Anda di halaman 1dari 3

Kelab Rukun Negara

NAMA GURU PENASIHAT :


1. Pn. Bidayah binti Abdul Razak
2. Pn. Fadzilah bt Ariffin
3. En. Omar b. Abdullah
AHLI JAWATANKUASA:
Pengerusi : Nursyafika bt Mustaffa
Naib Pengerusi : Saranyah
Setiausaha : Fatimah Azzahrah bt Baharuddin
Bendahari : Hanizamani b Hanizamri
Ajk Tahun 4 : Muhammad Syahir b Ramli
AJK Tahun 5 : Mogaraj a/l Rajendran
AJK Tahun 6 : Nur Annis Atiqah bt. Tana Behnawan
BILANGAN AHLI : 42 orang
AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN :
1. Melafazkan Rukun Negara
Aktiviti ini dilakukan pada setiap kali perjumpaan untuk menyemarakkan
rasa kecintaan pada negara. Murid juga dilatih melafazkan Rukun Negara dengan
cara yang getul dan penuh semangat.
2. Membuat Folio Kelab Rukun Negara
Setiap murid perlu menyediakan folio yang dilengkapkan dari semasa ke
semasa. Maklumat dan aktiviti dilakukan pada setiap kali perjumpaan dimuatkan
dalam folio yang disediakan.
3. Memperkenalkan Prinsip-prinsip Rukun Negara
Murid didedahkan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara . Murid juga
diminta menulis prinsip-prinsip Rukun Negara secara kreatif. Murid turut diminta
menghuraikan tentang hasil kerja masing-masing.

4. Menghuraikan Maksud Prinsip-prinsip Rukun Negara
Penerangan guru dan perbincangan tentang kepentingan menghayati
Rukun Negara serta maksud lima prinsip Rukun Negara. Murid juga membuat
penanda buku bertemakan prinsip-prinsip tersebut.
5. Mengenali Pemimpin Negara
Berbincang dan bersoal jawab tentang Ketua Negara dan Ketua Kerajaan.
6. Sejarah Penggubalan Rukun Negara
Guru bercerita tentang sejarah penggubalan Rukun Negara. Murid
melengkapkan teka silang menggunakan maklumat diperoleh daripada cerita
guru.
7. Melukis Poster
Dalam kumpulan kecil, murid berbincang dan menghasilkan poster
bertemakan Rukun Negara.
8. Menghasilkan Karya Kreatif Tentang Rukun Negara
Berbincang tentang perlakuan yang dapat menggambarkan kecintaan
kepada negara. Murid mencipta pantun tentang Rukun Negara dan nilai-nilai
murni.
9. Kuiz
Menjalankan kuiz bertulis berkaitan `Wajah Diri
10. Muhasabah Diri
Murid menulis kekuatan dan kelemahan diri serta menilai semula
kekuatan dan kelemahan diri masing-masing.
11. J ualan semasa Hari Kokurikulum
Kelab Rukun Negara telah bergabung dengan Kelab Keselamatan Jalan
Raya membuka gerai pada Hari Kokurikulum. Jenis jualan ialah burger dan teka
berat buah. Sambutan yang diberikan kepada gerai ini amat memuaskan.

Anda mungkin juga menyukai