Anda di halaman 1dari 2

E B A H A N

T
B A C A A N

A Z K I R A H

MENANGIS KERANA
TAKUTKAN ALLAH
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang
menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat
asalnya."

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan


seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan
kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul
Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana
takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan
sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api
neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada
Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan
sebab sehelai rambut."

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat
nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara
nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana
kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat
(pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap
umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu
dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api


neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara
nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu,
MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH______________________________

akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku

(selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan
berkata, "Umatku, umatku."

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan
keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad
berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang
solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang
khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat
Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad
S.A.W"

Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril
A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu
Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.
Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah
air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu
yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk
memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka
padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah
mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

Anda mungkin juga menyukai