Anda di halaman 1dari 1

Cheese Souffle Oleh:Noor Abdul Rahim Like:www.facebook.

com/bukuresepi

Bahan-bahan: 4 biji telur (asingkan putih & kuning) 1/2 cawan breadcrumbs (serbuk roti) 30g butter 1/4 cawan tepung gandum 1 1/4 cawan susu (contoh - susu kotak penuh cream dutch lady) 2 cawan keju cheddar - diparut secubit garam secubit serbuk lada hitam

Cara-cara: 1. Minyak kan ramekin & kemudian taburkan breadcrumbs kedalamnya. Pusing-pusingkan ramekin hingga breadcrumbs melaputi ramekin. (macam kaedah minyak & tepungkan acuan pembakar) 2. Panaskan 30g butter hingga cair. 3. Masuk kan tepung & gaul hingga sebati selama lebih kurang 2 minit (api perlahan) 4. Masuk kan susu sedikit demi sedikit sambil kacau rata & pastikan adunan tidak bergentel. Gaul rata hingga adunan pekat sedikit, matikan api. 5. Masuk kan keju & gaul rata hingga keju cair. 6. Masuk kan kuning telur & gaul rata. 7. Masuk kan garam & serbuk lada hitam. Gaul rata & ketepikan. 8. Pukul putih telur dengan menggunakan mixer hingga kental, jgn terlebih pukul. 9. Masuk kan setengah putih telur kedalam adunan cheese & gaul perlahan-lahan. Setelah sebati, masuk kan kesemua putih telur & gaul rata. 10. Tuangkan adunan kedalam ramekin & bakar pada suhu 200 darjah celcius antara 10 - 15 minit.

** Sebaiknya ramekin diletak kan keatas dulang pembakar yg terlebih dahulu sudah dipanaskan. ** Hati-hati apabila mengeluarkan dulang pembakar dari oven kerana acuan ramekin panas.

Anda mungkin juga menyukai