar garis luar sesuatu objek dan sifat leper atau mendatar. Rupa terbahagi dua: i. Rupa organik mempunyai garisan luaran yang berbagai, tidak menentu dan bersifat dominan. Sebahagian besar objek di dunia ini mempunyai rupa jenis ini. Rupa geometri yang terikat dengan bentuk yang khusus sepeti bulat, empat segi, kun, kubus, selinder, empat segi bujur, piramid dan beberapa contoh yang lain.Secara lumrahnya, rupa geometri dihasilkan berbantukan alat geometri.

ii.

79

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Rajah 2: Rupa

1.2.1.3

Bentuk Mempunyai struktur jisim dan isipadu. Bentuk dapat dihasilkan melalui lukisan, catan, arca, komputer dan kraf tradisi. Bentuk terdiri dari dua jenis; i. Bentuk ilusi (maya) Bentuk ilusi wujud dalam bentuk gambar, catan, cetakan, foto, illustrasi dan lukisan . Bentuk ilusi hanya dapat dilihat di satah gambar dan apabila disentuh ia hanya permukaan datar dalam bentuk dua dimensi.

Rajah 3: Bentuk Ilusi

80

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

ii.

Bentuk konkrit Bentuk konkrit bersifat tiga dimensi, maujud, berisipadu atau berjisim dan mempunyai ton, warna, jalinan dan ruang. Contoh: Bakul, bola, durian, bangunan, manusia dan lain-lain lagi.

1.2.1.4

Jalinan Merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek. Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek kepada kita. Terdapat pada sesuatu permukaan objek sama ada kasar, halus, kesat dan sebagainya. Jalinan wujud secara semulajadi atau dari buatan manusia. Jalinan yang wujud secara semulajadi mempunyai fungsi yang tersendiri dari ciptaan Yang Maha Kuasa. Jalinan terbahagi dua jenis: i. Jalinan tampak Jalinan dapat dilihat pada satah gambar yang bersifat dua dimensi. Ia terdir daripada gambar, slaid, billboard, paparan jalan, simbol dan logo. Oleh sebab ia dalam bentuk gambar, kita tidak dapat merasa jalianan secara sentuhan.

Rajah 4: Jalinan Tampak 81

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

ii.

Jalinan sentuh Manakala jalinan sentuh dapat dirasa kerana ia bersifat maujud. Sifatnya tiga dimensi. Ia terdiri daripada kulit kayu, cermin, kulit kerang, simen, buah durian dan lain-lain.

Rajah 5: Jalinan Sentuh

1.2.1.5

Ruang Merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan kosong di sekeliling objek, atau jarak antara dua objek Ruang merupakan kawasan di antara atau kawasan di sekeliling objek. Ia menggambarkan aspek kekosongan antara objek atau garisan. Ruang berada di luar, di tepi di atas atau sebagainya. Dalam aktiviti menggambar, ruang boleh dihasilkan dengan menggunakan garisan, jalinan dan warna. Pada kebiasaannya, ruang dikaitkan kepada garisan, perspektif, warna dan bentuk.

82

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Rajah 6: Ruang

1.2.1.6

Warna Pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu permukaan. warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Warna asas terdiri daripada warna biru, merah kuning; dan ianya boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan daripada campuran dua warna asas. Sementara itu, warna tertier terhasil daripada percampuran warna asas dan sekunder.

Rajah 7 : Roda Warna

83

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

1.3

Pengenalan Kepada Asas Seni Reka Prinsip-Prinsip Rekaan 1.3.1 Harmoni Kesan ini wujud di alam sekeliling apabila munculnya susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara atau gaya yang tertentu. Tujuan menghasilkan kesan harmoni adalah untuk menarik perhatian pada sesuatu gubahan, objek atau imej. Gabungan ini akan menimbulkan keadaan yang selesa, aman dan tenang.

Rajah 8: Harmoni

1.3.2 Kontra Keadaan ini berlaku apabila salah satu daripada unsurunsur seni mempunyai ciri-ciri yang bertentangan di antara satu sama lain. Ianya bertujuan untuk menimbulkan kesan yang menarik pada sesebuah karya seni. Kontra berkait rapat dengan penegasan (semakin tinggi kadar kontra semakin jelas penegasan). Kontra boleh dikaitkan dengan rupa, garisan, bentuk dan warna.

84

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Rajah 9 : Kontra

1.3.3 Penegasan Sesuatu yang boleh menarik perhatian dan tumpuan kepada pemerhatian tampak. Ianya berfungsi sebagai daya penarik, pemusatan karya, mengelak kebosanan dan menjadikan gubahan lebih menarik. Penegasan diwujudkan untuk menimbulkan kesan kelainan.

Rajah 10 : Penegasan

1.3.4 Imbangan Keadaan gubahan yang sama sempadan, sama berat dan graviti, sama kecerahan warna, sama padan dan sama gaya penampilan.Terdapat tiga jenis imbangan iaitu imbangan simetri, tidak simetri dan imbangan semua arah. Secara umumnya imbangan adalah agihan ruang dalam sesuatu hasil karya.

Rajah 11 : Imbangan

85

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

1.3.5 Pergerakan Wujud apabila terdapatnya keadaan yang bergetar, bergoyang, bergegar, berayun, bersinar-sinar dan sebagainya. Pergerakan bertujuan untuk memberi nyawa, rupa dan bentuk visual dalam seni tampak dua dimensi. Pergerakan boleh ditampilkan melalui jalinan, rupa dan ruang.

Rajah 12 : Pergerakan 1.3.6 Kepelbagaian Merupakan keadaan penggabungan pelbagai gaya, nilai dan idea yang berbeza. Susunan atau ulangan unsur-unsur seni yang bertentangan arah dan berbeza saiznya akan mewujudkan kepelbagaian.

Rajah 13: Kepelbagaian

1.3.7 Kesatuan 86

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Suatu olahan motif atau ulangan unsur-unsur seni secara sistematik, berpandukan grid berdasarkan tema atau idea sesuatu hasil karya. Susun atur yang kemas, teratur, lengkap dan sempurna dapat mewujudkan keseragaman atau kesatuan.

Rajah 14 : Kesatuan

1.4

Pengenalan Kepada Bidang Seni Visual Sekolah Rendah Pendidikan Seni Visual sekolah rendah terdiri daripada empat bidang:

1.4.1 Melukis dan Membuat Gambar Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi terhadap aspek melukis serta kegiatan menggunakan pelbagai media dan teknik dengan menekankan aspek ruang,struktur,imbangan dan komposisi. Penguasaan gambar akan menjadi lebih baik dan menarik sekiranya ada kepelbagaian bahan dan teknik yang diaplikasikan. Di dalam bidang pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah, kandungan subjek atau hal benda disesuaikan dengan pengalaman sedia ada pelajar untuk merangsang dan meningkatkan pembelajaran. Dalam aktiviti menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan berbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri, membantu perkembangan pelajar dari aspek psikomotor dan emosi dan penting dari segi keperluan fisiologi dan psikologi pelajar.

87

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Rajah 15: Kolaj

1.4.2 Membuat Rekaan dan Corak Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif yang dibuat secara terkawal atau bebas. Seringkali corak boleh didapati daripada:

i.

Alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan Bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah dan gunting

ii.

iii. Geometri seperti bulat, segi tiga dan segi empat iv. Rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris

1.4.2.1 Jenis Susunan Corak i. ii. iii. iv. 88 Penuh Turun satu suku Turun tiga suku Turun separa

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. xiv. xv. xvi. xvii. xviii.

Sisik ikan Selang seli Tampak dam dan tampak catur Siku keluang Pucuk rebung Orgee Batu bata Tunggal Berpusat Sendeng Berombak Jidar Berjalut Cerminan

1.4.2.2 Teknik Corak Corak terancang o Lukisan o Catan o Cetakan o Capan o Lipatan dan Guntingan o Resis o Kolaj o Kaligrafi

Rajah 16: Resis

Corak tidak terancang o Titisan o Renjisan o Ikatan dan celupan

89

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

o o o o

Tiupan Pualaman Lipatan Tarikan

Rajah 17: Pualaman

Rajah 18: Ikat dan Celup

1.4.3 Membentuk dan Membuat binaan Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut, murid dapat memahami 90

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membuat binaan sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan pelajar dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan.

1.4.3.1 Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan di sekolah rendah: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. Arca timbul Arca asemblaj Arca bergerak Arca stabil Model Diorama Boneka Topeng Origami

Rajah 19: Topeng

1.4.3.2 Tema dan Subjek i. Alam semulajadi ii. Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si pelukis iii. Aliran dan tema sejagat iv. Keperluan dan pengalaman harian

1.4.4 Kraf Tradisional 91

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwaris turun-temurun mengikut kaum masing-masing. 1.4.4.1 Jenis - jenis Kraf Tradisional i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. Alat domestik Alat permainan Alat mempertahankan diri Alat Perhiasan Diri Batik Seni tekat Tembikar Anyaman Tenunan

Rajah 20 : Batik Tulis

Rajah 21: Anyaman

92

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Rajah 22: Seni Tekat

Rajah 23 : Gasing

Rajah 24 : Tembikar

Rajah 25: Tenunan

93

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

TAJUK 2 PENDEDAHAN KEPADA PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN ASAS SENI MUZIK


2. SENI MUZIK SINOPSIS Topik ini memberi peluang kepada guru-guru menambah pengetahuan asas dalam bidang seni muzik yang merangkumi pengenalan asas muzik, kamahiran muzikal dan apresiasi muzik. 1. 2. HASIL PEMBELAJARAN Menyata dan menghuraikan konsep pergerakan asas Bekerjasama dan berinteraksi dalam kepelbagaian budaya dan kepercayaan

3.1

Pengenalan Kepada Pengetahuan Asas Muzik KONSEP MUZIK Muzik ialah bunyian yang disusun secara sistematik dan mempunyai kualiti tersendiri. Susunan muzik yang betul dan teliti akan menentukan kualiti. Konsep muzik ialah: I. IRAMA

IRAMA

CORAK IRAMA

RENTAK

DETIK

TEMPOH

METER

Rajah 1 : Irama Gabungan berbagai jenis not muzik yang berbeza akan 94

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

menghasilkan irama

II.

HARMONI

HARMONI

PERGERAKAN KOD

ARPEGGIO TRIAD

Rajah 2 : Harmoni

Harmoni adalah cantuman not-not yang dibunyikan serentak. Not ini bila digabung menjadi Kod sebagai mengiringi lagu.

III.

MELODI

MELODI

PIC SKEL JEDA

RANGKAIAN LAGU

SOLFA

KONTOR

Rajah 3 : Melodi Melodi mengandungi pic rendah , sederhana dan tinggi. Contohnya: lagu Rasa Sayang

95

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

IV.

EKSPRESI

EKSPRESI

DINAMIKS

ISTILAH

TANDA ISYARAT

Rajah 4: Ekspresi Ekspresi akan mempengaruhi sesuatu persembahan samada vocal atau instrumental. Ciri muzikal ini ialah dinamik, istilah dan tanda isyarat.

V.

BENTUK Bentuk ialah ciptaan muzik mempunyai struktur dua bahagian iaitu bentuk AB. Misalnya: susunan: Bentuk dua bahagian Tiga bahagian Rondo Strofik Bentuk tradisional

VI.

WARNA TON Ada kualiti dan sifat tersendiri atau berbeza bagi sesuatu muzik Contoh: i. ii. iii. iv. v. Suara menjerit dan berbisik Suara kanak-kanak dan orang dewasa Ketukan batu dan kayu Bunyi salakan anjing dengan ngauman harimau Bunyi burung hantu dan bunyi katak

96

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

vi. vii.

Bunyi seruling dan drum Suara orang lelaki dan orang perempuan

Warna ton dapat dijelaskan dengan penggunaan perkataan seperti lembut, kasar, garau, nyaring, berat dan ringan. Lelaki mempunyai suara baritone, tenor dan bes. Manakala suara perempuan mempunyai suara soprano dan alto. Dalam koir biasanya ada berbagai ton suara yang menjadikan pendengaran menarik. Dalam orchestra pula,gabungan pelbagai alatan muzik yang berbeza menghasilkan ton warna indah dan menarik pendengaran.

VII.

Jalinan Jalinan atau tekstur digunakan oleh pemuzik semasa mengadun bunyi agar jadi menarik dan digemari.

2.2 Pengenalan Kepada Kemahiran Muzik Asas melalui aktiviti Bagi membina kemahiran menyanyi dan bermain alatan muzik secara solo dan ensembel, kita harus menjalankan aktiviti bermain alat muzik dan menyanyi untuk membolehkan pelajar menikmati dan menilai persembahan muzik. 2.2.1 Tiga komponen besar dalam pendidikan muzik 3.2.1.1 Kemahiran muzikal nyanyian i. Membina teknik menyanyi dengan mengikut Postur Pernafasan Sebutan Artikulasi Ekspresi Penghasilan ton Rangkaian

ii. Membina kemahiran menyanyi Kemahiran secara individu - Menyanyi berbagai lagu secara individu - Menyanyikan skel: jeda, arpeggio menaik dan menurun - Menyanyi semula keratan lagu yang didengar 97

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Menyanyi serta merta ikut skor muzik

Kemahiran Ensembel - Menyanyi dalam ensembel vokal senada - Menyanyi dalam ensembel vokal berharmoni - Mendengar dengan teliti dan selektif

3.2.1.2 Kemahiran muzikal muzik dengan gerakan i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Bergembira bergerak ikut muzik Melibatkan diri secara aktif Mendengar dengan teliti Melahirkan ekspresi diri dengan gerakan Faham konsep muzik dengan gerakan Mengaitkan dengan budaya dalam pergerakan muzik Memupuk keyakinan diri disiplin dan estetik

3.2.1.3 Kemahiran muzikal permainan alat muzik i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Bergembira bermain muzik Penglibatan secara akrif Mendengar dengan teliti Bermain alat muzik secara muzikal dan terkawal Memahami dan mengaplikasi konsep muzik dan alat permainan Mengenali alat tradisional Memperbaiki dengan meneroka konsep muzik menerusi alat permainan Memupuk yakin diri, disiplin dan estetika

3.3

Pengenalan kepada kepentingan muzik sekolah rendah 3.3.1 Membina nilai nilai murni di kalangan pelajar Membentuk disiplin Membentuk sifat bekerjasama Sifat bertolak ansur Memberi rangsangan Memberi kegembiraan Merentas kurikulum Emosi Memupuk keyakinan diri

98

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

TAJUK 3 PENDEDAHAN KEPADA PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN ASAS SENI PERGERAKAN


3. SENI PERGERAKAN

SINOPSIS Topik ini merangkumi pengetahuan asas dalam pergerakan; bidangbidang pergerakan serta alatan dan keselamatan; pergerakan asas pendidikan pergerakan, pergerakan kreatif dan apresiasi pergerakan.

HASIL PEMBELAJARAN 1. Menyata dan menghuraikan konsep pergerakan asas. 1. Bekerjasama dan berinteraksi dalam kepelbagaian budaya dan kepercayaan.

3.1 Pengenalan kepada konsep pergerakan

Rajah 1: Kerangka Konsep 99

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

3.1 Pendekatan kepada asas pergerakan Pendidikan Pergerakan merupakan salah satu wacana yang menyumbang ke arah perkembangan keseluruhan pelajar dalam membentuk sikap dan sahsiah tentang keperluan keperluan sosial, emosi dan estetik murid berdasarkan kepada model holistik perkembangan kanak - kanak bertujuan; i. Membentuk dan memperhaluskan kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor kemahiran pergerakan manipulatif dan kestabilan saraf otot. Memantapkan tahap kecerdasan fizikal, pengetahuan dan sikap. Memantapkan keupayaan pengamatan motor melalui pengalaman - pengalaman pergerakan terarah.

ii. iii.

3.3.

Pengenalan kepada asas pergerakan sekolah rendah

3.3.1 Pergerakan Asas Proses yang memandu pelajar untuk memperoleh kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah. Mengimprovisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penemuan,penerokaan dan kreativiti.

3.3.2

Kemahiran Lokomotor Beritma Sekata 3.3.2.1 Berjalan i. ii. iii. iv. v. Postur badan & kepala tegak Kedudukan kaki Pemindahan berat badan Pergelangan kaki, lutut & pinggul bengkok. Hayunan tangan

Aktiviti-aktiviti: i. ii. iii. iv. 100 Berjalan bebas menggunakan ruang Berjalan dan berhenti bila isyarat diberi. Berjalan dengan kelajuan berbeza. Berjalan mengikut arah yang berlainan.

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

v. vi. vii. viii.

Berjalan dengan langkah kecil & besar Berjalan dengan keadaan relak Berjalan dengan membentuk badan Menjadi gemuk dan kurus. Berjalan di atas jari-jari kaki.

3.3.2.2

Berlari 1. 2. 3. 4. Kedudukan kaki Kedudukan badan Kedudukan lutut Hayunan tangan

Aktiviti-aktiviti: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. Berlari bebas Berlari bebas & berhenti apabila isyarat diberikan Berlari setempat Berlari cepat & lambat Berlari dengan langkah pendek & panjang Berlari ke hadapan & kebelakang Berlari lurus, berbelok-belok & dalan bulatan Berlari dalam arah yang berlainan Berjalan & berhenti, berlari & berhenti Membuat perbandingan dua pengalaman. Bincang mengapa senang berhenti apabila bergerak lambat Memperkenalkan konsep momentem ke hadapan Memaklumkan keperluan untuk memindah pusat graviti dari hadapan ke belakang

3.3.2.3

Skip Skip ialah gabungan dua pergerakan iaitu berjalan dan hop 1. Pergerakan kaki Melangkah & hop: Satu langkah ke kanan di ikuti dengan hop kaki yang sama dan kaki kiri melangkah di ikuti dengan

101

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

hop kaki yang sama. Masa melangkah adalah lebih panjang daripada masa hop menyebabkan pergerakan beritma tidak sekata. 2. Hayunan tangan : Tangan dihayun ke hadapan dan ke atas. Tangan bertentangan dengan kaki hadapan dihayun. Hayunan tangan yang bertentangan ini memenuhi dua fungsi iaitu memberi imbangan dan momentum semasa dalam fasa hop. 3. Berat badan dan pusat graviti Berat badan sentiasa di bebola kaki di sepanjang pergerakan. Pusat graviti berubah ke hadapan melepasi jari-jari kaki apabila skip ke hadapan manakala apabila skip ke belakang, pusat graviti berpindah ke belakang melepasi tumit. Aktiviti-aktiviti: i. ii. iii. iv. v. vi. Skip bebas Skip ke hadapan Skip ke belakang Skip mengelilingi objek Skip ke dalam dan ke luar gelung rotan Skip berbelok-belok dalam bulat

3.3.2.4

Galop Pergerakan kaki dan pemindahan berat badan satu kaki bergerak ke hadapan dan berat badan dipindahkan kepadanya. Kaki belakang digerakan ke hadapan di belakang tumit kaki hadapan. Dengan pergerakan pantas kedua-dua kaki diangkat di hadapan dan berat badan diletak pada kaki belakang. Kaki hadapan sentiasa dihadapan. 1. Pusat graviti Ia bergerak ke hadapan apabila galop ke

102

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

hadapan

2. Menolak dan mendarat a) Menolak dengan bebola kaki belakang dan mendarat dengan kaki hadapan b) Lutut dan pergelangan kaki sentiasa dibengkokkan semasa pergerakan dilakukan Aktiviti-aktiviti: i. ii. iii. iv. Galop secara bebas Galop lurus, bebelok-belok dan dalam bulatan Galop melepasi objek-objek seperti kon dan pundi kacang Berkumpul dan galop dalam bulatan, ikut arah pusingan jam dan lawan jam Berpasangan, seorang galop mengejar pasangannya Berpasangan, galop bersama dan ikut rentak yang sama

v. vi.

3.3.3

KEMAHIRAN BUKAN LOKOMOTOR 3.3.3.1 Membongkok i. Pergerakan ini membawa bahagian-bahagian rapat antara satu sama lain ii. Bahagian badan yang boleh dibengkokkan bergantung kepada struktur sendi terlipat iii. Sendi engsel membenarkan badan dibongkokkan kehadapan dan kebelakang sahaja iv. Sendi bola dan soket pula, membenarkan badan dibongkokkan kehadapan, kebelakangan, ke kiri dan dalam bulatan 3.3.3.2 Meregang i. Membongkok dan meregang bahagian-bahgian badan bermula dengan bahagian kecil badan seperti jari-jari tangan, jari-jari kaki,tangan dan kaki kepada bahagian besar badan seperti kaki, lengan, kepala dan belakang ii. Membongkok dan meregang bahagian badan dengan menggunakan bahagian yang berlainan

103

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

untuk dijadikan dasar menyokong

3.3.3.3 Mengilas i. Pusingan bahagian badan mengelilingi paksi panjang tanpa menggerakkan dasar menyokong Berlaku dalam arah bulatan sahaja Sendi menentukan bahagian badan yang boleh dikilas

ii. iii.

3.3.3.4 Memusing i. ii. Mengilas bahagian badan yang berlainan seperti kaki, lengan, badan dan leher. Membentuk dengan mengilas dan menggunakan bahagian badan berlainan sebagai dasar menyokong

3.3.3.5 Menolak i. ii. iii. Menurunkan kuasa badan ke atas kuasa rintangan Menolak menjauhkan objek dari badan atau menjauhkan badan dari objek Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tangan dan lengan, tapak dan kaki, bahu dan pinggul

3.3.3.6 Menarik i. ii. iii. Menggerakkan atau merapatkan objek kepada badan Menolak dalam ruang dengan menggunakan bahagian badan yang berlainan Menolak objek seperti pundi saga dan bola menggunakan bahagian badan yang berlainan seperti tangan, siku dan kaki

3.3.3.7 Hayun Satu pergerakan bulat atau separuh bulatan mengelilingi bulatan satu titik tengah yang tetap 104

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

3.3.3.8 Berbuai-buai i. ii. iii. iv. v. Hayun tangan ke hadapan, ke belakang atau menyilang badan di dada Hayun kaki ke hadapan, belakang, atau ke sisi, menyilang kaki lain Hayun dengan bergayut pada palang Berbuai dengan berdiri tegak dan mengerakkan badan ke sisi, ke kiri, dan ke kanan Dua tangan ke hadapan, bengkokkan siku, berbuai-buai dengan menggerakkan badan ke kiri dan ke kanan

Rujukan Asas

Isbell, R. & Raines, S. (2002 ).Creativity and the arts with young children. NY: Thomson Delmer Learning Mayeskey, M. (2003 ). How to foster creativity in all children. NY: Thomson Delmer Learning. Pica, R. ( 2000 ). Experiences in movement with music, activities & theory. NY: Thomsen Delmer Learning.

Rujukan Tambahan

Anderson, W.M. & Lawrence, J.E. ( 1991 ). Integrating music into the classroom. Belmont, California: Wadswort Publishing Co. Buschner, C.A. (1994 ). Teaching children movement concept and skill. IL: America Master Teacher Programme. Dauer, V.P. & Pangrazi, R.P. ( 1998 ). Dynamic pysical education for elementary school children. New York: Macmillan Publishing Company. Fogarty, R. (1991). Integrete the curricula. IIIinois: IRI/ Skylight Publshing Ins. Gardner, H. ( 1982 ). Art, mind, and brain : a cognitive approach to Creativity. NY: Basic Books Inc. Lowenfeld, V. And Brittain, W.L. ( 1986 ). Creative and mental growth, NY.Macmillan. Menon, N. ( 2005 ). Permainan, lagu & puisi. Bentong, Pahang: PTS 105

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Professional Publishing Sdn. Bhd. Salmah, Ayub ( 1998 ). Pergerakan kreatif dan pendidikan. P.J. Flo Enterprise Sdn. Bhd.

106

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Pendekatan Bertema
PENGENAL AN Pendekatan bertema seringkali digunakani untuk memenuhi keperluan pendidikan asas dalam perkembangan kanak-kanak. Program ini efektif kerana menggabungjalinkan pelbagai perspektif budaya, pengalaman dan kepakaran artistik. Ia sesuai dengan gaya pembelajaran, mencerminkan budaya dan minat murid serta guru. Tema digunakan sebagai tajuk atau subjek dan juga untuk meneroka pengalaman manusia dari segi pandangan atau perspektif dan boleh menimbulkan isu. Tema memberi makna dan tujuan untuk pembelajaran.

PENDEKATAN BERTEMA Pendekatan bertema merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang disusun di sekitar konsep atau tema. Ia merupakan alat pengelolaan yang memberi peluang kepada guru untuk menghubungkan antara mata pelajaran. Ini akan menghindari program yang tidak tersusun berpunca dari pelajaran harian yang tidak berkaitan. Unit pengajaran bertema juga membolehkan pelajar menghubungkan di antara pemahaman, sikap dan kemahiran termasuk juga bidang-bidang kurikulum. Dalam mengorganisasikan sesuatu pelajaran menggunakan Pendekatan Bertema, pelajar diberi peluang untuk meneroka, mengalami dan mencari peluang mengekspresikan sesuatu tema yang diterimapakai.

Pemilihan dan Penentuan Tema Memilih tema merupakan langkah yang penting untuk memperkembangkan unit pembelajaran. Terdapat banyak tema dan cara untuk mengkategorikan pendekatan itu. Di sini, disenaraikan panduan untuk memilih tema yang boleh meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pelajar:

107

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

(a) Pemilihan tema yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut:
(i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi)

Berasaskan konsep; Berasaskan kemahiran; Berasaskan kandungan dan kemahiran; Berfokus kepada isu; Berfokus kepada projek; dan Berorientasikan kajian kes.

(b) Pemilihan tema perlu mempertimbangkan aspek-aspek berikut: (i) Boleh merentas semua matapelajaran Tema yang dipilih hendaklah yang boleh digunakan kepada semua mata pelajaran. Contoh: tema pokok. Oleh yang demikian, semua mata pelajaran akan menggunakan tema ini. Dalam mata pelajaran matematik misalnya, pelajar boleh menggunakan aktiviti mengira beberapa batang pokok di sesuatu tempat. Manakala dalam mata pelajaran muzik, pelajar akan menyanyikan lagu berkaitan pokok dan membuat pergerakan seperti pokok bergoyang, pokok tumbang dan sebagainya.

(ii)

Bersesuaian dan berkaitan dengan pengalaman dan kehidupan pelajar Pastikan tema yang dipilih ada kaitannya dengan pengalaman kehidupan diri pelajar supaya mudah untuk membuat interaksi dan aktiviti Seni dalam Pendidikan dengan berkesan.

(iii) Bersesuaian dengan situasi, masa atau peristiwa

Tema yang dipilih ini perlulah bersesuaian dengan keadaan situasi, masa dan peristiwa yang berlaku pada masa kini suaya dapat memudahkan pelajar membuat perkaitan antara perkara yang diajar dengan keadaan situasi yang sebenar.
(iv) Kemudahan untuk mendapatkan bahan dan sumber yang akan

digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

108

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Beberapa justifikasi perlu ada dalam membuat pemilihan tema, terutamanya dari segi penyediaan kemudahan untuk memperoleh bahan dan sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya guru dapat mengajar dengan menunjukkan contoh-contoh yang sebenar dan 'hands on'.
(v)

Guru berminat terhadap tema yang dipilih supaya dapat memotivasikan dan mempertingkatan lagi penglibatan pelajar terhadap aktiviti yang dijalankan.

(vi) Pemeringkatan tema daripada yang mudah kepada yang lebih mencabar

Kelebihan, Kekuatan dan Isu / Cabaran (a) Kelebihan pendekatan bertema kepada pelajar; (i) Untuk mewujudkan suasana yang menyeronokkan dan kondusif dalam proses pengajaran dan pembelajaran;
(ii) (iii)

Untuk menyemai daya imaginasi melalui penerokaan; Membolehkan pelajar meluahkan perasaan melalui pelbagai aktiviti berlandaskan pengetahuan dan pengalaman lalu;

(iv) (v) (vi)

Dapat menghadapi cabaran; Dapat membuat pilihan yang sesuai dan relevan dalam kehidupan; Untuk memperbaiki kemahiran interpersonal dan intrapersonal;

(vii) Menyemai nilai empati, harmoni dan pemahaman sesama insan yang

pelbagai budaya; dan


(viii) Untuk membangunkan pembelajaran menyeluruh yang menghubungkait

pengetahuan dengan kemahiran.

(b) Kekuatan
(i)

Pelajar

berpeluang

untuk

meluahkan

perasaan

berdasarkan

pengalaman verbal dan bukan verbal, sama ada dalam bentuk 109

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan muzik berasaskan tema yang diberi;
(ii)

Persembahan akan menjadi lebih menarik melalui pelbagai aktiviti dan kreativiti yang tinggi;

(iii) (iv)

Pelajar lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih menyeronokkan; Berpeluang untuk menyemai dan mengaitkan idea -idea dan imaginasi baru;

(v)

Dapat menilai kefahaman konsep melalui aktiviti -aktiviti yang dijalankan; dan

(vi)

Dapat menghubungkait pengetahuan dengan kemahiran.

(c) Isu/Cabaran
(i) (ii) (iii)

Kecekapan guru di dalam pelbagai bidang mata pelajaran; Untuk membentuk jaringan ahli dalam kumpulan; Hasil pembelajaran berbagai dalam bidang mata pelajaran yang berbeza-beza;

(iv) (v)

Sukar untuk menilai skop pemahaman yang luas; Kesukaran untuk membuat penilaian kerana kebolehan yang

berbeza

PENGHUBUNGKAITAN TEMA DENGAN MATA PELAJARAN Pendekatan bertema adalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui satu topik atau tema yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat dan latar belakang pelajar. Tema yang dipilih dijadikan sebagai bahan untuk menguasai sesuatu kemahiran seperti kemahiran bertutur, membaca, menulis, asas matematik, berfikir dan emosi serta sosial. Selain itu, pendekatan ini memberi peluang kepada pelajar meluaskan pengetahuan melalui tema yang dipilih.

Tema dengan Isi Kandungan Mata Pelajaran (a) Bagaimana memilih tema yang sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran 110

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Prinsip asas bagi pemilihan sesuatu tema merupakan satu langkah yang penting dalam perkembangan sesuatu unit penciptaan tema untuk improvisasi ,mudah dan berfungsi. Pilih tema yang berkaitan dalam kehidupan seharian. dan cuba terokainya.

(b) Cara menjalankan Pendekatan Bertema Ada beberapa cara yang berbeza untuk memperkenalkan unit ini: (i) Aktiviti K-W-L adalah satu teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk memperkenalkan pendekatan bertema.

K (know) --- Apa yang saya tahu tentang tajuk ini? W (want) --- Apa yang saya ingin tahu tentang tajuk ini? L (learn) --- Apa yang saya belajar daripada tajuk ini?

(ii) Dapatan seorang pembentang untuk bercakap mengenai sesuatu tajuk seperti alam semula jadi, komunikasi,

perakaunan, iklim, puisi dan lain-lain seperti sains, agama, moral dan kemahiran hidup.
(iii) Cara yang mudah untuk memulakan sesuatu unit ialah

dengan membacakan sebuah cerita kepada kelas,


(iv) Tunjukkan

gambar-gambar

atau

rakaman

video

untuk

memulakan sesuatu unit - jika tajuk-tajuk itu tentang bunyibunyian, sebuah kolaj tentang gambar-gambar boleh dipamerkan di atas papan buletin bagi menunjukkan pelbagai contoh mengenai manusia dan mesin.
(v) Mainkan sebuah rakaman atau kaset. (vi) Dedahkan pelajar kepada puisi, contohnya bahasa dan muzik. (vii) Dedahkan pelajar membuat aktiviti pemerhatian, contohnya sains

dan matematik.
(viii)

Bawa bahan bantu mengajar, contohnya batu karang.

Tema daripada mata pelajaran sains, matematik, kajian tempatan dan bahasa boleh diajar dengan menggabungjalinkan muzik seni visual dan pergerakan bagi membolehkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran menjadi satu proses yang bermakna. 111

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Tema dengan Kemahiran Tema yang dipilih hendaklah merupakan tema yang dapat mempertingkatkan kemahiran diri pelajar terutamanya kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira). Kemahiran tersebut merupakan tunjang falsafah pendidikan negara yang dapat memperkembangan tahap potensi pelajar yang menyeluruh dari segi intelek, jasmani, emosi, rohani dan sosial.

Penggabungjalinan Aktiviti dengan Menggunakan Pendekatan Bertema Rajah berikut adalah peta minda penggabungjalinan ak tiviti dengan menggunakan pendekatanan bertema.

JENIS TEMA Tema Persekitaran Organisma hidup dengan persekitaran yang tidak dapat dipisahkan dan sentiasa berinteraksi di antara satu sama lain. Persekitaran merangkumi elemen fizikal dan sosial. Persekitaran fizikal yakni pelbagai bahan, ruang untuk bermain dan cukup masa mampu memberi kesan ke atas perkembangan kanak-kanak bermain. Persekitaran sosial pula dipengaruhi oleh gaya penjagaan ibu bapa, interaksi dengan rakan sebaya serta sokongan. Elemen-elemen fizikal dan sosial ini berinteraksi dengan tahap perkembangan kanak-kanak, pengalaman lalu, masa dan ruang perlindungan. Tiga elemen dalam persekitaran yang mempengaruhi organisma hidup adalah alam semula jadi, buatan manusia dan teknologi. Ekosistem akan mengimbangi alam sekitar supaya semua kehidupan hidup dengan harmoni. Perubahan akibat aktiviti manusia terhadap persekitaran seperti penerokaan hutan, tapak

pembinaan perumahan dan lain-lain akan mengakibatkan kesan positif dan negatif terhadap kehidupan manusia. Teknologi telah membawa perkembangan dan perubahan kepada manusia. Teknologi juga melahirkan dunia tanpa sempadan dan telah memperkenalkan konsep globalisasi. Dalam seni, teknologi

112

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

menawarkan cara untuk mencapai matlamat-matlamat artistik, cendekiawan, penghasilan dan persembahan.

Dalam pengajaran dan pembelajaran, tema berkaitan dengan persekitaran boleh digunakan untuk mempertingkatkan daya kreativiti dan kefahaman di kalangan murid. Tajuk persekitaran boleh diajar melalui mata pelajaran lain seperti muzik, seni visual dan pendidikan jasmani. Pada masa yang sama, tema berkaitan dengan persekitaran juga boleh digunakan untuk mengajar mata pelajaran lain seperti sains, bahasa, matematik dengan menggunakan mata pelajaran lain iaitu muzik, seni visual dan pendidikan jasmani.

(a) Persekitaran - Alam Semula Jadi Melalui persekitaran alam semula jadi adalah diharapkan murid-murid akan dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang peranan dan kefahaman tentang persekitaran alam semula jadi. Alam ini meliputi segala aspek yang berada di persekitarannya, tempat dan habitat semua hidupan dan berinteraksi antara satu sama lain dalam ekosistem yang seimbang. Pelajaran tentang alam juga, mendidik masyarakat agar lebih peka dan bertanggungjawab dalam menangani isu-isu alam sekitar dan memupuk rasa cinta terhadap alam sekitar kepada murid serta akan dapat membantu mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran. (b) Persekitaran - Alam Buatan manusia Di samping alam semula jadi, persekitaran buatan manusia juga memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Persekitaran buatan manusia ini termasuklah rumah, pembinaan bangunan, jentera pembinaan, perabot dan lain-lain lagi. Untuk itu pelajar akan dapat mengenal pasti
(i) (ii) (iii)

Kesan bahan kitar semula (Sains) Menghasilkan bunyi yang kuat dan lembut (Muzik) Mendemonstrasikan sapuan berus mengikut bunyi yang dikeluarkan di tapak pembinaan (Seni Visual)

(iv)

Mendemonstrasikan pergerakan manipulatif menggunakan bahan-

113

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

bahan kitar semula (Pendidkan Jasmani) (c) Persekitaran - Teknologi Tema yang terkandung dalam persekitaran teknologi adalah bercorak globalisasi, dunia tanpa sempadan, komunikasi melalui Internet, pelbagai jenis pengangkutan dan lain-lain. Tema ini boleh digunakan dalam mengajar topik-topik daripada mata pelajaran lain seperti bahasa, sains, kajian tempatan dan lain-lain lagi.

Sebagai rumusan kepada tema persekitaran membolehkan anda memahami konsep persekitaran bersama dengan kelebihan dan penggunaan elemenelemen yang terlibat. Ia juga bertujuan untuk melahirkan kesedaran tentang kepentingan muzik, pergerakan dan seni visual dalam pengajaran dan pembelajaran mengenai persekitaran contoh tajuk "pokok" dalam mata pelajaran sains, dan dalam mata pelajaran lain dengan menggunakan tema persekitaran contoh tema "hutan" dalam menulis karangan. Tema persekitaran ini juga dapat membantu anda untuk meneroka pergerakan kreatif, imej, bunyi serta membantu murid untuk meluahkan perasaan mereka secara bebas.

Te m a Ma s ya ra k a t Manusia telah wujud sejak zaman berzaman lagi. Kita semua termasuk pelajar adalah makhluk sosial dan berkongsi keperluan asas yang sama. Oleh itu kita perlu untuk dimiliki, rasa selamat, dikasihi, merasai kejayaan dan memperolehi pengiktirafan. Dalam masyarakat manusia, aspek-aspek sosial dan budaya tidak dapat dipisahkan. Kita perlu bekerjasama untuk kepentingan masyarakat. Perhubungan sosial ini memberi ruang kepada mereka mencipta aktiviti-aktiviti untuk memenuhi masa lapang. Aktiviti-aktiviti ini diwarisi sejak turun temurun dan menjadi sebati dalam masyarakat sehingga menjadi budaya dalam

masyarakat. Kanak-kanak memulakan penghidupannya dengan dirinya sendiri kemudian berkembang kepada hubungan keluarganya lalu bergerak kepada kumpulan yang lebih besar dalam masyarakat. Dalam hubungan ini, kita perlu fleksibel dengan memberi pertimbangan tertentu kepada ciri-ciri kematangan sosial dan 114

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

memikirkan bagaimana fenomena tersebut wajar ditangani dengan sebaik mungkin di semua peringkat perkembangannya. Setiap insan adalah penting dalam kehidupan dan persekitaran kanak-kanak. Setiap insan juga memainkan peranan untuk mewujudkan pelbagai lapisan masyarakat seperti pemungut sampah berperanan untuk memungut sampah, tukang kebun menjaga taman bunga, tukang masak memasak makanan di kantin, pemandu bas membawa kanak-kanak ke sekolah. Selain interaksi sosial dalam masyarakat, budaya dan isu perkauman dapat mempengaruhi dalam pergaulan kanak-kanak. Kebudayaan adalah cara kehidupan yang merangkumi pelbagai perbezaan mengikut latar belakang, keluarga dan individu. Kepelbagaian dan perbezaan menjadikan individu itu unik. Elemen-elemen kepelbagaian termasuklah umur, jantina, kebolehan, bangsa, status sosial, agama, saiz dan perwatakan. Kepelbagaian dan perbezaan ini boleh menyeronokkan dan mengecewakan dalam usaha kita mencari kehendak individu, minat dan kebolehan. Guru perlu memastikan bahan-bahan budaya yang pelbagai boleh diperolehi untuk permainan kanak-kanak.

(a) Tujuan Pendekatan Bertema Masyarakat

Pengajaran dan pembelajaran muzik, seni visual dan pergerakan akan memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan daya kognitif, efektif dan psikomotor

Pendekatan bertemakan masyarakat akan membantu murid memilih dan memindahkan idea, mengolah, sintesis dan penghargaan.

Murid mengaplikasikan kemahiran seperti memilih dan memindahkan idea, mengolah, sintesis dan penghargaan untuk mengembangkan pengetahuan muzik, seni dan pergerakan dan penghasilan karya kreatif.

Murid memahami bahawa penghasilan dan tindak balas membuat karya muzik, seni dan pergerakan adalah terjalin di antara persepsi analisis dan kritikan.

115

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Pendekatan bertemakan masyarakat juga memberi peluang secara mendalam untuk memahami peranan yang dimainkan oleh muzik, seni dan pergerakan dalam kejayaan insan.

Murid memperolehi pendekatan yang mendalam terhadap nilai-nilai murni diri mereka dan nilai-nilai murni orang lain. Mereka juga dapat menghubungkaitkan muzik, seni dan pergerakan dengan nilai,

kepercayaan dan kehendak manusia sejagat.

Mereka akhirnya dapat memahami bahawa kesenian setiap budaya adalah dipengaruhi oleh idea-idea estetik dan sosial, politik, ekonomi dan lain-lain.

Sesi pengajaran dan pembelajaran seni dalam pendidikan melalui pendekatan bertema masyarakat dengan pengetahuan budaya dan sejarah dapat membantu memainkan peranan dalam menyesuaikan diri secara berkesan.

.Contoh aktiviti: Pohon Keluarga Ini adalah di antara contoh-contoh aktiviti yang menggunakan tema masyarakat dalam pendekatan bertema. Pendekatan ini boleh digunakan dalam pengajaran konsep keluarga dalam mata pelajaran lain.

Dalam pembelajaran sains, penghasilan pohon keluarga sebagai suatu projek dapat membantu pelajar memahami proses sains seperti memerhati, membuat inferens, berkomunikasi dan menginterpretasi data. Pohon keluarga dipamerkan sebagai gambar rajah membentuk suatu persembahan grafik yang dapat berkomunikasi secara terus kepada pelajar dengan memberi pelbagai maklumat mengenai ahli-ahli keluarga dalam bentuk yang ringkas, secara langsung dan mudah difahami. Contoh: Kekeluargaan

Manusia tinggal dalam kumpulan keluarga yang berbeza Setiap keluarga mempunyai sejarahnya tersendiri

116

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Manusia menggunakan bahasa bertulis dan bahasa lisan untuk berkomunikasi

Keluarga mengajar kanak-kanak untuk menghargai sesuatu Keluarga saling bantu-membantu.

Tema masyarakat menekankan tentang manusia, masyarakat dan budaya. Pembelajaran sosial yang bertepatan dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dapat membantu seseorang itu untuk meningkatkan tahap kesedaran dan untuk lebih mendalami tentang masyarakat bersama dan juga

pengalaman di samping menghargai pelbagai budaya yang wujud di dalam masyarakat kita. Dengan itu pengalaman pelajar berdasarkan aktiviti sekitar Tema Masyarakat dapat membantu untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi muzik, pergerakan dan seni visual.

Tema Komunikasi Komunikasi merujuk kepada perlakuan tindak balas seseorang atau lebih untuk menghantar dan menerima berita yang berlaku dalam konteks mempunyai kesan dan memberi sedikit peluang untuk maklum balas. Semua komunikasi berlaku dalam konteks yang mengandungi sekurang-kurangnya empat dimensi iaitu fizikal, budaya, psikologikal sosial dan temporal.

Konteks fizikal adalah persekitaran yang nyata di mana komunikasi berlaku seperti di dalam bilik atau ruang legar atau di taman. Konteks budaya pula merujuk kepada peraturan dan norma komunikasi, kepercayaan dan sikap yang dipindah dari satu generasi ke satu generasi yang seterusnya. Konteks sosiopsikologikal pula merangkumi seperti contoh hubungan status di kalangan peserta, peranan yang dimainkan oleh manusia dan peraturan budaya sesuatu masyarakat di mana komunikasi berlaku. Manakala dalam konteks temporal ianya merangkumi masa dan tarikh serta silam semasa kemunikasi telah berlaku. Mesej komunikasi terdapat dalam pelbagai bentuk. Anda boleh menghantar dan menerima mesej melalui sesiapa atau mana-mana kombinasi organ-organ deria. 117

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Walau pun anda biasanya menganggap mesej sebagai verbal, anda juga boleh berkomunikasi secara bukan verbal. Contohnya pakaian yang anda pakai, cara anda berjalan, berjabat tangan, mengangguk kepala, menyisir rambut, duduk dan senyum. Kesemuanya mengenai anda adalah satu bentuk komunikasi. Komunikasi sering mendatangkan sedikit kesan ke atas seseorang atau beberapa orang yang terlibat semasa berkomunikasi. Sebagai contoh, anda boleh mendapat pengetahuan atau mempelajari bagaimana untuk menganalisa, membuat sintesis atau menilai sesuatu. Semua ini merupakan kesan intelektual atau kognitif. Anda mungkin boleh mendapat atau mengubah sikap, kepercayaan, emosi dan perasaan anda. Semua ini adalah kesan afektif. Anda mungkin akan belajar pergerakan badan yang baru seperti melontar bola atau mengecat lukisan serta perlakuan verbal dan bukan verbal yang sesuai. Ini merupakan kesan-kesan psikomotor. Sistem mesej yang digunakan untuk berkomunikasi yang bermakna dengan orang lain. Sistem ini mengandungi aspek verbal dan bukan verbal. Bahagian verbal adalah bahasa- perkataan, frasa dan ayat-ayat yang hendak digunakan. Manakala bentuk bukan verbal merangkumi pelbagai elemen - hubungan ruang, orientasi masa, bahasa isyarat, ekspresi muka, gerakan mata, sentuhan dan variasi dalam kadar kelajuan dan nada pertuturan.
(a)

Komunikasi Verbal

Komunikasi verbal merupakan satu sistem penyampaian mesej yang dilakukan dalam bentuk bahasa-perkataan, frasa dan ayat-ayat.
(b)

Komunikasi Bukan Verbal

Bentuk bukan verbal mengandungi pelbagai elemen: hubungan ruang, orientasi masa, bahasa isyarat, ekspresi muka, gerakan mata, sentuhan dan variasi dalam kadar kelajuan dan nada pertuturan.

Strategi Pengajaran-pembelajaran Guna gamitan (gesture) atau pergerakan badan untuk berkomunikasi di antara satu sama lain ketika memerhati haiwan. 118

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

(i)

Seni visual

Pada sekeping kertas, anda dikehendaki melukis pelbagai haiwan yang dilihat semasa mengembara di hutan.

Aplikasikan teknik kolaj pada lukisan haiwan itu dengan mengkhusus pada jenis jalinannya sama ada jalinan tampak atau jalinan sentuh.

(ii) Pergerakan

Minta pelajar meniru perlakuan haiwan berbeza yang mereka jumpa dalam hutan. Gunakan stail Ikut Macam Saya agar pelajar menerima pengukuhan dalam konsep perbezaan antara haiwan.

(iii) Sains dan pergerakan

Dengan menggunakan badan tunjukkan pergerakan berlainan yang dilakukan oleh haiwan yang berbeza: memanjat, merangkak, menyusur, berjalan perlahan dan melompat.

(iv) Muzik dan matematik

Di atas lantai yang bertanda, semasa membuat pergerakan haiwan yang berbeza dengan iringan pelbagai tempo daripada instrumen perkusi, pelajar mengikut ketua untuk menekap rupa-rupa geometri berikut:

Segi tiga sama; Segi empat sama; Segi empat tepat; Pentagon; Heksagon; Oktagon; dan Bulatan.

(v) Matematik dan sains

Kelaskan haiwan yang anda jumpa. Guna tanda gundalan untuk menunjukkan bilangan haiwan yang anda telah kelaskan.

(vi) Matematik dan seni visual 119

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Lukiskan piktograf untuk menunjukkan haiwan yang berbeza berdasarkan ciri-ciri fizikal. Lukis ikon-ikon yang sesuai untuk mewakili haiwan yang berbeza untuk digunakan dalam membina piktograf.

(vi) Matematik dan seni visual

Lukiskan

piktograf

untuk

menunjukkan

haiwan

yang

berbeza

berdasarkan ciri-ciri fizikal. Lukis ikon-ikon yang sesuai untuk mewakili haiwan yang berbeza untuk digunakan dalam membina piktograf.

KESIMPULAN

Topik ini membantu anda memahami pendekatan bertema dan aktivitiaktiviti yang berkaitan dengan tema persekitaran, masyarakat dan komunikasi.

Topik ini meningkatkan tahap kefahaman dan kesedaran pelajarpelajar untuk lebih mendalami tema-tema yang ada serta dapat membantu untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi muzik, pergerakan dan seni visual.

PENGHUBUNGKAITAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenalpasti pengertian penghubungkaitan; 2. Menyatakan kelebihan penghubungkaitan dalam pengajaran dan pembelajaran; 3. Menjelaskan tujuan penghubungkaitan dan kaitannya dengan berbagai aspek pengajaran dan pembelajaran; 4. Membincangkan peranan penghubungkaitan dalam pengajaran dan pembelajaran.

PENGENAL AN Seni merupakan satu cabang yang berharga dan merupakan salah satu cara untuk berkomunikasi yang amat tinggi nilainya. Penghubungkaitan dan pautan 120

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

dalam mata pelajaran ini boleh disamakan dengan program-program antara disiplin-disiplin yang terdapat di dalam mata pelajaran yang lain. Ia berperanan sebagai satu strategi dan kaedah pendidikan untuk membantu melahirkan pembelajaran dan persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur sosial agar dapat membentuk setiap insan yang terus dihormati. Ia juga menggalakkan sikap kepimpinan yang terpuji, berinisiatif dalam menjalankan tugasan yang diberi oleh guru dan bersikap inovasi dalam melaksanakan satu-satu aktiviti dan kemahiran serta dapat merangsang setiap pelajar untuk mencapai kecemerlangan dari segala sudut - baik akademik mahupun kokurikulum. Ia secara tidak langsung akan mengaitkan mata pelajaran seperti sejarah, sains dan teknologi, kajian sosial, bahasa dan fizikal dan pembangunan sosial, meletakkan keseluruhan kurikulum ke dalam konteks kehidupan yang sebenar. Setiap pelajar berhak memperolehi pengalaman berasaskan pendidikan yang pelbagai bentuk, walaupun mereka datang dari pelbagai latar belakang dan taraf sosio ekonomi yang berbeza dan mempunyai sebarang kekurangan. Untuk itu, seni visual memainkan peranan yang penting dalam pendidikan keseluruhan dan pembangunan minda pelajar. Pengertian Penghubungkaitan Semua Benda Penghubungkaitan bilik darjah boleh diibaratkan seperti tangan dengan jejarinya yang dianggap sebagai para pelajar, manakala ibu jarinya sebagai guru. Semua jejari pelajar ini dibolehkan bergerak dan berfungsi dengan bebas tanpa had mahupun sekatan untuk meneroka seberapa banyak mungkin idea-idea yang baru yang boleh didapati di persekitarannya. Sementara ibu jari pula berperanan sebagai penyokong, pembimbing dan pembantu. Walaupun seseorang itu tidak mempunyai ibu jari, tetapi ia masih lagi boleh bergerak. Akan tetapi pergerakannya itu akan menghadapi masalah semasa menggenggam sesuatu benda dengan erat. Pada masa inilah ibu jari (guru) ke hadapan untuk membantu jari jemari menggenggam sesuatu objek atau dari satu sudut pandangan, guru pelajar memberi pemahaman sesuatu idea atau konsep. Jari jemari ini akan tetap bekerjasama untuk mencapai tugasan yang diberi. Oleh itu prinsip perpaduan adalah penting. Ini adalah disebabkan penghubungkaitan merupakan satu cara untuk menyelesaikan masalah dan ia sentiasa berkait rapat antara satu sama lain tanpa ada yang menimbulkan masalah. Kelebihan Penghubungkaitan Apabila keperluan asas manusia untuk kesepaduan kepunyaan dan kepercayaan dilengkapi, barulah dapat kita mulakan pengajaran dan pembelajaran. Sebagai guru, kita perlulah membantu sekolah untuk mewujudkan pengalamanpengalaman umum yang akan melahirkan perasaan penghubungkaitan. Keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara penghubungkaitan ialah bergantung kepada tujuh kriteria asas yang boleh dihuraikan seperti: (a) Mempunyai semangat saling bergantung - setiap pelajar perlulah mempercayai antara satu sama lain. Mereka perlu mempunyai semangat saling bergantung ke arah mencapai prestasi yang cemerlang, bukan sahaja bagi diri sendiri malahan bagi semua anggota dalam kumpulannya. (b) Kemahiran sosial yang penting untuk berkomunikasi. Pelajar perlu 121

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

(c) (d) (e) (f) (g)

mempunyai kemahiran sosialisasi yang baik dengan tidak mengira agama, bangsa, jantina dan budaya. Berkongsi kemahiran kepimpinan, membina kepercayaan di antara satu sama lain dan menguruskan konflik. Kesedaran akauntabiliti individu - setiap anggota dalam kumpulan akan sedar tanggungjawabnya terhadap prestasi semua anggotanya. Penilaian kumpulan dijalankan dari semasa ke semasa untuk memastikan kelancaran aktiviti. Perkara-perkara kecil yang terpencil dan terasing tetapi penting dapat digabungkan dalam proses pembelajaran. Dapat mewujudkan suasana yang dinamik dan interaktif dalam sesuatu proses pembelajaran pelajar. Menyerapkan pengetahuan serta kemahiran dan aktiviti yang tidak dapat wujud sebagai satu mata pelajaran.

Tujuan Penghubungkaitan dalam Berbagai Aspek Pengajaran dan Pembelajaran. Tujuan penghubungkaitan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah seperti berikut:
(a)

Penghubungkaitan Merupakan Satu Jaringan yang Saling Berkait antara Satu Sama Lain Demi meningkatkan tahap kefahaman sesuatu mata pelajaran, satu jaringan yang khusus perlu diadakan terutamanya dari segi penghubungkaitan kemahiran-kemahiran pada setiap mata pelajaran. Contohnya seperti pada Rajah 8.1.

Rajah 8.1: Penghubungkaitan antara mata pelajaran

(b) Memudahkan Pelajar untuk Mengingat

122

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Dengan menggunakan konsep penghubungkaitkan ini, pelajar akan lebih mudah mengingati sesuatu mata pelajaran. Untuk itu, konsep yang terdapat di dalam kemahiran berfikir boleh diaplikasikan seperti penggunaan pengurusan grafik (lihat Rajah 8.2).

Rajah 8.2: Contoh pengurusan grafik untuk memudahkan pelajar mengingat

(c)

Melatih Minda Pelajar Supaya Sentiasa Kreatif dan Aktif Dengan adanya penghubungkaitan minda, pelajar akan digerakkan secara aktif dan akan bertindak dengan lebih kreatif. Pembelajaran Berkesan Sesuatu pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan apabila pendekatan penghubungkaitan dilaksanakan berdasarkan aspek-aspek berikut: Pengajaran lebih terancang apabila ianya disusun rapi dengan penetapan objektif, isi pelajaran, strategi, kaedah-kaedah yang jelas serta penggunaan bahan-bahan pembelajaran yang relevan. Kepelbagaian kaedah digunakan kerana pelajarnya terdiri daripada pelbagai individu yang berbeza antara satu dengan lain dari segi tahap mental, fizikal, emosi dan sebagainya. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar adalah fokus utamanya. Aktiviti serta isi pelajaran adalah bersifat kontekstual iaitu ada hubung kait dengan kehidupan harian. Berlaku aktiviti pembelajaran yang menerapkan nilai-nilai secara merentasi kurikulum. Melatih Minda Pelajar Supaya Sentiasa Kreatif dan Aktif Dengan adanya penghubungkaitan minda, pelajar akan digerakkan secara aktif dan akan bertindak dengan lebih kreatif. Pembelajaran Berkesan

(d)

(e)

(f)

Sesuatu pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan apabila pendekatan penghubungkaitan dilaksanakan berdasarkan aspek-aspek berikut: PENGHUBUNGKAITAN SENI VISUAL, MUZIK DAN PERGERAKAN DENGAN MATA PELAJARAN LAIN 123

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Penghubungkaitan di antara mata pelajaran lain dengan mata pelajaran seni visual, muzik dan pergerakan dapat dihuraikan seperti berikut di dalam Rajah 8.3

Rajah 8.3: Penghubungkaitan antara seni visual, muzik dan pergerakan Berdasarkan huraian di atas, dapat disimpulkan bahawa muzik, seni visual dan pergerakan dapat dihubungkaitkan dengan mata pelajaran lain, iaitu dengan berdasarkan kepada pelbagai disiplin ilmu yang terdapat di dalamnya

Menghubung Kait Pengetahuan dalam Berbagai Mata Pelajaran Proses penghubungkaitan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran adalah berfokuskan kepada matlamat terakhirnya. Untuk itu, proses ini akan berbentuk satu lingkaran atau bulatan dan antara setiap mata pelajaran itu saling berkait untuk mencapai satu matlamat (rujuk Rajah 8.4).

124

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Rajah 8.4: Menghubung kait pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran Menghubung Kait Kemahiran dalam Berbagai Mata Pelajaran Dengan adanya penghubungkaitan kemahiran dalam berbagai mata pelajaran akan dapat mengbungkaitkan sesuatu yang dipelajari dengan keadaan kehidupan yang sebenar.

Menghubung Kait Pengetahuan dalam Berbagai Mata Pelajaran Proses penghubungkaitan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran adalah berfokuskan kepada matlamat terakhirnya. Untuk itu, proses ini akan berbentuk satu lingkaran atau bulatan dan antara setiap mata pelajaran itu saling berkait untuk mencapai satu matlamat (rujuk Rajah 8.4).

Rajah 8.4: Menghubung kait pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran

125

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

Menghubung Kait Kemahiran dalam Berbagai Mata Pelajaran Dengan adanya penghubungkaitan kemahiran dalam berbagai mata pelajaran akan dapat mengbungkaitkan sesuatu yang dipelajari dengan keadaan kehidupan yang sebenar.

Hasil Pembelajaran Hasil pembelajaran boleh diertikan sebagai matlamat pembelajaran atau objektif yang perlu diperoleh secara eksplisit dan implisit. Hasil pembelajaran akibat daripada penghubungkaitan itu membuatkan sesuatu pembelajaran itu akan menjadi lebih efektif (Contoh seperti di Jadual 8.1). Jadual 8.1: Contoh Sedutan Ringkasan Mengajar Pendidikan Seni Visual Tahun Bilangan pelajar Umur Tarikh/ Hari Masa Pelajaran Perkara Tajuk Penggabung : : : : : : 4 jingga 28 orang 10 tahun 15/05/2006 (Isnin) 11.00 - 12.00 tgh Seni Visual

: Membentuk dan membuat binaan. : Binaan - berbagai-bagai bentuk dan penggunaan ruang. 1.: Membuat bentuk-bentuk daripada kertas

jalina 2. Menyusun bentuk-bentuk n 3. Menggunting kemahiran Pengetahuan sedia : Pelajar pernah melihat susunan bentuk-bentuk ada tiga matra sama ada melalui pameran atau televisyen Objektif eksplisit : Pada akhir pelajaran pelajar akan dapat: Menggunting dan melipat kertas untuk membuat 2. Menyusun bentuk-bentuk bentuk- bentuk tiga matrauntuk mencipta satu dengan kemas dan menarik 3. binaan Menimbulkan sikap kerjasama untuk menghasilkan ciptaan antara rakan sedarjah : Menikmati hasil karya sebagai hiasan daripada bentukbentuk tiga matra.
1.

Objektif implisit

126

JABATAN KAJIAN SOSIAL, IPG. KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

127

Anda mungkin juga menyukai