Anda di halaman 1dari 1

ISL 10

10. Secara individu, tuliskan refleksi pengalaman belajar Pendidikan Muzik di sekolah rendah.

Pendidikan Muzik penting untuk dipelajari sebagai asas bagi seseorang murid atau sesiapa sahaja bagi meneroka dunia muzik kerana kita tidak lekang daripada mendengar lagu ataupun menyanyi. Muzik adalah sebahagian daripada alam kehidupan pelajar yang tidak boleh dipisahkan. Tanpa muzik, dunia bagi pelajar adalah kosong. Selain daripada itu,

muzik juga merupakan satu budaya kepada masyarakat. Pelajar sentiasa memberi respon kepada muzik dan akan merasa senang hati apabila dapat melahirkan ekspresi diri apabila mendengar muzik. Asas muzik iaitu irama dan ton juga terdapat dalam amalan pertuturan dan interaksi harian. Sifat cenderungkepada muzik yang sedia ada pada pelajar mempunyai peranan tertentu dalam proses perkembangan diri dari segi kualiti diri dan sahsiahnya.

Peranan guru adalah ke arah memperkembangkan sifat-sifat yang merangkumi aspek emosi, kreativiti, nilai estetika dan etika tertentu. Penglibatan pelajar secara aktif dalam kegiatan muzik akan dapat membina pertumbuhan dan perkembangan fizikal, mental, emosi dan sosial pelajar itu sendiri. Selain itu, pengalaman muzik yang menarik akan membantu meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran lain. Di sekolah dahulu, saya mendapati guru muzik banyak mengajar kami sekelas dengan menunjukkan gambar alat-alat muzik namun secara praktikal kami tidak diajar tentang penggunaan tersebut. Hanya mengenali nama dan bunyinya sudah mencukupi. Bilangan guru muzik hanya

seorang di sekolah serta guru tersebut tidak benar-benar berpengalaman di dalam bidang mengekang kami untuk belajar. Jadi, saya menyarankan kemasukan guru berkebolehan muzik amat dititikberatkan di setiap sekolah bagi melahirkan banyak murid yang berkebolehan muzik.

Anda mungkin juga menyukai