Anda di halaman 1dari 1

Nazri Bin Abd Aziz SK Senai Utama Taman Senai Utama 81400 Senai Johor.

___________________________________________________________________________ Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 3, Blok E13, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya. 22 Oktober 2013

Tuan, Surat Tunjuk Sebab Ketidakhadiran Kursus Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Saya Nazri Bin Abd Aziz bernombor Kad Pengenalan 860610-11-5033 tidak dapat menghadirkan diri ke Kursus Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani yang berlangsung di Pusat Kegiatan Guru Bandar Tenggara bermula 21 Oktober 2013 hingga 18 Disember 2013. 3. Sebab ketidakhadiran ialah ketua jabatan tidak membenarkan saya menghadirkan kursus berikutan saya perlu menghadirkan diri ke kursus KSSR Matematik Tahun 4. Sehubungan dengan itu, berikut adalah maklumat mengenai kursus tersebut: Kursus : Kursus Penyebaran KSSR dan PBS Tahun 4 2013 Tarikh : 23 Oktober 2013 hingga 26 Oktober 2013 Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Kelapa Sawit 4. Di sini saya lampirkan surat panggilan kursus Penyebaran KSSR dan PBS bagi mata pelajaran matematik tahun 2013 sebagai rujukan dari pihak tuan. Segala perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. Yang benar,

NAZRI BIN ABD AZIZ Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG 41 Sekolah Kebangsaan Senai Utama

Anda mungkin juga menyukai