Anda di halaman 1dari 19

SMK Ismail Petra

Kerja kursus
Kajian geografi tempatan tingkatan 2

Nama : Nik Muhamad Naqib Faiq Bin Muhamad Zahir


Kelas : 2 Ibnu Hayyan
No i/c : 951116-03-5891
Nama Sekolah : SMK Ismail Petra
Guru Penilai : Pn Roslina bt Mohd Zin
Tandatangan Guru :………………..
Tajuk
Perkembangan Petempatan di Kawasan Pengkalan Chepa
dan Perbandingan dengan Tokyo
Senarai kandungan

Bi Isi kandungan Muka


l surat
1 Tajuk kajian
2 Senarai kandungan
3 Penghargaan
4 Pendahaluan
5 Objektif kajian
6 Kawasan kajian
7 Kaedah kajian
8 Hasil kajian
9 Rumusan
10 Lampiran
11 Rujukan
Penghargaan
Syukur Alhamdulillah kepada Allah SWT kerana dengan berkat dan
keizinan dariNya, maka saya telah menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.Insyaallah , tugasan ini dapat memberikan banyak manfaat
kepada saya dari segi ilmu pengetahuan dan pengalaman semasa
membuat kajian dan di masa hadapan.
Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibubapa
saya,guru-guru dan rakan-rakan yang telah banyak membantu saya
menyiapkan tugasan ini.Setinggi penghargaan juga kepada giri geogafi
saya iaitu Puan Roslina bt Mohd Zin yang telah banyak member tunjuk
ajar semasa menyiapkan tugasan ini.
Pendahaluan
Saya Nik Muhamad Naqib Faiq bin Muhamad Zahir dari kelas 2 Ibnu
Hayyan di SMK Ismail Petra ditugaskan untuk menyiapkan folio
geografi tingkatan 2.Saya telah memilih mengenai petempatan di
kawasan kajian dan perbandingan dengan negara lain.Kawasan yang
saya pilih untuk dijadikan sebagai tempat kajian ialah kawasan
petempatan Pengkalan Chepa dan memilih perbandingan dengan bandar
Tokyo di Jepun.Antara sebab saya memilih kawasan pengkalan chepa
dengan Tokyo.Kedudukan Pengkalan Chepa yang tidak jauh dari rumah
saya memudahkan saya untuk menjalankan kajian tersebut.
Objektif kajian

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk:.

Mengenalpasti jenis dan pola petempatan yang terdapat di


Pengkalan Chepa dan Tokyo .

Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan di


Pengkalan Chepa dan dibandingkan dengan Tokyo .

Mengenalpasti fungsi petempatan di Pengkalan Chepa dan


dibandingkan dengan Tokyo.

Membincangkan langkah-langkah mengurangkan masalah


petempatan di Pengkalan Chepa dan dibandingkan dengan Tokyo .

Mengenalpasti langkah-langkah mengurangkan masalah petempatan


di Pengkalan Chepa dan dibandingkan dengan Tokyo.
.
Menerapkan rasa cinta, nilai-nilai murni serta nilai penerapan
patriotisme terhadap bandar Pengkalan Chepa dan dibandingkan
dengan Tokyo.
Kawasan kajian

Pengkalan Chepa adalah salah satu Bandar yang pesat di Kota


Bharu.Bandar ini banyak melakukan aktiviti
perindustrian,perniagaan,pendidikan dan lain-lain lagi.

Peta Kawasan Pengkalan Chepa:


Bandaraya Tokyo terletak di Pulau Honshu,Jepun.Bandaraya ini
dipanggil sebagai Tokyoto atau Metropolis Tokyo.Metropolis ini
mempunyai penduduk seramai 12.2 juta orang.Tokyo adalah ibu
Negara Jepun.Ia berfungsi sebagai pusat pentadbiran,komersial dan
pendidikan.

Peta Kawasan Tokyo:

Kaedah kajian
Saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian untuk menyiapkan
kerja kursus ini.
Antaranya ialah :-

1) Kaedah Pemerhatian

a)Pemerhatian

Saya telah mennjalankan kaedah pemerhatian di sekelilng kawasan


.Pemerhatian dibuat lagi untuk melakar kawasan kajian.

b)Temu Bual

Melalui temu bual,saya berjaya menemu bual sebanyak 18


orang.Tujuannya ialah untuk mendapatkan maklumat-maklumat untuk
kajian saya. Sikap terbuka mereka telah memudahkan kajian ini dan
membolehkan saya menyiapkan dalam masa yang di tetapkan. Dengan
ini, saya lebih memahami tentang jenis-jenis kegiatan ekonomi di Pen.
Saya juga mendapat maklumat tentang masalah yang telah berlaku di
kawasan kajian serta langkah-langkah untuk mengatasinya.

c)Rujukan
Saya telah mendapatkan maklumat melalui rujukan di majalah-majalah,
beberapa foto contoh, surat khabar, laman web dan lain-lain. Saya turut
mendapat maklumat melalui rakan-rakan, guru-guru serta penduduk
yang tinggal berdekatan kawasan kajian tersebut dengan menemuramah
mereka.

Hasil kajian
Jenis dan pola petempatan

Petempatan di Malaysia boleh dibahagikan kepada petempatan bandar


dan
petempatan luar bandar.Pengkalan Chepa adalah sebuah petempatan
bandar yang terdapat di Kelantan dan padat dengan penduduk. Ini kerana
Mukim Lundang mempunyai pelbagai kemudahan yang disediakan
seperti rumah, pusat membeli-belah dan aliran pengangkutan yang baik
untuk kemudahan penduduk di sini dan jenis petempatannya ialah
berpusat.

Tokyo adalah sebuah Bandar yang padat penduduk .Tokyo mempunyai


lebih kurang 12.2 juta penduduk. Tokyo merupakan sebuah Bandar yang
pesat membangun dengan kemudahan awam.Tokyo banyak menarik
migrant dari luar negara.Pola petempatan di Tokyo ialah petempatan
berpusat.Terdapat banyak rumah tertumpu di kawasan pusat tumpuan
penduduk.

Faktor yang Mempengaruhi Petempatan


Faktor yang mempengaruhi petempatan di Pengkalan Chepa.
a)Bentuk muka bumi
Bentuk muka bumi di kawasan Pengkalan Chepa adalah tanah
pamah.Ramai penduduk yang tinggal di Pengkalan Chepa kerana bentuk
muka buminya memudahkan urusan pekerjaan seperti
perniagaan,pertanian dan sebagainya.

b)Peluang pekerjaan
Ramai penduduk yang tinggal di Pengkalan Chepa kerana terdapat
pelbagai peluang pekerjaan dan mudah untuk mendapatkannya.Oleh
disebabkan Pengkalan Chepa banyak melakukan aktiviti perindustrian,
terdapat banyak peluang pekerjaan yang terbuka kepada penduduk yang
masih tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.
c)Kegiatan ekonomi
Kegiatan ekonomi yang terdapat di Pengkalan Chepa adalah kegiatan
perindustrian dan perniagaan. Banyak kilang yang dibuka di kawasan
Pengkalan Chepa terutamanya kilang plastik.Selain itu , terdapat
pelbagai kedai dan pasar raya yang dibuka untuk penduduk di kawasan
ini.
Faktor yang mempengaruhi petempatan di Tokyo
a)Peluang pekerjaan
Tokyo adalah sebuah Bandar yang pesat.Oleh itu, banyak peluang
pekerjaan yang disediakan kepada semua penduduk di Tokyo.
b)Banyak kegiatan ekonomi yang terdapat di Tokyo seperti
perindustrian dan perniagaan. Banyak kilang yang dibuka untuk
menghasilkan kenderaan bermotor ,makanan ringan , robot dan lain-
lain.Pasar raya yang besar juga banyak dibina di Tokyo untuk
kemudahan penduduk.

Fungsi petempatan
a)Pusat perindustrian
Fungsi petempatan di Pengkalan Chepa ialah sebagai pusat
perindustrian. Banyak kilang dibuka untuk menghasilkan makanan
ringan.plastik dan lain-lain.
b)Pendidikan
Banyak sekolah-sekolah baru yang dibuka di kawasan Pengkalan Chepa.
Manakala sekolah yang lama kini dibaiki dan dinaiktarafkan untuk
memajukan lagi kawasan ini dan kementerian pelajaran. Sekarang
Pengkalan Chepa sudah mempunyai sebuah universiti kerajaan untuk
penduduk di sini yang dinamakan University Malaysia Kelantan(UMK).
c)Perkhidmatan
Banyak perkhidmatan yang disediakan di kawasan ini seperti
perkhimatan awam.perkhidmatan air dan elektrik seperti tandas awam
dan lain-lain.Hal ini dapat menarik lagi penduduk di dalam negara
mhupun di luar negara untuk tinggal di kawasan ini.

Fungsi petempatan di Tokyo


a)Pentadbiran
Tokyo berfungsi sebagai pusat pentadbiran.Tokyo ialah sebuah pusat
pentadbiran yang pesat.Tokyo juga merupakan ibu negara Jepun.Oleh
itu, semua hal pentadbiran diuruskan di Tokyo.
b)Pendidikan
Bandar Tokyo berfunsi sebagai pusat pendidikan.Terdapat pelbagai
institusi pengajian tinggi yang terdapat di Tokyo .Sekolah juga banyak
dibina di sini untuk kemudahan pelajaran para penduduk.Hal ini menarik
banyak migrant dari luar untuk menyambung pelajaran ke Tokyo.

Masalah Petempatan
Masalah petempatan di Pengkalan Chepa
a)Pencemaran air
Pembuangan sampah sarap oleh orang ramai dan pembuangan sisa-sisa
toksik dari kilang mengakibatkan pencemaran air berlaku di Pengkalan
Chepa.
b)Pencemaran udara
Punca utama pencemaran udara di Pengkalan Chepa ialah pelepasan
asap dari ekzos kereta dan juga pelepasan asap dari kilang.Jerebu dan
hujan asid sering berlaku dan menjejaskan kesihatan penduduk.
c)Kesesakan lalu lintas
Kesesakan lalu lintas banyak berlaku kerana bilangan kenderaan
semakin bertambah.Hal ini kerana taraf hidup yang tinggi pada masa
sekarang.Kajian mendapati sembilan daripada sepuluh responden
menggunakan kenderaan masing-masing.Hal ini menyebabkan
pembaziran masa semasa perjalanan ke tempat kerja.

Masalah petempatan di Tokyo


a)Kekurangan rumah dan kos hidup tinggi
Tokyo mengalami pertambahan penduduk yang pesat pada setiap
tahun.Harga tanah di sini amat mahal.Kebanyakan rumah di sini adalah
kecil kerana kekurangan tapak perumahan di sana.
b)Kesesakan lalu lintas
Proses pembandaran yang pesat dan peningkatan bilangan kenderaan
menimbulkan masalah kesesakan lalu lintas .Walaupun terdapat system
pengangkutan yang baik,kesesakan tetap berlaku setiap hari.
c)Pencemaram udara
Punca pencemaran udara yang utama ialah pelepasan asap dari ekzos
kereta dan kilang. Hal ini menyebabkan hujan asid dan jerebu berlaku.
d)Pencemaran bunyi
Bilangan kenderaan yang banyak menimbulkan masalah pencemaran
bunyi .Terdapat juga segelintir penduduk Tokyo yang menggunakan
kereta lumba yang mengeluarkan bunyi bising dan menyebabkan
gangguan kepada penduduk lain.
e)Pencemaran air
Pembuangan bahan buangan, sisa-sisa toksik dan sampah sarap
menyebabkan berlakunya pencemaran air di Tokyo.
Langkah menyelesaikan masalah di Pengkalan Chepa
a)Membersihkan alur sungai untuk memastikan aliran sungai
lancer.Mengadakan kempen ‘Cintai Sungai Kita’dijalankan supaya
penduduk sedar akan kepentingan sungai sebagai sumber air kita.
b)Asap kenderaan dan asap kilang haruslah ditapis sebelum dilepaskan
dengan menggunakan penapis asap.Kenderaan digalakkan menggunakan
minyak petrol tanpa plumbum.
c)Untuk menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya , kerajaan haruslah
member sumbangan untuk membina jalan bertingkat di kawasan
ini.Selain itu , system pengangkutan awam seperti monorel,,LRT dan
komuter haruslah disediakan untuk mengatasi masalah ini.
Langkah menyelesaikan masalah di Tokyo
a)Langkah mendalam dan membersihkan alur sungai di jalankan untuk
memastikan aliran sungai lancer.Kerajaan juga hendaklah menharamkan
aktiviti pembuangan sampah di dalam sungai.
b) Asap kenderaan dan asap kilang haruslah ditapis sebelum dilepaskan
dengan menggunakan penapis asap.Kenderaan digalakkan menggunakan
minyak petrol tanpa plumbum.
c) Untuk menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya , kerajaan
haruslah member sumbangan untuk membina jalan bertingkat di
kawasan ini.Selain itu , system pengangkutan awam seperti
monorel,,LRT dan komuter haruslah disediakan untuk mengatasi
masalah ini.
d)Untuk mengatasi masalah setinggan di bandar,rumah-rumah kos
rendah dibina di pinggir bandar.Para setinggan perlulah ditempatkan di
rumah berkos rendah ini.

Rumusan
Kajian yang telah saya jalankan di Pengkalan Chepa, Kelantan, ini telah
memberi banyak pengalaman yang sangat berguna kepada saya. Kajian
ini membolehkann saya mengenal pasti pola petempatan yang terdapat
di kawasan kajian. Selain itu, saya juga dapat mengetahui dengan lebih
jelas tentang faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan seperti
bentuk muka bumi, kegiatan ekonomi dan sebagainya.
Berdasarkan kepada kajian yang saya jalankan, saya juga dapat
mengetahui dengan lebih lanjut tentang fungsi petempatan di kawasan
kajian yang telah saya pilih dan juga negara bandingannya.
Saya juga mencadangkan agar pihak kerajaan terus memantau dan
mengenalpasti masalah-masalah yang terdapat di kawasan Pengkaln
Chepa serta mencari jalan untuk menyelesaikannya bagi mencari
keselesaan kepada penduduk. Pada pendapat saya, bukan pihak
kerajaan sahaja yang perlu melakukan perkara ini, malah para penduduk
juga perlu mengambil insiatif untuk terus menjaga kawasan persekitaran
yang baik. Kita sepatutnya bersyukur kepada Tuhan kerana
menganugerahkan negara yang aman dan merdeka dengan pelbagai
kemudahan yang disediakan termasuk sistem jaringan yang baik.
Akhir kata, marilah sama-sama kita sebagai penduduk Malaysia supaya
bekerjasama menjaga kemudahan dan petempatan yang disediakan oleh
pihak kerajaan sebaik mungkin agar kita semua tidak menghadapi
masalah-masalah yang boleh menjejaskan taraf hidup kita.

Rujukan
a)Buku teks geografi

b)www.google-map.com

c)www.scribd.com

Anda mungkin juga menyukai