Anda di halaman 1dari 19

Cepen - Hati Yang Terluka | Beliafun Blogging 2010 - 2013 * * * * * * Beliafun Blogging 2010 - 2013 Blog Kita Serumpun

- Malaysia | Brunei | Indonesia | Singapura * Home * About Me * RSS Mar01 CEPEN - HATI YANG TERLUKA Posted by Mrbelia * Under: Novel Cerpen Sajak Oleh : ana sofiya Asmidar membelek-belek wajah tampan yang sedang lena tidur di sisinya Sungguh l ena, sungguh nyenyak hingga langsung tidak sedar bila Asmidar sengaja memasukkan jari kelingkingnya ke dalam lubang hidung lelaki itu yang mancung Tertawa halus nya juga tidak mampu menyedarkan lelaki itu Nampak penat sangat iyalah, orang ken a layan dua isteri, kan? Hati jadi sayu tetiba Senyumanpun terus hilang Semakin lenyap bila , tanda detik pertemuan mereka malam ini akan berakhir alarm berbunyi

Kenapa malam bukan untuknya? Kenapa Surin tidak langsung boleh membenarkan diri nya menikmati malam-malam yang indah, seperti pasangan-pasangan lain? Kenapa, bi la malam aje, Surin harus pergi meninggalkan dia, meninggalkan rumah mereka ini? Mengapa? Dia tahu semua soalan-soalannya itu adalah soalan-soalan bodoh Kerana dia punya jawapan untuk kesemuanya Kerana dia arif benar apa sebabnya! Tidak lain dan tid ak bukan kerana kerana dia hanya menumpang kasih Kata Surin, sebagai isteri kedua, dia tidak boleh meminta-minta Dia tidak berha k Dia mesti tahu kedudukannya Dia mesti tahu had dalam perhubungan di antara dir inya dengan Surin Semua ini sudah termaktub dalam perjanjian ketika mereka ingin berumahtangga 5 bulan dulu Semua ini sudah Surin pinta darinya dulu As, As dah habis fikir dah? Kahwin, cerai, bukan soal main-main tau! Abang tak m ahu nanti janji As sekarang ni hanya sekejap Esok-esok bila dah jadi isteri aban g, As mulalah hendak melebih-lebih Mintak sesuatu yang As tau, abang tak mampu b eri Masih teringat kata-kata Surin dulu, ketika dia menerima lamaran lelaki itu Wak tu itu, dia hanya mengiyakan Mengangguk tanda dia redha dengan apa yang bakal di tempuhi Tanda redha berkongsi kasih Tanda redha menerima setiap syarat yang Suri n bagi Abang tak boleh selalu dengan As As kena faham Abang dah lama kahwin dengan Suha na Walaupun dia tu pilihan mak abang, kami bahagia Kami ada anak Abang tak boleh abaikan mereka

Asmidar melepaskan keluhan Dia tahu janjinya Tapi, tidak bolehkah kalau malam i ni, malam ini sahaja Surin menjadi miliknya? Surin tidak pernah mahu tidur di rum ahnya, walau sekali Ada tidakpun, pada malam pertama pernikahan mereka dulu, di kampung Itupun dah macam cacing kepanasan sahaja Surin hendak menjawab panggilan isterinya yang tidak berhenti-henti sepanjang malam Hatinya panas mengingati Surin asyik mahu dirinya beralah Mematuhi janji yang d ia buat Bagaimana Surin pula? Adilkah apa yang dibuat kepada dirinya ini? Arghh, apa nak jadi, jadi lah! Aku tak mahu kejutkan dia Berontak hati lalu denga n perlahan-lahan, menarik lengan sasa suaminya dan meletakkan kepalanya di situ Hati berbunga riang bila Surin terus sahaja mendakap tubuhnya erat-erat Bibir te rsenyum manis ketika mata sengaja dipejamkan As, Asmidar! Bangun! Bangun! Serentak dengan itu Surin Amzar bangkit terjun dari katil Melihat jam, hati menjadi cemas Dah dekat pukul 12 tengah malam Mak dah lew at sangat ni! Melihat Asmidar yang masih sedap lena, hati sedikit terusik Rasa kasihan menjen gah juga tapi apa hendak dikata Dia perlu balik ke sana Kalau tidak, jenuh apa he ndak dijawab bila Suhana bertanya nanti? Kahwin, kahwin jugak Rahsia tetap rahsia Keharmonian yang ada tidak boleh digan ggu-gugat Ni, pertama kali dia lambat balik Buatnya Suhana bercekak pinggang kat tengah-tengah muka pintu, kang? Apa nak jawab? Pakai baju pun kalut semacam aje Risau punya pasal Dalam kepala sedang menconga k-congak apa nak cakap nanti Alasan apa hendak diberikan Masak! Masak! Nak balik sana aje, mesti kalut Kenapa? Selama ni dia tanya every detail ke bila a bang balik lambat? Dia selidik ke abang ke mana? Dengan siapa? Berapa orang? Mak an di mana? Makan apa? Semua tu abang mesti ceritakan pada dia? Asmidar bertanya dari atas katil Wajahnya cemberut merenung suami yang seolah-olah sudah tidak sa bar hendak pergi Yang seolah-olah tidak sabar hendak meninggalkannya sendiri Sorilah, sayang Abang kena pergi, okey Tupun dah lebih 3 jam daripada selalu, ka n? Surin mengusik, menguis hidung Asmidar Asmidar mengeluh Macamlah lama sangat 3 jam tu Bisiknya Dah mulal

Surin yang mendengar tersentak Dahinya berkerut Wajahnya hilang senyum ah tu! Mula apa? tanya Asmidar berani Surin mengungkit

Mula meminta-minta! Lupa pada janji lama? Asmidar menarik muncung Geram

Yalah! Baliklah! Orang tak ungkit dah Orang tak lupa janji orang Orang tak nak m intak apa-apapun Pergilah! Tu, isteri kesayangan abang tu dah tunggu, penuh rind u! rajuknya langsung menarik selimut, menutupi tubuh hingga ke kepala Surin ingin memujuk namun pada masa itu, telefon yang baru sahaja dihidupkan be rbunyi Dia segera menekan punat hijau Ya, sayang Abang baru je habis meeting Ya, on the way nak balik rumah dah ni Bel um makan lagi Tunggu abang, kita makan sama-sama Talian diputuskan Sekilas, dia berpaling ke arah Asmidar yang masih berbungkus selimut Dia tahu, Asmidar kecil hati dengannya Tapi, sekarang, dia tak ada masa

nak pujuk Esok-esoklah! Bisik hati Tanpa pamitan, dia terus berlalu Tanpa ciuman di dahi, seperti selalu! Dan, Asmidar terus kelu Membiarkan air mata menitis laju 2 Sampai bila nak hidup macam ni? Tengoklah, bila ada kenduri kendara, kau datang sorang aje Dia? Langsung tak sudi nak jenguk Marah kak long Besah membuat riak mu ka Asmidar berubah Terhambur kemarahan kepada Surin, yang dilepaskan kepada diri nya Tapi, memang ini kebenaran, nak cakap apa lagi? Tadah ajelah telinga sampai berdarah Tulah! Kitorang dah cakap! Jangan cari penyakit! Jangan cari pasal Bukan senang kahwin dengan suami orang Sekarang, rasakan! Ada laki, macam tak ada! Semuanya d ibuat sendiri, macam masa zaman belum kahwin dulu Huh, alang-alang baik dulu lag i Nak bergerak pun senang Ni, nak ajak pergi famili gathering pun payah! sahut Ka k Ngah Ton, pula Sudah sudahlah tu! Korang berdua ni tak habis-habis Budak tu dah lah ada masalah Korang bukan nak sejukkan hati dia, sengaja pulak jadi batu api Dah! Tinggalkan As tu Pergi ke dapur, tengok apa yang patut! Asmidar sangat berterima kasih pada babah Babah yang selalu menyokong tiap tind akannya Yang selalu menyebelahinya Yang selalu mengambil berat tentang dirinya Babah, memang kitorang bagi nasihat, kata kami membebel Sebab tulah, anak bongsu babah ni jadi perempuan malang Tengoklah dulu lagi Besah dah cakap, jangan rampas hak orang, tak bahagia nanti Surin tu memanglah pernah jadi kekasih As tapi, dal am berkasih sayang tu pun, dia kahwin jugak dengan pilihan mak dia Dapat anak ju gak Suruh As lupakan dia, tak mahu Bila jumpa semula, terus sambung hubungan Lep as tu, kahwin! Tapi, cuba babah tengok anak babah tu betul-betul Babah rasa, dia bahagia ke? Besah terus membebel Hati yang sakit sebab Asmidar tak dengar cakap, ditambah dengan marah pada pembelaan babah yang tak kena tempat Huh Benda dah terjadi, nak buat macam mana lagi? babah balas Apa pulak, babah! Suruh aje As minta fasakh, habis cerita Kak Ngah? Asmidar tidak menyangka itu mahunya kak Ngah Kecuali

Tak baik bercerai Babah berbisik Wajah anak-anak dipandang silih berganti kalau As dah tak sanggup hidup dengan Surin

Asmidar tunduk Kata-kata ayahnya tajam hingga ke ulu hati Seolah-olah babah tah u, bahawa kini, antara dia dengan Surin sudah ada bibit-bibit pertengkaran Bahaw a, antara dia dengan Surin sudah ada tanda kerenggangan Kak Ngah pegang tangan As Adik bukan kak ngah nak menghasut Bukan! Tapi, kak nga h kesian tengok kau Ni nak cerita sikit Minggu lepas, kak ngah bertembung dengan Surin sekeluarga dekat Pizza Hut Bukan main meriah diorang Bahagia sungguh! Kak ngah sengaja pergi dekat Kelam kabut Surin nak kenalkan kak ngah dengan abang n gah pada bini dia Sudah-sudahnya, dia cakap yang abang ngah kawan bos dia Berasa p kepala kami, dik Rasa hendak aje kak ngah jerit bagitau Suhana siapa kami sebe narnya tapi, mujurlah abang ngah cepat-cepat tarik kak ngah jauh-jauh Tengok deng an kakak ipar sendiripun dia tak respect Macam mana nak harap dia jadi pelindung k au? Nak bergantung harap? Boleh ke?

Asmidar menyeka air mata yang tumpah Sedih mendengar cerita kak ngah Sedih bila Surin buat macam tu pada ahli keluarganya Geram pun ada Sakit hati pun datang j ugak Tapi, dia sayang Surin Dia cinta Surin Dia dia tak sanggup berpisah dengan S urin Dia benar-benar tak sanggup 3 As pergi mana? Dua hari abang datang sini Sampai malam abang tunggu, As tak bali k-balik Kenapa tak telefon abang? Kenapa tak beritahu ke mana As pergi? Kenapa b uat abang susah hati? Surin terus menyerangnya sebaik pintu rumah terbuka Belum s empat duduk, Surin sudah menunjukkan rasa marah Asmidar diam, malas hendak bercakap Dia menonong ke dapur Dia tahu, Surin menge korinya Sengaja dia buat tak tahu Pintu peti ais dibuka Dia terus sahaja meneguk air limau dari botol di tepi pin tu itu Dia tahu, Surin mesti mengamuk tengok kelakuannya As? Kenapa minum macam tu? Tak ada gelas dah ke dalam rumah ni? Kan dah cakap? Surin bukan boleh tengok perlakuan yang gelojoh, mesti dia naik darah Pada masa sama, jam berdenting Hati menghitung 1, 2, 3 9 Dah pukul 9 malam dah Pergilah balik, bang Nanti isteri abang cari, susah nak ja wab Dia menghalau Tidak peduli pada jegilan mata suaminya Ni, apahal pulak menghalau suami ni? Abang tak balik sana malam ni Suhana dengan anak-anak tak ada Diorang balik kampung Mak buat kenduri sikit Surin memberitahu dengan suara sedikit kendur Tidak ada keseronokan mendengar ayat-ayat itu Kalau sebelum ni, dia pasti melon jak riang dan memeluk leher Surin sambil menghadiahkan kucupan mesra, hari ini, dia tidak berasa hendak buat begitu Semakin kecil hati, adalah baru tersedar yang dia sentiasa menjadi second best Hanya bila Suhana tak ada, baru Surin nampak bum bung rumah dia Jika tidak, jangan harap hendak menjengah Hai Kenapa mengeluh, sayang? Tak gembira pulak? Hari tu, beria-ia hendakkan abang ti dur sini, 24 jam Sekarang, bila ada peluang, muka tu masam mencuka pulak Kenapa? tanya Surin, cuba meraih pinggang Asmidar tapi Asmidar cepat-cepat mengelak Kenapa tak duduk kampung aje dengan diorang semua? Kenapa balik sini? tanya dia

Mata Surin Amzar mengecil Tidak faham apa yang ada dalam kepala isteri keduanya ini Dia punyalah berkorban mencipta banyak alasan kepada ibunya, kepada isteri pertamanya, ini sambutan yang diterima? Kenapalah dengan Asmidar ni? Entah-entah dah kena cocok dengan adik beradik dia di kampung, kot? Sayang, abang penat tau Sejak semalam abang rindukan sayang, nak bersama-sama de ngan isteri abang ni, tapi sayang balik kampung senyap-senyap, tak beritahu aban g pun Ni, buat hal pulak Tanya kenapa abang balik ke sini? Takkanlah itupun aban g nak kena highlight ? Tentulah abang hendak bersama-sama dengan isteri kesayangan abang ni, kan? balas Surin, cuba bertenang Tidak mahu melayan kemarahan Asmidar Esok, As nak tempah piala bagi pada abang Piala pemujuk terbaik Piala pembodek n ombor 1 Piala, sebab pandai kelentong As Tubuh Asmidar dipusingkan oleh Surin Dia geram mendengar kata-kata Asmidar tadi Dia sakit hati, sangat-sangat sakit! Abang punyalah ikhlas datang sini Macam-macam alasan abang dah bagi pada Suhana,

pada mak, As sedap-sedap tuduh abang kelentong? As sedar tak, As cakap dengan s iapa? Dah tak kenal suami sendiri dah? Ikut sedap mulut aje mengata? Tak ingat d osa pahala? marahnya Asmidar sudah penat bertekak Tapi dia pun ada perasaan juga Kemarahan yang lama terbuku, tak kan hendak dibiarkan? As ni dah tak tahan tau, bang Abang letak As jauh kat bawah dalam senarai keutama an abang Kononlah, cipta alasan nak tidur sini? Kenapa selama ni, tak buat alasa n tu semua? Karang, kalau As cakap abang takut bini, abang marah Tapi hakikatnya , memang itulah abang As terasa, bang As ni tak pernah penting dalam hidup abang Tengoklah bila bini nombor satu abang tu balik kampung, baru nak datang tengok As Ni yang abang tak suka ni! Sikit-sikit mengungkit! Awak tu bini muda, kenalah be ralah! Awak rampas abang daripada Suhana, As Kenalah sedar diri tu sikit! jerkah Surin Hati yang tadi berbunga-bunga, kini hilang lenyap dah Layu dah bunga dalam taman hati Sikap tamak Asmidar buat dia jadi marah Bosan Dan, lelah penat betul melayan kerenah bini Memanglah beristeri dua, senang, tapi nak jaga hati dua-dua je nuh! Asmidar terpaku mendengar kemarahan Surin Kemanjaan yang kian hilang Kian punah Cinta yang kian pudar Dapat dirasakannya As terlalu tamak! rintih Surin

As tamak? Bang, kalau As tamak, As dah pergi jumpa Suhana abang tu, As beritahu dia tentang kita As cakap pada dia yang abang tak pernah adil pada As Kita kahwi n, tapi tak macam suami isteri lain Abang cuma datang pada As bila abang perluka n As Makan minum As, As guna duit sendiri, tau Kereta tu pun, duit As Ada tidak pun, ansuran rumah ni aje yang abang bayar Itupun, bila As mintak duit abang Ada As merungut selama ni? Tak? Sebab apa? Sebab As sedar siapa As Tapi, janganlah pijak kepala As ni! Jangan tuduh As yang bukan-bukan! As tak boleh terima! Surin terdiam Kata-kata Asmidar tidak mampu dinafikan kebenarannya Semuanya ben ar Abang tak adil pada As tak pernah adil! Asmidar bangun Dia hendak masuk ke dalam b ilik Tak larat melayan kerenah suami lagi Dia sudah penat As Asmidar berpaling Bukan tidak kasihan melihat mendung di wajah itu tapi, hatiny a yang luka ini macam mana pula? Abang baliklah pada dia Bukan jauh mana Segambut tu Pergilah! As dah biasa jadi s econd best dalam hidup abang Selagi As mampu, As bertahan Tapi, kalau takdirnya n anti, As dah kalah menahan perasaan, izinkan As pergi dari hidup abang Bisiknya Surin segera menarik Asmidar ke dalam dakapannya Bibir yang baru meluahkan kata -kata perpisahan itu dikucupinya Jangan ulang lagi! Jangan berani meminta perpisahan Abang tak rela Abang tak mah u! As cinta pertama abang I love you! Asmidar menangis sepi Kata-kata memujuk itu semakin mengguris hati Namun sentuh an Surin, kata-kata pujukan Surin, belaian Surin bagaimanakah hendak ditepis bila hati terlalu cinta? Terlalu kasih? Abang sayang As Sayang sangat bisikan halus membuai perasaan Dan, Asmidar hanyut dalam lautan kasih yang Surin berikan Segala kelukaan bagai hilang lenyap entah ke

mana 4 Berapa lama dapat menutup kebenaran? Harum atau wangi, baunya cepat dihidu oran g Begitu juga dengan cerita perkahwinan kedua Surin Amzar Ada mulut sudah cerita sama emak Ada mulut sudah buka rahsia sama bini tua Kini, kedua-dua wanita itu sedang menangis Surin resah Hendak pujuk siapa dulu, ya? Kenapa, Surin? Kenapa kamu kahwin lain? Apa yang kurang dalam rumah tangga kamu dengan Suhana ni? tanya puan Ifa kepada anak lelakinya Pertemuan dengan Roza dan suaminya beberapa hari lalu masih berbekas di dalam h ati Ketika itu dia dan Suhana di Kamdar Ingin membeli langsir yang sedang dijual murah Roza ialah sepupu Suhana Daripada Rozalah, baru terpecah tembelang Suamin ya, Azlan mendengar cerita itu daripada kawan baik Surin, Ismadi Suhana menangis tersedu-sedu Hati yang sedia sayu semakin sedih bila Surin hany a diam tanpa sedikitpun ingin memujuk rajuknya ini Siapa perempuan tu? kali ini, suara puan Ifa melengking kuat

Surin menarik nafas panjang Nama dia, Asmidar, mak Kami berkawan masa kat U Buka n setakat kawan, dia kekasih saya Memang saya cadang nak kahwin dengan dia, dah janji dengan dia tapi, bila mak dah pinangkan Suhana untuk saya, dah tetapkan ta rikh kahwin kami, saya tak boleh nak kata apa dah Saya tak mahu mak malu sebab s emuanya dah mak buat, siapkan untuk saya Jadi, saya mintak putus dengan As Cerita lama terbongkar Memang pedih kenyataan itu Hatinya tidak merelakan tapi, dia tidak mahu melukakan hati ibunya Tidak mahu menghampakan harapan ibunya Dia tahu Asmidar terluka Hatinya sendiri pedih dan parah Namun, dia yakin, pilihan ibunya mestilah yang terbaik dan dia tidak silap Suhana memang gadis yang santun , bersopan dan mentaati suami Makan minumnya terjaga Pendek kata, kerana dia ana k yang baik, dia mendapat isteri yang sempurna Macam mana boleh jumpa dia semula? puan Ifa masih tak puas hati lagi

Kami jumpa semula masa saya seminar di Kuching tahun lepas Maklumlah, jumpa kekasih lama, ya, bang? Cinta pertama pulak tu? Tak kira, laki orang pun dia nak kebas, kan? Suhana membentak Geram dengan perempuan tu Rasa ing in sahaja dicilikan! Baru tahu! Jangan marah dia, Suhana Tepuk sebelah tangan tak berbunyi, kan? Abang mengaku, abang yang mulakan dulu Abang yang ajak dia keluar makan, jumpa, dating semua aban g yang mulakan Dengarlah tu, mak! Bukan main sayang abang pada perempuan tu! Suhana ni tak bern ilai apa-apa pun! Surin menggelengkan kepala Tidak langsung dia berniat hendak mengecilkan hati S uhana Tidak langsung mahu membela atau menyebelahi Asmidar Memang ini salahnya D ia yang tidak mampu menangkis gejolak perasaan Dia yang tidak sanggup kehilangan Asmidar kali kedua Hanya dia! Sekarang ni, macam mana, Surin? Tak ada perempuan yang sanggup dimadu Kamu tengo k si Suhana ni Dah bengkak-bengkak mata dia menangis Takkanlah kamu nak biarkan aje dia? Tak kesian? puan Ifa melembutkan suara

Mak, Suhana, dah 5 bulan saya kahwin dengan As Selama ni, saya tak pernah abaika n Suhana dengan anak-anak Malah, saya tak pernah adil pada Asmidar Tolonglah fah am Saya sayang dua-dua Baik Suhana, mahupun Asmidar, saya nak dua-dua Saya mampu , emak tahu, kan? Suhana, jangan pulak awak mintak saya lepaskan Asmidar, saya t ak mungkin lakukan Dia penting dalam hidup saya Macam mana awak dan anak-anak ki ta Tolonglah faham Dia bangun, meninggalkan mentua dengan menantu, cuba memahami kata-kata dan keh endak yang tersembunyi Jadi, mereka dah tahu tentang As? Surin mengangguk Asmidar tidak jadi meneruskan suapan Rasa tersekat dah nasi di kerongkong Risau Suhana mesti mengamuk, kan? soalnya lembut Wajah suami ditatap hiba

Dia tak boleh terima abang menduakan dia, tu aje Sayang jangan susah hatilah tanga n isteri digenggam erat namun suapan diteruskan Sejak rahsia terbongkar, dadanya rasa lapang Dia tidak lagi perlu ke mari secara sembunyi-sembunyi malah sudah p andai membahagi hari Tidak ada lagi istilah takut atau hendak menjaga hati Suhan a Dia mesti terluka Sedih dan entah-entah asyik menangis sejak tahu tentang As Kes ian dia As rasa bersalah pulak sekarang As dah rampas abang daripada dia As As Surin ketawa melihat gelagat Asmidar Hatinya digeletek rasa lucu Dulu, begitu b eria-ia mahukan dia berlaku adil Kini, bila hajat sudah tercapai, tetiba pula As midar bersimpati dengan nasib Suhana Adoyai perempuan, tidak pernah puaskah kau dengan apa yang ada? Bagaimana lagi harus cinta ini aku buktikan? Bang, abang buat macam dulu semulalah, ya Kita balik asal Surin menggeleng-gelengkan kepala Abang dah bahagia dengan rutin ni apasal pulak nak buat macam dulu balik? Suhana kan dah tahu tentang kita? Apa yang jadi masa lah pulak ni? soalnya ketika dia bangun untuk membawa pinggan ke sinki Asmidar segera bangun, mengambil pinggan suaminya dan kemudian tolong membasuhk an tangan Surin, siap sabun dan kemudian lap sekali Ketika Surin duduk semula, d ia segera menuang air ke dalam gelas dan menyuakan gelas itu kepada suaminya Lay anan yang sangat Surin hargai daripada seorang isteri As tak sedap hatilah, bang As tak mahu jadi punca pertengkaran antara abang deng an Suhana As cuma nak tumpang kasih abang aje As minta maaf kalau sikap As sejak dua menjak ni sedikit melampau tapi percayalah As tak ada niat nak rampas abang d ari dia Hei, jangan sedih, okey! Hal abang dengan Suhana, biar abang settlekan sendiri A s jangan susah hati Sekarang ni, dia memang sedih biasalah tu selama ni, dia ingat a bang hak dia sorang Sekarang bila dia kena share abang dengan As, tentulah dia s usah nak terima hakikat tu Tapi, abang dah cakap dengan dia yang korang berdua s ama penting dalam hidup abang Abang tak boleh kehilangan salah sorang pun balas Su rin sambil merangkul tubuh Asmidar Asmidar segera menggeletek pinggang suaminya Tamak! Surin ketawa ujarnya bersama senyuman

Mungkin? usiknya Wajah Asmidar kembali serius Tapi kalau ditakdirkan abang terpaksa memilih? Si

Soalannya tidak dapat diteruskan bila jari telunjuk Surin sudah diletakkan di b ibirnya Kepala Surin sedang menggeleng laju Jangan tanya soalan tu Abang tak sanggup dengar Abang tak mahu buat Kenapa abang mesti memilih? Kenapa salah sorang daripada As dan Suhana mesti memaksa abang m embuat pilihan sedangkan kita boleh hidup bahagia macam ni? Kenapa nak jadi tama k? Asmidar tidak menyahut sebaliknya dia bangun menuju ke balkoni Ingin menikmati panorama indah sinaran lampu neon di Kuala Lumpur daripada kondominium yang tela h diduduki selama berbulan-bulan Surin yang mengekori, memeluk tubuh tinggi lampai itu daripada belakang Dia tah u, As susah hati Sebagai isteri kedua yang sering digelar perampas, hati wanita itu sedang tidak enak memikirkan kemungkinan mereka akan terpisah Hatinya sendiri sedang resah Ya, kalau ditakdirkan dia terpaksa memilih, bagaim ana nanti? Siapakah yang akan kekal bersamanya? Siapakah pula yang akan diceraik an? Sanggupkah dia melepaskan Suhana, ibu anaknya yang tiga orang itu? Isteri ya ng setia setelah 5 tahun mereka berumahtangga? Dan dapatkah dia melepaskan kekasi h hatinya yang ini? Asmidar? Wanita yang sentiasa memiliki sekeping hatinya seja k dulu Tuhan, tidak bolehkah aku memiliki ke dua-duanya? 6 Asmidar, Kak long Besah dan Kak ngah Ton sedang santai duduk di atas tikar, di bawah pokok, berhampiran tasik Abang long Hasan dan abang ngah Radhi kelihatan s eronok melayan kerenah anak-anak mereka, di suatu hujung, tidak jauh daripada si tu Biasalah, suasana di pagi Ahad, agak riuhlah juga keadaan di Taman Tasik Perd ana ini Riuh dengan pelbagai gelagat terutama sekali anak-anak yang keriangan bi la mendapat tumpuan dan perhatian ibu dan ayah setelah seminggu masing-masing si buk membawa haluan Minggu lepas As dengan Surin balik kampung jenguk babah Asmidar bercerita sambil tersenyum terutama bila kakak-kakaknya menjungketkan kening Dia faham, tentulah mereka sukar hendak mempercayai bahawa Surin punya masa untuk balik bersamanya Babah sihat? kak long bertanya As mengangguk Mimpi apa Surin ikut kau balik kampung? Dah buang tebiat ke dia? perli kak ngah T on Asmidar tertawa Kak ngah ni, tak baik tau Sebenarnya, sekarang ni kami dah selalu keluar rumah bersama-sama Tak ada sorok-sorok lagi Dia memberitahu Tu, berita baik ke atau berita buruk? kak ngah mengerutkan dahi

Isy berita baiklah! Kak ngah, sebenarnya, Suhana dah tahu yang dia bermadu Jadi, Surin tak perlu lagi macam dulu Selang semalam, dia balik ke rumah As Lepas tu, dia dah selalu bawak As jalan-jalan Kami pergi shopping Ada sekali tu, dia bawa k As pergi ke rumah Ismadi Cukur jambul anak dia Alhamdulillah, kawan-kawan yang datang boleh terima As Elok aje berbual dengan As walaupun diorang kenal Suhana jugak Panjang lebar Asmidar membuka cerita

Macam manapun, kak long nasihatkan kau supaya jangan melebih-lebih sangat, As Ke na sedar jugak yang kau tu ambil hak orang Kalau Surin terpaksa lebihkan Suhana dan anak-anak, kau kena beralah, tahu Asmidar mengangguk As tahulah tu! As sedar siapa diri As ni

Kak ngah mencelah, Kiranya, si Suhana ni baik orangnya, As Kalau kak ngah kat te mpat dia, dah lama dah kak ngah serang kau Entah-entah dah lama dah aku cilikan kau sebab rampas laki aku! Tapi, dia tidak Ada dia telefon? Asmidar menggeleng Ya, kalau Suhana segarang kak ngah, tentu hidupnya tidak ten ang sekarang Dia akur dengan keberuntungannya Kak long pula terus menasihati Dalam masa yang sama, kau tu kena beringat jugak Kasih sayang suami yang ada dua isteri ni, rapuh kalau takdirnya nanti dia terpak sa memilih, kak long yakin, dia akan pilih Suhana, bukan kau Sebabnya, Suhana tu menantu yang mak dia pilih Surin tu anak mak Tak mustahil, kalau mak dia cakap tinggalkan kau, dia mesti patuh aje Lagipun, kau dengan dia tak ada anak Suhana dah beri dia 3 orang, anak lelaki pulak tu Kalau Suhana ugut, mintak cerai dan n ak bawak lari anak-anak dia dia tak akan teragak-agak tinggalkan kau, As Percayal ah cakap kak long ni Betul tu kak long Kak ngah sokong 100% Asmidar kelu Sanggupkah Surin buat begitu kepada dirinya? Dia menggelengkan kep alanya laju-laju Mustahil Surin cintakan dia, bukan Suhana Anak? Dia pun nanti p asti boleh beranak juga Hmm, dia ada kelebihan di sini Dicintai oleh lelaki itu dan dia bakal melahirkan anak untuk Surin Takkanlah Surin masih hendak memilih S uhana pula? Eh, As Bercakap tentang laki kau, tengok tu! kak ngah menunjukkan ke suatu arah, di sebelah kanan Ketika Asmidar berkalih, dia terpandang Surin yang sedang bermain, berkejar-kej aran dengan 3 orang anak kecil Mata memandang dengan tekun gelagat suami yang ri ang, benar-benar riang dan ketawa bahagia di kelilingi anak-anak kecil yang come l-comel itu Anak-anak sulungnya kembar berusia 4 tahun dan anak ketiganya 3 tahu n Kini, mereka bergumpalan pula di atas tanah Keriuhan suara-suara sikecil dapat didengari dengan jelas oleh Asmidar di sini Hati bagaikan hilang bila melihat bagaimana gelagat Surin yang tidak lama kemud ian menarik seorang wanita mendekati mereka Duduk berlunjur di atas rumput denga n tangan sasanya memeluk tubuh itu rapat sekali Bila anak-anak mereka hampir, ke dua-duanya sama-sama mendakap tubuh halus itu dan Surin tanpa segan silu terus s ahaja menghadiahkan kucupan di dahi Suhana Ya, tentulah itu Suhana manja, bahagia , di sisi suamimanis senyumannya Asmidar segera berpaling bila kedua-dua kakaknya serentak merenungi dirinya Dia tidak cukup kuat membalas renungan mereka yang tentunya penuh dengan rasa simpa ti untuk dia Dan, dia tidak cukup kuat untuk melihat Surin bersama Suhana dan ke mesraan yang tidak dia sangka Sabarlah itukan bini dia jugak? Tak salah dia menunjukkan rasa sayangnya Suara kak ngah bagai pisau menikam hatinya yang sedia terluka Ya, memanglah tidak salah ke rana itu ialah isterinya Memang, memang Asmidar tahu namun kenapa sayu benar hati melihatnya? Cemburukah dia? Tapi, berhakkah dia memiliki rasa itu sedangkan Suha na, sebagai isteri tua, tentu lebih berhak ke atas Surin Amzar? Kan, kak long dah cakap? He loves his other family Ingat pesan kak long tadi Sen

tiasa bersedia untuk dilepaskan Tengok cara dia dengan Suhana tu, memanglah , kasih sayangnya lebih untuk mereka berbanding untuk kau

jelas

Asmidar rasa dunia bahagianya hilang terbang meninggalkan dirinya terawang-awang Dia baru ingin mengecapi kebahagiaan baru tak sampai sebulan manis madunya masih t erasa namun di saat madu itu meniti kerongkong terasa pahitnya yang tidak sanggup ditelan Bagaikan sudah berubah madu itu menjadi racun, sedang menurunkan bisanya di sepanjang esofagus membunuh tunas-tunas harapan yang ingin bercambah Kenapa dia harus dipertontonkan dengan kebahagiaan mereka? Kenapa dia harus nampak wajah ceria Surin bersama keluarganya? Kenapa dia harus mengakui kebenaran kata-kata kak long? Kenapa bahagianya seakan akan berakhir? Janjimu Kini jadi kenangan saja Kau berdusta Hidupku kini jadi sengsara Remuk luka Terguris hati nan suci Cintaku setia Namun kau mungkiri janji Berlinangan air mata Mengenangkan kembali Segala kisah asmara Suka duka kuharungi 7 Betul ke, Su? Su tak salah orang? Memang dia? Puan Ifa begitu beria-ia bertanya M endengar cerita isteri pertama Surin, hatinya puas Biar dia rasa, fikirnya Alah, mak bukan jauh mana dia dengan kitorang Cuma abang, biasalah, kan Dia kalau d engan anak-anak, lupa dunia Tak nampak orang lain dah Mereka berdua ketawa mengekeh Suka benar bila mendapati yang Surin langsung tid ak menyedari kehadiran Asmidar di Taman Tasik Perdana tempoh hari Muka dia sedih aje, mak Masa dia balik, kan, langsung dia tak pusing belakang, t engok abang Sebenarnya, Su cuak juga Buatnya dia datang dekat kami, hilang mood Su Tapi, mujurlah Dia tu sedar diri jugak, ya, mak? Bukan sengaja hendak memuji tetapi hakikatnya begitulah Suhana dapat melihat be tapa Asmidar tidak berusaha untuk mendekati mereka Mungkinkah perempuan itu cemb uru melihat kemesraan Surin kepada dirinya dan anak-anak? Budak tu baik, Su Bukanlah mak hendak memuji, tapi dulu waktu dekat universiti, ad a jugak Surin bawak kawan-kawan dia datang Tapi, dah datang ramai-ramai, manalah mak tahu yang dia tu buah hati Surin, kan? Surin pun tak cakap Puan Ifa mengimba s kenangan lama Mungkin betul cakap mak tu Su pun rasa, dia tu baik jugak orangnya Tapi, sebab d ia baiklah, Su takut, mak Abang cintakan dia sedangkan Su ni Jangan nak merepek, Su Mak tengok, Surin tak berubahpun sikap dia dengan kamu Le mbut aje Romantis pun ada jugak

Suhana ketawa Gelihati bila mentua memenangkan anaknya Yalah, dia kan anak mak? Mestilah mak menangkan dia, kan? Hisy, kamu ni anak ke, menantu, ke, mak sayang sama rata, Suhana Cuma, kalau Suri n suruh mak terima si Asmidar tu, susahlah sikit Mak tak suka perempuan yang mer ampas suami orang ni Tapi, tak boleh nak buat apa Laki kamu tu, telinganya macam telinga kuali Besar tapi pekak Mak cakap apa pun, bukan hendak dia dengar Apa mak cakap pada dia? Puan Ifa merenung wajah menantunya lalu menyambung, ar tu Suhana melopong Rasa tidak percaya Dia tak hendak, kan? Puan Ifa menggeleng Entahlah, mak Su rasa tak sanggup dah Su cemburu Kadang-kada ng, bila tengah malam, abang jaga dia mesti telefon si As tu, mak Lama sampai seja m lebih Dia ingat Su tidur agaknya Selalu macam tu? Suhana mengangguk Tapi, sejak dua tiga hari ni, tak pulak Macam diorang ada kris is aje Dia memberitahu Tengok! Mak dah cakap Tak guna kamu marah-marah Tak payah berbomoh-bomoh Yang pe nting, kamu ikhlas tunjukkan kasih sayang pada Surin Kamu ada anak-anak Itu senj ata kamu Percayalah cakap mak ni Esok-esok, Surin akan jemu jugak dengan perempu an tu Usahlah kamu risau Kita berdoa aje pada Tuhan supaya Surin nanti berjaya l upakan dia Surin menggelengkan kepala Mendengar perbualan isteri dengan ibunya secara tida k sengaja membuat jiwanya berkocak seribu rasa Begitu mereka mengharapkan dia da n Asmidar berpisah Bercerai! Begitu mereka menitipkan doa agar mahligai bahagian ya yang kedua runtuh bagai istana pasir yang hilang, lenyap tanpa kesan bila bad ai melanda pantai Patutlah Asmidar dingin dengannya sejak berhari-hari Sangkanya, As murung bulan an, rupa-rupanya As terpandang dia dan keluarga di taman tasik Hai, la perempuan Kenapa merajuk? Kenapa tidak diluahkan apa yang dirasa? Terki lankah? Sedihkah? Hamburkanlah! Susah juga hendak menjaga dua hati Baru kini terasa jerihnya Usikan teman-teman yang mengatakan dirinya semakin kurus, mungkin ada kebenarannya Makan hati deng an sikap bini-bini, huhu yang sorang, yang tua manjanya semakin melebih-lebih Dah n aik muak pula dengan sikapnya yang mengada-ngada Yang sorang sudah banyak memenc ilkan diri Kurang bercakap, kurang mesra Adui sakit kepala! 8 Sudah 3 hari Surin tidak bertandang ke rumah Asmidar Menelefon pun tidak Asmida r di sini runsing Bukan dia tidak menyedari keadaan suami yang terbatuk-batuk be berapa hari lepas, ketika Surin datang Cuma, ketika itu, dia sedang bersedih, me mbawa rajuk di hati jadi, memang kurang perhatian diberikan kepada suaminya itu Kini, rasa menyesal, menghantui Bimbang batuk itu melarat pula Mak suruh dia ceraikan Asmid

Dia melihat nombor yang tertera di skrin Tadi, dia memberanikan diri meminta no mbor itu daripada isteri Ismadi Hati berbolak-balik, bimbang untuk menghubungi n amun Surin menjadi keutamaannya Bukan dia hendak buat apa-apa pun sekadar mengetah ui keadaan suami, sudah memadai Jika sihat, hatinya tumpang gembira Jika sakit? Arghh, jangan fikir yang bukan-bukanlah, Asmidar Dia menunggu orang di sebelah sana menjawab dalam getar perasaan Takut, bimbang semua ada Bagaimana kalau dirinya terus dijerkah? Padan muka? Alamak kesian aku, bisik hatinya Assalamualaikum Nak cakap dengan siapa? Mak lembutnya suara dia

Ehh errr mmm, salam Saya Asmidar, Suhana Maaf, kalau saya kacau awak Tapi, saya cuma nak tanya sikittt aje Boleh? Suhana tersentak Tidak menyangka, senekad ini si Asmidar Berani dia menelefon m adunya ini, bisik hati Bertenang, bertenang dengar dulu apa dia nak cakap Tapi, ke na jawab jugak, kan? Gumamnya Nak apa? tanya dia setelah lama dibiarkan soalan As tidak berjawab Saya cuma nak tahu sama ada Surin sihat ke tidak, itu aje Hari tu, dia datang ke rumah, batuk-batuk Saya pulak, tak berapa pedulikan dia Dia okey? Asmidar bertan ya Arghhh geramnya!! geramnyaaa Asmidar menjauhkan telefon bimbit dari telinganya Jeritan itu sungguh membingit kan Dan, dia tahu, Suhana sedang marahkan dirinya tapi, dia bukan hendak melebih -lebih Dia tahu had dia Dia hanya ingin tahu keadaan Surin, itu sahaja Engkau ni, kan Please saya bukan nak suruh Surin balik sini Tidak! Bukan nak suruh dia telefon s aya, pun tidak Saya hanya nak tahu keadaan dia aje Kalau dia sihat, alhamdulilla h Saya bersyukur sangat kalau awak boleh beritahu saya itu aje Pleasee pintanya pe rlahan Suhana menarik nafas dalam-dalam Cuba mengawal geram Cuba menahan marah Beranin ya perempuan ini Aku jerit pun dia tak peduli! Suhana, tolonglah saya bukan nak kacau Kalau dia lebih gembira duduk di rumah awa k, saya okey aje Saya tahu, awak dan anak-anak awak lebih berhak pada dia Dia si hat, kan? Kan? Tentulah sihat Ni, isteri tua dia ni, bukannya kerepot sangat tau Umur aku lebih muda daripada kau, kan? Tentu aku boleh jaga dia dengan baik Dah, jangan telefo n sini lagi, ya Surin sihat aje Cepat-cepat Asmidar mencari tisu untuk mengelap sepasang mata yang basah Padan muka kau, As Apa yang kak long cakap, kak ngah dah bagi warning dulu, semua betu l Tengok, dia sihat aje Dia saja malas nak telefon kau ke, sms ke Dah mulalah tu , tunjuk benci pada kau As, As nasiblah!!! Esoknya, Asmidar tidak ke pejabat Dia ambil cuti rehat Malu hendak tunjuk muka bila sepasang mata bengkak akibat terlalu banyak menangis Lagipun, kepalanya ter lalu sakit Berdenyut-denyut sangat Tak larat hendak bergerak pun

Dia terbaring di atas sofa, ketika Surin sampai Wajah lelaki itu kelihatan cema s Apatah lagi bila melihat dirinya yang lemah tidak bermaya Sayang, kenapa ni? Ni, muka ni, pucatnya Sayang demam ke? Kalau demam, kenapa ta k call abang? Mujur hati abang tergerak nak call ofis As tadi Terkejut abang bil a diorang cakap As ambil cuti Surin geram melihat Asmidar berpaling membelakanginya Dia terus berlutut di tep i sofa Mengintai wajah ayu yang kini jelas sedang menangis Hei, kenapa sedih sangat ni? Marah sebab abang lama tak balik, ya? Alah, ni kan abang dah ada depan mata? Buat apa nak menangis lagi? getar suara jelas seperti s edang menahan sabar Asmidar berpaling Dia cuba duduk Kalau balik sini sebab nak marah As, baik tak p ayah Desahnya Macam mana tak marah As buat tak peduli pada abang As marah pada abang sebab As nampak abang dengan Suhana dekat taman tasik, kan? Kenapa tak berterus terang? Y ang monyok tak tentu pasal, kenapa? Takkanlah As tak faham yang itu keluarga aba ng Anak-anak abang, isteri abang Kenapa cemburu bila abang peluk Suhana? Abang s uami dia jugak, kan? akhirnya sakit di hati dilepaskan kepada Asmidar Tidakkah na mpak kelukaan yang jelas terpamer? Tidakkah nampak kesakitan dalam renungan sepa sang mata Asmidar? Abang rasa penat tak? Penat dengan perangai As? Kenapa kalau abang penat? As tak nak abang susah hati fikirkan As As tahu, As dah banyak susahkan abang Ka lau abang rasa As ni memenatkan abang As nak kita berpisah? Gitu? Surin terus terduduk di atas sofa Dia sudah nampak ar ah lorong perbincangan mereka Malah, dia sudah berhari-hari memikirkan perkara y ang sama Penat? Ya, dia sudah terlalu penat Mana hendak menghadapi kerenah ister i dan anak-anak Mana dengan kerja pejabat yang bertimbun, mana dengan permintaan ibunya yang saban hari mengganggu tidurnya dia tercungap-cungap kelemasan dalam arus rumahtangga ciptaannya yang menyakitkan As tak sayang abang? Kemana cinta kita As campakkan? tanya Surin, lemah Cinta? Cinta kian pudar bila hati semakin terluka, bang Surin memandang tepat seraut wajah itu Baru jelas di pandangan wajah yang kian cengkung Baru nampak di mata, sendu pandangan terlontar Abanglah pisau yang menghiris hati As, kan? tanya dia dengan mata yang berkaca

Jangan cakap macam tu Abang dah cuba bahagiakan As Salah As, As tamak As sedih t engok abang dengan Suhana Bila abang peluk dia, cium dahi dia hati As sakit Masa tu, baru As sedar itulah perasaan Suhana bila As rampas abang dari dia Masalahny a, As tak sekuat dia As tak mampu lawan rasa cemburu ni Abang, As bukan Suhana A s boleh ambil hak dia, tapi, As tak sanggup tengok dia dengan abang Maafkan As Asmidar kini berada di kampung, menghumban jauh segala kepedihan demi babah ter sayang Sejak dia pulang, hanya senyuman plastik dilemparkan agar babah tidak ber tanyakan kisah rumah tangganya Tapi, orang tua terlebih dulu makan garam Senyuml ah ketawalah babah tetap dapat membaca setiap helah tersembunyi Babah tetap dapat menghitung setiap kesan luka yang diguris

As ada masalah dengan Surin, kan? As jugak ada masalah dengan isteri pertama dia Ada masalah dengan ibunya Malah, bagi As, semua adalah masalah, kan? babah memul akan bicara Asmidar diam, tenang dan tabah untuk mendengar babah memulangkan paku buah kera s kerana sebenarnya, babahlah dulu yang amat menentang pernikahan dia dengan Sur in Sebelum kak long dan kak ngah memarahinya, babah orang pertama yang memberika n 1001 alasan mengapa dia dengan Surin tidak boleh berkahwin Babahlah orang pert ama yang memarahi Surin, menuduh dengan pelbagai kata-kata kesat Babahlah juga y ang berkali-kali berkata, Surin tidak akan mampu berlaku adil Namun, kerana degi l, dia dan Surin ingkar Kemarahan babah tidak memberi bekas Mereka tetap gatal j uga hendak meneruskan perkahwinan sehingga babah, sesungguhnya tidak berdaya hen dak menasihati lagi Ya, benar! Orang yang sedang mabuk asmara tidak akan pernah mendengar nasihat Itu kenyataan dan kini Asmidar percaya sangat-sangat akan keny ataan itu! Surin suruh As balik kampung, berehat Suruh As tenangkan fikiran Akhirnya Asmidar mula bercerita Babah duduk di kerusi di hadapan Asmidar Kelmarin, Surin balik sini jumpa babah Dia minta maaf dengan babah Dia cakap dia kelahi dengan kamu Dia cakap, kamu mintak dia lepaskan kamu Asmidar terkejut Wajah babah direnung seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dia baru dengar Surin balik ke sini? Tapi Kamu pun tahu, cerai ialah satu-satunya perkara halal yang dibenci Allah Kenapa kamu mintak dari Surin benda yang Allah murka Yang Allah tak suka? Yang Allah be nci? suara babah sedikit tinggi Asmidar tahu bahawa babah sedang menahan marah te rhadapnya As ingat itulah yang terbaik, babah As tak suka jadi orang ketiga ni Baru As tah u, sakit jadi perampas kasih orang Sakit, bila hidup menumpang kasih As tak sang gup lagi dah Jawab Asmidar, lemah Kamu ingat, Surin tak sakit? Tak letih layan kerenah kamu? Layan kerenah bini tu a dia? Layan kehendak emak dia? babah tenang bertanya Asmidar terkelu lidah As, kalau nak tahu, Surin tu dah lelah dengan sikap semua perempuan di sekelilin gnya, yang tak tahu menghargai kasih sayang dia Tapi, babah Tunggu! Babah tak habis cakap lagi ni Asmidar terdiam Jerkahan babah mematikan kata Babah tanya Surin, apa mahunya? Kalau dia nak lepaskan kamu, babah cakap pada di a yang kalau itu penyelesaian terbaik, buatlah Kamu tahu apa dia jawab? Asmida menggeleng tanda tidak tahu Namun wajah babah ditatap sayu Dia sayang kamu Dia cakap macam tu? Babah mengangguk Surin cakap, kalau boleh biarlah maut jadi pemisah Surin cakap, walau penat, dia dah pilih untuk ada 2 bini, jadi dia nak cuba bahagiakan dua-dua Surin cakap, d

ia memang takut bila dia tak dapat bersikap adil, tapi kalau isteri-isteri dia s anggup luah apa yang diorang masing-masing tak puas hati, dia akan cuba memberi keadilan Tapi, Surin jugak cakap, isteri-isteri dia kena belajar terima hakikat dirinya Belajar untuk tidak terlalu cemburu Belajar untuk memahami bahawa mereka berkongsi Lama babah berjeda sebelum menyambung, Sekarang ni, Surin serahkan kepa da kamu aje Kalau masih mahu berpisah, dia tak boleh nak cakap apa-apa Tapi kala u hendak memulakan semuanya, esok, pukul 8 malam, dia nak jumpa kamu di Restoran Big Plate, Shah Alam Ketika pulang, Asmidar memeluk tubuh babahnya erat-erat Dia sudah membuat keput usan Sudah diberitahupun kepada babah Senyuman babah menjadi restu As nak setia pada Surin sebab As kagum pada kesetiaan babah pada mama Tak apalah kalau As dapat separuh saja daripada hati dia, tak apa As tetap akan berusaha m enjadi isteri sebaik mama, yang sentiasa di dalam ingatan Surin bila As dah tak ada Kekuatan babah, perangsang untuk As Lepas ni, As tak akan lemah lagi Babah r estukanlah As, ya Abang, kita buat apa kat sini? Bukan nak makan ke? gelagat selamba suaminya Soal Suhana keras Geram dengan

Yang gelisah sangat tu, kenapa? Kan abang dah order chicken chop? Air epal? Tung gu jelah! balas Surin Su nak makan cepat-cepat Nanti, bila bini abang tu sampai, Su tak selera, tau! hana meluahkan perasaan Ketawa Surin membuat dia memberi jelingan maut Sudahlah dia dipaksa ke mari, nanti dia kena menghadap pula muka perempuan tak tahu malu tu Arghh, sakitnya hati! Su

Suka ya nak dating dengan dua isteri sekaligus? Kepit sorang sebelah kiri, sorang sebelah kanan dia? Kenapa? Nanti nak suap mulut kitorang bergilir-gilir, ek? Ke , nak suruh kitorang yang suapkan abang? Surin ketawa semakin lepas Semakin galak Lucu sungguh mendengar sindiran Suhana Entahlah mungkin inilah keistimewaan isteri pertama dia kot? Mampu membuat dia k etawa besar Abang ni, kan memanglah hati tu hati batu, kayu, simen keras Tak ada perasaan! Ora ng sindir pun gelak! Suka! Hisyyy geram! marah Suhana lagi Su, Su tahu tak Su dah berjaya hiburkan hati abang tadi, hati suami Tak suka dapa t pahala menceriakan suami? Huh? Mana Su mahu? Kata-kata Su yang buat abang mara h dan tak tegur Su kemudian Su dilaknat semua malaikat atau abang ketawa dengan kata-kata Su dan Su dilimpahi rahmat? Mana Su nak? tanya Surin setelah ketawanya reda Belum sempat menjawab, Surin terpandangkan Asmidar yang matanya sedang meliar m encari mereka Surin bangun, melambai ke arah wanita yang anggun berbaju kurung b erwarna biru Melirik Suhana di sisi, wajah itu sudah berubah menjadi masam mencu ka Namun tidak diendahkan Kepada Asmidar, perhatian diberikan Asmidar mampir, sedikit gugup Maaf lambat Suara pun sukar hendak melepasi kerongk ong Namun, dia tetap duduk di kiri Surin, sepertimana yang dipinta lelaki itu Tak apa! Abang bukan kisah pun Aku boleh buat dia gelak lagi Kan, bang? Suhana se ngaja mendekatkan diri kepada Surin Surin tersengih, geli hati melihat gelagat i steri Pada masa sama, hidangan sampai 1 pinggan besar berisi chicken chop Dan air uwaa a

ir epal dalam mug sebesar jug Bang, mintaklah pinggan dengan cawan Macam mana nak makan camni? Suhana merengek Kita kongsi Makan dalam pinggan ni Minum dalam mug ni Mulut dua isteri melopong Biar betik Life is sharing, my dears And, sharing is caring Do you both care for me? Love m e? Hmm? Makan! Surin guna jari untuk membahagi-bahagikan ayam untuk dia, untuk Su hana dan untuk Asmidar Dia terus mengunyah tanpa peduli akan gelagat kedua-duany a Suhana tengok Asmidar Untuk buktikan dia sanggup buat apa saja demi Surin, dia segera patuh Ayam masuk mulut Asmidar akhirnya akur juga Yalah, dah lama teringi n nak makan chicken chop Peduli apa dengan Suhana Janji dia kenyang Tindakan yang mengundang senyum Surin Begitu juga semasa minum Surin minum dulu As biarkan saja Suhana minum lepas tu Walau hati sakit bila hanya ciput yang tinggal untuk dia yang kepedasan, namun dia bersyukur, dapat juga dia seteguk dua Jadilah daripada tak minum langsung? Jadi, abang nampaklah, kan, yang dua-dua isteri abang ni boleh berkongsi Dan, Su pun dah nampak, kan, yang As boleh pun beralah Abang ni itu makanan Mana sama dengan kehidupan? Apa bezanya? Err Kita mula yang basic dulu, baru kita tengok yang complicated Su, As abang tak ban gga jadi rebutan korang, ingat tu! Jangan fikir abang seronok bila korang bergad uh sebab abang Jangan fikir yang bila abang kahwin dua, semua sebab nafsu abang meluap-luap Tak! Abang lelaki normal aje Biasa! Tak ada magical power Tak ada! A pa yang terjadi ialah abang jumpa As semula, dan abang tak boleh tepis rasa cinta dulu yang datang balik Bukan abang tak sayang Su tapi, perasaan kehendak, semua tu datang dan walau cuba menepis, kami tewas Bukan kami tak lawan rasa yang datang , bukan abang lupa pada tanggungjawab, pada Su, pada anak-anak tapi, kami tewas p ada apa yang kami rasa Akhirnya, abang lamar As As bukan tak menolak, dia tolak Su kena tahu tu Asmidar tidak terima abang dengan mudah Macam-macam alasan dia b agi tapi, ya, kalau Su nak cakap abang ni gatal, gatallah abang Abang yang mahu sesangat agar kami kahwin Su, selama Su tak tahu, selama itu, abang tak pernah a dil pada As Banyak yang di buat sendiri Malah, ke klinik pun pergi sorang-sorang Abang tak habis-habis puji dia Suhana membebel rengek Suhana Balas Surin selamba

Abang selalu puji Su pada As Dia cakap, Su pandai bergurau Tiap kali balik dari pejabat, penat dia hilang bila tengok Su yang sentiasa senyum walau penat urus a nak-anak Abang cakap, tiap kali abang demam, Su tak tidur jaga dia sampai kadang -kadang Su pulak yang jatuh sakit lepas tu Abang cakap, Su akan bersengkang mata sama-sama dengan dia, kalau banyak kerja yang dia bawak balik ke rumah Semua tu dan banyak lagi memang As tak dapat tandingi Mata Suhana berkaca Rupa-rupanya, pengorbanan dia selama ini tidak pernah Surin terlepas pandang Sangkanya, dia hanya seorang isteri yang tidak pernah dihargai oleh Surin Iyalah, bukan pernah dapat bunga Puji? Langsung tak ada Hari Valenti ne? Hari kekasih? Surin cakap, orang Islam tak sambut Kad ucapan untuk hari jadi ? Anniversary? Tak mandang, kata orang perak Maksudnya, tak ada Tapi, bila Asmid

ar sebut semua kebaikan yang dia buat aaaayang sangat!

makk

sungguh, dia makin sayang pada Surin Sa

Suhana, As janji, As tak akan melebih-lebih sebagai isteri kedua abang Cuma, As harap Su relakan abang ada untuk As Kalau Su tak suka As, As janji, As akan jauh kan diri, tak kacau Su dan anak-anak Tapi, janganlah suruh As tinggalkan abang A s tak boleh Macam mana you all boleh kahwin tanpa restu dari Su? Surat izin pun Su tak bagi, kan? Suhana mengutarakan soalan bodohnya, sekali lagi mencetuskan tawa Surin Itulah suruh membaca, malas! Su, sayang As orang Perlis Di Perlis, boleh kahwin tan pa surat kebenaran isteri pertama Owwhh Malam ni, giliran abang di rumah siapa? Mata Surin bulat mendengar pertanyaan Suhana Semakin hairan bila Suhana bangun seperti hendak meninggalkan dirinya dan Asmidar Abang baliklah dengan dia ni Su balik sorang Dada Su dah sakit ni maknanya baby kita nak menyusu dah Bawak kereta baik-baik, tau Esok, pagi-pagi, mesti sampai r umah Su pulak Kita dah janji nak pergi kenduri mak long di Gombak Dengan kata-kata itu, Suhana berlalu pergi Tanda merelakan diri dalam ikatan ya ng ramai wanita tidak mahu Tiada kesalan Tidak juga ada kemarahan Surin sudah be rterus terang dan Asmidar tidak berkeras dengannya Dia masih menjuarai hati suam inya Surin memandang wajah Asmidar yang tersenyum Suka nampak? Isteri abang tu baik, ya Puji As Kenapa? Isteri abang yang ini tak baik ke? Asmidar ketawa Abang bertuah dapat dua orang isteri yang baik Dan, As, terima kasih kerana sang gup beralah Terima kasih kerana masih mahu bersama abang Asmidar tersenyum meleret Sebenarnya, terima kasih Tuhan, kerana masih beri ket iga-tiga mereka kewarasan fikiran Kerana beri mereka menggunakan kelebihan akal, bukan nafsu Ada yang marah? Ada yang kata tak logik? Sebenarnya, itulah yang terjadi Kini p asangan kawanku dan suaminya masih begitu Dah dapat anak tiga dah malah tidak lam a lagi, mereka berdua bakal menyambut menantu Hubungan dua madu tersebut? Madula h, katakan senyum, okeylah tegur? Sikit-sikit Nak tidur sebantal? Whoa sori!! Semoga jadi pengajaran untuk kita bersama sofi ---------Novel pertama beliau di pasaran TAK MUNGKIN KUHINDAR, mendapat 4 bintang dari u lasan akhbar berita harian Novel ke2 akan diterbitkan pada tahun ini, jom baca n ovel CINTAKU SATU COMMENTS usik lagi usiknya

No Comments Yet Why Not Make The First One! NEW COMMENT [Sign In] Name: Email: Comment: (You can use BBCode) Security: * NAVIGATION * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * RECENT POSTS * * * * * * CATEGORIES * * * * * * * Berita Luar Negara (1153) Buang Bayi Janin (24) Buletin Artis (154) Buletin Utama (778) Catatan Sejarah (57) Cerita2 Jenaka (30) Cuti Cuti Malaysia (10) Kemalangan Klasik Era 90an - Video Burung Gembala Kerbau Meniru Suara Budak - Video Buang Janin Pasangan Ditahan Polis - Video Temui Sebutir Berlian 5 Karat Secara Misteri President Norway Jadi Pemandu Teksi Follow Our Blog Movie Blog(New) Community N Download(New)

Cari Muzik Terbaru Please Vote My Blog mrbelia's Profile on Pingsg

* * * * * * * * * * * * * * * * *

Full Mobile Movie (153) Gambar Menarik Aneh (401) Jenayah (592) Kisah Seram (105) Koleksi Mp3 (116) Mobile / Pc (35) Mobile Games (5) Ngeri Kejam (127) Novel Cerpen Sajak (59) Petua Dan Kesihatan (91) Rencana Dan Sains (233) Sudut Agama (272) Sumber Brunei (24) Sumber Indonesia (258) Sumber Singapura (65) Video Dan Movie (360) Uncategorized (68)

Copyright (c) 2014 Beliafun Blogging 2010 - 2013 Powered by MyWapBlogcom Report Abuse | Privacy Policy Design by Free CSS Templates

Anda mungkin juga menyukai