Anda di halaman 1dari 1

Kesimpulan Melalui kerja kursus olahraga (WAJ 3116) ini, kami dapat mengetahui dengan lebih dekat lagi

tentang acara lontar peluru dan kemahiran-kemahiran yang ada. Kami juga dapat mempelajari teknik-teknik dan ansur maju yang terdapat dalam sukan olahraga acara lontar peluru. Ini adalah kerana, acara lontar peluru ini memerlukan kemahiran yang khusus jika seseorang individu itu ingin melibatkan diri dalam bidang sukan ini. Sebagai acara pertandingan, lontar peluru lebih sesuai bagi para pelajar sekolah menengah. Walau bagimanapun, asas melontar peluru seperti lontaran berdiri boleh diperkenalkan kepada para pelajar sekolah rendah dengan cara pengajaran dan latihan yang sesuai dengan kemampuan kumpulan pelajar yang diajar. Oleh itu segala ilmu pengetahuan yang didapati amatlah berguna untuk kami melatih pelajar-pelajar apabila menjadi guru suatu hari nanti. Akhir sekali, kami berharap kerja kursus olahraga ini dapat diteruskan bagi pelajar yang ingin mengambil olahraga kerana kursus ini sangat berguna kepada individu mempelajarinya untuk digunakan pada masa depan terutama sekali apabila kita sebagai bakal guru yang bakal mengajar pelbagai jenis matapelajaran termasuklah sukan apabila di sekolah kelak.

Anda mungkin juga menyukai