Anda di halaman 1dari 7

Penggunaan internet yang semakin meningkat, digabungkan dengan teknologi yang terkini serta pengurangan masa dan kos

komunikasi telah mewujudkan satu dimensi baru dalam era perkhidmatan awam terutamanya dalam memberi perkhidmatan kepada para pelanggan. Walau bagaimanapun, penggunaan yang tidak terkawal akan membawa kepada kesan negatif yang akan memudaratkan bukan sahaja kepada diri bahkan kepada masyarakat dan negara.

1. Browse atau carilah maklumat menerusi www yang berkaitan dengan tugas anda sebagai seorang pelajar. 2. Bertindaklah sebijak mungkin di dalam membuat carian (searching) dengan mengkhususkan bahan atau perkara yang diingini. 3. Memilih enjin pencari yang sesuai agar carian itu dapat dilakukan dengan lebih efisyen dan mendapat tindak balas yang lebih cepat.

4. Elakkan diri anda dari melawat laman-laman yang akan menjatuhkan maruah anda. 5. Anda juga dilarang daripada melawat laman-laman yang memuatkan maklumat anti-kerajaan atau subversif yang bertentangan dengan undang-undang negara. 6. Amalkan membuat penanda (bookmark) pada laman yang berfaedah untuk rujukan kemudian hari. 7. Cetaklah dokumen yang difikirkan akan digunakan untuk tujuan rujukan.

1. Menyalur sebarang bahan haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut, menghina, memfitnah atau menabur perasaan benci sesama rakyat Malaysia atau luar negara. 2. Menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan di dalam dan di luar negara serta perlanggaran undangundang Malaysia dan antarabangsa. 3. Menganjur perbuatan yang boleh membahayakan individu, organisasi atau masyarakat secara keseluruhannya. 4. Menggalak, membangun atau menjalankan aktiviti haram seperti skim cepat kaya, skim pyramid dan surat berantai dan lain-lain aktiviti yang dilarang oleh Perlembagaan Malaysia.

Etika ini diharap dapat dipatuhi sepenuhnya oleh semua peringkat pengguna bagi mewujudkan masyarakat pengguna internet yang bertanggungjawab dan penyayang. Berbanggalah dengan kemudahan yang diberikan ini dan jadilah pengguna yang bijaksana demi untuk meningkatkan produktiviti diri secara keseluruhannya.

Anda mungkin juga menyukai