Anda di halaman 1dari 5

Teori-Teori Kaunseling

- TEORI ROGERIAN (PEMUSATAN INSAN) Pengenalan Teori Pemusatan Insan disebut juga sebagai teori konsep kendiri atau teori fenomenologi yang digolongkan ke dalam psikologi kemanusiaan (humanistic), gestalt dan kewujudan. Ia diasaskan oleh Carl Ransom Rogers di dalam tahun 40an yang menamakannya kaunseling bukan-arahan atau kaunseling pusatan-klien. Ia mencabar pendekatan-pendekatan pusatankaunselor dan kaunseling arahan yang mengandaikan bahawa kaunselor itu dalam semua hal dan berkeupayaan membantu kliennya di dalam semua bidang. Ia mencabar teknik-teknik dan tatacara-tatacara yang berbentuk nasihat, saranan, arahan kaunselor, pujukan, pengajaran, diagnosis dan pentafsiran oleh kaunselor. Cabaran ini dilakukan oleh Rogers semata-mata kerana kepercayaan dan keyakinannya bahawa manusia itu memang baik, memang boleh dipercayai, dan memang mempunyai keupayaan yang banyak untuk memahami diri mereka sendiri serta menyelesaikan masalah-masalah yang mereka alami sendiri, tanpa campur tangan secara langsung oleh kaunselor. Ia berpendirian bahawa manusia itu boleh menuju ke arah penentuan kendiri, jika mereka dibawa terlibat di dalam perhubungan kaunseling atau terapi. Baginya sifat-sifat peribadi dan sikap kaunselor serta hubungan antara klien dengan kaunselor itu adalah merupakan dua faktor utama bagi kejayaan sesuatu proses kaunseling tanpa memerlukan arahan-arahan yang langsung dari kaunselor seperti yang dianjurkan sebelum dan selepasnya. Kerana itulah tatacara dan teknik tidak penting baginya. Melalui penglibatannya yang meluas di dalam kaunseling dan psikoterapi individu, Rogers telah mengemukakan teori dan pendekatannya yang dinamakan terapi pusatan-klien di dalam tahun 1951. Teori ini terus

diperbaikinya dan hasilnya diterbitkan di dalam tahun 1962. Teori dan pendekatan yang dikemukakan oleh Rogers ini mencetuskan minat yang mendalam di kalangan para pendidik yang menekankan pengajaran pemusatan pelajar. Di samping itu, Rogers juga telah mencuba teorinya untuk digunakan dengan kelompok-kelompok, dan juga dalam kaunseling keluarga pada tahun 1970 dan 1972. Sejak kebelakangan ini seolah-olah sudah muncul minat untuk menerapkan teorinya di dalam bidang perhubungan antarabangsa dan politik. 2.0 Latar Belakang Tokoh Carl Ransom Rogers dilahirkan pada 8 Januari 1902 di Oak Park, Illinois Chicago. Rogers merupakan anak ke-empat dari enam orang adik beradik. Ayahnya merupakan seorang kontraktor dan jurutera. Kedua-dua ibubapanya sangat kuat berpegang kepada agama. Rogers mempunyai adik beradik seramai enam orang dan lima daripada mereka adalah lelaki. Hubungan mereka adik beradik sangatlah rapat. Rogers amat rapat dengan ibunya berbanding ayahnya. Semasa kecil Rogers adalah seorang murid yang cerdik dan pintar. Walaupun dilahirkan dalam keluarga yang ramai, Rogers merupakan seorang pelajar yang suka mengasingkan diri dan pendiam di sekolah. Beliau sangat sensitif orangnya. Rogers telah memasuki Universiti Wisconsin dan memperolehi pencapaian di dalam bidang akademik yang sangat baik. Di universiti itu beliau mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti, termasuk rombongan ke negeri China sebagai perwakilan dalam World Student Christian Federation Conference. Beliau mendapat Ijazah pertamanya dalam bidang Sejarah pada tahun 1924. Beliau menerima Ijazah kedoktorannya pada tahun 1931. Pada tahun 1928, sebelum menerima ijazah kedoktorannya, beliau mula bekerja di Rochester New York, terutamanya dengan kanak-kanak dan remaja yang bermasalah yang dirujuk oleh mahkamah dan agensi-agensi

kepada Child Study Department of the Society for the Prevention of Cruelty to Children. Kemudian beliau dilantik menjadi pengarah kepada Rochester Guidance Center. Pada tahun 1940 dia menjadi professor di Ohio State University. Di antara tahun 1945 sehingga 1957 beliau terlibat secara langsung dengan Counseling Center di University Of Chicago. Rogers kemudian berpindah ke University Of Wisconsin. Pada tahun 1964 beliau menyertai Western Behavioral Science Institute sebagai resident fellow. Dari tahun 1968 sehingga beliau meninggal dunia, Rogers menjadi resident fellow di Center for studies di La Jolla, California. Rogers telah menulis beberapa buah buku antara lain buku-buku yang ditulisnya ialah Counseling and Psychotherapy (1942), Client-centered Therapy (1951), On Becoming a Person (1961), Carls Rogers On Encounter Groups (1970). Rogers banyak menerima penghormatan di sepanjang hidupnya. Beliau merupakan orang pertama menjadi pengerusi kepada American Association for Applied Psychology . Beliau bertugas sebagai pengerusi American Psychocogical Association (APA) dari tahun 1946 1947 . Rogers meninggal dunia di La Jolla, California pada 4 Februari 1987 ketika berusia 85 tahun selepas menjalani pembedahan tulang punggung yang patah akibat satu kemalangan. 3.0 Pandangan Terapi Terhadap Kejadian Manusia Menurut Amir Awang (1987), Carls Rogers mempunyai pandangan yang cukup teguh mengenai sifat tabii manusia. Baginya manusia boleh berkembang secara positif dan membina jika wujud perasaan percaya mempercayai, hormat menghormati yang boleh dirasai dan dialami. Rogers menolak sekuat-kuatnya anggapan bahawa manusia itu tidak boleh dipercayai dan pasif, dan menjadi mangsa sifat biologi atau persekitarannya. Ia menolak anggapan kepercayaan bahawa manusia itu perlu diarah, didorong, diajar, didera, diberi ganjaran, dikawal dan diuruskan hidupnya oleh orang lain. Ia yakin bahawa manusia memang dari mula lagi sudah

mempunyai kecenderungan dan keupayaan semulajadi untuk berkembang peringkat demi peringkat menuju ke arah nirwana kendiri, andainya wujud keadaan-keadaan yang sesuai. Menurut Ee Ah Meng (1997), Carls Rogers dalam teori Pemusatan Insan membuat andaian bahawa manusia adalah rasional, baik dan bertanggungjawab. Manusia boleh membuat keputusan sendiri yang membawa keoada kebebasan dan berdikari. Sifat-sifat yang ada pada manusia adalah seperti membina, bekerjasama, boleh dipercayai, bersifat realistik dan sanggup bersosial. Perasaan-perasaan negatif yang terdapat pada manusia seperti marah dan benci memang wujud akibat penafian keperluan seperti kasih sayang, keselamatan dan penerimaan. Andaian-andaian teori ini terhadap manusia adalah seperti : 1. Konsep kendiri adalah persepsi tentang diri individu berdasarkan interaksi kita dengan orang-orang lain. 2. Individu bertingkah laku dalam bentuk yang boleh meningkatkan konsep kendirinya. 3. Masalah-masalah yang berlaku kerana timbul atau wujudnya antara konsep kendiri dengan pengalaman-pengalaman yang lalu. 4. Hanya dengan pengalaman dan penghormatan barulah individu akan bersedia untuk berkongsi masalahnya. Menurut Suradi Salim (1996), manusia dianggap mempunyai sifat-sifat positif dan mempunyai keinginan untuk berfungsi penuh, iaitu hidup dengan seberapa berkesan yang boleh. Jika seseorang itu dibenarkan untuk berkembang dengan bebas, beliau akan berkembang dengan sempurna dan akan menjadi individu yang positif dan berjaya. Pandangan seseorang tentang dirinya dalam konteks persekitarannya menentukan tingkah lakunya dan kepuasan peribadinya. Jika diberikan atau disediakan dengan persekitaran yang menggalakkan, manusia akan berkembang dengan yakin ke arah nirwana kendiri menjadi apa sahaja yang dia inginkan. Jika manusia tidak menerima kasih sayang dan sokongan orang yang penting

baginya, kemungkinan besar manusia menganggap dirinya tidak berharga dan menganggap orang lain tidak boleh dipercayai, serta mereka akan bersikap mempertahankan diri dan perkembangan ke arah nirwana diri akan terhalang. Persepsi seseorang tentang diri dan persekitaranya merupakan realiti baginya. Bagi Rogers, untuk membolehkan seseorang itu berkembang secara positif dan membina, mestilah wujud tiga suasana atau keadaan, iaitu; 1. Kejujuran, keikhlasan da kebenaran 2. Penerimaan tanpa syarat dan perasaan ambil berat 3. Kefahaman yang mendalam Jika ketiga-tiga keadaan ini dapat dirasai dan dialami oleh klien di dalam hubungannya dengan kaunselor, ia juga akan mula menghayati sifat-sifat dan ciri-ciri ini dan seterusnya lebih bersedia untuk menerima pengalamanpengalaman yang dilaluinya.

Anda mungkin juga menyukai