Anda di halaman 1dari 3

Pengamatan Visual

Kecelaruan pemprosesan visual atau perseptual merujuk kepada ketidakupayaan untuk


menjana maklumat yang diperoleh dari mata. Kesukaran dengan pemprosesan visual
mempengaruhi bagaimana maklumat visual diintepretasi atau diproses oleh otak.
Beberapa kesukaran yang dialami:

1. hubungan ruang
2. diskriminasi visual
3. visual closure
4. pengenal pastian objek (visual agnosia)

Pengamatan Auditori

Kecelaruan pemprosesan auditori menghalang keupayaan individu untuk menganalisis
maklumat yang diperoleh dari telinga.

Defisit pemprosesan auditori boleh mengganggu pertuturan dan bahasa secara
langsung bahkan boleh mempengaruhi kesemua bidang pembelajaran terutama
bacaan dan ejaan.

Beberapa kesukaran yang dialami:

1. kesediaan fonologikal
2. diskriminasi auditori
3. auditori memori
4. auditori sequencing
5. auditori blending


Ingatan (memory)

Defisit ingatan memainkan peranan yang signifikan bagi murid yang mengalami
masalah untuk mengingat asas operasi tambah, tolak, darab, bahagi dan kemahiran-
kemairan seterusnya.
Murid-murid mengalami masalah ingatan dari aspek penyimpanan maklumat. Ada
murid yang boleh membuat latihan matematik dengan pada hari ini tapi esok dia lupa.
Murid sebegini perlu dilatih kemahiran mengurus maklumat, memberi tumpuan dan
kaedah mengingat








Bahasa

Murid bermasalah pembelajaran mempunyai masalah dalam bahasa melibatkan
bentuk, kandungan atau kefungsian bahasa.
Dalam kelas, murid sukar menzahirkan konsep matematik kepada orang lain dan
mendengar penjelasan tentang matematik.
Masalah juga berlaku semasa membaca atau menulis ayat penyelesaian masalah
matematik.
Bahasa boleh menjadi penghubung di antara perwakilan konkrit dengan bentuk simbolik
yang lebih abstrak.


Kognitif

Murid-murid bermasalah pembelajaran mempunyai halangan dalam pembelajaran
disebabkan oleh faktor kognitif. Ianya mungkin pengamatan, ingatan atau faktor
penaakulan. Pengamatan terlibat dalam pengumpulan maklumat dari persekitaran dan
memprosesnya untuk simpanan serta digunakan. ia bukan sekadar melihat simbol
nombor tetapi memegang, menyebut dan menulis nombor tersebut. Ia juga bukan
sekadar melihat dan mendengar sahaja malah berusaha mendiskriminasi dan
mengintepretasi hasil daripada visual dan auditori.

Metakognitif

Metakognitif (thinking about thinking) adalah berkaitan dengan keupayaan murid untuk
memantau pembelajaran mereka:

1. menggunakan strategi yang bersesuaian
2. mengetahui sama ada strategi itu berjaya
3. mengenalpasti kesalahan yang dilakukan dan membuat pertukaran/penambahbaikan
apabila diperlukan.


Sosial dan Emosi

Sesetengah murid mempunyai masalah untuk bergaul dengan individu lain. Manakala
sesetengah murid lain mempunyai konsep kendiri dan harga diri yang rendah. Murid-
murid sebegini sangat mudah untuk melakukan kesilapan. Murid yang berasa sangat
takut dengan matematik akan menyebabkan mereka ketinggalan dalam kelas dalam
mata pelajaran matematik.







Motor

Kemahiran motor melibatkan lebih daripada satu proses seperti ingatan berkaitan
dengan simbol berasaskan ingatan visual dan motor. Kemahiran motor juga melibatkan
pengamatan visual dan pemindahan. Di samping itu, indikator bagi masalah motor ini
mudah dikenal pasti iaitu melalui pembentukan simbol, pengawalan tulisan dari segi
ruang dan murid yang sering mengelak diri dari membuat kerja bertulis.

Anda mungkin juga menyukai