Anda di halaman 1dari 1

Peribahasa Biar Lambat Asal Selamat membawa maksud sesuatu pekerjaan yang hendak dibuat biarlah dibuat dengan

cermat dan berhati-hati supaya pekerjaan itu berhasil dengan baiknya. Ada setengah-setengah orang tidak mahu sabar dalam membuat sebarang pekerjaan. ereka mahu segera menyiapkan pekerjaan itu tanpa menghiraukan akibatnya. Sebagai menghuraikan peribahasa di atas ! saya akan mengambil contoh seorang pemandu kenderaan. Pemandu itu memandu kenderaannya dengan laju kerana dia ingin segera sampai ke tempat yang hendak ditujunya. "anpa disedari! perbuatannya itu berbahaya kepada dirinya sendiri dan juga orang lain. Sekiranya dalam perjalanan itu! sesuatu perkara yang tidak baik berlaku ke atas dirinya misalnya kemalangan ! pemandu itu akan menyesal kerana perbuatannya itu. #etika itulah dia akan ter$ikir perkara itu tidak akan terjadi jika dia sabar dan cermat ketika memandu. Peribahasa di atas adalah satu contoh yang paling baik dalam kehidupan kita seharian. %rang yang selalu mengamalkan peribahasa ini akan sentiasa selamat dalam setiap pekerjaan yang dilakukannya.

Anda mungkin juga menyukai