Anda di halaman 1dari 3

Perbincangan : Eksperimen 2 ini telah dikendalikan dalam kumpulan bagi mengenalpasti tindak balas haba.

Antara bahan atau larutan yang digunakan dalam tindak balas haba ini ialah hidroklorik asid, pepejal anhydrous natrium karbonate, dan pepejal natrium hidrogen karbonate. Dalam eksperimen ini, cawan kertas telah digunakan ketika mencampurkan kedua-dua larutan ke dalamnya. Hal ini kerana cawan kertas memainkan peranan sebagai penebat. Maksudnya, bahan yang kurang cekap mengkonduksikan haba

seperti kayu, getah, plastik dan juga kertas amat sesuai bagi menjalankan aktiviti ini. Sekiranya cawan aluminium pula digunakan dalam esperimen ini, ia akan mudah

mengalirkan haba melalui mediumnya. Jadi, ia tidak dapat membantu untuk mendapatkan keputusan yang tepat. Suhu awal dan suhu akhir larutan bagi kedua-dua larutan ini juga telah dikira dengan menggunakan termometer. Suhu awal bagi kedua-dua larutan EC2 dan EC3 adalah 29.0OC. Hal ini kerana bagi membezakan peningkatan suhu berlaku ketika kedua-dua larutan tersebut bercampur dalam cawan kertas itu. Peningkatan suhu bagi campuran EC2 adalah 1.5OC dan larutan campuran EC3 pula sebanyak 4.0 OC. Peningkatan suhu bagi EC3 adalah lebih tinggi berbanding dengan EC2. Selain itu, jisim bikar dengan pepejal bahan seperti pepejal anhydrous natrium karbonate dan pepejal natrium hidrogen karbonate telah dikira. Pepejal EC2 dan EC3 juga telah dikira jisimnya dengan bantuan neraca elektronik. Setelah pepejal dimasukkan ke dalam cawan kertas, jisim bagi bikar dan sisa pepejal juga telah dikira. Hal ini dibuat untuk mendapat tahu jisim yang terlibat dalam eksperimen tersebut. Bagi menggelakkan sisa pepejal yang banyak tinggal di bikar, kertas turas boleh digunakan. Dengan ini, kebazirkan pepejal dapat dikurangkan. Di samping itu, pengaruh luar juga telah di ambil kira. Contohnya, ketika menggunakan necara elektronik ini, semua kipas dan tingkap harus ditutup dengan rapi supaya tidak ada pengaliran udara. Hal ini kerana pengaliran udara ini boleh

menyebabkan mendapat nilai jisim yang kurang tepat daripada yang sebenarnya. Sebenarnya, neraca elektronik ini amat sensitif.

Refleksi Eksperimen ini telah dijalankan dengan baik atas kesyukuran Tuhan. Kami tidak menghadapi sebarang masalah berkaitan dengan eksperimen ini kerana ia dibuat dalam kumpulan. Semua ahli kumpulan ini telah memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan eksperimen ini. Dengan kerjasama dan kesungguhan ahli kumpulan ini, eksprimen ini telah dikendalikan dengan lancar. Selain daripada nilai moral ini, saya juga dapat mengaplikasikan beberapa nilai moral seperti peka dalam mengira jisim bahan, teliti dalam membuat eksperimen, sifat berhati-hati ketika mengendalikan larutan tersebut. Saya juga mendapat tahu betapa pentingnya setiap bacaan nilai suhu, dan juga jisim. Dengan penelitian mengambil bacaan nilai iniliah kami dapat menyiapkan eksperimen ini dengan baik dan juga lancar. Pengiraan suhu dan jisim amat membantu kami dalam menjayakan hipotesis eksperimen ini. Kami mengamalkan beberapa langkah keselamatan ketika menjalankan aktiviti eksperimen ini. Kami telah membahagikan beberapa tugas ketika mengendalikan eksperimen ini. Saya dipertanggungjawab untuk menjalankan eksperimen ini dan rakan rakan saya pula mencatat keputusan, menyediakan bahan-bahan dan radas-radas yang diperlukan dan mengambil jisim dan suhu bagi setiap larutan. Setelah kami menyelesai eksperimen ini, kami membincangkan keputusan eksperimen ini. Daripada perbincangan kami, saya telah mendapat tahu beberapa perkara yang penting seperti tujuan menggunakan cawan kertas, penggambilan suhu awal dan akhir larutan, mengkira jisim bagi setiap bahan pepejal serta fungsi mengacau larutan EC2 dan EC3. Tujuan esperimen dapat dilihat dengan jelas. Ahkhirnya, kami telah membuat laporan eksperimen individu masing-masing. Ketika membuat laporan ini, kami berkongsi ilmu yang kami dapat bagi menyiapkan

laporan ini dengan baik. Saya berpendapat eksperimen begini amat memainkan peranan bagi meningkatkan kemahiran saintifik dalam kalangan guru pelatih sains.

Anda mungkin juga menyukai