Anda di halaman 1dari 7

Nenek-nenek si bongkok tiga

pengenalan
Permainan Nenek-Nenek Si Bongkok Tiga merupakan permainan tradisional yang dimainkan

oleh kanak-kanak diluar rumah. Permainan ini dimainkan oleh beberapa orang dengan jumlah yang ramai. Halaman rumah atau tempat yang lapang merupakan gelanggang yang sering digunakan untuk permainan ini. Permainan ini mempunyai dua buah lagu khas yang dinyanyikan. Sehelai sapu tangan atau penutup mata diperlukan beserta sebatang tongkat sebagai alat.

peraturan
Tentukan pemain yang akan memegang watak nenek. (lalali tam plom) Penutup mata digunakan kepada

nenek tidak boleh dibuka semasa mereka pemain.


Nenek juga akan diberikan sebatang tongkat. Cucu-cucu harus membentuk satu bulatan dan si "nenek"

akan berada di tengah bulatan itu.


Setelah itu, si "cucu" akan mendendangkan sebuah lagu.

Selesai itu, si nenek pula akan mendengdangkan nyanyiannya, dan diakhiri dengan mencari pengganti yang seterusnya untuk memegang watak nenek. Pemain yang ditangkap tidak boleh melarikan diri

semasa nenek menangkap mereka.


Jika nenek meneka dengan betul maka pemain tersebut akan menjadi pengganti nenek. Pemain lain tidak dibenarkan memberitahu nama pemain yang ditangkap oleh nenek.

lagu
Lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan si cucu:

Nenek-nenek si bongkok tiga, Siang mengantuk malam berjaga, Mencari cucu dimana berada, Nenek kahwin dengan anak raja.

Lagu yang dinyanyikan oleh nenek:

Cucu-cucu tak dapat lari, Nenek tua banyak sakti, Sekarang nenek nak cari ganti, Siapa yang kena dia menjadi.

video

Anda mungkin juga menyukai