Anda di halaman 1dari 3

Anyaman Tikar (Kertas)

Aktiviti Pendidikan (Tahun 5 Ceria)

Seni

Visual

Nak membuat anyaman tikar (kertas) ni sediakan dulu bahan-bahannya. 1. Kertas lukisan 2. Kertas warna berukuran A4 (Warna ikut suka) 3. Pembaris 4. Gam 5. Gunting

Langkah berikutnya... Lukis frame sebesar 1 kertas A4 pada kertas lukisan. Lukis garisan-garisan lurus membujur setebal 1 cm pada frame tu (elok guna pembaris panjang supaya garisannya kemas). Gunting garisan-garisan tu dengan kemas.

Selepas itu... Lukis garisan lurus melintang setebal 1cm juga, pada Sekali lagi gunting ikut garisan-garisan lurus tu dengan kemas.

kertas

warna.

Langkah seterusnya... Sisipkan kertas warna pada kertas lukisan (putih) sejalur demi sejalur mengikut bentuk kelarai yang telah dipilih oleh cikgu....

Teruskan proses tersebut sehingga selesai. Sentiasa berhati-hati semasa menyisipkan jalur-jalur kertas warna tersebut, kerana ianya mudah terkoyak. Jangan lupa gamkan pangkal dan hujung jalur kertas warna tadi pada kertas lukisan (putih).

Masih lagi proses yang sama....

Dahpun siap..Tahniah murid Tahun 5 Ceria!!

Anda mungkin juga menyukai