Anda di halaman 1dari 9

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

1.0 Pengenalan Budaya sekolah dan iklim sekolah merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis keselamatan dan struktur organisasi di sekolah yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada proses pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), keterbukaan dan bentuk hubungan yang wujud antara pentadbir, guru, ibu bapa dan pelajar menyumbang kepada pembentukan iklim sekolah. Walau bagaimana pun, budaya sekolah dan iklim sekolah adalah dua bentuk yang saling berkaitan. Namun begitu, iklim sekolah lebih merujuk kepada kesan persekitaran sekolah ke atas pelajar manakala, budaya sekolah lebih merujuk kepada cara dan gaya guru dan staf bekerja dalam satu kumpulan.

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


2.0 DEFINISI Bull, Shirley & Solity Jonathan.(1987) mentakrifkan budaya sekolah sebagai "realiti dalaman". Cheyney, A.B.(1967) pula meluaskan definisinya sebagai "This

inner reality reflects what organizational members care about, what they are willing to spend time doing, what and how they celebrate, and what they talk about." Jones, B. F. (1995) menyatakan 6 dimensi iklim sekolah, yang dikelompokkan ke dalam dua aspek, yaitu aspek perilaku kepala, dan aspek perilaku guru. Tiga dimensi perilaku kepala sekolah yang diukur adalah supportive, directive, dan restrictive, sedangkan tiga dimensi perilaku guru yang diukur adalah committed, dan disengaged. Lambert,N.M.(1994), beliau mendefinisikan bahawa Iklim Sekolah sebagai collegial,

suatu sistem sosial yang membentuk persekitaran pembelajaran. Fenomena ini berlaku adalah kerana pelajar dari pelbagai latar dan pengalaman yang berbeza berada di dalam satu kumpulan di mana tingkah lakunya banyak bergantung kepada bentuk protokol yang diwujudkan oleh pentadbir dan guru-guru. Selanjutnya, Robiah Sidin(1993) menambahkan bahawa istilah Iklim adalah melibatkan keperibadian manusia. Dengan kata lain adalah, masing-masing mempunyai ciri kelas (keperibadian) yang tidak sama dengan kelas-kelas yang lain, meskipun kelas itu dibangun dengan fizikal dan bentuk atau struktur yang sama. Steele, FI.(1973) mendefinisikan Iklim dengan kondisi, pengaruh, dan

rangsangan dari luar yang meliputi pengaruh fizikal, sosial, dan intelektual yang mempengaruhi pelajar.

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


3.1 PENGURUSAN MASA UNTUK GURU. Pengurusan masa untuk guru adalah sistem penjadualan yang diuruskan guru semasa P&P atau diluar P&P. Jika guru tidak dapat menguruskan masa P&P dengan cekap dan sistematik, banyak kesan negatif akan berlaku. Kesan daripada

pengurusan yang lemah tersebut, beban guru semakin bertambah dan kebanyakkan guru stress. Dengan ini guru perlu didedahkan tentang pengurusan masa iaitu tentang perancangan dan penyusunan aktiviti semasa P&P atau di luar P&P. Melalui pendedahan tentang pengurusan masa untuk guru, ia kan menbantu guru menguruskan masa dengan sisitematik dan cekap di dalam P&P serta dalam kehidupan seharian. Melalui pendedahan ini juga menjadikan P&P lebih berkesan apabila guru mengaplikasikannya. Apa yang perlu guru lakukan terutamanya adalah menitit berat dalam urusan rancangan pengajaran harian (RPH). Selain itu, guru perlu mengagihkan masa dengan sistematik iaitu masa di luar wktu persekolahan dan pada waktu persekolahan. Melalui pengalaman saya semasa pengalaman berasaskan sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Pusat, kebanyakkan guru mengambil masa guru lain. Ini selalu berlaku terutamanya pada waktu Pendidikan Jasmani. Guru tersebut tidak dapat mengawal dan merancang masa dengan betul menyebabkan beliau mengambil masa selama 15 minit guru lain untuk murid-murid menukar pakaian. Sepatutnya guru tersebut peka dalam hal ini kerana ia akan menggangu masa guru lain. Oleh itu melalui pendapat saya guru yang terlibat tersebut perlu menitit beratkan dalam hal pembuatan rancangan pengajaran harian (RPH). Hal ini bertepatan dengan Ian Nelson di dalam Anuar Ayub (1997) yang menyatakan guru perlu melakukan RPH sebelum P&P. Ini kerana di dalam RPH hal berkaitan jantina, umur, masa, tahap IQ murid, masa yang diperlukan dan sebagainya perlu ditekankan. Apabila P&P bersesuaian dengan murid-murid, P&P mudah dijalankan dan masa yang diperlukan adalah bertepatan dengan apa yang diperlukan.

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


3.2 PELAJAR ATAU MURID PERLU DIBERIKAN DORONGAN. Murid-murid perlu diberikan dorongan di dalam P&P. Amalan ini perlu sentiasa dilakukan sebelum, semasa dan selepas P&P. Ini akan menjadikan murid-murid lebih berminat dan besemangat untuk belajar. Dorongan terdapat pelbagai jenis seperti ganjaran atau habuan, pujian, kata-kata semangat dan sebagainya. Dorongan diperlukan murid kerana murid perlu dibimbing. Guru dan keluarga perlu mgambil berat dalam hal ini kerana hal ini mendorong pencapaian prestasi murid-murid. Oleh kerana pada masa sekarang masa murid bersama-sama dengan keluarganya lebih kurang daripada masa berada disekolah, guru perlulah lebih berusaha dalam memberikan dorongan kepada murid-muridnya. Pada permulaannya guru perlulah mendekati pelajar untuk menberikan dorongan atau bantuan. Dorongan tidak semestinya dengan ganjaran dan ianya boleh dilakukan dengan pujian dan yang paling penting adalah keikhlasan hati guru. Melalui pengalaman saya semasa rancangan pengajaran harian (PBS) di Sekolah Kebangsaan Seri Iman, kebanyakkan murid-murid tidak bersemangat belajar terutama murid-murid di kelas terakhir. Saya ada menemuramah merid-murid tersebut dan keputusannya ramai murid-murid berasa bosan, tidak bersemangat dan dipaksa ke sekolah untuk belajar. Oleh itu guru perlulah mengambil peranan iaitu medekati murid-murid dan mengkaji latar belakang murid tersebut. Seterusnya memberikan dorongan dan bantuan kepada murid-murid yang terlibat. Hal ini bertepatan dengan Robert F. Mager di dalam Saat Md Yassin (2000) yang menyatakan dan membuktikan bahawa guru memainkan peranan besar dalam membangunkan prestasi murid-murid berbanding ibu bapa.

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


3.3 PELAKSANAAN KAUNSELING. Pelaksanaan kaunseling ini bemaksud pelaksanaan kaunseling di sekolah rendah secara menyeluruh. Dengan adanya kaunseling di sekolah rendah, ianya akan membentu murid mengatasi masalah dengan betul. Dengan ini masalah terutamnya masalah sosial dapat dibendung pada peringkat awal lagi. Pelaksanaan ini amat penting kerana di Malaysia, kaunseling pada peringkat sekolah rendah tidak menyeluruh dan tidak begitu polular. Ianya lebih tertumpu pada sekolah bandar, kluster, prestasi tinggi dan sebagainya. Dengan ini pihak sekolah perlu memainkan peranan penting dengan melantik guru kaunseling dan menubuhkan kelab kaunseling. Melalui pengalaman saya semasa PBS selama tiga kali di Kemaman Terengganu, ketiga-tiga seolah saya melakukan PBS tidak mempunyai kaunseling berbanding sekolah sya melakukan program BIG iaitu Sekolah Prestasi Tinggi SK Zainab 2. Semasa PBS saya memerhati murid-murid tiada tempat mengadu atau tempat untuk meluahkan perasaan apabila menghadapi masalah. Mereka hanya menjadikan rakan sebaya untuk meluahkan perasaan. Ini berlaku apabila semasa PBS seorang murid kehilangan kasut di perpustakaan. Murid tersebut takut dan hanya menangis dan mengadu kepada rakannya. Oleh itu guru perlu memainkan peranan isitu menolong dan membantu murid. Oleh itu pentingnya kaunseling kerana ia boleh membantu murid. Hal ini bertepatan dengan John Meleod di dalam Issham Ismail & Wan Mahzom (1999) yang menyatakan kanak-kanak perlu diberikan bantuan dengan penubuhan kaunseling dan ianya termaktub di dalam Akta Kanak-Kanak 2001.

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


3.4 KEPELBAGAIAN TEKNIK PENGAJARAN Pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid. Guru perlu employ a wide variety of methods untuk menyampaikan kandungan pelajaran berbentuk teori dan amali. Guru yang berhasrat untuk menjadikan pengajarannya efektif, seharusnya membuat kajian atau penyelidikan mengenai kaedah yang paling sesuai untuk sesuatu isi pelajaran, topik atau kemahiran. Kajian saintifik perlu dibuat untuk menilai kekuatan dan kelemahan kaedah yang digunakan. Guru perlu berkemahiran dalam membuat kajian tindakan atau pemerhatian saintifik. Selain itu, Guru perlu sentiasa mengubahsuai strategi mengikut jangkaan keberkesanan penggunaan sesuatu kaedah. Selain itu guru perlu mengkaji latar belakang murid tentang keupayaan IQ sebelum P&P dilakukan. Melalui pengalaman lepas saya semasa PBS, saya ada memerhati guru yang sama mengajar subjek Pendidikan Jasmani untuk selama 5 hari berturut-turut. Apa yang saya dapat lihat guru tersebut tidak membuat sebarang perubahan semasa pengajaran dan menjadikan muri-muridnya bosan untuk belajar. Selain itu ramai murid tidak memakai pakaian untuk bersukan dengan alasannya Subjek Pendidikan Jasmani tidak seronok dan membosankan. Ini bertepatan dengan Bregan Coombs di dalam Siti Aishah Mohd Elias (1997) yang menyatakan Kajian menunjukkan bahawa kaedah yang digunakan amat berperanan penting sebagai sumber kefahaman, minat dan komitmen murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid lebih tertarik kepada kaedah yang kemaskini dan menggunakan peralatan elektronik seperti komputer, internet, power point, dan video. Walau bagaimanapun, guru yang bijak menggunakan gaya tingkahlaku dan intonasi suara, bercerita, memek muka humor, akan tetap menarik minat pembelajaran dan murid mengikuti pengajaran secara efektif.

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


3.5 KEJELASAN PENYAMPAIAN DAN PENGHURAIAN ISI PELAJARAN Ramai penonton terpesona dengan persembahan dan jalan cerita yang menarik serta mudah difahami. Mereka sanggup menunggu beberapa jam sehingga cerita tamat walaupun bahasa yang dituturkan tidak difahami sepenuhnya. Justeru, penyampaian guru yang jelas dan mudah difahami oleh murid akan menjadikan mereka lebih beminat dan mengikuti pembelajaran sehingga tamat. Kepelbagaian dalam gaya penyampaian dan bahasa yang mudah difahami serta formula yang tahu aplikasi akan menjadikan pembelajaran murid bertambah komited dan efektif. Guru seharusnya mengetahui taraf kebolehan bahasa murid, pencapaian pengetahuan, dan kefahaman aplikasi sesuatu teori atau formula. Imam Al-Ghazali mengingatkan agar guru menggunakan bahasa yang mudah, penerangan yang jelas, dan perbincangan isi pelajaran yang di dalam pengetahuan dan kemahiran murid yang diajar. Guru perlu mengelakkan daripada menggunakan bahasa dan penerangan yang berliku-liku, berbelit-belit, perkataan sukar, dan bombastik. Ini bererti penyampaian berbeza di antara murid sekolah rendah dengan sekolah menengah, murid pintar dengan sederhana, dan murid normal dengan pendidikan khas. Kepelbagaian gaya bahasa dan penerangan yang jelas akan memudahkan murid menerima dan memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru seterusnya dapat meningkatkan prestasi pembelajaran. Sebagai kesediaan awal murid-murid perlu dicerna dan mahirkan kefahaman mereka dalam aspek bahasa seperti yang ditunjangkan dalam objektif KBSR. Melalui pengalaman saya semasa PBS, saya memerhati kebanyakkan murid tahun satu kurang memahami apa yang diperkatakan oleh guru mereka kerana cara percakapan atu arahan guru terlalu laju dan sukar difahami bagi peringkat murid tahun satu. Salain itu bagi Subjek Bahasa Enggeris, saya dapat kesan pada murid tahun enam bahawa guru mereka banyak menggunakan perkataan sukar difahami dan penggunaan perkataan pada tahap tinggi sehinnga muridnya terpaksa menggunakan kamus setiap masa. Sepatutnya guru perlulah memahami kehendak murid-murid supaya objektif P&P berjaya.

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


Ini bertepatan dengan Mohamad Johdi Hj. Salleh (2007) yang menyatakan Guru seharusnya berkebolehan dalam menerangkan secara jelas mengenai sesuatu konsep abstrak dan konkrit iaitu explain and illustrate concepts both abstractly and concretely. Perkara abstrak boleh dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman murid atau sesuatu yang mempunyai persamaan dengan membuat andaian. Guru boleh juga melakarkan dalam bentuk tulisan, gambar rajah atau carta. Penerangan konsep konkrit perlu diikuti oleh perbuatan atau tindakan murid demi mengukuhkan konsep yang konkrit dengan objek sebenar.

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


4.0 KESIMPULAN Dunia yang semakin kompetetif sesungguhnya memerlukan keberkesanan diperingkat sekolah disebabkan Malaysia akan bertaraf antarabangsa dan

memerlukan kepemimpinan yang berwibawa, teknologi bertambah canggih serta ragam manusia yang berbagai-bagai. Sememangnya Kementerian Pendidikan bertekad untuk melahirkan manusia insan kamil yang seimang pembangunan rohani, emosi, jasmani dan intelek sebagaimana yang dituntut oleh Falsafah Pendidikan Negara. Manusia beginilah yang nantinya berupaya mendokong Wawasan 2020. Dengan ini untuk memastikan sekolah berada dalam iklim dan budaya yang sihat, usaha-usaha secara bersepadu perlu dilaksanakan bukan sahaja oleh pengetua sebagai pengurus sekolah tetapi juga seluruh warga sekolah termasuk guru, pelajar, ibu bapa, dan PIBG, pihak berkuasa Kementerian Pelajaran dan ahli komuniti termasuk pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan. Strategi perancangan dan pelaksanaannya juga perlu dilakukan dalam proses yang berterusan tidak kira elemen-elemen yang menggugat iklim dan budaya sekolah berkenaan sudah wujud atau belum di sekolah kita.

Anda mungkin juga menyukai