Anda di halaman 1dari 19

Bagaimana Menjaga Tayar Anda

koy101 on Tue Nov 03, 2009 3:26 am


Errr... Aku tau la korang sumer mmg dah expert kan dlm bidang street nih.... hehehe... keknyer...
aku nak letak gak pampet yg aku baru dpt nih...

Dr GoodYear.... aku rasa dema xkisah aku plagiat kat sini... pasai utk kepentingan umum.

_________________
Awan, andai dapat dicapai,
Maka... Saktilah hamba.

koy101
Tok Penghulu


Posts: 1035
Points: 1079
Join date: 16/09/2009
Age: 36
Location: Temerloh / Bentong










Re: Bagaimana Menjaga Tayar Anda
koy101 on Tue Nov 03, 2009 3:26 am
PENGENALAN

Membeli tayar-tayar yang berkualiti, membeli saizyang tepat untuk kereta anda, dan membeli
dari peniaga yang bereputasi adalah penting untuk keselamatan, jangka hayat tayar, dan
kepuasan memandu. Semua yang tersebut adalah satu permulaam. Tayar-tayar anda perlu
penjagaan yang betul.

Saranan dan petua tayar yang terdapat di dalam buku kecil ini akan membantu anda
mendapatkan prestasi yang optimun dan jangka hayat yang lebih lama, di samping mendapat
pulangan yang lumayan dari pelaburan ke atas tayar-tayar anda.

_________________
Awan, andai dapat dicapai,
Maka... Saktilah hamba.

koy101
Tok Penghulu


Posts: 1035
Points: 1079
Join date: 16/09/2009
Age: 36
Location: Temerloh / Bentong










Re: Bagaimana Menjaga Tayar Anda
koy101 on Tue Nov 03, 2009 3:27 am
TEKANAN TAYAR

S : Berapa tinggikah tekanan angin yang mesti saya isikan di dalam tayar saya?

J : Tekanan angin adalah pekara yang paling penting untuk penjagaan tayar. Tahap tekanan angin
di dalam tayar mestilah mengikut maklumat yang diberikan di dalam buku panduan pemilik (
manual ) setiap kenderaan.

Maklumat saiz tayar dan tekanan angin juga dipamerkan pada salah satu dari tempat-tempat
berikut :

- Di sisi pintu pemandu
- Dikerangka pintu
- Di dalam kotak sarung tangan ( glove compartment )

Sekiranya saiz tayar berlainan dari yang dicadangkan, sila minta nasihat dari pengeluar
kenderaan dan pembuat tayar.


Tekanan Angin Rendah

Tekanan angin rendah adalah punca utama memusnahkan tayar. Tayar yang berjalan di bawah
tekanan angin rendah akan mengalami kenaikan suhu tinggi dan pengurangan kemampuan untuk
membawa beban akibat dari lenturan dinding sisi yang berlebihan. Ia juga akan meningkatkan
penggunaan petrol. Angin diisi seperti yang dicadangkan akan menambah jangka hayat tayar dan
menjimatkan penggunaan petrol.


Memeriksa Tekanan Angin Dengan Kerap

Anda tidak boleh menentukan tekanan angin hanya dengan anggaran penghilatan mata kasar.
Terutamanya kepada tayar lapis jejarian ( radial ply tyre ).

Pemeriksaan tekanan angin mestilah menggunakan tolok tekanan yang baik sekurang-kurangnya
dua minggu sekali dan setiap kali sebelum perjalanan jauh. Pemeriksaan mestilah dilakukan
semasa tayar "sejuk" ( dipandu tidak lebih dari 1.5km ). Sekiranya kenderaan telah dipandu jauh,
pemeriksaan tekanan angin perlu dilakukan selepas beberapa jam apabila tayar telah "sejuk".

Jangan mengurangkan tekanan angin apabila tayar masih panas. Tekanan angin akan naik secara
otomatik apabila suhu dalam tayar meningkat. Kenaikan ini adalah normal dan tidak perlu
diselaraskan.


Menyesuaikan Tekanan Angin Mengikut Muatan

Tekanan angin mesti ditambah apabila kenderaan membawa muatan lebih. Penambahan 4psi (
28kPa ) di atas paras tekanan 'sejuk' yang dicadangkan oleh pengeluar kenderaan adalah
mencukupi.

Peringatan : Periksa dan menyelaraskan tekanan angin semasa tayar "sejuk" sahaja.


Sentiasa Memeriksa Untuk Memastikan Tayar Anda Mempunyai Tukup Injap ( Valve Cap )

Pastikan tukup injap dipasang dengan betul dan diketatkan. Tukup injap mestilah mempunyai
sendal getah untuk memberikan daya penyendal angin sekunder serta menghalang debu dan
lembapan dari merosakkan teras injap.

Injap baru mestilah dipasang setiap kali tayar di tukar.


Ringkasan

1. Tekanan angin hendaklah selalu diperiksa.
2. Tekanan angin rendah adalah punca utama kerosakan tayar.
3. Tambah tekanan angin apabila membawa beban yang lebih tinggi.
4. Jangan bergantung kepada penglihatan mata kasar untuk menentukan tahap tekanan angin
tayar.
5. Sediakan tolok tekanan angin yang baik dan GUNAKANnye!!

_________________
Awan, andai dapat dicapai,
Maka... Saktilah hamba.

koy101
Tok Penghulu


Posts: 1035
Points: 1079
Join date: 16/09/2009
Age: 36
Location: Temerloh / Bentong










Re: Bagaimana Menjaga Tayar Anda
koy101 on Tue Nov 03, 2009 3:28 am
PUTARAN TAYAR

S : Mengapa saya mesti memutarkan tayar-tayar saya??

J : Putaran tayar yang kerap adalah untuk mendapatkan kehausan bunga yang sekata kepada
semua tayar yang dipasang pada kenderaan. Sebelum anda memutar tayar, sila rujuk kepada
buku panduan pemilik ( manual ) untuk mendapatkan panduan putaran yang dicadangkan.
Sekiranya tidak ada petunjuk jarak yang diberikan, putarlah tayar anda setiap 10,000 km. Putaran
kali pertama adalah yang paling penting.

Sekiranya tayar menunjukkan kehausan yang tidak sekata, sila hantar kenderaan anda untuk
pemeriksaan dan pembetulan masalah-masalah seperti penjajaran, ketidakseimbangan atau lain-
lain keadaan mekanikal yang tidak sempurna, sebelum tayar diputar.

Pengeluar kenderaan selalu mencadangkan tekanan angin yang berbeza untuk tayar depan dan
belakang. Apabila tayar diputarkan, tekanan angin mestilah diselaraskan mengikut ukuran yang
dicadangkan.




Last edited by koy101 on Mon Nov 30, 2009 1:21 am; edited 1 time in total

_________________
Awan, andai dapat dicapai,
Maka... Saktilah hamba.

koy101
Tok Penghulu


Posts: 1035
Points: 1079
Join date: 16/09/2009
Age: 36
Location: Temerloh / Bentong










Re: Bagaimana Menjaga Tayar Anda
zulkbo on Tue Nov 03, 2009 7:43 am
koy101 wrote:




note : boleh tak sesapa terangkan camner aku nak upload gambor dlm posting nih???



Ko nak upload gambo ada 2 cara
paling senang kalo ko pakai mozilla
engko right clik mana gambo yang dalam internet
sahaja bukan dalam folder komputer ko pergi ke
"copy image location" lepas masuk balik dalam PCC
engko cari butang image kat button text ko tu
and right clik dalam nya ..dan "paste"..
selamat mencuba bro...




Last edited by zulkbo on Tue Nov 03, 2009 7:54 am; edited 1 time in total

_________________
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain..
................................

..................................

zulkbo
PCC Kuala Lumpur


Posts: 5844
Points: 6304
Join date: 15/06/2009
Location: Jengka3_ Selangor [ PCC 049 ]










Re: Bagaimana Menjaga Tayar Anda
zulkbo on Tue Nov 03, 2009 7:47 am
kedua ko guna "image posting' yang ni lebih kepada
image atau gambo dalam folder komputer ko
contoh:

http://www.postimage.org/

pelan- pelan belajo...
masalah disini koi tak berapa reti nak ajo
dalam ni..engko belek-belek cuba mesti bolehnyer..

_________________
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain..
................................

..................................

zulkbo
PCC Kuala Lumpur


Posts: 5844
Points: 6304
Join date: 15/06/2009
Location: Jengka3_ Selangor [ PCC 049 ]










Re: Bagaimana Menjaga Tayar Anda
zulkbo on Tue Nov 03, 2009 7:52 am
contoh gambo tayar


_________________
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain..
................................

..................................

zulkbo
PCC Kuala Lumpur


Posts: 5844
Points: 6304
Join date: 15/06/2009
Location: Jengka3_ Selangor [ PCC 049 ]










Re: Bagaimana Menjaga Tayar Anda
koy101 on Mon Nov 30, 2009 1:23 am
PENGIMBANGAN RODA

S : Mengapa saya mesti mengimbang roda kereta saya?

J : Sekiranya himpunan tayar dan roda tidak seimbang, sebaran berat yang tidak sama rata akan
mengakibatkan getaran. Getaran ini akan menyebabkan ketidakselesaan memandu dan
mengurangkan prestasi menyeluruh tayar anda. Sebaran berat yang tidak sama rata boleh
dibetulkan dengan menambah berat yang tepat pada tempat tertentu di sekeliling rim.

S : Berapa jenis imbangan roda yang ada?

J : Himpunan tayar dan roda boleh diimbang dengan menggunakan dua cara ; iaitu statik dan
dinamik.

Imbangan statik juga dikenali sebagai imbangan satah tunggal. Tayar akan diimbang secara
statik apabila ia dilakukan dengan menggunakan pengimbang gelembung. Apabila tayar dan roda
yang tidak seimbang dipasang pada pemgumpar ( spindle ) yang bergerak bebas, bahagian berat
akan berpusing ke bawah. Pemberat ( weight ) akan ditambah untuk imbangan lawan bahagian
berat. Apabila bahagian berat telah diimbang, tayar tidak akan berpusing apabila dipasang pada
pengumpar.

Imbangan Dinamik ( dua satah ) pula menentukan sama ada himpunan tayar / roda seimbang
antara sisi ke sisi dan pusat. Ketidakseimbangan dinamik akan mengakibatkan getaran dan roda
stereng tidak stabil.

Nota : Tayar lapisan jejarian ( radial tyres ) mestilah diimbang secara dinamik.


S : Bila imbangan roda mesti dilakukan?

J : Tayar dan roda mesti diimabng :
- Apabila anda menukar tayar baru.
- Apabila anda melakukan putaran tayar.
- Selepas anda memperbaiki tayar yang bocor.
- Apabila tayar dibuka dan dipasang.

Imbangan perlu diperiksa apabila ada rasa getaran dan kelihatan tanda-tanda kehausan bunga
yang tidak sekata.


S : Bagaimana dengan imbangan "dengan kereta" ( on the car )?? Adakah itu lebih baik?

J : Imbangan "dengan kereta" atau imbangan siap mungkin diperlukan untuk menjadikan kereta
berjalan dengan lebih lancar bagi sesetengah kereta. Tetapi sekiranya imbangan "tanpa kereta" (
off-the-car ) dapat memberi kesan dan kelancaran yang mencukupi, sudah tentu kos tambahan
imbangan "dengan kereta" tidak diperlukan. Sila minta nasihat dari juruteknik yang
berpengalaman sekiranya getaran masih berlaku selepas imbangan "tanpa kereta" dilakukan.




_________________
Awan, andai dapat dicapai,
Maka... Saktilah hamba.

koy101
Tok Penghulu


Posts: 1035
Points: 1079
Join date: 16/09/2009
Age: 36
Location: Temerloh / Bentong










Re: Bagaimana Menjaga Tayar Anda
koy101 on Mon Nov 30, 2009 1:24 am
PENJAJARAN KENDERAAN

S : Apa kepentingan penjajaran demi untuk memanjangkan jangka hayat tayar?

J : Penjajaran yang berkualiti adalah satu kemestian untuk mendapatkan kehausan bunga tayar
yang sekata dan pengendalian yang baik. Pemeriksaan berkala mestilah dilakukan ke atas tayar-
tayar hadapan dan belakang untuk memsatikan tidak ada tanda-tanda kehausan yang tidak sekata.
Sekiranya ada perubahan terhadap pengendalian dan rasa stereng, mungkin menandakan
penjajaran perlu dilakukan. Kos untuk penjajaran empat-roda adalah berbaloi jika dibandingkan
dengan penjimatan yang didapati dari jangka hayat tayar, prestasi dan keselesaan.


S : Apakah sebenarnya penjajaran itu?

J : Penjajaran sesebuah kenderaan itu dianggap sempurna apabila semua komponen gantungan
dan stereng di dalam keadaan baik dan himpunan tayar dan roda telah diset secara geometri
untuk bergerak lurus dan sebenar.

Sistem gantungan automotif melibatkan bahagian bergerak, justeru itu kehausan komponen
stereng dan gantungan adalah pekara biasa yang dijangkakan. Kehausan tersebut mengakibatkan
perubahan jajaran yang mesti diselaras semula mengikut spesifikasi.

Jajaran juga adalah sensitif kepada ketinggian kenderaan. Spring yang lama dan melendut atau
'bushing' yang berubah bentuk akan membawa perubahan kepada jajaran. Sebaran beban di atas
tayar akan menjadi tidak sama rata dan mengakibatkan kadar kehausan yang tidak seimbang.

Kesalahjajaran menyebabkan tayar yang berguling tidak lurus. Keadaan tersebut menyebabkan
penghauslakuran ( scuffing ), kehausan bunga tidak sekata dan ( kadang-kadang ) cepat botak.


S : Kenapa 'penjajaran kenderaan'?? Adakah ia sama dengan penjajaran 'bahagian depan'?

J : Keadaan kereta telah berubah. Semua alat gantungan moden, stereng dan rekabentuk sistem
pacu memerlukan penjajaran kenderaan menyeluruh empat roda. Kebanyakkan kenderaan masa
kini mempunyai rekabentuk gantungan belakang yang memerlukan pemeriksaan penjajaran dan
pelarasan. Kesalahjajaran gantungan sebelah belakang boleh memberikan kerosakkan kepada
tayar-tayar depan dan belakang.

Masalah biasa dari kesalahjajaran roda belakang ialah keadaan roda stereng tidak lurus akibat
dari sudut tujah berlebihan ( dog tracking ). Sudut tujah berlebihan memberi rasa kenderaan
bergerak ke sisi dan memerlukan pembetulan roda stereng untuk memastikan kenderaan
bergerak lurus ke hadapan.

_________________
Awan, andai dapat dicapai,
Maka... Saktilah hamba.

koy101
Tok Penghulu


Posts: 1035
Points: 1079
Join date: 16/09/2009
Age: 36
Location: Temerloh / Bentong










Re: Bagaimana Menjaga Tayar Anda
koy101 on Mon Nov 30, 2009 1:25 am
S : Tiga pekara yang melibatkan penjajaran ialah : kaster, kamber dan toe. Apakah itu toe?

J : "Toe" ialah ukuran jarak bahagian hadapan berbanding dengan jarak bahagian belakang antara
dua tayar digandar yang sama. Tujuan utama penjajaran "toe" ialah supaya tayar berguling selari
di antara satu sama lain dan mengurangkan kehausan.

Gambar rajah di sebelah kiri di bawah menunjukkan rajah ( melihat kenderaan dari atas ) "toe
positif", atau selalunya dikenali sebagai "toe-in". Keadaan ini menunjukkan hujung hadapan
tayar tersebut lebih dekat berbanding dengan hujung belakang tayar. Gambarajah sebelah kanan
pula menunjukkan "toe negatif" atau "toe-out".

"Toe-in" yang berlebihan akan menyebabkan kehausan pinggir tayar bahagian luar. "Toe-out"
pula akan menyebabkan kehausan pinggir tayar bahagian dalam.

Salah "toe" akan menyebabkan kehausan tayar tidak sekata di sekeliling tayar atau kehausan
pepenjuru di permukaan bunga tayar.


_________________
Awan, andai dapat dicapai,
Maka... Saktilah hamba.

koy101
Tok Penghulu


Posts: 1035
Points: 1079
Join date: 16/09/2009
Age: 36
Location: Temerloh / Bentong










Re: Bagaimana Menjaga Tayar Anda
koy101 on Mon Nov 30, 2009 1:28 am
S : Apakah itu "kamber"?

J : "Kamber" ialah apabila keadaan bahagian atas roda condong ke dalam ( ke arah kenderaan )
atau condong keluar ( ke arah luar kenderaan ).

Kamber yang betul, berserta gabungan toe dan kaster, memastikan bunga tayar mencecah sama
rata dipermukaan jalan di dalam semua keadaan.

Apabila bahagian atas roda condong ke dalam, keadaan ini dinamakan 'kamber negatif'. Dalam
keadaan 'kamber negatif' yang berlebihan, kehausan pinggir bahagian dalam akan berlaku
dengan cepat.


Keadaan 'kambar positif' pula berlaku apabila bahagian atas roda condong keluar. Dalam
keadaan berlebihan, kehausan pinggir sebelah luar tayar akan berlaku dengan cepat.

Pada gandar yang sama, kamber positif boleh berlaku pada roda sebelah dan roda sebelah lagi
pula berkeadaan kamber negatif. Atau,keadaan kedua-duanya positif ( atau negatif ) boleh
berlaku pada gandar yang sama.

_________________
Awan, andai dapat dicapai,
Maka... Saktilah hamba.

koy101
Tok Penghulu


Posts: 1035
Points: 1079
Join date: 16/09/2009
Age: 36
Location: Temerloh / Bentong










Re: Bagaimana Menjaga Tayar Anda
Cik_N on Mon Nov 30, 2009 8:54 am
tq koi101 & zulkbo sbb bukak thread ni.. koi serius memang xtau ngat bab kete ni.. tau bawak
je.. sampai tahapnye anto jela servis kat kedai kete.. sampaikan nak isi angin tayor tu pun koi
bawak kete ke kedai sbb takut terlebih n terkurang..hehe... xyah cakap yg tu nak isi minyak kete
pun faill...huhuhu.. penah satu hari tu isi minyak kete pastu ntah macam mana terlebih n
tertumpah kat baju.. isk.. serik.. pastu kalau nak mudah tiap minggu kalu balik kg koi isi kat kat
petronas bera ni sbb ada org tulun isikan, pastu baru balik ke temerloh... teruk kan? hehe...

Cik_N
Tok Empat


Posts: 540
Points: 555
Join date: 28/11/2009
Location: Temerloh

Anda mungkin juga menyukai