Anda di halaman 1dari 1

SENARAI TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN DALAMAN SEKOLAH.

Ini adalah antara senarai tugas Setiausaha Peperiksaan Dalaman

1. Menyediakan jadual waktu peperiksaan sekolah. 2. Mendaftarkan calon-calon yang menduduki UPSR dan menguruskan urusan yang berkenaan dengannya. 3. Menyediakan jadual pembina soalan 4. Mengurus percetakan, pembahagian dan tempat menyimpan kertas soalan. 5. Memastikan keselamatan kertas soalan. 6. Memastikan kertas-kertas soalan diedarkan kepada guru pengawas peperiksaan sebelum peperiksaan dijalankan. 7. Memastikan skema jawapan disediakan oleh ahli panel penggubal soalan. 8. Memastikan jadual waktu pemeriksaan kertas jawapan mengikut jangka masa yang tetapkan. 9. Memastikan kertas soalan disimpan untuk rujukan di dalam bank soalan. 10. Menyelia dan melengkapkan data dalam apliaksi APDM, SAPS, dan SPPBS.

Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) atas talian ini akan dijadikan sebagai satu pangkalan data rasmi bagi semua data murid bagi semua sistem atas talian tidak lama lagi. Dan ini termasuklah bagi sistem SAPS dan juga SPPBS. Sistem ini akan dilaksanakan bagi semua sekolah baik sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Dan untuk dilaksanakan di peringkat sekolah, ianya dipertanggungjawabkan keatas Guru Penolong Kanan 1, Setiausaha Peperiksaan, Guru Penolong Kanan Hem, Guru Data dan Guru Kelas. Dan selepas ianya dilaksanakan, beban peranan setiausaha peperiksaan dalaman terhadap SAPS akan dikurangkan. Setiausaha peperiksaan dalaman hanya akan dipertanggungjawabkan dalam memastikan data peperiksaan pelajar diisi dengan sebaik-baiknya oleh guru kelas dan guru matapelajaran. Manakala guru data akan memastikan data maklumat diri pelajar dikemaskinikan dengan baik oleh beliau dan juga guru kelas supaya proses kemasukan markah pelajar dapat berjalan dengan lancar.

Anda mungkin juga menyukai