Anda di halaman 1dari 20

Menguji papan induk

CPU yang hendak diuji dalam manual ini ialah Pentium 233 MHz (MMX) dengan voltan 2.8V untuk operasi. Papan
induk pula jenis Socket 7 dengan kad VGA (built-in) dibina di dalamnya. Sebenarnya cara menguji semua papan
induk dan CPU sama sahaja dan ujian ini boleh dibuat sebagai panduan.

Sebelum memulakan kerja-kerja pemasangan, langkah keselamatan harus diambil ke atas setiap perkakasan dengan
membuang elektrostatik. Ini dilakukan sekali sahaja setiap kali bila hendak memulakan kerja bagi mengelakkan dari
kad-kad litar rosak tanpa di sedari.

Perkakasan yang diperlukan untuk ujian seperti berikut:

• Pemproses atau CPU


• Papan induk dan manual
• RAM secukupnya (16MB) dan sesuai
• Bekalan kuasa AT dan kabel kuasa
• Kad VGA slot tambahan (tidak perlu sekiranya papan induk ada built-in VGA)
• Monitor

Ujian dilakukan di luar kotak komputer dan dikira sebagai titik permulaan kepada pembinaan sebuah komputer.

Nota:

Sebelum itu penerangan akan meliputi berbagai-bagai jenis jumper, CPU, bekalan kuasa dan
sebagainya mengikut di mana yang sesuai. Peralatan yang digunakan diperingkat ini seperti
playar muncung tirus, thermal compound untuk CPU dan pemandu skru.

Jumper papan induk


1. Jumper fizikal

Sebelum pergi jauh dan membuat perkara-perkara yang tidak difahami atau berasa sangsi, akan
diterangkan secara ringkas mengenai subjek di atas. Apa itu jumper? Jumper sebenarnya satu '
pautan atau link yang menyambungkan dua litar yang terpisah. Ibaratkan satu sirkit (circuit)
yang mengandungi mentol, suis dan bateri, suis akan mewakili sebagai jumper iaitu bila ditutup
(close), lampu E dalam rajah C akan menyala. Bila suis dibuka (open), lampu D akan terpadam
seperti dalam rajah C di bawah.
Untuk mengubah jumper, alihkan sambungan pautan (link) P ke pin 1A dan 1B untuk voltan 2.8V seperti yang
dikehendaki. Guna playar yang sesuai untuk memudahkar tugas. Kebelakangan ini papan induk mempunyai daya
mengesan voltan CPU secara automatik tanpa sebarang tindakan dari pengguna.
2. Jumper jenis Suis
Sesetengah papan induk dibekalkan dengan jumper jenis suis untuk membuat konfigurasi. Suis (warna hitam)
ditolak ke ON atau OFF untuk menentukan setting. Ikut arahan manual untuk setting yang betul.

Jumper jenis ini sudah agak berkurangan dan kemungkinan tidak dikeluarkan lagi. Apa yang dirisaukan dengan
jumper jenis ini, ia mudah tertolak semasa kita sedang kalut membuat kerja-kerja baik pulih dalam kotak komputer.
Konfigurasinya tentu akan berubah dan kalau kita tidak berhati-hati boleh mengakibatkan kerosakan komputer. Bila
bertemu suis begini, sila catatkan setting dan periksa sebelum komputer dihidupkan sem ula nanti.

contoh konfigurasi suis digunakan untuk memilih setting atau ketetapan ratio kelajuan CPU. Cara mendapatkan
ketetapan dengan mendarab salah satu multiplier x3.5 sehingga x8 dan sistem bas 66MHZ atau 100MHz mengikut
keupayaan CPU.

Contoh setting ratio


x3.5, x5.0 dan x8.0
untuk menentukan
kelajuan CPU.

3. Jumper dibuat
di CMOS setup
Cara pemasangan dan
ujian bagi papan induk
Socket 7 boleh juga
digunapakai untuk papan
induk Socket Super 7,
Socket 370 atau Socket
A. Untuk ujian papan
induk Slot I bagi CPU Intel dan Slot A bagi CPU AMD, caranya juga sama. Kebanyakan setting jumper papan
induk kini dibuat melalui menu CMOS setup atau apa yang dikatakan 'jumperless' iaitu tidak ada pertukaran jumper
secara fizikal. Tekan kekunci Del berulang kali semasa menghidupkan komputer dan di skrin CMOS pilih CPU PnP
Setup. Dalam skrin
CPU PnP setup, pilih
setting yang sesuai
dengan jenis CPU
yang digunakan.

Nota:
Cara di atas hanya boleh dilakukan setelah papan induk diuji dan didapati baik.

Panduan
pemasangan
jumper CMOS
untuk CPU yang
digunakan seperti
berikut:

• Bila
komputer

dihidupkan, tekan kekunci Del untuk kebanyakan komputer klon bagi mendapatkan paparan CMOS.

• Kelajuan CPU boleh dipilih dengan menukar Multiple Factor dan Base frequency seperti di atas. Untuk
CPU Pentium III 600MHz, X6 dan 100MHZ dipilih dalam CMOS berkenaan (6X100 = 600).

Untuk tujuan upgrade, maklumat dalam kandungan CMOS dari papan induk berkenaan seperti di bawah. Ada dua
pilihan kelajuan bas frekuensi iaitu 66MHz dan 100MHz. Antara CPU yang sesuai ialah Celeron dan Pentium III.

• 66MHz - Kelajuan CPU yang boleh digunakan di antara 233MHz 533MHz dari clock multiplier X3.5 - X8.

• 100MHZ - Kelajuan CPU yang sesuai di antara 350MHz - 800MHz dengan clock multiplier X3.5 - X8.

Jumper Di Papan Induk AT


Contoh kedudukan jumper yang terdapat di atas papan
induk Socket 7. Ketetapan jumper untuk semua papan
induk tidak jauh bezanya. Rujuk manual untuk dapatkan
setting yang betul bersesuaian dengan CPU yang hendak
digunakan.

Setting Jumper fizikal


Dengan penerangan ringkas mengenai jumper telah
selesai, bolehlah dimulakan pemeriksaan jumper sebenar
dan pertukaran yang harus dilakukan. Kesilapan jumper
boleh merosakan cip CPU dan sistem beroperasi tidak
menentu. Rujuk manual untuk mendapatkan setting yang
betul. Manual harus disimpan dengan baik untuk tujuan
rujukan dan upgrade nanti.

JP2 - Padam memori CMOS


Jumper JP2 mesti diubah ke Mode Biasa untuk
aktifkan papan induk. jumper setting Clear
CMOS, yang direka oleh pengeluar, amat
berguna sekiranya hendak menghapuskan data
CMOS dan mendapatkan balik CMOS yang
asal.

JP3 – Pilihan VGA dalam


Sekiranya VGA jenis bersepadu di papan induk tidak
hendak digunakan dan lngin menukarkan dengan kad
video slot tambahan, disablekan jumper JP3.

Seterusnya disediakan rajah-rajah setting jumper untuk


Pemasangan kad VGA bina dalam atau yang berasingan
sekiranya ingin lakukan.

Dalam rajah A, jumper dienablekan untuk VGA jenis


bersepadu berfungsi. Jumper dalam rajah B diubah untuk
aktifkan kad VGA slot PCI dan litar terputus ke arah
VGA jenis bina dalam.

JP4-Pilihan RAM 3.3V atau 5V

Untuk SDRAM yang beraperasi dengan voltan 3.3V,


pastikan jumper JP4 disetkan pada valtan tersebut. Walau
bagaimanapun kebanyakan papan induk tidak ada lagi
pilihan ini kerana SDRAM keluaran kini cuma beroperasi
dengan satu voltan standard. Jumper

JP5, JP6, JP7 dan JP8


Setting-setting untuk kelajuan CPU serta voltan operasi
seperti dalam rajah B di sebelah.

• Jumper JP5 = 66MHz: Setting external clock


bagi CPU.
• Jumper JP6 = 2.8V : Voltan operasi bagi CPU.
• Jumper JP7 = 3.5: Bacaan anggaran ‘bus clock
& multiplier’ untuk Pemproses 233MHz (66 X
3.5 bersamaan 231).
• Jumper JP8 = P55C : Pilihan untuk CPU jenis
berkemampuan MMX.

Contoh-contoh setting jumper dalam rajah A diambil dari beberapa menual papan induk.
Contoh pemasangan jumper
internal clock untuk 1.5X/3.5X
secara grafik seperti rajah A dan
B. Pastikan di mana pin 1
sebelum membuat pertukaran
jumper. Biasanya pin 1 ada
dicetak dengan warna perak di
tepi in-pin jumper berkenaan
atau boleh didapati dalam
manual yang dibekalkan.
Susunan petak jumper di atas
dijarakkan untuk pandangan
lebih jelas.

CPU Pentium 233MHz yang


digunakan mempunyai
kemampuan MMX, ini bererti
jumper JP8 harus disetkan ke
'Dual voltage' seperti dalam
rajah di bawah.

Gambar graflk jumper JP8 sebenar di besarkan untuk


pandangan yang lebih jelas. Bahan yang digunakan
di dalarn jumper dari jenis logam yang boleh
mengalirkan arus elektrik seperti kepingan tembaga
dalam rajah (i) untuk menyambungkan dua litar yang
berasingan.

Cara-cara pemasangan
perkakasan

untuk menguji papan induk


CPU

Panduan pemasangan CPU (prosesor)

• Tarik tuil (lever) melepasi cangkuk dan angkat arah ke atas sehingga tegak berdiri.
• Letakkan CPU di atas soket, pastikan pin 1 CPU dan soket selari. Sekiranya CPU tidak masuk dengan
kemas, kemungkinan ada pin-pin yang bengkuk. Dengan hati-hati betulkan pin-pin berkenaan
menggunakan playar muncung tirus dan cuba masukkan sekali lagi.
• Turunkan tuil dan pastikan ia kemas di tempat asalnya.

Soket jenis ini dinamakan soket ZIF (Zero Insertion Force) yang bererti semasa memasang atau mengeluarkan CPU,
tidak perlu tenaga yang kuat. Tujuan lain bagi memudahkan membuat upgrade. Untuk mengelakkan dari CPU
kepanasan, gris khas diletakkan di antara CPU dan sink haba. Setelah CPU dipasang, jangan lupa menyambungkan
kipas CPU dengan salah satu wayar sambungan kuasa.

Panduan pemasangan cip CPU secara graflk

Mula sekali, tarik tuil (lever) L ke arah A untuk keluar


dari cangkuk B. Angkat tuil ke atas mengikut arah C dan
plat (plate) atas F akan bergerak ke arah E. Letakkan
CPU di soket papan induk dan pastikan pin 1 keduadua
perkakasan selari. CPU dengan mudah masuk di soket,
turunkan tuil ke arah D dan lekatkan di cangkuk B. CPU
akan dicengkam oleh plat atas F yang bergerak ke arah G
(asal) dan CPU sukar dikeluarkan lagi. Letakkan kipas
dan sink haba atas CPU sekiranya datang berasingan.
Sangkutkan klip kipas di pemegang H di depan dan
belakan soket.

Panduan Mengeluarkan CPU dari Socket 7


Keluarkan sink haba dan kipas dengan melepaskan klip C
dari sekatan D di depan dan belakang soket. Sambil itu
putuskan sambungan kuasa dari kipas penyejuk CPU.
Tarik tuil ke arah A sedikit dan naikkan tuil ke arah
B,CPU dengan rnudah dapat dikeluarkan. Tolak tuil
dengan cermat ke arah E dan letakkan di sisi soket untuk
mengelakkan tuil dari patah atau rosak

Thermal grease untuk kawal haba CPU

Kepanasan CPU semasa operasi kadang-kadang sukar


dibendung akibat dari bilik yang tidak berhawa dingin
atau kurangnya laluan udara dalam kotak komputer.
Tambahan pula sesetengah pengguna menaikkan kelajuan
CPU atau overclocking tanpa menukarkan kipas yang
lebih kuat dan mantap. Antara CPU dan sink haba
terdapat rongga yang mungkin tidak dapat dilihat mata
seperti dalam rajah A di bawah. Gris terma (thermal
grease) dimasukkan di antara CPU dan sink haba (rajah
B) dapat membantu menyerapkan haba pada tahap
maksimum. Haba akan dipindahkan dari CPU ke sink
haba seperti dalam rajah C. Elak menggunakan terlalu
banyak bahan itu yang boleh memberi kesan lain pula
(Rajah D). Thermal grease boleh didapati di kedai-kedai
servis komputer dalam bentuk seperti di atas. Blasanya ia
boleh digunakan sebanyak dua aplikasi.

Kipas yang menggunakan sambungan kuasa dalam bulatan


C sudah berkurangan. Kebanyakan kipas CPU jenis baru
kini mengambil bekalan kuasa dari punca atas papan induk
seperti dalam bulatan D. Sambungansambungan kuasa A
dalam keadaan belum dipasang dan B sesudah dipasang.

Pastikan kipas CPU dan kipas dalam unit bekalar kuasa


berfungsi semasa komputer beroperasi. Sekiranya kipas-
kipas berkenaan tidak berpusing, cari dan betulkan
kerosakan dengan segera.

Pemasangan RAM
Masukkan RAM (SIMM atau DIMM) di slotnya serta pastikan ia kemas dan tidak longgar. Biasanya SIMM atau
DIMM tidak boleh digunakan dalam satu papan induk. Walau bagaimanapun, rujuk manual papan induk sekiranya
ini dibenarkan.

Nota:

Pemasangan RAM tidak memerlukan apa-apa konfigurasi,


sistem akan mengesan jumlah RAM secara automatik.

Serongkan RAM seperti arah anak panah A dan selitkan


di slot SIMM 1. Tekan dengan kedua-dua ibu jari ikut
anak panah B dan RAM akan masuk di slot dengan
ditahan oleh klip C. RAM akan hanya masuk satu arah
sahaja disebabkar huiung kiri dan kanan RAM berlainan
bentuk (D).
Untuk mengeluarkan RAM, tekan kedua-dua klip C ke
arah luar dan RAM akan keluar dari slotnya dalam
keadaan serong seperti rajah 1.

Pemasangan SDRAM, DDR RAM dan RDRAM tidak


jauh bezanya. Antara ketiga-tiga RAM tidak boleh
ditukar ganti, ia memeriukan penyokongan cipset papan
induk.

Pegang RAM dengan cermat iaitu di hujung kiri dan di


hujung kanan kad dan bukan di tempat yang ada litar atau
komponen yang terdedah. Masukkan SDRAM di slotnya
dan tekan ke bawah mengikut arah anak panah A.
Cangkuk B akan masuk di kedua-dua belah RAM dan
akan menguncinya. Untuk mengeluarkan RAM, tekan
cangkuk C dengan keduadua ibu jari, RAM akan keluar
dari slot seperti dalam rajah .

Nota:

Pemilihan voltan DIMM:

Hanya terdapat pada papan induk lama yang ada pilihan


ini, Sekiranya ada, pastikan voltan DIMM disetkan ke
3.3V untuk SDRAM (synchronous DRAM).

Bekalan kuasa P8 dan P9 atau jenis ATX


Sambungkan penyambung P8 dan P9 ke papan induk, pastikan wayar-wayar hitam bertemu atau kelihatan berada di
tengah-tengah. Bagi bekalan kuasa jenis ATX, sambungan ke papan induk agak mudah kerana hanya satu arah
sahaja dilekatkan dan tidak mungkin membuat kesilapan.
Dua jenis sarnbungan
iaitu AT dan ATX
dipaparkan dengan
jelas. Suis ATX
disambungkan terus
ke papan induk
seperti dalam rajah
ATX. Suis AT pula
dilekatkan terus ke
unit bekalan kuasa.

Pemasangan VGA
Pasangkan kad video di slot AGP atau PCI mengikut jenis kad yang ada. Sengetkan sedikit kad video tersebut,
masukkan sebelah dahulu dan tekan mengikut arah anak panah A. Semasa meletakkan kad di slot, hati-hati agar
papan induk tidak bengkuk oleh tekanan yang boleh mengakibatkan ia rosak. Pastikan ada sokongan yang kemas di
bawah papan induk sebelum memulakan pemasangan kad.

Kad video berasingan tidak perlu sekiranya papan induk ada VGA bersepadu. Pastikan kabel sambungan VGA bina
dalam dan jumper untuk pilihan VGA diletakkan dengan betul di tempat masing-masing.

Kabel signal dari monitor dilekatkan di kad video dan satu (kabel bekalan) lagi ke bekalan kuasa atau ke bekalan
elektrik mengikut jenis monitor.
Cara-cara memasukkan kad ke
dalam slot PCI seperti rajah di
atas. Cara ini juga boleh digunakan
pada mana-mana pemasangan kad.

Pemasangan pembesar
suara dalam kotak komputer
Akhir sekaii, pasang pembesar suara yang dibekalkan
dalam kotak komputer ke papan induk seperti di atas.
Walaupun ia bukan satu perkara Yang diwajibkan, tapi
dapat membantu semasa ujian. Tujuan pembesar suara
disambungkan ke papan induk untuk memberi bunyi
'beep' sekiranya ada kerosakan

Ujian papan induk dimulakan


Setelah selesai menyambungkan semua perkakasan, ujian boleblah dimulakan. Sebelum itu,
pastikan papan induk diletakkan di atas lapik plastik atau kotak bekas papan induk bagi
mengelakkan litar pintas atau , shorting' semasa membuat ujian. Hati-hati dengan keadaan
ini dan kalau cermat pasti kerosakan papan induk dapat dihindarkan. Walau bagaimanapun
tidak salah sekiranya ujian dilakukan di dalam kotak komputer, cuma tidak perlu
mengeluarkannya pula bila papan induk didapati rosak atau bermasalah.

Sebelum memulakan ujian pertama, paling bijak kalau sambungan diulang periksa secara pantas. Ini sangat baik
dilakukan setiap kali hendak memulakan ujian. Amat baik juga diamalkan menulis senarai yang hendak diperiksa.

Sebagai contoh, senarai pemeriksaan atau check list untuk ujian papan induk seperti di bawah.

 Periksa jumper, terutama kelajuan dan voltan CPU.

 Periksa kedudukan pin 1 CPU dan pin 1 di soket papan induk adalah selari. Biasanya cip CPU masuk
satu arah saja untuk mengelakkan kesilapan.

 RAM kemas kedudukannya dan dari jenis yang sesuai.

 Pemasangan plug P8 dan P9 betul susunannya. Bagi plag bekalan kuasa ATX, ia masuk satu arah saja.

 Set jumper 'enable' sekiranya guna VGA bersepadu.

 Jumper'Clear CMOS' diaktifkan.

 Kipas CPU disambung ke salah satu sambungan kuasa.

 Pastikan sambungan kabel signal dan kabel kuasa monitor. kemas dan tidak longgar di tempat masing-
masing.

 Periksa pembesar suara yang dibekalkan dalam kotak komputer sudah dipasangkan di papan induk.

 Di belakang katak bekalan kuasa pastikan voltan diset pada 230V AC setkan bekalan kuasa dan bukan
115V AC. Kesilapan ini boleh mengakib rosak. Kebanyakan bekalan kuasa kini sudah dihapuskan
pilihan ini.
Kedudukan semua perkakasan atas papan induk akan
dilihat seperti dalam rajah. Papan kekunci dan tetikus
tidak perlu dipasang setakat ini, walaupun tidak salah jika
dilakukan. Yang penting sekarang papan induk boleh
diuji dan disahkan baik.

Ujian papan induk yang dijalankan sebelum dimasukkan


ke dalam kotak komputer. Perkakasan asas yang
digunakan ialah papan induk, CPU, RAM, monitor, kad
video dan bekalan kuasa.

Ujian papan induk dimulakan


Setelah semua perkakasan didapati betul dan
kemas, hidupkan suis kuasa. Monitor akan
memaparkan jenis kad video dan permulaan
CMOS. Jumlah RAM juga akan ditunjukkan
untuk menepati jumlah RAM sebenar.
Sekiranya tidak ada apa-apa di monitor, periksa
RAM dan sambungan monitor bagi memastikan
kedua-dua perkakasan bukan punca masalah.
Panduan mencari kerosakan dibentangkan
dalam bentuk jadual untuk memudahkan
tugasan.
Paparan CMOS semasa ujian

Dengan terpaparnya skrin di atas, maka telah


lulus ujian peringkat pertama.. Ini bererti semua
perkakasan yang diuji berfungsi.

Peringkat seterusnya untuk menentukan baki


perkakasan seperti tetikus dan dan papan
kekunci boleh berfungsi.

Nota:

Keterangan ralat HDD (Harddisk) primary master serta


ATAPI tidak serasi bagi secondary master disebabkan
pemacu cakera keras belum dipasang.

Kod Beep komputer


Komputer kion serasi IBM mengadakan beberapa diagnosis sendiri untuk membantu memberi
keadaan perkakasan komputer semasa ia dimulakan Isyarat audio kod beep, satu cara yang
mudah bagi panduan segera akan kerosakan perkakasan. Untuk mendapatkan kesan bunyi,
pembesar suara dalam kotak komputer harus dilekatkan di papan induk di petak jumper yang
dikhaskan.

Ada dua jenis indikasi iaitu kod beep dan kod angka. Sebagai panduan, untuk manual ini hanya satu atau dua kod
beep yang kerap berlaku ditunjukkan. Rujuk buku-buku komputer atau laman web untuk keterangan yang lebih
mendalam.
Jadual senarai kod beep

-------------------------------------------------------------------------

Kod beep Makna

Kod Award BIOS

-------------------------------------------------------------------------

Beep pendek semasa logo Bunyi biasa semasa POST

Beep panjang tidak Tiada RAM dikesan atau

putus-putus RAM rosak

Satu beep panjang dan Kad video tiada atau rosak

diikuti 3 beep pendek

Beep panjang kuat semasa CPU kepanasan atau sistem

komputer beroperasi beroperasi dengan memori rendah

Sekuen beep (sequence) Kemungkinan kerosakan RAM CMOS rosak

1-1-3

------------------------------------------------------------------------------

Sesetengah komputer menggunakan kod beep yang berlainan dari senarai di atas.

Siasatan dan Tindakan


Sernasa membuat ujian papan induk, tidak selalunya akan menemui kejayaan buat pertama
kali. Bila ada yang tidak kena, carta Ujian boleh dijadikan sebagai panduan.

Taktik yang paling berkesan mencari kerosakan adalah dengan menukar perkakasan satu demi satu hingg di kepung
kerosakan pada satu sudut atau kawasan sasaran. Perkakasan yang disahkan rosak sudah boleh ditukar dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai