Anda di halaman 1dari 5

JPNR

KERTAS KERJA CADANGAN


PROGRAM SEMAI KASIH 2012 (LAWATAN KE PUSAT JAGAAN HARIAN WARGA EMAS PEKAN )

TEMPAT : PEKAN, PAHANG TARIKH:

ANJURAN : Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Non-Resident 2011

KERTAS KERJA LAWATAN KE PUSAT JAGAAN HARIAN WARGA TUA PEKAN

Pihak Jawatankuasa Perwakilan Non-Resident (JPNR) UiTM Pahang berhasrat untuk mengadakan program khidmat masyarakat (OPKIM) di mana program ini difokuskan kepada warga emas yang ditempatkan di pusat jagaan harian di Pekan. Aktiviti ini terbuka kepada kepada 30 orang pelajar non-resident termasuk JPNR UiTM Pahang dan staf pengiring. Program ini merupakan program yang sangat penting dalam memupuk penghargaan dari generasi muda ke atas warga tua. Nilai-nilai murni seperti menghormati dan meraikan warga tua seharusnya dijadikan elemen-elemen yang akan membantu melahirkan pelajar yang seimbang bukan sekadar pada pemikiran, fizikal bahkan pada rohaninya.

FOKUS: a) Membantu dalam penyediaan aktiviti harian untuk faedah warga tua, riadah, kelas agama / rohani, seminar, bengkel dan program-program pembangunan warga tua. b) Mengisi masa lapang para pelajar dengan aktiviti kemasyarakatan yang boleh memberi manfaat dan berfaedah supaya terhindar daripada perlakuan negatif. c) Memupuk semangat saling membantu dalam masyarakat yang memerlukan. d) Menggalakkan kerjasama antara JPPNR dengan semua persatuan @ pertubuhan di dalam dan luar UiTM.

TARIKH: akan dibincangkan kelak

TEMPAT: Pusat Jagaan Harian Warga Emas Pekan, Lot 2592 Kg Geylang, 26600 Pekan, Pahang.

TENTATIF PROGRAM Sabtu


Masa 6.15 pagi Perkara Bertolak dari UiTM Jengka Catatan -Berkumpul di pos pengawal utama pada 6.00 pagi. - Solat subuh dan sarapan dalam perjalanan -Jangkaan masa perjalanan selama 2 jam

8.45pagi

Ucapan Pengarah Program

-Tiba di Pusat Jagaan Harian Warga Tua - Ucapan penghargaan

9.00 -12.30 tgh hari

Sesi ramah-mesra

-Berkenalan sesama warga dan membantu menguruskan aktiviti harian warga emas

12.45 2.00 2.15 petang

Rehat dan makan tengah hari - Pengisian program yang bersesuaian/ seminar/riadah dan rekreasi Penyampaian cenderamata Bersurai -Disampaikan oleh ....

4.00 petang 6.00 petang

Perubahan acara bergantung pada kesesuaian program dan pihak pengurusan.

ANGGARAN PERBELANJAAN:

1. BIRO MAKANAN BIL 1 PERKARA Perbelanjaan per kepala JUMLAH PERBELANJAAN RM15 x 30 orang TOTAL RM450 RM450

2. BIRO HADIAH / CENDERAHATI BIL 1 2 PERKARA Cenderahati phak pengurusan Cenderahati untuk warga emas JUMLAH PERBELANJAAN 3 unit (sumbangan dari Unit Korporat UiTM Pahang) RM10 X 50 orang TOTAL RM500 RM500

3. BIRO PENGANGKUTAN DAN PERSEDIAAN TEMPAT BIL 1 PERKARA Bas UiTM JUMLAH PERBELANJAAN Unit Kenderaan UiTM Pahang TOTAL RM0

4. JUMLAH KESELURUHAN

BIL 1 2 3

BIRO-BIRO Biro Makanan Biro Hadiah / Cenderahati Biro Pengangkutan & Persediaan Tempat JUMLAH KESELURUHAN

PERBELANJAAN (RM) RM450 RM500 RM0 RM950.00

PENUTUP: Kami dari pihak JPNR dengan penuh harapan memohon jasa baik pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) untuk meluluskan Program Semai Kasih bersama Pusat Jagaan Harian Warga Emas Pekan ini agar kami dapat mencapai objektif program ini dengan jayanya di samping membentuk pelajar yang berjiwa luhur dan menyayangi masyarakat. Terima kasih.

Disediakan Oleh: Fathiah Afida Binti Abdullah Setiausaha Program Semai Kasih

Anda mungkin juga menyukai