Anda di halaman 1dari 6

NOTA PENDIDIKAN SIVIK DAN

KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN 2
TEMA 3
KEHIDUPAN BERMASYARAKAT
1. Seseorang individu perlu mengamalkan konsep hidup bermasyarakat bagi menjamin
kesejahteraan diri dan masyarakat.
2. Asas utama hidup bermasyarakat ialah menghormati orang lain.
3. Tiga perkara utama yang menjadi asas dalam menghormati orang lain:
a. Menghormati perbezaan orang lain.
b. Mengakui kebolehan dan bakat orang lain.
c. Menerima pendapat orang lain.
4. Individu yang memahami perbezaan individu dapat mengamalkan hidup bertoleransi
dan dapat menyesuaikan diri dengan baik.
5. Masyarakat boleh mendapat manfaat apabila anggotanya menghormati bakat dan
pendapat antara satu sama lain.
6. Sumbangan pelbagai bakat dan pendapat boleh memajukan masyarakat.
7. Masyarakat yang kukuh boleh dibentuk apabila anggotanya mempunyai semangat
kekitaan yang tinggi.
8. Semangat kekitaan boleh membentuk individu yang bertanggungjawab, bekerjasama,
bermuafakat dan sanggup mempertahankan masyarakat demi keselamatan bersama.

LATIHAN
TEMA 3: KEHIDUPAN BERMASYARAKAT
1. Seseorang akan disanjung jika kita menghormati ___________ orang lain.
A. keturunan

C. hak

B. keistimewaan

D. nilai murni

2. Setiap insan berhak dihormati tanpa mengira __________, pangkat, dan kekayaan.
A. keturunan

C. keupayaan

B. keikhlasan

D. keistimewaan

3. Setiap orang mempunyai __________ dan __________ masing-masing.


A. pendapat, ragam

C. keupayaan, kekayaan

B. kebolehan, bakat

D. kesilapan, kealpaan

4. Antara berikut yang manakah merupakan ciri-ciri yang patut dipertimbangkan untuk
memilih seorang tokoh pelajar?
A. Seseorang yang berperwatakan baik.
B. Seseorang yang paling popular.
C. Seseorang yang pandai berucap.
D. Seseorang yang berkebolehan dalam sesuatu bidang tertentu,
5. Apakah yang dimaksudkan dengan kecemerlangan diri?
A.

Kecantikan rupa paras seseorang.

B.

Mendapat A mata pelajaran Sains.

C.

Memenangi pingat emas dalam olahraga.

D.

Pencapaian individu dalam pendidikan, bakat, penampilan dan


komunikasi.

6. Pencapaian pendidikan yang tinggi membolehkan seseorang itu


A. Mendapat ramai kawan.
B. Mendapat pujian ramai.
2

C. Melanjutkan pelajaran ke luar negeri.


D. Memegang kedudukan penting dalam sesuatu kerjaya.
7. Dalam usaha mencapai cita-citanya, seseorang perlu
I. Mempunyai azam dan keyakinan diri
II. Belajar bersunguh-sungguh
III. Mengambil inisiatif sendiri
IV. Tidak malu bertanya apabila menghadapi masalah
A. I, II dan III

C. I, III dan IV

B. I, II dan IV

D. II, III dan IV

8. Apakah yang mungkin terjadi jika seseorang pelajar itu sentiasa meminta bantuan
orang lain untuk menguruskan dirinya?
A Maju dalam pelajaran dan cita-cita
B. Tidak mempunyai keyakinan diri untuk maju.
C. Berupaya menyelesaikan apa juga masalah yang dihadapi.
D. Akan mengeratkan persahabatan antara satu sama lain.
9. Kita dapat mencapai cita-cita melalui semua cara berikut, kecuali
A. membaiki segala kelemahan
B. berserah kepada takdir
C. berusaha dengan tekun dan gigih
D. belajar dengan bersungguh-sungguh
10. Apakah asas sesebuah masyarakat?
A. Jiran
B. Keturunan

C. Keluarga
D. Ahli-ahli

11. Perlakuan yang manakah menunjukkan sikap sayang akan keluarga?


A. Mementingkan rakan-rakan daripada anggota keluarga.

B. Menceritakan masalah keluarga kepada orang lain.


C. Tidak berkira dan sentiasa membantu anggota keluarga.
D. Malu untuk bercerita tentang keluarga kepada rakan-rakan.
12. Yang berikut merupakan punca remaja masa kini terlibat dalam gejala negatif
kecuali
A. Kekurangan kasih sayang
B. Ibu bapa tidak meluangkan masa bersama mereka.
C. Ibu bapa memahami apa yang diinginkan oleh mereka mereka.
D. Tiada anggota keluarga yang sudi mendengar masalah mereka.
13. Ibu bapa anda memarahi anda kerana keputusan ujian bulanan anda tidak
memuaskan. Apakah reaksi anda?
A. Memberi pelbagai alasan kepada ibu bapa.
B. Berdiam diri sehingga ibu bapa anda selesai memarahi anda.
C. Memohon maaf dan berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh.
D. Cuba mengelak untuk tidak memperkatakan perkara tersebut.
14. Cara kita menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa kita termasuk
I. Menolong ibu bapa membuat kerja-kerja rumah
II. Menjaga ibu bapa apabila mereka tua.
III. Menurut perintah ibu bapa.
IV. Sentiasa mara akan mereka.
A. I dan II

C. III dan IV

B. II dan III

D. I, II dan III.

15. Antara berikut, yang manakah bukan perlakuan yang menunjukkan amalan hidup
berbaik-baik?
A. Menghadkan aktiviti yang melibatkan orang lain.
B. Mencari bukti yang sahih sebelum bertindak.

C. Menyelesaikan konflik melalui perbincangan.


D. Saling membantu antara satu dengan yang lain.
16. Apakah kebaikan memupuk semangat kekitaan?
A. Dapat mengetahui hal ehwal jiran.
B. Dapat mewujudkan suasana yang harmoni.
C. Dapat mengelakkan daripada dikhianati oleh jiran.
D. Dapat mengawal masyarakat di sekeliling.
17. Negara akan berada dalam keadaan __________ sekiranya perpaduan dititikberatkan.
I. Maju

III.

Statik

II. Stabil

IV.

Makmur

A. I dan IV

C. I, II dan III

B. II dan III

D. I, III dan IV.

18. Apakah yang dimaksudkan dengan menghormati hak orang lain.


A. Mengadakan perbincangan untuk mencapai kata sepakat.
B. Kebebasan seseorang individu dalam menyuarakan pendapat.
C. Memberi penghargaan yang tinggi dan layanan yang baik kepada sesesorang.
D. Memberikan sepenuh kebebasan kepada orang lain untuk melakukan sesuatu.
19. Berfikiran ___________ dalam menerima pandangan, kritikan dan teguran dapat
membantu kita memperbaiki diri.
A. Positif

C.

Logik

B. Wajar

D.

Waras

20. Tindakan berikut menunjukkan individu yang hidup bermasyarakat kecuali


A. Bertanya khabar
B. Selalu berkebun
C. Menghadiri jemputan kenduri

D. Menjemput jiran ke rumah

Anda mungkin juga menyukai